Pages

Friday, July 13, 2012

Must To Do List!


Akhirnya tiba hari minggu.. ohh alangkah bahagia hati ini.. ^.^! Setelah berhari-hari berjihad di medan veterinar, di kandang lembu, kambing, mengambil sampel, Whoa Akhirnya tiba hari untuk berehat, tidur awal sedunia ZZz Dan memang, hari khamis saya tidur sangat awal --> 9.30 malam sampai repot untuk hari tu pun tak terbuat hoho memang 'syahid' bebenor lah. Whoa, bangun di pagi Jumaat yang penuh barokah dan sangat menenangkan jiwa! Alhamdulillah, diberi peluang utk hidup satu hari lagi.. Dan! Bukan untuk meneruskan dosa maksiat yg tersisa semalam, tapi! Untuk mencari kemampunan atas dosa-dosa yang terpikul bertan-tan dan men'topup'kan amalan yang sedia ada ohoho 

Al kisahnya, semalam attend satu kursus di Marang, diberi penerangan pasal sistem analisa makanan haiwan ternakan dan MUMB, UMB yg merupakan makanan tambahan bagi haiwan ternakan, utk tambah berat badan dan kualiti produk yg dihasilkan macam susu dan daging. Urm, quiet interesting, but to be honest i didnt pay 100% attention, and i did fall sleep! For 10-15 minutes i guess -___- Satu tabiat mmg tak boleh dikikiskan bila berada di dewan kuliah. Ergh =,='' 

Dan! yg paling best! jumpa kwn kosmate, Mira yg kebetulan jd wakil dr veterinar tempat beliau Li. JAdi, kami berbual-bual tentang perihal diri masing-masing dan ternyata! bukan sy sorang yg sedang resah geli-gelisah memikirkan pasal FYP proposal, repot Li bagai dan yang seangkat dengannya! Wah somehow, terlepas sikit beban yg ada bila kita berkongsi kegelisahan yg sama (Err betul ke ni) hoho Maksudnya, bukan kita jah yg mengalami situasi tu. Whoa, nasib baik sy memilih utk dtg kursus ni hari ni walaupun malam sebelumnya rasa berat sangat hati sgt tak nak pergi prog tu. Huhu Its a gift! Wah dan masa taklimat berlansung pun sy tanya Mira tntg FYP yg sebelum ni sy banyak tersangkut di tengah jalan sorang-sorang.



Whoa lega rasanya! Jd sy pun buat satu list yg arrange scheduel utk siapkan proposal Butterfly sy! Dan sekarang sy rasa lagi semangat dan berkurang sikit rasa takut tu. Yuhuu ~.~ Dan saya pun dah dimasukkan ke dalam group FYP Penyelia sy, iaitu Dr Amirrudin Ahmad. Tajuk FYP sy, insha Allah 'The Effect of Habitat Modification on Butterfly Assemblage and Population' ^_^ Walaupun masih risau, sekurang-kurangnya, sy tahu ramai lagi ditempatkan dlm situasi yg sama dgn sy sekarang. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Kan?! Tiada alasan. Sama ada kita merancang atau merancang untuk gagal OHoho (cuba untuk meng'optimiskan diri) Naik sem kena ada proposal FYP, dan prepare untuk repot Latihan industri. Hoh!

Tarikh-tarikh yang mesti ingat! Jangan lupa yep Ida Udin! 

1. Setiap hari Khamis, Buka Mynemo hantar E Log
2. Setiap hari, catat dlm buku Log, malam repot dlm kompter
3. Draf FYP intro 6-7 Julai 2012 Done (Dengan bangganya)
4. Kumpul Reference dan Methodology 13-14 Julai
5. Kumpul maklumat, baca jurnal, buat Literature Riview 20 -28 Julai 2012
6. 20-21 Julai 2012 (Lite. Riview Part 1)
7. 27-28 Julai 2012 (Lite. Riview Part 2)
8. 4-5 Ogos 2012 (Expected Outcome Part 1)
9. 11-12 Ogos 2012 (Expected Outcome Part 2)
10. 14-16 Ogos 2012 Fokus Repot Latihan Industri 
(Gambar-gambar, maklumat, data tambahan berkait dgn skor etc)
11. 18-19 Ogos 2012 Final Touch up FYP
12. 5 Ogos (B'day Mat) 11 Ogos B'day Dyb 17 Ogos B'day Ayahanda
13. 21 Ogos Raya! Raya! Time rehat dari FYP dan Li
14. 26 Ogos Balik School of UMT (27,28,29 Ogos TOT)
15. 1-8 Sept Bertugas sebagai Fasilitator MJM 2012
16. 9 Sept 2012 (Secara rasminya kuliah sem 5 bermula!)
17. Minggu ke 3 (Presentation LI)
18. Minggu ke 4 (Hantar Repot LI)
19. November (Kalau tak silap) Presentation Prosposal FYP 

Hoh, nampaknya inilah perjalanannya. Perjuangan menghampiri sisa-sisa, hari-hari terakhir di umt sebagai pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat dlm masa satu tahun lagi. Insha Allah. Semoga diberi kekuatan utk mendisiplinkan diri dan ikut aturan tarikh-tarikh ni. Mudah-mudahan, Allah mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kita semua. Dan! sy pun kena usaha dan USAha dan USAHA! Mesti! HOHO Positif, optimis dan jangan takut! Yeah! I can do this :D

No comments: