Pages

Sunday, June 30, 2013

Resepi ketupat sotong Terengganu :)


Resepi ketupat sotong! hah ni diaa :) 

10-15 ekor sotong saiz sederhana
3 cawan beras pulut
Santan pekat (kurang lebih 2 cawan)
Santan cair (kurang lebih 2 cawan)
1 sudu kecil halba
Bawang merah (mayang)
Halia (potong nipis nipis)
Sedikit garam

Cara-cara:
1) Bersihkan sotong, buang bahagian dalam, dan pisahkan dengan kepala/janggut sotong (masukkan dalam kuah nanti)
2) Rendam beras pulut dalam santan cair untuk seketika, tambahkan sedikit garam.
3) Sumbatkan beras pulut tadi ke dalam sotong, cukup sekadar memenuhi setengah bahagian dalam sotong.
4) Kemaskan bukaan sotong dengan lidi, untuk mengelakkan beras pulut tadi terkeluar.
5) Masukkan santan pekat ke dalam periuk, bersama bawang, halba, halia dan garam.
6) Masukkan sotong tadi ke dalam periuk.
7) Tunggu sehingga kurang lebih 20 minit, pastikan pulut betul-betul masak dan kuah semakin pekat. 
8) Sedia dihidang! nyom nyom :D

Kita semua adalah 'penjual ikan' :(



Di Syria, di Iraq, di Messir, tak lupa di Palestin, umat Islam bergolak memperjuangkan kebenaran, hak keadilan. saban hari dibunuh, diseksa, diragut kebebasan bersuara. wanita dan anak kecil kelaparan, tiada lansung peluang untuk menikmati hidup disekelilingnya :(

Di Malaysia, sibuk dengan Popstar nya, bintang cari bintang nya, akademi fantasia nya, isu ban ulama' nya, dan paling best pimpinan Malaysia menyatakan pendirian tidak mahu menyokong malah menghalang aktivis (terutamanya pelajar) dari memberi apa-apa bentuk sumbangan kepada pihak yang menentang Bashar Assad (iaitu mujahideen).

ee geramnya. geram sebab hanya mampu berdiam diri. berpeluk tubuh dengan selesanya dibumi sendiri. Umat Islam disana, entah bagaimana melalui hari hari. Astaghfirullahala'zim. betapa selfishnya kita. sangat sangat selfish. yes, kita semua adalah 'penjual ikan' hurm T.T

ampunilah kami ya Allah :( kami hanya mampu mendoakan saudara saudara kami. (mode: baru selepas tengok video pemergian seorang mujahideen, dan satu gambar menunjukkan dengan jelas  mujahideen syria disembelih, terbuka luas matanya, dan mayat-mayat mereka kemudiannya dihina dengan dihenyak sebuah lori Allahurabbi) ya Allah, hancurkanlah mereka yang menghina pejuang agama Mu, hancurkanlah mereka. Balaslah kekejaman mereka sedasyat-dasyatnya ya Allah. aamin!

Resepi donat :)


Resepi donat simple (20-25 biji) :

500 gram tepung
3 sudu gula
3 sudu susu pekat manis
3 sudu marjerin/planta
1/2 sudu gram
sepeket yis + airsuam secawan

Cara-cara:
1. Campurkan sepekt yis dengan air suam, biarkan berbuih dan bau masam dalam 5
minit.
2. Di dalam bekas yang lain, campurkan tepung, gula, susu, garam dan marjerin. Gaul rata, pastikan marjerin tidak berketul-ketul. 
3. Satukan adunan tepung dengan yis. Ulikan doh sehingga sebati, dan tepung tidak lagi melekat di tangan. Proses ini biasanya mengambil masa 10-15 minit.
3. Rehatkan doh seketika, tutup bekas doh dengan tuala lembap dalam masa 20-30 minit.
4. Kemudian, canaikan doh dengan ketebalan kurang lebih 1-1.5 cm. Shapekan donat (guna gelas dan penutup botol pun boleh). 
5. Biarkan setiap donat naik dan goreng. Untuk simpan freeze, goreng setengah masak dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk. 
6. Goreng donat sehinggan kekuningan, sedia dihidang bersama gula, topping coklat, nestum, choc rice etc :)

Friday, June 28, 2013

First job! :D

As salamualaikum :) wah wah bestnyaa baru ada semangat hupdate blog yuhuu. Sekarang officially tempoh pengajian dah tamat. walaupun pengakhirannya macam macam cerita yang timbul. Kisah jilid thesis, dan lain-lain. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan :') sepertimana rakan-rakan yang lain, saya pun dalam dilemma sekarang, job hunting dan lain lain. masing masing termenung memikirkan masa depan. haih, apa yang terbaik. apa okaynya sambung MASTER? apa yang tak okaynyapro and cons dan lain-lain. tak putus-putus doa, untuk mohon petunjuk, supaya mampu pilih yang terbaik. hah! nak dijadikan cerita, sedang pening pening fikir, sy stay di UMT utk selesaikan urusan jilid thesis (yang di delay). dan pd waktu yang sama diajak oleh seorang rakan untuk buat satu kerja sementara di lab UMT (berkaitan insect box clearing, labelling, tagging etc). i do accept. huhu Alhamdulillah, kerja kerja boleh diselesaikan, tade masalah dgn 3 lagi rakan yang lain. dan pada waktu ni kami sama-sama bincang tentang ap yang nak dibuat lepas ni. 


Kebetulan, (dan mungkin Allah takdirkan ini, untuk bukakan pintu hatiku yang tertutup) pensyarah sy maklumkan yang dia perlukan penolong untuk bantu kajiannya sekarang. waaah ini peluang baik! hoho ingat nak try try mintak tapi tak tahu lagi macam mana. ada peluang ke tak, atau pensyarah tu sendiri dah targetes particular student atau tak. insha Allah semoga Allah tunjukkan jalan. akhirnya hari khamis, kerja tamat. my first ever job hihi seronok sebenarnyamungkin sbb berkait dengan kos yang saya hambek sebelum ni. from that moment, sy terpikir, all this while i had been in the right tract, so what a waste kalau tak ambik peluang untuk sambung lagi. hurm. fikir dan terus berfikir. ya Allah. susah rupanya untuk berpindah dari alam belajar, ke alam pekerjaan. fully independent and fully rely on self decision at present :/ semoga Allah beri petunjuk, dan kuatkan hati ini untuk buat pilihan yang terbaik. Fikir, bincang dengan parents, rujuk kepada orang yang arif and.. take the action! hoh

Monday, June 24, 2013

Update blog selepas 4 bulan hoho!

Hohoho lamanya tak hupdate blog. As salamualaikum! :D setelah sekian lama cuba log in tapi tak ingat password, akhirnya berjaya. phew~ hari ni merupakan 4 bulan bulan 12 hari lepas hari terakhir hupdate blog. dan bermacam-macam perkara dah jadi dalam hidupku. kisah seorang pelajar, sorang survivor, dan lain lain. berakhirnya hidup sebagai seorang mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu :) Tak tahu nak stat dari mana. nant nak tulis one by one la cerita cerita tu semua. tapi sekarang cuma nak membebel tentang dilema yang sedang melanda diriku, and i believe most of the people who are wearing the same shoes. antara kerjaya, sambung belajar, kawen (ehem) hii >,< ibu bapa prefer sambung belajar, saya sendiri.. belum pasti.. tak tahu apa yang terbaik.. sedangkan masa makin suntuk. huhu hurm. antara pilihan ibubapa dan apa yang ku fikir terbaik buat diri. susahnya nak pilih :(  ya Allah berkanlah pedoman di hati ini, untuk condong kepada satu keputusan yang baik untuk diriku, ibubapaku, agamaku, dunia akhiratku. hmm. esok, insha Allah akan mula satu kerja sementara dengan seorang pensyarah UMT, dan sambil sambil memikirkan apa yang terbaik huhu doakan! baru semangat nak hupdate blog tapi mengantuk. hii bytheway i already miss my friends, my UMT friends :') we had a few great last days before everyone gone away. sobs. tinggallah daku seorang diri di bumi UMT. dan kini mula dihampiri hawa hawa jerebu! ohoo nauzubillah. Alhamdulillah, pgi td hujan lebat dan mengurangkan 'kepekatan' jerebu. hurm a very deep reminder from God, is 'nt? semoga kita semua dilindungi. mudah mudahan insha Allah (^,^)/