Pages

Sunday, September 30, 2012

Kawan Dunia Akhirat?

Assalamualaikum! Morning. Wah bestnya bangun awal, solat Subuh, baca Mathurat di keheningan pagi. Feel so good! Tak percaya? Cuba compare dengan waktu tertentu yang kita tak boleh buat, mulalah jadual tidor entah hape-hape, kehidupan sangat serabut, rasa macam serba tak kena, gelisah semacam dan sebagainya. So, selagi boleh, buat! Dan yang paling penting tunaikan kewajipan (Eh ke kewajiban? =.=) menunaikan solat subuh ! Jangan subuh gajah atau subuh dinasor. Hohoho  Cepatnya masa berlalu, zuzap zuzap dah Oktober, rasa baru semalam mendaftarkan diri ke semester baru dan hangkut barang-barang ke hostel B2 ni haaa. Tengah ambil mood lagi rasanya >,< hihi Datanglah segala mood rajin dan positif. Looking for you! Hihi [Merapu] OK! Pagi ni, nak ambil kesempatan untuk karang satu entry! Mentang-mentang kelas pukul 2, dan sekarang baru jam 8 pagi hikhik >.< Dah lama sebenarnya nak karang pasal ni, but then, tertangguh dan tertangguh yuhuu~


Tentang apa? Tentang kawan-kawan di sekeliling saya! :D Excited tak? Tak? Ok fine -.-‘’ hihi yang ingin saya emphasize ialah tentang kawan-kawan yang contra dengan jiwa saya, dalam erti kata lain, tidak sefikrah, malah ramai yang tak seagama pun. Huhu Bermula tahun satu bila saya menjejakkan kaki ke UMT, wah wah kenal dengan macam-macam jenis manusia. Very so true! Kadang-kadang susah kita nak nilai, and of kos, bukan kerja kita untuk menilai pun huhu Betullah, kadang2 diri terkeliru. Dalam Islam, bila kita bersahabat, pilih sahabat yang baik penting! Sangat setuju. I m looking deep into myself dan saya rasa saya sangat mudah dipengaruhi dan perlukan kekuatan dari org sekeliling sy dalam semua benda. Dan for sure, kepada Allah juga kita sandarkan segala urusan dunia akhirat kita :)



Atmosphere di USIM dan UMT sangat berbeza. Di USIM, saya dikelilingi sahabat2 yang saya boleh katakan 80% menutup aurat dengan sempurna (Bertudung labuh, sopan dan sejuuuuk mata memandang). Suasananya lain, soal pergaulan sangat terjaga, mungkin ‘mode’ environment itu secara automatic switch on apabila terzahirnya pemakaian yang sempurna. Susah dan almost imposible untuk melihat kapel berjalan di kafe-kafe, sekadar berbual berdua (Lelaki Perempuan), even diskusion sekali pun! Kalau ada pun, di fakulti, dan itu pun sangat lah ramai nya, sampai pintu fitnah itu tertutup serapat-rapat2 nya. Tade can! Hihi Mungkin ada kes terpencil je kot, yang berpasangan, and i believe itu memang final student dan meniti ke gerbang perkahwinan tak lama lagi #Husnuzon#  yuhuu~

That is USIM, bertahta di hatiku dulu kini dan selamanya :) Dan sekarang, saya dah ‘clash’ dengan USIM dan in relationship with UMT insha Allah setahun lagi (Not included planning to further my study here). Dan UMT, berbeza. Sangat berbeza. Suasananya lain, environment nya kadang-kadang menyesakkan dada hoho Tidak berniat untuk jd insan yang tidak bersyukur atau memburukkan, tapi sekadar coreten tentang realiti yang dihadapi oleh jiwa yang kerdil ini >,< Ditakdirkan Allah, di UMT ini saya dipertemukan dengan macam-macam orang. Dan saya sendiri berkawan dengan seorang non Muslim yang berbangsa Serani, beragama Kristian Katolik (Kuat jugak la, level ‘alim’). Kawan-kawan saya disini, ada yang kaki surau, yang non-kaki surau (biasa-biasa sahaja), suka tolong, ada yang suka kondem, yang free hair tapi dari sudut lain suka tolong orang, lemah lembut, yang suka merungut bila kerja, yang suka pass kerja dan.. ishhh banyak lah. Not to judge people, even me myself not really sure where i shud put myself in.


Perbezaan itu kadang-kadang terasa. Yes, saya rasa. Kadang-kadang saya takut kalau saya terlalu mengikut kawan-kawan, atau sy yang mendominasikan, yang mana sy yang mereka ikut (Dari segi akhlak yg dibawa, walaupun sy bukan baik sangat ehee). Semalam, lepas  balik dari kelas Penulisan dan Pengucapan Awam, sebelum tidur, saya fikir. Dan apa yang menyebabkan tercetusnya semua tu dlm fikiran saya ialah, dlm kelas tu kawan Serani sy tadi, ada geng yang sekepala dengan dia. Kelas-kelas sebelum ni, kurang. Mungkin saya, dia dan sorang lagi sahabat Muslim selalu jalan sekali, dan somehow si non-muslim ini no choice untuk mengikut style kami. Well, style baik-baik lah kot (Ye ke?) hihi Tapi bila dalam kelas semalam, sy seolah-olah see her true colour. Susah untuk describe, bila pada masa yang sama, tak nak nilai orang suka-suka hati. Huhu Tak tahu lah apa yang cuba disampaikan dalam esei panjang ni, sampai ke tidak kihkihkih

Stret to the point! Sebab ayat sangat berbelit-belit (-_-‘) The truth is, saya tidak selesa. Mingle around dgn orang yang kadang-kadang tak sefikrah, tak faham kita, atau simply buat2 tak faham kita. Tidak tenang bila dalam berkawan, ada something wrong di pandangan saya yg menjurus kepada kerendahan akhlak, huha huha sangat, gossiping, percakapan yg tiada manfaat dan lain-lain. Saya tak rasa sy baik sangat pun, Cuma ini personal view saya. Analoginya seperti, sangat berbeza rasa bila berada dalam Bulatan Gembira akan USRAH yang BEST, tenang, dan kelas yang hingaq bingaq, sampai pening kepala -.-‘ Bimbang jiwa yang rapuh, membawa bekal iman senipis kulit bawang ini jadi terikut dengan budaya yang tak sihat di sekeliling saya nih. Saya pun manusia biasa. Kadang-kadang terleka :( Betul lah Rasulullah s.a.w berpesan, pilih kawan elok2,  kerana tempiasnya akan kena kat kita. Dan pernah berkata seorang sahabat kepada saya, dalam bersahabat, it okay kalau kita nak kawan dengan sesiapa pun, baik atau kurang baik sebab mungkin dalam berkawan tu kita mampu tolong kwn yang kurang baik ni jadi baik dan yg baik, upgrade jadi laaaaagi baik. Tapi, if kita tak mampu memonopoli, kita yang dah kurang baik ni pula jadi kurang lagi baiknya, better back off >,<



Kalau pendapat kawan saya sorang lagi, (sebelum ni pernah story kat kawan) katanya jangan rapat sangat dengan orang yang kita trace ada potensi boleh memudharatkan kita. Tak kiralah kemudharatan dari segi apa pun. Dari segi suka pukul kita ke (Erk ada ke?), dari segi suka sangat mintak tolong yang tak patut-patut, dari segi psikologi, dari segi akhlak yang dia bawa jadi fitnah kat kita (Faham ke? Err) Dan lain-lain! Jauhkan awal-awal! Maybe tak jauhkan, kita boleh agak seberapa dekat kita boleh allow dia dengan kita. Kejamkah? Tak.. Biar orang tak suka, Allah suka. Kita buat sebab nak jaga diri, tak nak terikut-ikut dengan apa yang tak patut. Buang yang keruh ambil yang jernih! Haaaa kan? Kan? Yes, itu yang perlu saya buat. Tahu limit dalam persahabatan. Saya pun bukan baik sangat dan masih sedang cuba utk menjadi baik. Sedangkan Rasulullah saw banyak sangat pesan dalam hadith Baginda, dan tak kurang pula ayat Al Quran yang terangkan tentang kepentingan membina jaringan sahabat yang baik-baik, ni bermakna it is really necessary! Dan, last but not least penting juga untuk kita jadi kawan yang baik, we don’t know how people judge us. Well, hopefully they shall judge us good >.< Semoga saya pun jadi sahabat yang baik kepada kawan-kawan saya, yang  tolong mereka lagi dekat dgn Allah, bukan menjauhkan atau melekakan. Kawan dunia akhirat ye dak? >,< Mudah-mudahan masuk syorga sama-sama. Yeay!!

Saturday, September 22, 2012

Allah itu dekat :)

Assalamualaikum :) sedang melayan bait lirik lagu Rapuh nyanyian Opick :') harunya hati huhu malam ni terasa penat seluruh jiwa raga, mentally dan physically.  Sesudah satu minggu kuliah yang memenatkan, berkunjung pula hujung minggu yang 'tak hujung minggu sangat'. Err huhu Jumaat lepas, selesai sudah presentation Li yang sangat nebes menantikan saat tiba harinya, dan sangat scarry marry pula bila ada junior yang tanya nak present pukul berapa, sebab nak datang tengok =.='' ya Allah, Tuhan je tahu perasaan masa tu >,< hish



Nak dijadikan cerita, minggu ni, masih carca marba. hihi iyalah, memikirkan perihal latihan industri dan FYP yang tak tahu bila habisnya ya, dan juga fikir beberapa perkara yg kena selesaikan one-by-one. Ya, Alhamdulillah, i did it :) Syukur, Allah permudahkan segala-galanya. Dari satu ke satu benda, all went smoothly. Saya nak jumpa lecture, saya nak ambil subjek untuk elektif, saya nak selesaikan borang PITA, nak buat itu, ini.. wahh syukur.. semua setel dalam minggu tu. Cuma yang nak dipikirkan, presentation Li yg bakal berlansung hari Jumaat petangnya #fuhhh peluh2# 


Akhirnya hari itu pun tiba. Hari bermula dengan.. fuh, tak tahu kenapa. Pening semacam, dan muntah-muntah. Mula rasa takut sebab takut efek presentation Li, dan kemudiannya ad jamuan reunion Majlis Kolej Kediaman unit Kerohanian (Unit saya lah tu! ^.^). Berat nak join, tapi sy gagahkan diri juga sbb nak jumpa exco kesayangan sy kak idah hihi last2 ter'join' jugak. Makan siap tambah lagi #ceit, mula mula jual mahal# hihi Kemudian, naseb baik pening2, loya beransur hilang dan waktu tu stress untuk present Li pula yg dtg bertubi2. haishh =,= Masih banyak yang perlu baiki dan saya tak tahu pun kalau sy dah bersedia ke tak :( Ish. SO slowly, i took sime times to fix it all, dan berlatih sebaik mungkin. Memaksa2 diri, kepala rasa sakit masa tu, mungkin sbb stress kot. Hanya kpd Allah segala urusan disandarkan.



Petangnya, dalam jam 2, sy pun pergi kelas utk present. Err takutnya. On the way, masih menghafal2 dan tetap rasa x ready. Ya Allah, gane ni. Sampai sana, kwn2 sedang present dan diserang bertubi oleh soalan ahli panel. Takutnya. Zuzap zuzap, pukul 4.35 petang sampailah turn sy. Fuhhh peluh-peluh. Dan kehadiran kos lain dan junior, mendebarkan lagi suasana. hoho and it ends! Syukur. Allah lancarkan lidah sy, tade sangkut, dan soalan dr ahli panel sy dapat jawab :) Mungkin sbb ptg tu dah petang kot, jd depa pun dah tade mood nak tanya banyak2. hihi Malamnya, rehat jah. Tak larat nak buat apa-apa sebab mentally n physically tortured dgn Li presentation =.='' Waktu tu, sy dpt info dr kwn2, ramai yg sedih sebab kena hentam teruk waktu present. Ada yg kena marah, komen negatif pasal slaid dan lain. Allahurabbi, betapa sy bersyukur, Allah pilih sy utk present di bilik tu, dan pilih panel itu utk judge sy. Kalau tak, mungkin sy pun lebam teruk kena bantai hihi Syukur :)




Keesokannya, hari kedua yg cuti tapi tak cuti :( hari taklimat fyp tntg penggunaan makmal dan cara pinjam barang. Oleh sbb sy buat field work, mungkin sbb tu kot sy rasa tak semangat dan malas #opss# err tak rajin maksud sy. Huhu Tapi pagi itu gagahkan kaki juga utk melangkah ke dewan inos yang terletak 4 kilometer kot dari asrama sy >.< Dari pagi, saaaaampailah tengahari, haa dengar taklimat dgn khusyuknya. Sebelah petang, sy stay dekat surau inos sbb fikir tak berbaloi utk balik ke asrama, sbb sesi petang mula pukul 2.30 petang. Tapi waktu tu sy sorang-sorang. Kesorangan di surau Inos sbb kwn2 smua balik asrama utk lunch. Ad yg dah tade utk sesi petang. Errr sangat menakutkan. Tak tahu kenapa, dlm fikiran sy, fikir yg ad pekerja lelaki indon sekitar kawasan tu :[ Walaupun mengantuk sgt masa tu, sy tak berani nak tidur sekejap. 15 minit berlalu, sy masih sendiri, dan berdoa, semoga Allah jaga sy, lindungi sy. Masa tu serius sy takot. Cuma mampu berdoa. Sehinggalah, jeng3! Tiba-tiba ad org ketuk pintu nak masuk Waktu tu sy kunci pintu surau, buat mcm surau tu yg sendiri punya kih3 Bila dgr suara perempuan, sy pun bukak. Wah 3 org pelajar Biodiversiti yg nak tumpang solat zohor waktu tu. Alhamdulillah!! Sekarang rasa takut dh kurang :D Barulah boleh lelapkan mata utk seketika. Krohh krohh hihi



Jam 2.30, taklimat tntang fieldtrip, itu pun tak byk part sy. Sekadar mendengar utk gain more knowledge. Ingat kan habis 4.30 ptg, tp lepas tu supervisor sy yg suppersaiyya plop yang nak jumpa semua student FYP dy. Isk Isk dalam hati sy waktu tu, ya Allah dah penat ni. Sabar, sabar. Nasib baik supervisor sy Dr. Amir, walaupun tegas, tp banyak tolong :D Dan akhirnya jam 5.30 lebih baru tamat. Sy keluar kelas, ingatkan terpaksa jalan sorang 4 kilometer ke asrama, tapi syukur! Ada seseorang tunggu saya utk jalan sama-sama balik (sebab dia pun tade kwn hihi). Namanya susu! Dan kami pun pulang bersama-sama, kalu bukan keranamu susu, mesti sy dah terpaksa jalan sorang-sorang dengan takut yg tak habis2, dan juga dgn muka yang jebek jebek huhu Akhirnya, sampai ke bilik hostel yang amat dirindui. Allahurabbi, letih yg amat itu ditukar ganti dgn rehat yg amat terasa. Ohh so heaven!




Malamnya, saya penat :O Lenguh segala anggota tubuh. Serius, dan sy amat terkilan sebab sy tak mampu nak gagahkan diri utk pergi ke bengkel akademik aka tazkirah yg disampaikan oleh salah seorang lecturer yg sy kagumi, Prof Khairul. Bukan calang-calang org beliau! Seorang yg sangat well known di Fakulti Sains dan Teknologi as a young professor, dan seorang yg sgt meng’ispirasikan’. Hurm, apakan daya mungkin tade rezki. Erm dan sy pun just duduk di bilik, rehat tanpa buat apa-apa yg menggunakan atau memerlukan tenaga. Hurm rasa teruk, sedangkan banyak perkara nak disetelkan. Haish Allahurabbi =.=’ Macam ni rupanya pelajar tahun akhir ya? Ya Allah, susah rasa nak aturkan hidup dan perkara yg kita nak utamakan.  Tugasannya bersusun, dan masa pula terhad Huh, cuba mempositifkan diri! Sokmo-sokmo positif, tapi last-last negative jugop hihi >,< Sukar, payah.. tapi tapi tapi.. Hurm, dalam kepayahan itu terselit kesenangan. Dan kesenangan itu datang dari Allah yg tak putus-putus kirim tenteranya untuk kita. Percaya tak? Haaa sebenarnya itulah point yg saya kupaskan macam kupas bawang dalam entry yg sy membebel panjang nih. hihi :D


Apapun kepayahan kita, Allah akan bukakan pintu jalan yg kadang - kadang kita tak sangka lansung. Pernah je kan? Tibe-tibe org belanja kita makan, tiba-tiba kawan dtg bilik bawak buah-buahan utk mkn, sedang kita takut sorang-sorang tiba2 ada org. Dan bila kita resah gelisah, tiba2 baca ayat Al Quran yg betul2 headshot kena kat kita. Pernah kan? Yes, itu lah peringatan, pertolongan dari Allah. Bila kita susah macam mana pun, yakin pada Dia. Percaya sepenuhnya kepada Allah.  Allah itu dekat, malah lebih dekat dari urat leher kita sama ada kita sedar atau tidak ^,^ Walaupun sy melalui saat getir, ya sy cuba pesan diri sy utk yakin pd Dia. Memang hari-hari yg sy lalui memenatkan, tapi yg memenatkan inilah yg buka hati saya utk nilai hikmah apa yg Allah dah tetapkan. Hmm Dan saya harap semoga hati saya terus kuat, terus yakin pada Allah. Janganlah lidah ini mengeluh, janganlah hati ini gelojoh, janganlah kesabaran ini roboh. Bersangka baik kepada Allah sentiasa. Chaiyok chaiyok Final Year Student!!!

Wednesday, September 19, 2012

Amanah Bukan Sekadar Title Sandaran!

Assalamualaikum dear Blogger! Sihat?! Alhamdulillah Allah bagi kesempatan kita hidup sehari lagi untuk terus cari redho Nya, dan bertaubat dari dosa-dosa semalam >,<  Wah lately jarang sangat update blog disebabkan kekangan masa dan terpaksa bagi komitmen untuk tugasan2 akademik. Haaa pengsan~ Kena kuat, kena kuat Fuhhh! Sekarang baru balik dari kelas yg tamat jam 5 petang, dan Alhamdulillah, masih mampu menahan diri dari tertido zZZ hihi. Kenapa ya tajuk agak komplikated di sini. Hewhew sekadar coretan di senja hari semata-mata, sy nak story pasal AMANAH... >,< Amanah ni apa ya? Wah amanah merupakan satu term yang generally membawa maksud tanggujawab yang kita pikul, yang perlu kita lunaskan selagi kita bernafas, lebih2 lagi apabila hak-hak orang lain perlu di fulfillkan. Haa sebenarnya nak kaitkan juga dgn apa yg berlaku pada hari ini sebenarnya. Yeza, ada kaitan dgn amanah. Suspen suspen :] huhuh Serius, saya takut dengan apabila mengedong amanah, tak kiralah dalam erti kata apa sekali pun, kerana amanah ni bukan benda maen2, kita perlu pikul, kita perlu lunas, dan satu hari nanti Allah akan tanya balik perihal amanah yang pernah kita pikul sewaktu di dunia. 



Sejak dari sekolah menengah, saya minat untuk terlibat dalam organisasi. Yang secara tak lansungnya mendidik diri untuk memgang amanah. hurm Tak tahu kenapa. Saya rasa seronok boleh buat sesuatu beramai2 dgn orang lain, jayakan sesuatu dan akhirnya meraikan kejayaan tersebut beramai2. Though pada peringkat permulaan dan pertengahan kita sorang jah berhempas pulas =.='' Errr. Hihi Doesnt matter. at the end of the day, melihat keberhasilan apa yang kita usahakan, whoaaa! Sangat best rasanya! Kepuasan yang hanya Allah tahu bila effort kita betul2 menjadi!

Masa form 4, sy jadi AJK keceriaan kelas. hihi Tak tahu kenapa, sy memang rasa tercabar bila ada satu kelas, kelas 4 An nur kalau tak silap, selaaalu menang Piala Pusingan kelas paling chantek, paling beresih setiap 2 minggu. Eee geram3! So sy ajak satu kelas masa tu, utk sama2 kerja dan hias kelas untuk 'rasa' mcm mana best nya boleh merangkul piala yang err, piala lah kan hihi Jadi ada satu weekend, kami semua gotong royong, dan sy lead dgn idea merapu yg yang mase tu beli polisterene byk2 buat idea 'ocean'. kihkih >,< saya lukis hidupan laut di atas board polistrene tu dan kami warna ramai2. ada ikan paus, ada sotong, udang, kerang, rumpai laut lah. Wee memang meriah la time tu! #Rindunya zaman sekolah# hihi Semangat memang semangat! Hoh Akhirnya, kemenangan menjadi milik kami! Yahoo Yahoo! hihi That was fun, and yet i m still smiling when i writing this sentence >,< hewhew 



Dan mase fom 5, sekali lagi, sy diberi amanah selaku AJK keceriaan kelas. Dan yang bestnya! ap yg sy buat masa form 4, sy buat lagi masa fom 5. Sy dgn sahabat2 lain, sungguh2 turn the class into a new one. Kami cat, kami buat hiasan dinding dgn board polistrene, buat origami tshirt yg ad tulis birthday semua org, buat sudut bacaan (Walaupun sepanjang tahun, ad 2 org je pernah membaca disitu) kihkih Konsep kali ni, bukan ocean, tapi serangga! Kihkih kat dinding kelas, ad semut, rama2, siput, dan lain2 kihkih Ada sekali, sampai ad konflik, sbb ada budak laki tu, dia ter'marah' sy sbb byk sgt hias, pastu sy nangis masuk toilet. Ee malu! hihi kelakarnya ingat balik >,< Sekarang dah baik dgn budak laki tu. Namanya Matyo, ketua kelas mase tu hihi :] Dan dijadikan cerita, sekali lagi, utk merebut piala, 5 Annur yang jadi saengan utama. But then ending nya, of kos la kami, 5 Al kauthar yang menang hihi kalau x, x lah tulis panjang2 ni kan. Hehe :p



Masa USIM, saya jadi penolong kelas yang handle Tamhidi Sn Tech Kump 1 seramai 25 orang kalau x silap. Hewhew, namanya penolong kelas, tapi tugas... ya Allah Tuhan je tahu.. phew, masa kat Universiti was totally different with school. Whoa! Penat. Penatnya bukan kerana tugas, kerana handle orang yang pelbagai ragam, kena bergerak sendiri, belajar untuk setuju dan tak setuju and so on. Banyak sangat benda baru yang belajar secara tak lansung di U, dan op kos, memerlukan kesabaran yang amatttt tinggi. Saya tak tahu dari macam mana, but yesss, cuma terlibat dgn organisasi, pegang amanah macam ni, baru tahu macam mana deal dgn mcm2 ragam manusia yang pelik2. Hoh, seriusss! