Pages

Monday, July 30, 2012

Kisah Tokki..

Tokki sy (kiri)
Seminggu selepas Tok Wan sy dimasukkan ke hospital, keluarga sy diuji lagi dgn satu lagi berita, iaitu Tokki sy (Suami Tok Wan, Ayah kpd ibu sy) yang mengalami kebuluran, dehidrasi dan demam panas. Jumaat lepas, 27 Julai 2012 ayah sy menerima panggilan dr mak sedara sy tntg berita tuh. Hoah! Sy terkezut! Masha Allah. Kesiannya tokki sy. Bila mana Tok Wan sy masuk hospital, makan minum tokki sy secara tak lansung terjejas dan sebabkan kurang makan. Lagi-lagi bulan puasa, utk sahur, mungkin tak sahur hari tu & sebab tu, petangnya tokki sy pitam, separa sedar,dlm keadaan lemah, dan tak mampu bangun. Tuhan jah tahu perasaan sy masa tuh. Tak sangka Ramadhan tahun ni akan jadi begini. Allahurabbi, sesungguhnya Dia jua sebaek baek perancang. Dan sy pula, praktikal di Jabatan Veterinar yg hanya 5 minit dr rumah Tokki & Tok Wan sy, sekurang-kurangnya, sy boleh jenguk-jengukkan, dan tolong mak sedara sy jagakan Tokki sy.

Malam sabtu, kami sekeluarga ke rumah tokki sy. Masha Allah, melangkah ke ruang bilik tokki sy, tumpah terus air mata yg ditahan-tahan nih :'[ Sedih sangat melihat keadaan tokki sy yg terbaring lemah. Dia senyum masa kami sampai, macam masa sihat sebelum ni, menyambut kedatangan chucu-chucunya dtg. Tapi sebentar cuma. Kemudiannya dia masam balik, mcm tak cukup kuat utk teruskan tersenyum dan bercakap :[  Ayah sy check keadaan tokki sy, dan mak sy pula sapu towel basah utk sejukkan badannya. Hurm. sy tak pernah tgk dia lemah mcm tu dan itulah buat sy terasa sgt sedih bila dlm fikiran sy, membayangkan scene scene sewaktu beliau sihat, dan sembang-sembang dgn sy :[ Hanya Allah tahu perasaan sy masa tuh. Mak sy pom menangis, bila tgk keadaan tokki sy. Dia tahu, tokki sy tak sihat susulan dr tok wan sy yg terlantar di hospital dah hampir 2 minggu. Jadi beliau agak stress (mungkin) & banyak berfikir.


Dipendekkan cerita, adik2 mak sy yg juga merangkap pak sedara sy pun sampai dan tolong apa yg patut. Waktu tu kami tunggu kedatangan ambulance yg dijangka sampai jam 10 malam. Dan akhirnya, sampai. Khabarnya driver van tak sedar ad emergency sbb solat tarawih =.='' Ok, fine, dimaafkan. Jadi semua pun beramai ramai tolong pindahkan Tokki sy dr bilik ke pengusung, yg dah laik dgn cadar utk mudahkan pergerakan. Ayah sy dukung tokki sy dan dibantu pak sedara yg laen. Semasa Tokki sy di bawa ke ambulance dan lalu depan kami kami semua. Macam.. :'{ Sedih amat masa tuh. Tumpah dan tumpah lagi. Dan Mak sedara sy, MC Mi pun menangis. Tangisan yg sangat ikhlas dr hati seorang anak yg terlalu kaseh kat ayahnya. Dan sebelum ni, mmg MC Mi lah yg berkorban tahap super saiyaa utk jaga tokwan di hospital dan skrg, tokki dirumah. Allahurabbi. Scene yg sangatttt memberi kesan kepada hati sy, hingga hari ini, hingga saat ini. Alhamdulillah, malam tu, Tokki sy diberi rawatan sebagai patience yg demam dan diberi cecair isotonik utk stabilkan balik keadaan body yg sebelumnya dehidrasi. Hurm. Semoga Allah sembuhkan tokki & tokwan sy dan mereka ini ceria balik, macam dulu-dulu. Amin!


Ramadhan ini, ternyata antara yg paling sukar. Penuh dgn mehnah ujian yg tak pernah sy sangka menjengah ke hidup sy. Sekalipun bukan mak ayah sy, tapi tokki dan tokwan sy adalah org yg rapat dgn sy. Yang sy sayang lebih kurang sama level dgn mak ayah sy :'{ Mereka adalah org yang rapat dengan sy, adik-beradik sy sejak kecil. Mungkin sbb semua tinggal di terengganu, jadi faktor jarak tak pernah jadi pemisah antara kami. Alhamdulillah, tak pernah ad scene cucu balik setahun sekali mcm drama TV3 setiap kali malam raya HOH! Sesekalu bila jadi macam ni, sy pun terpikir, sebagai cucu apa sy boleh buat, apa sy boleh sumbangkan? Dan sy rasa sedih bila persoalan ini menemui jalan buntu, no answer bila sy sendiri yg dihimpit latihan industri, tugasan susulan yg tak berkesudahan, kadang2 tak sempat pergi hospital lawat tokwan sy, dan tokki sy di rumah. Kali ini, ya, drama TV3, macam cucu yg dtg kejap-kejap jah jenguk atuk nenek yg sakit, bila mana free yg sekejap dr kerja-kerja ={ Astaghfirullahal a'zim. Hurm. 

Ini Tokki dan Tokwan sy, macam manalah nanti kalau suatu hari nanti sy diuji sepertimana ibu sy diuji sekarang. Ya Allah semoga sy jadi anak yg sentiasa bersedia utk berkhidmat, menjaga mak ayah sy juga bila sy besar nanti. Dalam ramai-ramai mak, pak sedara sy, ternyata MC Mi sy yang paling sy kagumi :') Sejak tokwan sy masuk hospital, MC Mi (adik kpd mak sy) yang paling setia siang malam ke hospital utk lawat & jaga keperluan Tokwan dy kat sana. Sekarang, keadaan Tok Wan sy pun lemah. Dengan gastrik dan ketumbuhan di tekak yg masih tak di operate. Hurm. Dari mula-mula masuk, MC Mi almost tiap2 hari datang, dan take turn dgn mak sy utk jaga Tok Wan. Bila Tokki sy sakit sejak Jumaat lepas, MC Mi juga yg jaga tokki, kalau sempat, singgah ke hospital utk lawat Tok Wan. Dan td, menurut MC Mi sy, Tok Wan mcm kecil hati sbb MC Mi tak dtg semalam, yg sebenarnya MC Mi jaga Tokki sy (Tok Wan tak tahu Tokki sakit, sbb nak elak stress) :( Serius, saya kagum!!


Besar pengorbanan MC Mi. Dari sy kecik, MC Mi mmg baek dgn sy. Dan sy berharap sy akan jd anak yg berbakti kat mak ayah mcm dia jugak in future! Berbanding adik2 mak sy yg lain, MC Mi sederhana jah, tak kerja tinggi2 dan tiggal jauh mcm org laen. Tapi, pengorbanan MC Mi lah yg paling tahap super saiyaa! Available all time dan prihatin dgn keadaan Tokki & Tok Wan sy. Hanya Allah lah yg boleh membalas segala jasa pengorbanan beliau :] Allah tu maha adil kan, kita tak berjaya kerja pangkat besar pon, kereta besar pun, rumah tak 3-4 tingkat pon, insha Allah Allah angkat darjat kita dgn jadi anak yang baek! Redho Allah redho ibu bapa kan? Tak siapa tahu mcm mana keadaan kita pd hari esok hari. End of story, kata-kata mak sy masa on the way balik tadi yg sentappp HOHO "Betullah org kata, mak boleh jaga anak berapa puluh pun, tapi, anak yg berpuluh-puluh, belum tentu boleh jaga mak sorang" >.< Renung2 kan, semoga tersentap! Huuhuu

Friday, July 27, 2012

Hoorey Hoorey!

Alhamdulillah. Hari ni rasa sangat puas! :D Dapat buat something yang memang dah lama target nak buat. Yuhuu~ Sempena bulan puasa nih, ingat nak masak something dan bagi dekat jiran-jiran. Sebelum ni, ad luahkan hasrat kat mak ayah tapi sebab sibuk, tak terbeli alat alat utk sy masak jadi terbantutlah hasrat tuh. HOHO tapi hari ni, adik kesayangan jadi mangsa. Ngeh3 Sy minta adik laki sy Nizar belikan bahan-bahan utk buat pizza. Simple jah sebenarnya, guna resepi yang mudah nak buat. Apa lagi, pukul 3.30 petang dah mula ber'silat' kat dapur dengan assistant kechik 2 orang lagi, Nazirah dan Nazirah huhu Buat banyak siket kali ni, doh pun buat dalam 700gram tepung. 


Yaa! at the end dapat menghasilkan 6 pizza utk diagihkan kat jiran-jiran, walau pun tak byk pun sebenarnya, cut off 2 utk family, jadi 4 yg dibagi-bagikan ^.^ Jadi tukang deliver nya budak kechik adik sy jugak jadi mangsa HOHO Penat! Tapi sumpah, i had a very great feeling of doing this! :D Really enjoy it. Insha Allah di bulan puasa yang digalakkan utk bersedekah dan tingkatkan amal ibadah nih, mudah-mudahan berkat rezki yang kita kongsikan dengan orang lain ye dak? ;] Disebabkan miss ibadat laen, jadi pandai pandaila carik peluang utk dapat pahala dari sumber yg laen hoho Serius, dgn buat amal macam ni, kita akan rasa sangat gembira. Ketenangan yang luar biasa. Yeay! Jom lepas nih, buat lagi! Masak masak, then sedekahkan utk org sekeliling kita :) 


Rasulullah saw bersabda, 'Sesiapa yang menjemput orang laen yang berpuasa utk berbuka (dgn memberi makan) dia akan mendapat pahala sebagaimana orang yang berpuasa itu, tanpa megurangkan sedikit pun pahala orang yg berpuasa tersebut' (HR Imam Tirmizi)

Thursday, July 26, 2012

Coretan Ramadhan

Alhamdulillah dah 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433H Yeay!! Walaupun puasa sy tak full pun setakat 7 hari ni  (Op kos disebabkan keuzuran yg diharuskan okay, bukan ponteng) Hoho Semoga Ramadhan kali ini jadi lebih baek daripada yang tahun lepas!! Yuhuu~ itulah semangat berkobar-kobar yang kita semua aim lagi-lagi lepas dengar lagu Man Bai. alah yang ni, Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna.. Oh Sayu hati bila dengar =') Ok, azam yg bagus, good! Tapi setakat ini, adakah kita berjaya buktikan yg puasa kita kali ni lagi baek dari puasa yg lepas?! HOHO Tak mahu komen orang laen. Tapi sy, jawapan sy, puasa sy tahun ini, setakat hari ini.. Err Kurang memuaskan, to be honest, sy rasa graf yg sangat menurun atau sekadar mendatar utk hari-hari tertentu. Fuuuu :O


Kenapa sy kata mcm tu? Hurm. Begini, tahun 2012 ni merupakan tahun pertama sy berpuasa sebagai wanita bekerjaya Ohh >,< Persis pegawai yang masuk office seawal 8 pagi, sehingga 5 petang! Walaupun kadang2 balik awal huhu Paginya, sahur 5 pagi dan terus tak tidur, hold sehingga pergi kerja. Ergh. Hanya Tuhan yg tahu mata sy mengantuk amat. Err Bila mengantuk mula lah kerja tak fokus dan rasa pening-pening. HOH Dan bila balik sy mula kemas-kemas rumah, siap-siapkan meja, pinggan, makanan utk berbuka, baju-baju yg mana perlu basuh, kena lipat. Wahhh ala-ala ibu mithali plus isteri solehah gitu. Ameen :] hihi Malamnya pula, sy tarawikh dgn adik-adik. Setakat ini belum join ayah g tarawikh kat masjid kampung, sbb temankan mak kat rumah yang sedang 'bercuti' HOHO Selesai suma, sy pun mengadap laptop, online, sambil sambil buat catatan e log, kerja, survey jurnal utk FYP (Erk betul ke buat semua ni woot woot) whoa! kepenatan! tido zZZ seawal 11 malam :( 


Sebab apa sy maksudkan prestasi Ramadhan kali ni menurun? Sebab sy tak mampu adapt lagi dengan berpuasa, sebagai seorang yg bekerjaya. Sumpah! Penat! Kadang-kadang sy dah tak mampu buat ibadat extra. Pengsan. Ergh! Time siang, balik dari praktikal, kadang lepas solat asar, kemas-kemas, sy tertidooo zZZ  Tahu tak sebenarnya sangat lah tak elok tidor lepas asar? Ia akan sbbkan badan kita panas, malas, tak stabil, sakit kepala, dan dr sudut lainnya pula, biasanya gadis sunti, jin akan gigit di bahagian tertentu :O Allahualam sy pernah dgr satu tazkirah dr seorang ustaz. Ha, berani lg tido petang? Huh Dan kemudiannya, sy jadi malas, dan tak larat. Oh no! Macam mana ni.Ishh. Aim utk baca Quran sekurang-kurangnya 3 pages sehari pun tak tercapai, pernah sekali sy termiss utk baca :'( Ok, kalau anda mengalami ini semua, ya, graf prestasi Ramadhan anda sedang menurun seperti saya! Choyyy


Bila sy duduk sorang-sorang sy fikir. Syukur Alhamdulillah jugak sebab sy praktikal sekarang. Jadi sy dapat rasa pengalaman ni. Pengalaman yg satu hari nanti insha Allah sy akan alami yg real punya...! Setidak-tidaknya sy dapat bersedia dr sudut mental dan fizikal HOHO orite, jd nak buat apa sekarang? Untuk up kan balik graf tersebut. HO. Mari lihat apa yg boleh reduce dulu. First Kurangkan tido zZZ tidur cuma tengahari, Qailullah, kalau mengantuk time lain mcm mana? Ok tengok movie, tulis post di Blog, Facebooking, cari resepi shud be enough. Kurangkan bercakap yg tak berfaedah, bila orang ajak, just senyum and beredar, takot2 kita pulak yg jd tukang ajak erkk Nauzubillah. Kurangkan hiburan yg tak bermanfaat, banyakkan cari web page pasal ilmu agama, usul fiqh, hadith, haa!!! Biografi, kesah hidup Nabi saw! That wud interesting, ya lo, bila balik UMT, mungkin dah tade masa kan. 


OK next, elakkan bermalas malasan dan golek-golek semata tanpa buat apa-apa dan buang masa. Gulp! Banyakkan, sedekah, zikir, selawat ke atas Nabi saw. Setiap hari, aim 3 target yang kita nak capai hari tu, supaya kita tak malas and cenderung untuk buang masa. HOHO Curik masa utk recite Al quran dan maknanya. Yang paling efisien rancang sebelum tidur, tiap2 hari ap yg kita nak buat hari esoknya! HOH Whoa banyaknya azam baru berkobar-kobar harap harap menjadi kenyatan lah ye. Huhu Dan apa lagi? Hurm banyakkan tolong mak ayah untuk buat kerja-kerja rumah to fill the empty time. Ho, kalau penat, mengantuk, lapar, buat perkara yg minimize penggunaan tenaga. Contohnya, tolong adik buat schoolwork, baca buku, basuh baju pakai washing machine, bersih bilik, tengok TV Al Hijrah, masak utk adek yg tak puasa, cari peluang utk sedekah dll HOHO Hopefully berjaya, really hope that i can change these all. Nampak kecik, hakikatnya, merugikan =.='' Kadang2 sedih bila kita sedar tapi tak mampu buat apa-apa. Hurm. Sokay, kita usaha ye, positif positif :D Semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik, jauhhh lebih baik daripada yg sebelumnya. Hooreyy!

Perihal Haid Muslimah

Whoa. Saya terjumpa satu artikel tentang haid yang sy rasa amat menarik, dan sangat membantu utk memberi pencerahan kepada Muslimat apatah lagi benda ni sangat berkait rapat dgn isu istihadhah dan ibadat. HOHO Sy copy paste dari satu web page, insha Allah semoga perkongsian ini berguna utk kita semua :D Yeay!



لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” 
(HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.


Adapun dilihat jika warna kuning & keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haidh (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tapi darah istihadhah. Ini keran atempoh paling lama bagi seorang wanita kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi wajib dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci wanita suci walaupun darah keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum hakam yang ditetapkan Syrak ke atas wanita istihadhah.


Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu 'Athiyah r.a (salah seorang wanita sahabat Nabi) ; Kami (yakni wanita sahabat-sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan kuning ketika suci sebagai satu tanda haid (HR Imam Bukhari & Abu daud). Kesimpulannya, warna kuning atau keruh hanya dianggap haid sekiranya dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan dianggap tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya. Wallahu a'lam.

Rujukan :
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

Wednesday, July 25, 2012

I am NOT an Ignorant Muslim!


Sedang scroll scroll status friends di facebook sementara menanti waktu berbuka, terlihat satu link video tentang Muslim yang kini di henjak henjak dengan rakusnya di Syria. HOH biasanya takda kekuatan pun utk klik, tapi tadi sy buka video tu. Masha Allah. Astaghfirullah :( Video tu menunjukkan sebuah rumah di Syria, dimana mayat lelaki dewasa penuh dengan darah, bergelimpangan, dilonggokkan satu sudut di rumah tersebut. Ada yang ditembak di kepala, dan darah pun mula merebak di sekeliling tempat tu, ada yang jari nya patah, dan sy assume mereka ini diseksa terlebih dahulu. Sebab tu jarinya patah, lunyai. 

Ya Allah. Takot nya tengok. Seolah2 luput segala keserabutan sy pasal masalah-masalah tugasan sy, resah gelisah dlm hati sy bila tengok video tuh. Yang ada dalam fikiran sy, cuma sedih, kasihan, dan bersyukur hidup aman damai di sini. Allahurabbi, dasyat nya seksaan yg mereka terima. Sangat benci yang berapi-api kat Basyar Assad, puak shabiha (pengikut Basyar) dan sekutu-sekutunya. Pui! Jahat! Jahat! Semoga Allah balas kezaliman mereka sedasyat dasyatnya!! Sesungguhnya, memang, kitalah umat akhir zaman. Di mana umat Islam di hurung, di serbu umpama org yg lapar kebuluran serbu talam yang penuh makanan berdasarkan hadith Nabi saw. Tapi kita, posisi kita, tidur lena, dibuai mimpi indah yang tak berkesudahan hingga lupakan mereka yang berteriak, menangis, mengharapkan kita abg2, kakak2 mereka datang tolong mereka dlm apa jua bantuan sekalipun. Allahurabbi, ampunilah kami kerana hanya mampu melihat dan berdoa. Ampunilah andai kami terleka hingga terlupa dan tidak ambil tahu akan hal saudara2 kami di sana.



Sejak awal Jun lagi mula tersebar tentang berita umat Islam diseksa, disembelih oleh rejim Basyar Laknatullah yg Jahat tuh. Bukan sahaja lelaki, tapi jugak org tua, wanita dan kanak-kanak, malah bayi sekali pon!!! Ya Allah, apa jenis manusia mereka semua ni. Dari gambar-gambar, cerita-cerita, tak tergambar, ter'imaginasi' rasanya ap yg mereka hadapi di sana. Dah takda dah semua pointer ke, CGPA ke, menu berbuka ke, yang penting aqidah mereka selamat, Dan target mereka tak lain tak bukan, Syurga Allah!! HOH Tak macam kita disini, diuji dengan masalah kechik pun, dah mula melenting, macam seantaero dunia datang himpit kanan dan kiri (Hokay, terasa jugak skit). Mereka, pisau di leher, dan di tanya 'Allah atau Basyar?' Astaghfirullah. Kerdilnya kita berbanding mereka. Lemahnya, kechilnya jihad kita yg melawan nafsu sendiri ni berbanding jihad mereka nak selamatkan aqidah mereka :[ Mudah-mudahan mereka syahid di sisi Allah. Amin.

Hanya rintihan doa yang mampu dipanjatkan untuk mereka disana. Sekadar muhasabah diri sendiri, dan sesiapa tersinggah di sini, cukup cukup lah kita memikirkan masalah yg kadang kadang tu merugikan kita. Tentang perihal org lain, tntg baju tak up to date, tentang masalah masalah kecil yg apalah sgt, masalah jerawat, cintan cintun bagai. Petua cari jodoh. Putehkan kulit. Kata-kata chenta utk bakal zauj dan zaujah erk ( Cinta lah sangat ) Choyy! Dan tak kurang juga status-status di facebook yang mengadu sakit perot lah, anje tak angkat kol lah, ciri-ciri isteri solehah yg diidamkan dan.. err macam macam. Upload gambar yang konon nya baby face. Eerk. Apa semua ini? Apa sebenarnya yang kita mahu? Tak faham lah. Stop all this please. Semua ini kita buat, sedangkan umat Islam di Syria, di Rohingya, Palestine, Iraq, Somalia di henjak henjak, diseksa, lapar sepanjang masa, tapi kita butakan mata, pekakkan telinga. Astaghfirullah. Berdosanya kita dgn mereka kan??

Hm. Benar, kita tak mampu nak angkat senjata pergi ke sana dan join sekali perang. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil tahu. Setidak-tidaknya kita berdoa. Ingat mereka. Sedekahkan al fatihah, bacaan surah-surah kepada mereka. Kemong, we can do this. We are better than this. Jom berubah utk jadi Muslim yang lebih mengambil berat, menyayangi Muslim yang laen. Susah? Eh eh tak pun. Caranya, selitkan doa utk mereka setiap kali lepas solat fardhu, mahupun solat sunat. Anda sentiasa ber'facebook'? Ya sudah tentu! So, join group yg sentiasa update isu-isu semasa umat Islam seluruh dunia. Tentang Syria, Palestine, Rohingya etc dan op kos, pastikan dari sumber yang betul. 


 Tiap kali ada update atau gambar latest tntg mereka di sana, doakan. 

Doakan agar --->
Aqidah mereka terselamat. Mereka syahid (insha Allah) dlm iman
Mereka selamat di dunia dan di akhirat
Musuh-musuh Islam hancur! Sehancur hancurnya!
Kesatuan rejim Basyar Assad goyah dan terkubur!
Allah membalas kekejaman musuh Islam sedasyat-dasyat 
(atas hinaan mereka ke atas Islam)
Kemenangan menjadi milik Islam!!! Allahuakbar!

Walaupun sekarang menurut pengamatan sy, media di negara kita seolah-olah memutar belitkan fakta tentang ap yg berlaku di Syria sana. Err. Tapi, kita betul2 cari maklumat yg sahih okay? Dengan sumber-sumber yg bethol bethol boleh dipercayai. Dan sebarkan kpd sahabat2, adik2, family semua. Yuhuu sama-sama sebarkan doa secara tak lansung insha Allah. Dgn ini kita latih diri kita, jiwa, mindset menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat aman yg Allah bg kat kita sekarang ni :) Jom mulakan hari ini hokay? Jadikan Ramadhan yg barokah ini sebagai titik permulaan. Udah-udah ler jd org yg selfish, fikir diri sendiri jah. Dgn angan-angan nya, dengan sibuk memuja artis K pop nye. Pui!


Ergh! Stop stop! Jom jd a much better Muslim yg cintakan saudaranya, yg ambil tahu tntg saudara seagamanya, yg sentiasa doakan mereka :D Yeay! Tak rugi pun! Bila kita doakan orang, insha Allah malaikat2 kat atas sana tak putus putus catatkan kebaikan dan doakan yg baek-baek utk kita :) Emm. Kenapa ye mesti doa? Ambil tahu? Cause Muslims are brothers to one another! Ok? A reason yg bersandarkan hadith Nabi saw strong enough rite? >.< Orite, Set! Jom Berubah dari sekarang! Say no to an ignorant Muslim! I will never be an ignorant Muslim! ;]

Monday, July 23, 2012

Result Exam Semester 4

Beberapa hari ni sy didatangi mood sedih & tidak stabil disebabkan keadaan tok wan sy yang masih berada di hospital skrg. Masha Allah, bertalu-talu ujian daripada Allah utk dirinya, semoga tok wan sy cukup kuat utk hadapi semua tu. Insha Allah, ad pahala yang tersimpan, sebesar besar hikmah di balik kesulitan yg dihadapinya. 3 hari lepas sekali lagi tok wan sy dimasukkan ke hospital, disebabkan kesukaran bernafas dan masa tu ada 2 org doktor yg mengiringi ambulance yg dtg utk stabilkan keadaan beliau. Hurm dan malamnya pula, pukul 2 3 pagi, mc mi sy kol utk maklumkan yang tok wan sy akan dimasukkan salur besi dari lengan hingga ke jantung utk alat bantuan pernafasan :( Allahurabbi. Pagi semlm, sewaktu sy praktikal ibu sy kol, maklumkan yg tok wan nak kena operate.. tapi bukan utk buang tumor, tapi untuk gastrik! Kes lain pula! Dan menurut Dr., operation berisiko dan boleh berlaku pendarahan yg banyak yg boleh membawa kepada maut. Nauzubillah. Ya Allah, permudahkanlah. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa :(
Ingat Allah bila-bila masa,mudah mudahan hati tenang
Semalam 23 Julai, result exam semester 4 dah keluar! Bila sy dapat tahu, sy tak excited pun nak bukak lagi. Sy fikir, sy perlukan kekuatan. Untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh lemahkan sy. Hoh! Dan malamnya, selepas berbuka, sy kutip kekuatan-kekuatan yg sy jumpa semasa bertarawikh dgn adik-adik sy. Hurm Alhamdulillah, they are getting better in performing solat :) Saya berdoa, apa pun keputusan exam sy, semoga sy diberi kekuatan utk hadapi. Masha Allah, semester lepas ad 2 subjek yg sy sangat takot~ hoho Biochemistry dan Biostatistic. Biostat, dengarnya ramai budak kelas sy tak lepas untuk lulus sekalipon :O Dan itu lah antara subjek yg paling menggigil sy nak jeling result nya nanti. Err. Dan satu lagi, mudah mudahan sy kuat untuk hadapi result kwn2 sy yg jauh lagi baik dari sy. Huhu Keep me away from jealousy, even its a good jealousy. Its really bothering. huh!


Lepas selesai tarawikh, sy pun log in Mynemo, website official UMT dan ke bahagian akademik, untuk jeling2 CGPA! Erkk Erghh. And then, yah! i did it. Hoho Alhamdulillah ada peningkatan >.< yeay! Walaupun sikit jah, sy bersyukur melepasi target yang sy nak, dan.. tiada FAIL! hihi tak payah repeat subjek 'itu' Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah :D Tengah sy suka suka kejap. Sy online nak tgk khabar dari kwn2 lain. First sy tanya, 'kakak' sy kak Eti. Huhu Alhamdulillah Beliau punya pun OK! Chiba Chan pun OK! Scroll dan scroll lagi status pasal result dah mula banyak keluar. Sy pun ada terpandang perbualan org lain tntg result org lain. ngeh3 Facebook meh? what u expect, people can read you and stalk you accidently huhu =.='' Kebanyakan nya meningkat dan happy-happy! Dan masa tu, kegembiraan yg Allah bagi sedikit demi sedikt terhakis, terlarut dan jealousy yang mula menguasai diri. Itulah problem hati sy. =.='' Senang lupa untuk bersyukur, dan cepat nya dengki! Ish 

Antaranya ialah:

i got A for my biostat! i got A for protozoologi! 
(Safee Sali, bukan nama sebenar)
I am sooo happy to see the result. Thnx to myself n the lectures 
(Chu Chi, bukan nama sebenar)
Alhamdulillah, dekan lagi walaupun banyak subjek yang drop
(Wati, bukan nama sebenar)
Thanx dear help me increase my pointer
(Fofo, bukan nama sebenar)

Chill la bro, why need to monyo monyok

Whoa semakin scroll banyak lagi status-status yang cakap tentang result masing-masing. Sy pun teringat, terfikir macam manalah result 2 kawan baik sy yg sebelum ni sokmo jauh meninggalkan sy huhu Cat dan Mira. Mesti lagi sekali jauhhh tinggalkan sy. Entah-entah dekan. Sebelum ni sy biochem, usahawan tak kuat pun. Even untuk 2 2 subjek sy pernah menangis. (Ee tak malunya) hoho Sokay, kalau diorang dapat tinggi pon, sy sebagai kawan sepatutnya happy dan bangga kan? HOHO betapa sy choba mempositifkan diri saat ini. huhu Cemburu tetap tersisa pd kawan-kawan sy laen yang super brilliant kat luar sana tu. Very well, cemburu untuk bersaeng sebenarnya. Cemburu untuk upgrade lagi result dan pointer akademik Semua nak skor, semua nak 4.00 flat. Semua orang nak grad, nak sambung master dan.. ergh.. itu semua lah =.='' Hurm Perasaan bimbang, risau, takot, datang serbu hati. Urm ya Allah, sy perlu kuatkan diri sy. Tak perlu pikir orang lain. Saya dah buat yang terbaek, untuk diri sy, utk mak ayah sy. HOH Bersyukur! Di bulan ramadhan yg mulia ini belajar mendidik hati supaya bersyukur! 


Kenapa sy mesti sibuk untuk cemburukan orang laen pasal CGPA, result subjek semua tu, dan tidak cemburu pasal soal laen contohnya ibadat mereka yang tahap super saiya sekarang ini! Hallooo masing-masing sekarang kejar 'pointer' tinggi untuk rebut ganjaran suppper time ramadhan ni. This is the real Reword hokay? You know the fact. Kat sekeliling, kawan-kawan di UMT, yang dapat dekan semua, most of them worth to get. Dan ad yang dapat by chance. Dan! Tak kurang yang kita rasa, bukan rajin pun, tapi Allah bagi. Kita? Allah tak izin lagi. Sy tak pernah dekan pon >.< Tapi, the fact is tak ada apa pun. Just a damn number. Put it away. HOHO Yang penting sy bersyukur, walaupun tidak gumbira, tidak sedih =')

My real real point is, kita dah usaha, dan se lebih nya, Allah 'settle'kan untuk kita. Kita layak terima atau tak. Kalau belum masanya lagi, insha Allah, Dia akan ganti dengan apa yg lebih baek untuk diri kita. He knows the best rite? Senyum senyum. Dah dah jangan monyok lagi! ^.^ Sometimes, you just have to pretend to be happy & you ll feel the 'happy' in you :) Sedar tak sedar graf ramadhan kali ni jatuh sket. Prestasi kurang. Orang laen berkobar-kobar nak khatam Quran, attendance pergi masjid full etc. Nah! inilah nak kena jeles sebenarnya! HOH Hokay,lupakan pasal yang dah lepas, fokus apa yg berada di depan yep. Upgrade amalan-amalan di bulan puasa nih, reduce time tido tuh! Target, tarawikh tak nak miss walau pun akan ada waktu waktu choti yang terpaksa 'miss' jugak nanti herggh hoh yeay! FYP dan Repot Latihan Industri in the making hoho Sebagai penutup, jom sama doakan semoga hari ini, segala urusan Allah permudahkan, kita sendiri usaha untuk permudahkan, upgrade ibadah, baca Quran, solat awal waktu (ehem), jaga pandangan, no gosssiping, no judging, jangan malasss! insha Allah, haip2!!

Thursday, July 19, 2012

Kisah Tok Wan..


Baru lagi rasanya bulan puasa tahun lepas, tup tup akhirnya bulan penuh barokah datang lagi! Yuhuu Insha Allah harapannya Ramadhan kali ini akan jadi Ramadhan yang jauh lagi baik dr tahun yg lepas2. HOHO Sepanjang minggu ini, letihnya, Tuhan saja yg tahu HOH Ditempatkan di unit ruminan besar, JPVKT, yang bahagian lembu, kerbau, kuda dan se'species' dgn nya. Pergi lawat Kemaman, Dungun etc. Sumpah penat! Sepanjang minggu ni, tido pukul 10 dan ke bawah hoho Selain daripada menerima ujian penat ini, sy juga diuji dengan satu lagi ujian berat buat diri yg lemah tp perasan kuat ini. Masa inilah betul-betul terasa lemah. Hurm :[ 

Hari Rabu sepatutnya tok wan sy (ibu kpd mak sy) dioperate, utk buang ketumbuhan kat tekak beliau (thyroid). Sebelum ni dah 5 kali cancel operate sbb menurut dr, benda tu kechil lg, x memudharatkan, keadaan patience tak sesuai, dr segi pressure darah, gula dlm darah etc. Hinggalah hari Rabu (18 Julai 2012)  sepatutnya di operate. Namun, sekali lagi dibatalkan. Pagi tu, kira-kira jam 8 pagi, sy ke hospital dgn mak sy. Untuk lawat tok wan, sebelum masuk bilik pembedahan. Bila sampai di katil tok wan yg berada di tingkat 2 dgn geng2 nya yang lain tu, sy terkezut tgk mak saudara sy (adik mak sy) Mak cik Mi yg menangis sambil membelakangi tok wan sy yg masa tu diperiksa oleh 2 org doktor, dan ad beberapa org nurse waktu tu. 

Wajah tok wan sy (kanan) dan tokki sy. Raya 2010
Sy ni tak boleh. Tgook org nangis, rasa nak join the club jugak. HOHO hurm i know something wrong here, walau pun sy bukannya gheti sgt bab2 medical, tp dr sedikit knowlegde biologi sy rasa boleh agak apa yg sedang berlaku nih. Hurm Waktu tu,rasa macam mula sebak kat dada sy, air mata nak nak keluar, masuk balik bila nampak mak sy cool skit berbanding MC Mi sy. Dari pemeriksaan, riak muka Dr Hussain yg merupakan big boss, seorang pakar bedah yg sepatut ny operate tok wan sy, mcm ad something yg tak kena. Tak tahu nak describe mcm mana :[ Dy sokmo geleng2 kepala. Dan lepas tu, dy terang satu persatu keadaan tok wan sy, Menurutnya, ketumbuhan yg ada di bahagian tekak tu, dah mula invade salur darah dan jugak paru-paru. Oleh sbb keadaan darah yg hypo, operation terpaksa dibatalkan lagi. 

Dan insha Allah Rabu ni (25 Julai 2012) akan betol2 di operate, sekiranya keadaan mengizinkan. Dr Hussain kata, sblum operate, sehari sebelum kena ambil iodine yg dilarutkan dlm susu, utk elak darah keluar byk masa operate. Dan bahan tu akn bantu, somehow akan kecutkan salur darah dan darah jd sedikit likat. Kalau tak silap la, sy faham mcm gitu gitu jah time tu sbb dlm fikiran sy, mcm2 masa tu. Emosi pun jd tak stabil bila berdepan dgn ahli keluarga , org yg kita syg, yg dekat dgn kita ; sakit. Sebelum ni, jarang sgt berdepan dgn situasi sebegini. Hurm. Dan Dr. hussain berkali-kali sebut, risiko nya tetap ada, tapi pihak mereka akn buat yg termampu utk meminimakan risiko yg ada. Risiko utk membuang ketumbuhan tu secara total dr tekak, salur darah dan paru-paru. Hati sy rasa tak sedap sejak dari tu. Seriusly, walaupun betapa sy choba mem'positif'kan diri. Hm diringkas ceghita, tok wan sy balik rumah petang dan dijadualkan utk datang balik hospital pd hari Isnin. 


Beberapa kwn sy yg tahu pasal ni, bg kata-kata semangat pd sy. Adik dan abang sy pun sy dah maklumkan. Mungkin diorang cool dan ok lagi sbb tak nampak apa yg sy nampak 2 3 hari ini. Wajah tok wan sy, mc mi sy yg menangis masa kat hospital tu. Kebiasaannya, lepas praktikal di pejabat veterinar, sy akan g rumah tok wan sy yg distance nya cuma 5 minit jalan kaki dari situ. Dari minggu pertama hingga sekarang sudah 4 minggu sy ber'praktikal' di JPVKT. Jadi sy nampak keadaan tok wan sy yg masih sihat, hingga sekarang. Wajah nya sedih, muram, monyok walau pun kdg2 sy ajak sembang2, beliau pun sekadar senyum tawar gtu. Senyum tak ikhlas pom. Iya la, orang sakit, mmg tak boleh fikir sgt. Terganggu dgn macam2 benda. Dan, sokmo batuk-batuk, menahan sakit di tekak yg sekarang ni membengkak, bila baring, mcm hampir sama level dgn dagu. Allahurabbi :{

Masa sy balik dr praktikal semalam,geng sebelah rumah nya datang lawat, dan ada jugak tok wan kata dia risau sapa nak hantar nanti ulang alik hospital. Jiran tu pun senyum jah, dy cakap insha Allah, anak-anak ada. Anak-anak akan tolong. Hurm Beliau pun senyum dan cakap, mujurla ad anak-anak, mc mi pun kata kalu merangkak pun boleh hantar lagi dgn nada sebak, & mata yg merah tahan nangis. Allah hai, sebak nya time tu. Nak nangis sgt2 dah, tapi buat2 cool lagi. Mak sy pun ada masa tu join the club utk bg kata kata semangat kat tok wan sy. Mudah-mudahan, tok wan sy akan sembuh dan dipanjangkan usia yg berkat dgn amal dan ibadahnya :[


Hurm semoga dengan kedatangan Ramadhan yg berkat ni, keadaan akan jd bertambah baek dan mcm dulu dulu. Sy, insha Allah sebagai cucu kesayangan akan sentiasa doakan tok wan sy, tokki sy sihat sokmo dgn umur yg penuh berkat. Siapa siapa tersinggah, terbaca post ini pon semoga sama-sama doakan. Sekrang giliran tok wan sy diuji sakit, kita pun tak tahu lagi bila. Boleh jadi Allah 'panggil' kita bila-bila masa. Hurm semoga Allah kuatkan dan jadikan sy, tok wan sy, org-org disekeliling sy, menjadi abid yg redho dgn qada dan qadar yg dah ditetapkan. Kadang-kadang time sy baca Quran, terlintas di fikiran betapa lamanya sy dgn tok wan sy, selama ini sy membesar dgn tok wan sy jugak walaupun bila dah besar ni, kurang bersama, Alhamdulillah tempoh 2 bulan praktikal ni, tiap2 lepas balik kerja, sy akn jumpa tok wan dan tokki sy. Dan masa tu jugak, soalan yg satu lagi muncul di fikiran sy, adakah Allah masih mengizinkan tok wan sy beraya bersama-sama anak-anak dan chucu chucu nya tahun nih? :[ :[ :[ dan suara sy pun jadi serak serak sebak menahan air mata dr jatuh. 

Ya Allah, permudahkanlah, selamatkan urusan yg bakal kami hadapi nanti. Tiada yg sukar, melainkan Kau menetapkannya sukar, dan tiada yg menjadi senang, melainkan Engkau memberi kemudahan. Serta, tiada penyakit yg hilang melainkan Engkau yang menyembuhkan. Maka sembuhkanlah ya Allah, sembuhkanlah apa yg dihadapi oleh tok wan ku ini. Lindungilah dia, sayangilah dia, berkatilah umurnya. Sembuhkanlah ya Allah, sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkau mendengar doa-doa hamba Mu dan megetahui kebaikan utk setiap dari mereka. Amin ya Allah :[

Saturday, July 14, 2012

Solat Full Tapi Suka Gosip-gosipan?

Orang yang solat, belum tentu selamat dari dimasukkan ke neraka. Apatah lagi orang yang meninggalkan terus kewajiban solat fardhu 5 waktu dalam kehidupannya. Nauzubillah. Kerana apa mungkin orang-orang yang mengerjakan solat ini, dimasukkan ke neraka. Hurm. Banyak sebenarnya! Kerana dari solatnya, tapi diri terus bergelumang dengan dosa dari lidah, tangan dan perbuatan yang seangkatan dengannya. Adalah tidak pelik dan janggal sekiranya seorang yang tidak solat, tidak kenal hijab, tidak pernah menyentuh sejadah untuk bergosip-gosipan, malah ber'umpat-umpatan' sekali pun. Tapi jika seseorang itu, solatnya, masha Allah. Tidak ter'miss'! Dari luaran nya santun, lembut, chantek serta sayu hati melihat, tapi tapi tapi bila berbicara dengannya, aib orang lain yang meniti di bibir, menjadi topik perbualan. Hoh?? Rudiculous! Pengsan! :O But this is so true. It really happens. And it means, something wrong with his/her 'solat' then. Hurm.



So so so sempena mengingatkan diri sendiri dan romadhon yg kian terasa auranya, jOm kita  sama-sama muhasabah diri pasal kenapa tak boleh cakap tak elOk aka jahat ni HOHO. Especially  orang yang sOlat tapi tidak menjaga lidah dari ghibah ( umpat / menyebut perkara yang orang lain tak suka though it is true ), gossip, mengata, fitnah  dan yang seangkatan dengannya.Dan akibatnya? Gulp!! Sekali pun seseorang pernah ghibah sekali seumur hidupnya, bermacam akibat yg menantinya. For example : Amalan kebaikan yang tidak diterima, doa yang tidak dimakbulkan, hilang keberkatan dalam hidup, jiwa baginda Rasullah saw terasa sakit akibat ghibah, kemurkaan Allah, dan hilangnya kehormatan dan kepercayaan orang lain etc. Allahurabbi! Ada berani ka? Huish Nauzubillah!


Mudah mudahan kita termasuk dalam org yg memelihara lidahnya. Apa lagi, kita orang yg SOLAT (insha Allah till dead), ia sepatutnya menjadi pen'jaga' akhlak, yg jaga lidah, tangan serta perbuatan kita secara keseluruhannya. Kerana apa? Kerana SOLAT suppose to be yang jaga kita, bila kita jaga SOLAT! Intercorrelated to each other. Ya! Correcto! Hurm. Antara ayat-ayat chenta Nya dan sabda NAbi saw yang membicarakan perihal org yg tidak menjaga lidah, lisan dan natijah-natijah nya yg sumpah dasyat ialah --> 


: : : Wahai orang- orang beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian drpd sangkaan itu adalah dosa, & janganlah kamu mengintip dan mencari-cari keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihi. -Al Hujuraat ayat 12-


: : : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh & merendah-rendahkan puak lelaki yg lain. (Kerana) harus puak yg dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak (dari kaum perempuan) mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain.(Kerana) harus puak yg dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yg lain dan jangan pula kamu memanggil satu sama lain dgn gelaran yg buruk. Amatlah buruk sebutan nama yg fasik sesudah ia beriman.Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah org-org yg zalim. - Al Hujuraat Ayat 11-

: : : Ghibah itu, seksanya lebih dasyat daripada perbuatan zina. Lalu sahabat bertanya, mengapa begitu ya Rasulullah? Kerana contohnya lelaki yang berbuat zina, kemudian dia bertaubat & Allah terima (selesai urusannya), tetapi orang yang suka mengumpat tidak boleh diampuni secara lansung tanpa dimaafkan orang yang mengumpatnya
-Sabda Nabi Muhammad s.a.w-

: : : Sesiapa yg suka mengumpat, mencela dan membagkitkan amarah (mengadu domba) serta suka berlaku zalim terhadap orang yg bersih daripada aib. Maka nanti di hari kiamat mereka dihalau oleh Allah dengan bentuk muka anjing. -Sabda Nabi Muhammad saw-




Akhir kalam, semoga ini menjadi soft reminder buat diri sy terutamanya dan sape sape pon yang tersinggah ke sini. Mudah mudahan mendapat manfaat. Sungguh haih, ini semua peringatan & warning yg tidak sepatutnya kita ambil ringan. Suppose org2 yg beriman, akan ada rasa takut dlm diri dan paling baek lagi, apabila takut, anggota pun tidak membenarkan lagi. Hokay?? Memey, ad keadaan di mana Islam mengharuskan kita bercakap tentang keburukan orang lain, erm kalau tak silap sy, dengan syarat, apabila kita ungkapkan tntg itu, org yg memperdengarkannya akan terselamat dr kezaliman mahupun mudhorat.Sebagai warning gitu. Allahualam. Itu yg sy belajar dr ustaz ustazah time fom 3 dulu kalau tak silap. Yang penting kita choba minimizekan dan jaga lisan kita dr perkataan yg tak baek yep! Sbb setiap yg keluar yg keluar dr lidah ini, akan direkod, di'play' balik di akhirat nanti. Di'present' balik depan Allah nanti. Masha Allah. :'[ 


Dan satu lagi, bila kita buat tak baek aka cakap tak baek, sebenarnya akan tambah kan satu titik hitam di hati kita. Rasanya semua pernah dgr tntg analogi ini kan? Yes! Ini benaran dong. Dan boleh jadi, lama lama titik-titik akan jadi banyak dan menebal membentuk sarung yg tebal mcm guni kat hati kita & ini yg sebabkan resistant, tak boleh terima lagi hidayah Allah utk buat perkara baek :O Macam big bos Ustaz Azhar pernah sebut dari kitabnya 'Dosa yg memberat di hati seorang manusia menyebabkan ibadah yg sedikit menjadi tiada ringan baginya'. Hurm. Sama-sama muhasabah hokay? Insha Allah sama-sama jaga lidah dan lisan kita bermula saat ini, hari ini! :D

Sayangku, Nazirah Naqilah :)


Alhamdulillah, hari ini bermula dengan sesuatu yang mengukir senyuman saya, mguntum rasa terharu dalam hati (Ohh bunga-bunga bahasa). Pagi tadi bangun utk solat subuh, waktu tu gelap lagi dalam jam 6.30 pagi. Dan sy pun siap-siapkan diri, untuk pergi menghadap diri pada Nya. Hampir mengangkat takbiratul Ihram, terdengar suara kechil di balik pintu, adik sy Naqilah Kharudin yg berusia 7 tahun 21 hari dengan basah kuyup (sebab wudhu') nak join solat subuh sekali! Masha Allah Tuhan jah tahu betapa hati sy gumbira dan bahagia. (Ohh). Sebenarnya sebab di sebalik kegembiraan itu adalah kerana beliau baru berjinak-jinak dgn telekung, sejadah dan rutin solat. So, its actually a great achievement! :D Yeay! Sedangkan utk seorang dewasa bangun subuh utk solat pun perlukan mujahadah yg tinggi, inikan seorang budak kechil. Alhamdulillah! 



As a sister, sememangnya sy mahukan adik-adik sy jadi 'orang'. Dalam erti kata, first thing first jd hamba Allah yg baek, seorang yg paham keperluan hidup beragama & menjadi orang yg m'praktikkan agama, tahu halal haram, wajib sunat, makruh dosa etc selain jd org yg berakhlak, berilmu seterusnya jd anak2, adik yg baek juga. Hoh! Dan menurut sy, usaha utk mencapai matlamat ini tbukan sahaja dipikul oleh mak ayah terchenta sahaja, tapi juga abang-abang, kakak-kakak yg sebenarnya jd role model di mata mereka sejak baby lagi HOHO Sy tak tahu kalau sy kakak yg baik atau tidak kepada adik-adik yg total nya 6 org, tp insha Allah, sy akan terus cuba dan cuba! Hoyeah! Antara yg paling  diutamakan sementara usia yg maseh hijo ni, soal-soal basic dlm agama, khususnya adik-adik perempuan sy. Tentang solat, sama-sama jaga, pelihara dan saling ingatkan. Dan tentang aurat pula, alhamdulillah, semakin mereka membesar, mereka dikelilingi environment yg menggalakkan mereka utk menutup aurat selain faktor hidayah dr Allah (first thing first) dan galakan yg bertubi-tubi dr kechil. Semoga kesedaran utk menjaga aurat itu, tersimpan kemas, kekal, dan sebati dgn jiwa mereka sampai besaw nanti! Insha Allah!

Pada peringkat permulaan utk melatih adik sy, Nazirah dan Naqilah utk konsisten solat, Allahu rabbi amat payah. Tuhan saja yg tahu, namun sy tabahkan hati. Berbagai jalan yg dichoba, dan sy pun pernah dgr bagaimana Wardina Safiyyah (artis) m'didik anak-anaknya solat di perngkat budak-budak. HOHO Terasa diri bagai seorang ibu. Insha Allah, ini akan jadi 'latihan' berguna di masa akan datang :p Ternyata, sememangnya tak mudah, ya you know kids =.='' Ergh. Pernah sekali, beliau sendiri pernah punish anak dy sbb tak solat. Merotan secara ringan, yg tidak mencederakan, tidak utk menyakitkan, it is by mean of love and for her daughter sake. Dan Alhamdulillah, the lesson, sgt beri kesan pd anak dy dan satu hari dy pernah solat sorang-sorang di surau bila Wardina secara tak sengaja dtg lewat to pick her up. HOHO sangat kagum! I wish i could be like her too in teaching, dan 'tarbiyyah' adik-adik sy utk jd org yg disiplin solat. Hoh! 

Dulu, sy pernah buat satu jadual utk adik sy 2 orang ni. Sebulan, dan hari-hari dengan box utk tick every time diorang solat. Unfortunately, tak berkesan. And they even fight for one another bila silap tick, tick org lain punya, bilangan tak balance etc =.=''' Ergh. Lama-kelamaan, sy tak buat dah. Mungkin lepas ni boleh stat balik utk boost diorang punya semangat, tapi buat masa sekarang, hold dulu! Cause i notice another effective way to teach them. OHOHO Bagaimana? Ajak diorang solat sekali whenever kita nak solat. Dan! Laaagilah baik utk kita juga utk latih diri solat di awal waktu ^.^ Ya! Ini sangat berkesan! Lagi-lagi kita solat ramai-ramai satu family. Setiap kali solat fardhu. Whoaa! Dalam pd tu, diorg secara lansung mendisiplinkan diri dan terbiasa. Bab faham, ikhlas, itu insha Allah, masa akan mengatasi semua itu. Yang penting, amal mendahului! Mudah mudahan, sampai besaw la diorang akn jd org yg SOLAT dan yang menyempurnakan solat!


Haa dan slow-slow dekatkan mereka dengan Al Quran. Masha Allah inilah antara tarbiyyah yg paling sukar sebenarnya. Untuk mentarbiyyah orang yg kita sayang, adik-adik kita. Hoah, sangat mencabar! Bayangkan, pd peringkat awal salah seorang adik sy pernah tanya sy, 'Macam mana kita tahu Al Quran itu dari Allah' 'Macam mana Al Quran dari zaman dulu boleh sampai kat kita sekarang'. Allahurabbi, panas rasanya darah sy time tuh, Allah saja yg tahu. Timbul rasa nak marah, utk seketika, sy lupa adik sy baru umur 8 tahun masa tu.Sy tak marah pun, tapi mungkin terkezut, tersentap, dgn dahi yg berpeluh-peluh mencari perkataan yg sesuai bg menjawab persoalan. Dan, last last sy cuba jwb seeloknya, berdasarkan ilmu yg chetek ini, dengan bahasa yg mudah. Moga-moga dy faham bethol bethol dan 'lekat' sampai bila-bila insha Allah. Hurm. 



Satu lagi cerita adik sy yang 2 orang ni, buat sy senyum sendiri. Semalam, sy ada menyebut pd adik sy Nazirah yang chantek (9 tahun) hari Jumaat sunat baca Surah Al Kahfi. Jadi dy pun belek-belek cari, tapi tak jumpa dan tak bagitahu sy pun waktu tu. Hinggalah pagi ni, tengok rancangan Tanyalah Ustaz, tentang perubatan Islam. Ustaz Sharnan ad menyebut tentang surah Al Kahfi. Dan adik sy, berkobar-kobar nak cari yg mana satu surah Al Kahfi. Sy pun tunjuk. Dan sementara tunggu Isya' tadi, sy terlihat adik sy membelek satu persatu muka surat tafsir Al Quran, dgn muka berkerut-kerut, cuba utk faham mungkin, barangkali surah Al Kahfi. Alhamdulillah :D Semoga adik-adik sy, dan sy sendiri, ibu bapa, istiqomah menjadi org yg dekat dengan Nya, bersungguh-sungguh dalam solat dan bacaan Al Quran nya. Serta terdidik akhlak berkat asuhan ayat-ayat daripada Nya. Amin ya Rob!

