Pages

Friday, July 6, 2012

Inspirasi dari Angel pakai Gucci! Yeah, Semangat baru!

Whoa saya benar-benar jatuh chenta! Jatuh chenta dengan blog bertajuk 'Angel Wear Gucci'! Best dan sangat memberi banyak manfaat. Seolah-olah sejiwa dengan diri yg baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'Blogging' nih HOHO Baru saja membaca a few entry dari blog tersebut, yg sangat memberi inspirasi, memberi semangat kepada sy :O Membuka mata hati yang selama ini terpejam zZZ -__- Hoa~ Tajuk entry yg saya baca ialah Ikhwah Mandul (Erk, pasti kontroversi nih) HOHO banyak sebenarnya baca but this this one really gave me a hard slap on both cheeks =,='' Hew~ Allahurabbi, alhamdulillah!

"Sungguh Kami telah memberimu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhamu dan berkorbanlah. Sungguh, orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus."[al-Kauthar, 108:1-3]




Sesungguhnya selepas membaca entry tersebut sy berasa sangat bersemangat utk berdakwah! Hoyeahhh! :D Utk men'join'kan diri dalam acara-acara tarbiyyah. Oh How awesome! Dan ayat al Quran di atas lah yg turut menjadi penguat Inche Gabbana (Penulis Blog Angel Pakai Gucci yang sy maksudkan tuh) utk berdakwah, menjadi murabbi kepada mutarabbinya. Wah dah pandai dah guna istilah-istilah Bulatan Gumbira ini phewit~ Ternyata utk mentarbiyyah, bukan setakat orang laen, yg penting bermula dari diri sendiri dulu, TIDAK BOLEH TIDAK, sesuatu yang MESTI! Kerana itulah jalan menuju redho Illahi. Kan kan? JAdi kenapa mesti menidakkan apa yg pasti dak? Suatu hari nanti kita pasti mati dan disoal kembali, apa kah selama kita hidup, menghirup udara segar,yang kurang segar, menikmati hidangan lazat seperti  Kuey Teow Kung Fu , mendengar lagu-lagu Bollywood (Err?), adakah kita benar-benar bergelar hamba yg melaksanakan perintahnya. Ataupun selama tempoh yg dipinjamkan itu kita terlupa status kita sebenarnya 'HAMBA'. Astaghfirullah. Ayuh sama sama muhasabah diri =.='


Sy teringat satu tazkirah dr Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Wahh hafal nama penuh tuh) dekat Youtube. Lupa tajuk apa, tapi ada satu ayat yg sangat melekat di dahi sy bila sy dgr. Sampai hari ni terngiang-ngiang! Beliau kata, (Lebih kurang la, tak ingat sangat ayat full HOHO) "Amalan apa yang kita rasa kat sana nanti kita boleh selamat? Yang betul-betul kita yakin kita boleh present depan Allah satgi, hari ini kita boleh bangga, kita rasa kita baik, tapi selamatkah kita di sana nanti. Cuba sebut apa ja yang kita boleh kata yg boleh selamatkan kita. Solat? Itupun tak khusyuk. Kita buat baik, ikhlas ke tak pun boleh persoal balik. Puasa? Kadang-kadang separuh hari ja puasa, sebab separuh lagi tidoq ja. Syahadah kita? Kadang-kadang tak betul pon kita sebut, Allah jadi Awwoh (Contoh). Jadi, amalan tang mana yg kita nak kata yakin, konfhem diterima?" Masha allah, benar-benar memberi tamparan kpd sy, rasa sedih sangat TT.TT Selama ni, kita perasan kita baek kan? Well its like a headshot for me, straight to the forehead! Ergh :{

Jadi apa sebenarnya yang boleh menyelamatkan kita? (Bukak buku sambil carik-carik checklist) HOO amalan kita sehari-hari. Ingatan kita pd Allah. Sedekah untuk perkara yang baek-baek. Ilmu yg digunakan pd jalan yg Allah redho. Dan amalan-amalan lain. Boleh tanya Pak Cik Google Hoho Sebab yg sy nak fokuskan utk entry ini ialah.. (Jeng3) phew, yg sy ter'inspirasi' dari Entry Inche Gabbana sebentar tadi ialah menyelusuri jalan Tarbiyyah dan Dakwah. Yihaa! :D Tarbiyyah ialah mengajar, mendidik manakala istilah 'dakwah' ialah mengajak kepada kebaikan (yg pasti ke arah yg mendekatkan diri kpd Tuhan) sebab kalu ikut, org boleh kata ajak pg pasar malam baik jugak dak? hoho Analogi yg diberi dlm entry yg sy baca sgt terkesan di hati (Muka terharu Ohh). Kalu nak tahu apa, baca sendiri! Wee~

Dakwah dgn 'tangan' a.k.a Kuasa. How great is it? Love this!
Ingin sy simpulkan pandangan peribadi tentang dakwah ini. Mengapa diri perlu kepada dakwah. Why why. Untuk diri saya la, org lain sy tak tahu huhu Ermm

1. Paling first! Untuk didik diri saya sendiri. Sbb sy sendiri lalai, leka, banyak main-main, banyak terpesong, banyak buat salah, dan ter'sangat' cetek ilmu ni :[ Paling tidak, dlm ingatkan org lain, baca ayat2 al Quran, sy pun ingtkan diri sy balik.. Yes, so true! =.=''

2. Untuk buat sy kuat hadapi ujian hidup yg mendatang (Whoaa ayat!). Bila sy tarbiyyah diri sy dan org lain, buat sy ingat balik tujuan hidup yg sebenar-benarnya. Yeah! Itulah yg bawa balik aura positif dlm diri utk teruskan hidup nih. Hiyyark! :O

Ini saya. Errk. Waktu-waktu 'lagho'. Ish
3. Untuk sibukkan diri dan hati dari menjadi 'lagho' (aish, utk diri sendiri lagi? Err). Kadang-kadang sy rasa sy terpedaya dgn hati sy sendiri. Jd lagho, bila ikut kwn2 yg lagho. Contoh, ter'umpat', tergossip. Ter'suka'..ehem.. um Sekurangnya, bila sy being apart of this, tersisa rasa MALU utk buat semua tu! ( X kata sy baek sgt, hoho ) ~__~

4. Untuk sama-sama kuatkan ukhwah. Kan sama-sama nak masuk syurga? :D Sahabat atas dasar ukhwah fillah, its very much different dgn org2 yg berkumpul atas urusan dunia semata. Trust me!

5. Paling penting, last but not least! Bekalan dunia ke akhirat! Dakwah x semestinya ceramah, tazkirah, forum agama semata mata, tp buleh jugak jadi sekecik-kecik ajakan ke arah kebaekan. No wonder konsep Usrah a.k.a Bulatan Gumbira sangat2 penting! Kerana itu titik tolak nya, itulah kekuatan nya! Yoohoo! insha Allah, bila kita ajak org buat baik, ke arah mendekatkan kita dan mereka kepada Allah, selama mana terkesan pd mereka, pahala tu sampai kat kita (biiznillah). Sesungguhnya Allah maha melihat, mengetahui hati-hati manusia. Wahhh tarik nafas panjang2 sambil pejam mata. Fuhh lepas!



2 comments:

Murni Yusoff said...

assalamualaikum...terangkat den bacanya hah..semoga semangat tu terus menerus berkobar2.. :D

chik ana said...

bestnye,,,comel je belog,,^^