Pages

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Kehilangan, Hoh Saya Kena Kuat!


Uhuk3 Assalamualaikum semua! :D Lamanya x update blog. Rasanya dah bersawang dan dpenuhi seranggan serangga kot =.=' Huhu Last sekali update pun dah lupa bila. Tapi alhamdulillah, hari ni curik2 masa untuk membuat sedikit coretan walaupun sebenarnya tak tahu, konfius nak buat karangan pasal apa. Heh! Tajuk nya, Coretan Kisah Kehilangan. Hoho agak hanging disitu. Keliru sebenarnya -_- Untuk tempoh yang agak lama tak update blog, sebenarnya macam macam berlaku dlm hidup saya. Kisah gumbira, kisah duka. hoho. Insha Allah semua akan jadikan seorang yang better and much better for the upcoming dayyyys. Kisah tentang latihan industri yang bakal habis! Ngeh3 Berpraktikum, dan menjalani hari-hari terakhir disana. Ilmu dan pengalaman yang dikutip dari sana, insha Allah berguna pada masa akan datang. Macam-macam ilmu jugak sebenarnya dapat.

Dari Latihan Industri (LI) ni, saya dapat kenal dan lebih faham macam mana kehidupan orang bekerja, berumahtangga. Mengenali buah fikiran orang yang bekerjaya. Baik burok nya satu pekerjaan. every thing lah! Mata dan telinga menjadi saksi betapa sy menghargai experience yg dapat kat sini bersama 2 lagi rakan seperjuangan. Hinggalah 16 Ogos, hoorey hoorey1 Tamatlah latihan industri saya, tak perlu lagi menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya. Time to REST! Err tapi tapi, dah kena fikir pasal repot nya pula ergh =.=' Hiyyyark, lawan perasaan MALAS tuh! Fight fight fight!! Siap sedia dengan to do list, set due date. It always work untuk orang yang suka tangguh2 macam saya nih. huhu

Itu tentang latihan industri. Now i wud like to write a bit about my loss. First loss in close family as far as i remember. hurm. Tanggal 5 Ogos, yang juga merupakan hari kelahiran abang saya, menjadi tarikh yang saya takkan saya lupakan sepanjang hidup saya. I repeat, in my entire life, never. 5 Ogos merupakan tarikh saya kehilangan tok wan saya tercinta, tepat jam 1.25 petang. Ditakdirkan Allah, pada hari kejadian, sy sedang berpraktikum, dan oleh sebab lepas sesi taklimat trainee tak diberi tugas apa-apa melainkan mengadap laptop untuk cari resepi buka puasa huhu Jadi saya memberanikan diri untuk meminta kebenaran Ketua Unit Li saya untuk pulang. And yes, green light hihi. Kemudiannya, macam biasa sy jalan kaki balik rumah tok wan saya yg terletak 5 minit dari Jabatan veterinar tuh. Sewaktu sy sampai, tokki sy berehat. Hari tu beliau masih tak puasa disebabkan keadaan fizikal nya yang masih lemah, sehinggakan tak mampu berdiri lama sekali pun. Lepas saya uruskan tokki sy, sy pun rehat. Waktu tu pukul 1.00 petang lebih kurang. Tup tup terlelap. zZZ 
-____- 


Tiba-tiba, setengah jam kemudian, sy dikejutkan sepupu sy yang Tok Wan sy dah takda. Dah meninggal :'( Air mata otomatik tumpah waktu tuh. Rasa sangat hiba, sebak dan bercampur-campur. Semua orang yang ad dirumah waktu tu, menangis. Tokki sy  tengah tidur waktu tu. Jadi kami pun maklumkan pd beliau. Tiada perkataan yang dapat describe keadaan pada masa tu. Tapi apa yg berlaku sangat melemahkan emosi saya. Saya rasa sedih. Ya, memang kita kena redho. Tapi, sedih atas kehilangan, sedih atas melihat keadaan Tokki saya yg sedang sakit utk menerima berita tu, SEDIH yang.. sukar diatasi. Tak henti henti air mata keluar. Sampai rasa sakit kepala, rasa lemah seluruh tubuh nih. Dalam fikiran saya seolah-olah ada video player yang menampakkan kepada sy saat saat akhir sy dengan arwah. Scene-scene sy dengan Tok wan sy sejak sy kecik hingga last sekali sewaktu beliau masih sedar, di hospital. Kemudiannya, sy datang, Tok wan sy koma. Sekadar berbaring, hingga ke akhir hayatnya. 


Hurm :'( Sekuat mana pun kita, kita akan tersungkur jua memohon pada Allah utk kuatkan diri, hadapi semua ni dengan tenang. Diringkaskan cerita,  urusan jenazah selamat hingga ke liang lahad lepas waktu Asar. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Dan menurut ibu saya pun, Tok Wan sy pergi dengan selamat, tenang.. macam tidur jah.. Syukur.. Alhamdulillah :') Waktu semua pergi ke tanah perkuburan, cuma sy dan Tokki sy jah yang tak pergi. Sebab Tokki sy uzur, dan sy pula temankan Tokki sy. Waktu tu, Tokki sy cerita pasal Tok wan dan sy tengok air matanya mengalir waktu tu. Allahurabbi. Kasehnya beliau pada isteri tercinta. And me, by that time, cried my heart out :'( Saya jaga Tokki saya sehingga semuanya selesai. Malamnya, macam-macam ada dlm fikiran saya dan sy ambil sedikit masa utk tenangkan diri saya. Tak putus doakan kebaikan untuk Tok Wan saya disana. Janggal nya rasa, peliknya.. nanti saya dah tak jumpa Tok wan saya.. Rasa macam terdengar2 lagi suaranya, masa saya mula-mula praktikum, the first day, sihat lagi. Tapi, ap pon, ajal maut di tangan Tuhan :'( Semoga Allah kuatkan kami sekeluarga. Hurm. 


Sebenarnya ini merupakan kematian ahli keluarga yang dekat pertama bagi sy. Pertama kali terlibat dgn pengurusan jenazah, tengok orang solat jenazah utk org yang sy sayang, kiss dahi Tok Wan sy sebelum dibawa ke kubur(thing i shall never forgot).. dan bagi sy lesson yg sangat bermakna. One second after, tomorrow, soon or later, we shall die. Sangat menginsafkan. Dan tak tahulah bagaimana kesudahan kita. Yang dibawa ke sana nanti, cuma amal ibadah dan doa-doa anak yang soleh solehah. Allahurabbi, hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman. Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga lesson ini, saya ingat sampai bila-bila. Bukan sekadar sesuatu yang diratapi, menjengah ke hidup saya secara tiba2 dan bersifat sementara. Akhir kalam,  Kullu nafsin zaa iqotul maut (Sesungguhnya setiap yang hidup, akan merasai mati). Sama2 kita ingat tiap kali terlintas di fikiran nak buat sesuatu. Baek ke jahat ke. Ingat, yang kita semua akan mati, dan disoal bertubi-tubi di sana nanti. Hmm. Allahualam.

Wednesday, August 1, 2012

Istimewa Buat Suami :)

Whohoho kontrobesi sungguh tajuk pembuka bicara yuhuu~~ Biasa lah, normal, tajuk nikah kahwen sejak dari zaman sekolah lagi semua teruja, excited n tak ngantok dalam kelas kalau time ustaz hajow, dan ustaz pun semangat jah hihi :p Tapi malangnya, yang sebenarnya tajuk cuma propaganda semata mata huhu Sebenarnya tak merancang pun untuk menulis sebarang warkah, kata kata puitis atau sebarang kata kata romantis untuk 'bakal' kekasih halal akan suami (konon) huk3 but yesss! Saya ada sumthing yang ingin di kupaskan, topik yang berkaetan tentang ini --> Nikah, Kahwen, Pasangan yang diidamkan, Bakal Imamku, ohh Siapakah Zaujah ku dan macam-macam lagi. Errr. Pelik rasanya sebut istilah2 macam nih huk huk


Kalau dulu dulu zaman muda muda, era kegelapan, baru masuk alam remaja, tak dinafikan, Allah ciptakan fitrah kita mula tertarik pd jantina yang berlainan, walaupun taste yang berbeza. HOHO Dan memasuki alam U, lagi extreme, mostly mahasiswa/siswi (perempuan khususnya) dah fikir untuk cari teman hidup. Percaya tak? Yezza, this is the fact, and it is so true. Masa ni la, bila artikle tajuk pasal kawen, suma kita klik, sajak-sajak pasal chenta, copy paste simpan dalam dekstop, buku-buku Islamik tolak tepi, khatam novel chenta ala Islamik dulu, beli buku Fatimah syarha semua versi Hewhew~ Macam mana sy tahu? Sebab kawan-kawan semua macam tuh. Dan sy tak nafikan, suatu masa dulu, i was >.<'' HUHU I was apa? Maksud sy dibuai angan-angan tentang chenta, larut dalam memikirkan siapa ye bakal suami, bila ye sy akan nikah? Macam mana ye perangai suami sy HOHOHO Itu dulu. Sumpah! Dulu-dulu jah =.= Sekarang, dah 21 tahun, Alhamdulillah, dah matang sket, semua tu, delete2, hidayah Allah datang menjentik akal yg waras dari terus hanyut, dan bangunkan sy dari mimpi yang belum pasti jadi bethol bethol tuh Hohoh


Sy terfikir untuk tulis tentang nih, bila suatu hari sy terbaca satu post kat Blog peberet, Angel Pakai Gucci yang bercakap tentang 'Buat Bakal Gula-gula Hatiku' Huhu Ringkasnya, dia utarakan tentang orang-orang sekarang nih, suka post, tulis status, share dan laen2 nya pasal chenta, jodoh, kawen dan laen2. Versi Islamik terutamanya. Contoh : Sy idamkan suami yg selalu pergi masjid, solat lima waktu tak tiggal, malamnya dia sujud menghadap Tuhan Nya dgn penuh taqwa. Ohh Ada kan? Ada kan?  Semua duk tulis status gitu, ada yg share, sebar-sebarkan, tag, dan tak terkecuali yang mendakwa dirinya pejuang agama atau tak. Semua idamkan suami/isteri yang soleh solehah. Berangan la kan? Diri sendiri tak tahu lah cukup markah ke tak huhu Muhasabah diri insha Allah. Hurm. Kenapa Inche Gabbana (Penulis Blog APG) bangkitkan tentang soal tuh? Salah ka? Tak betul ka? Bukankah kita sebarkan yang baek-baek. Hurm Ya, benda baik, tapi rasanya banyak lagi benda baek yang boleh kita share kan? HOHO 


Dulu-dulu sy kurang cakna tentang efek halussss dari perangai yg suka baca, suka like, tulis status tentang chenta (Chenta versi Islamik konon nya) , nikah kahwen dan yg sewaktu dengan nya. Tapi lama-lama, ya, i did notice it. Natijah susulan dari sikap tuh. Jadi sy pun, buang jauh-jauh! No more status tentang chenta, share gambar nikah kahwen, baca artikel tntg ciri-ciri suami idaman (tak pernah pom) dan laen-laen. HOH Kenapa sy stop? sbb at one point, sy sedar sy kena berpijak di bumi yg nyata, yg realiti nih Woho, sungguh puitis kata kata itu. Hurm Kawan-kawan, sebenarnya, kita yang usia begitu hijau nih, tak sepatutnya fikir semua tu. Belum masa nya lagi, keadaan fizikal mental pon tak membenarkan lagi, ye dak? Huhu Kita belum pun lagi jadi anak yang soleh/solehah utk mak ayah kita, ada hati nak mimpi-mimpikan suami level ustaz. Oh hoo~ halloo.. wake up wake up! >.<'' Hurm. Di sini sy nak share, kesan secara halusss bila kita terlalu biasa share, baca, tagging, tulis status tentang chenta aka jodoh/zauj/zaujah & yg sewaktu denganyya. Ini menurut pengalaman (Ish malunya) dan sy amati pd diri sy dan teman-teman disekeliling sy juga. Inilah hakikat.

No 1!! Kita mudah dihanyutkan angan-angan, saban hari kita fikirkan siapa bakal jodoh kita. Rupanya bagaimana, akhlaknya bagaimana, suka makan apa, pekerjaannya apa. Sampai bila kita kenal org-org disekeliling sekali pun, kadang2 kita fikir, mungkinkah dia kahwen dgn aku nanti? Erk. Ada ke? Yes. Betul. Tak tipu! Kita sibuk list macam mana ciri-ciri suami/isteri idaman. Nak yang beragama, beriman, wajah persis Ustaz don, bla bla.. semua yg perfect la kan HOHO Tapi kita terlupa nak perfectkan diri kita. Kita nak orang sembahyang 5 waktu tak tinggal, qiyamulail tak miss,masjid dekat di hati, tapi pd diri kita sendiri, ada ka semua tuh? Ke solat subuh pun time dah siang? Asar kadang2 time dah gelap? HOHO Sama-sama muhasabah insha Allah


No 2!! Kita jadi lupa, masyarakat perlukan kita, agama perlukan kita, keluarga memerlukan kita, mak ayah! Op kos! memerlukan kita. Perlukan kita utk jadi anak yg soleh/solehah yang suatu hari nanti, Doa kita lah yang pimpin mak ayah kita ke syorga insha Allah, ameen ameen! Haa dan masyarakat Islam kita, saudara-saudara kita yg susah di luar sana, ramai memerlukan kita. Di Palestin, di Syria, di Iraq, terbaru di Rohingya Burma, Selatan Thai dan ramaiii lagi. Bukankah lagi hokay, super excellent kalau kita share tentang abg2, kakak2 kita yg berjuang jiwa raga diluar sana demi pertahankan agama? Malunya kalau kita hari ini, masih hanyut, sedangkan mereka di sana, SYAHID tiap tiap hari! Dan mereka bersedia jika mati di tangan musuh Islam itu, Allah tetapkan utk mereka. Sampai nafas terakhir pun, lafaz syahadah yg meniti di bibir mereka. Allahurabbi. Kita? Hari ini? Apa sumbangan kita pada agama, masyarakat Islam, kpd dakwah Islam? >.<


No 3!! Kita jadi lupa keperluan untuk jadi seorang pendokong dakwah Islam. Lupa tentang amanah kat mak ayah. Lupa segala-galanya. Yang penting nak cari jodoh nih. HOHO Berpijak lah di bumi yang nyata. Usia 20,21 tahun berangan untuk ada suami nak dijaga? Erk pengsan. Sekarang hangat betul diisukan tentang kawen awal, khitbah, tunang masa belajar, nikah sebelum grad dll. Whewhuu. Orang laen, mungkin Allah dah tetapkan jodoh sampai awal. Tapi kita? Huhu tak payah nak menyebok. Pikir nak kawen awal, cari jodoh, seolah olah kita tempah tiket utk jauuuh dari mak ayah sebenarnya. Jauh yg memang jauhhh dari jagaan mak ayah yg sebelum ni menatang minyak yang penuh. Selfish kan kita? Untuk da'wah islam, kita tak sumbang apa-apa. Then belum pon kita balas jasa mak ayah, kita dah sibuk2 kan diri nak cari teman hidup, yg mana hakikatnya membina hidup yang terasing dr mak ayah kita. Hurm. Tp op kos, dun get it wrong, cuma sy terpikir, yang suka-suka berangan kawen ni, tak rasa ke yg kita patut tunai amanah kat mak ayah dulu, mampu utk tanggung mak ayah dulu, then baru fikir utk bina hidup sendiri. HOHO

No 4!! Sedar tak sedar, matlamat kita tersasar. Kita dihidupkan di Bhomi Allah ini utk dijadikan khalifah, yang mentadbir dunia, yang jaga amanah Allah. Buat apa Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. Bukannya kita dilahirkan, tup tup nak kawen =.=''' Erk. Dan tahukah anda, secara diam-diam, keghairahan kita nak cari jodoh jugak akan dijadikan alat utk Iblis menyelinap masuk ke hati kita. Gulp! Hati mudah terusik. Hati mudah diuji. Bila lama-lama, hati jadi kotor, dan terjadilah zina hati (Nauzubillah). Macam mana zina hati nih? Bila kita selalu membayangkan seseorang, hingga membawa kepada penyakit angau, senyum sorang-sorang, dan paling extreme, tettt. HOHO Itulah yg dinamakan zina hati. Semoga Allah melindungi hati kita semua dari semua tuh. Jadi, pokok pangkalnya HATI. Dan hati di didik, di tarbiyyah oleh perlakuan anggota. Kalau anggota buat yg benda yg bersihkan hati, senangkan hati, maka chomey lah jadinya. Kalu perlakuan anggota kita, membawa kepada maksiat, maka sarang maksiat lah jadinya. Mudah sangat dalam fikiran kita teringat kan seseorang yg tak halal untuk kita rindukan. HO, dosa tau, pedih azabnya nanti. Gulp!


No 5!! Last punya. Boleh jadi fitnah untuk diri kita, dan mungkin secara tak lansung, kepada orang laen. Lebih-lebih untuk para gadis yg bercita-cita nak jadi Muslimah solehah diluar sana HOHO Macam mana? Dengan membenarkan friend kepada friend dan semua membaca, membaca, meneliti, menghakimi serta menilai apa yang kita tulis, apa yang kita share dan lain2. Ya, semua orang nak kawen, nak calon yang baik-baik, tapi bukankah itu sepatutnya menjadi impian peribadi, yang kita simpan kemas-kemas, tanpa ada sorang pun yg mengetahui melainkan ALLAH? Bukankah sweet jika Allah jah yg simpan impian kita, kemudian akhirnya Dia tunaikan? :') HOHO Dgn mempamerkan, mempublisitikan ciri suami idaman, ciri ustaz idaman, pd pendapat sy, itu semua boleh mengundang fitnah. Lagi2 untuk Muslimah. Muslim mungkin kurang sikit. Tapi katanya, mana tahu, mungkin dgn itu, ada calon-calon yg 'berkelayakan' tampil ke depan utk offer diri jadi suami? Oh no no no. I dun think so. Islam mengajar kita cara bermaruah, cara yg betul, terpuji dlm kehidupan utk kita buat apa pun. Jadi, usahlah kita menyalahi cara hingga aibnya terkena diri kita sendiri. Niat baik, tapi terfitnah jua. Hurm. 


Dari facebook tuh, org boleh nilai kita, akhlak kita macam mana, nilai harga diri kita level mana. Itulah hakikat nya zaman dunia maya nih. So, hati-hati ya!! Semoga beroleh sedikit pengajaran dari apa yg sy simpulkan di sini :) Jadi, mungkin bermula dari sekarang kita boleh sama-sama simpan impian masing2 dalam hati jah! Tak perlu publish, tulis status chenta bla bla.. dan laen2. Hokay? Masih banyak benda yg kita boleh fikir kan, masalah Umat Islam, keluarga, amal ibadat kita, naik turun iman kita dan laen laen. HOHO Sampai masanya, Allah akan sampaikan juga jodoh yang bertepatan dgn kita? TAPI TAPI effort tetap kena ada! HOHO Takkan nak 'Ustaz' nak jatuh dari langit, ye dak? HUHU Fokus utama, cari redho Allah. Mission to achieve tuh! :D Oraite? Hidup ini satu perjuangan untuk cari chenta dan redho Tuhan, jadi berjuanglah habis habisan hokay? Jadi seorang yg matang! Yang takkan kalah dengan nafsu dan dunia seiisinya. HOH! I m strong like a horse~ hoyeay!