Friday, July 13, 2012

Time Untuk Rehat! Hoyeay!

Phew, hari Jumaat yang indah ini rasanya terlalu banyak benda yg nak disetelkan. Rehat 20%, lain-lainnya, whoa full to-do-list! Selain drpd FYP yang tidak berkesudahan, slow-slow buat dengan independent nya, (plus syok sendiri hoho) hari ni jugak la Hari Kemas Rumah Sedunia, Hari Basuh Baju Sedunia & Hari Lipat Baju Sedunia etc =.='' Bermula pagi lagi, masha Allah non stop action! hoho sokay sokay, sabaq, tu semua exercise :] Senyum untuk memotivasikan diri hewhew Ya, kepenatan. Mencari ruang masa untuk rehatkan rohani dan jasmani. Hish tak boleh jadi nih. Hokay, lepas semua setel, I took a very nice rest Whoa~ (Muka bahagia) Duduk depan laptop kejap, terfikir utk buat satu entry, hoohoo last-last tak terbuat, sebab tak larat dan kekeringan idea =.='' 

Kemudian, terfikir nak buat satu lagi hobi, MASAK-MASAK! Ah ha! Dah lama tak masak! (Sebenarnya tak pandai pun, tp minat jah huhu) Belek-belek resepi dan terfikir nak buat Banana Cake! Hoho kebetulan lepas ayah balik dari masjib, bawak balik pisang hari ni. Wah apa lagi. Ini macam orang mengantuk di beri tilam Vonoo nih (Peribahasa yang di edit) hoho Haa diringkaskan cerita! Alhamdulillah jadilah kek tersebut dan ini gambarnya! :D Wee! Yippie! Walaupun pd sy agak manis dan tekstur agak tak naik sbb tambah baking powder sikit sgt (My mom said) syukurlah, percubaan pertama, uhurm not bad ^.^ all my brothers and sisters simply love it. :D 


Hoo hokay, hokay cerita pasal masak kek, jadi apa point yg cuba disampaikan? -__- Actually i also not so sure but.. huhu actually sy sedang merehatkan diri sy dari memikirkan benda-benda berat dlm fikiran sy. Tugas 'keibuan', tugas sebagai student, tugas sebagai seorang kakak, sebagai pencari redho Nya dan lain-lain. Ho, bila diri penat, apa kata kita rehatkan sekejap utk recharge balik energy dalaman dan luaran, supaya 'graf' kita yg sedang menurun naikkkk balik! ye dak? huhu Sebagai insan biasa, kita tak boleh lari dari penat, lunturnya semangat saat diuji lelah dan lain-lain. Besides that, sebenarnya 'serangan' yg kita terima bukan hanya dr sudut fizikal, tp juga mental. Saban hari kita berfikir, guna minda, asak jiwa kita untuk 'menerima' instead of cuma memberi dan lain-lain. Kan? Kan? Hoo, so rehat! Have rest! 

Dan Rasulullah saw pernah bg hint, bila kita buat amalan, sebaik-baiknya sedikit dan berterusan. Ini meliputi semua sebenarnya. Sedikit dan berterusan. Ya, kerana manusia itu sifatnya lemah, penat dan punya rasa takut akan perkara yg disekelilingnya. But op kos, it doesnt mean kita boleh bermalas-malas dan buat sesuatu dgn tak bersungguh-sungguh. Ergghh =,='' Bila sy penat, dan perlukan ruang utk rehatkan minda, sy masak! huhu its a good hobby, where we can do together, share the cookings, and share the happiness! :D Walaupun sebenarnya tak pandai masak pom :{ huhu Other than that, my hobby is, blogging! Like what i m doing rite now. Kerana sy melihat ia bukan sahaja ruang utk release stress secara positif, tapi juga sebagai medium da'wah. Da'wah itu Chenta rite? :D

Semalam, sy buka video2 Youtube & tengok video-video Osem Angel Pakai Gucci 2011. Whoa, what a great and noble effort he (Inche Gabbana) has done in spreading da'wah by mean of love. I simply love it! Dan bila tengok, kebanyakan maksud yg ingin disampaikan, keperluan Usrah fillah di mana ukhwah itu mendasari usaha tarbiyyah dan da'wah dan satu lagi yg sy rasa paling menarik : Jalan Da'wah itu, Sumpah Panjang! hoho so true. Cuma yang menjadi kekuatan,didikan mak ayah tersayang sejak kechil yg menjadi tulang belakang, chenta sahabat-sahabat fillah yg jadi role model,  iman dan keyakinan tak berbelah bahagi dalam diri, dan yg sy fokuskan dlm post ni, sedikit rehat dlm utk jasmani dan rohani. Semuanya sama penting, semuanya perlu! Kalau ter'miss' salah satu, bimbang, kita tak kuat. Dan kita akan mula tinggalkan amalan-amalan yg mendekatkan kita dgn Dia. Nauzubillah.

Bayangkan, utk kita istiqomah solat 5 waktu yg wajib sekali pun, kita dilatih sejak kechil kan? Time kita masih pakai pampers pun dah mula ikut-ikut mak ayah kita solat =.='' (Erk nakalnya) Kita buat dan buat hingga akhirnya, dtg satu kepercayaan dlm diri tntg hikmah solat. Lagi-lagi ditambah dgn seronok nya solat dgn kwn-kwn, berjemaah ramai ramai Hoho (kenangan time sekolah). Itulah yg buat kita kuat, berterusan mempraktikkan hingga ke hari ini (Dan sudah tentu, first thing first kita solat kerana perintah Allah) Untuk istiqomah baca Quran pun sama, kita buat sedikit demi sedikit. Bukannya secara mendadak, target dalam sebulan mampu khatam! Ohooo Kalau mampu baguslah, tapi pd padangan sy, lebih baik kita cuba utk istiqomah dulu. Kalau sebelum ini, sehari 5 mukasurat, stat azam baru, up skit jadi 10 page sehari ke. Insha Allah, kita akan mampu jd org yg berterusan dekat dgn Al Quran plus plus ada nya ijtihad yg kuat dlm diri. Hoh! 


Tidak sedikit yg cuba utk buat perubahan, berhijrah ke arah yg lebih baik, tp bila terlalu mendadak, dan menyingkirkan 'elemen' rehat dalam buat amalan, last last, kecundang, malas, bosan dan akhirnya tinggalkan azam yg berkobar-kobar sebelumnya. Nauzubillah. Hurm. Kenapa perlu pressure kan? Sesungguhnya Islam, syariat Islam itu mudah dan memudahkan. Islam tak larang kita jogging, exercise, have vacation berlibur dgn family menurut syarak, barbeque dgn kwn2, picnic di pantai etc kan? kan? Bila kita memilih utk ditarbiyyah, mentarbiyyah, berjubah, berkopiah, itu semua sebenarnya x jd halangan utk kita menikmati hidup sebagai seorang manusia juga yg butuh rehat, butuh kesenangan bersama teman2 juga, kan? :D Wah omong indonesi gitu :]


Sebab itu, sekarang seolah menjadi trend dakwah Islami itu disampaikan dlm santai-santai, suka-suka, stadium, futsal, tayangan video, maen gitar etc yang menarik minat golongan orang muda. Hoyeah! (Kebanyakan contoh yg sy lihat dr Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze,dll ) Style lah!:D Jadi, in a nutshell buddy, rehatkan hati, rehatkan diri!! Agar letih & lelah tidak menghampiri diri, lalu membunuh semangat tarbiyyah dan dakwah insani. Jadilah generasi Al Qurani dan contohi akhlak NAbi (saw). Mudah-mudahan, insha Allah kita semua terpilih menjadi insan yg Allah redhoi!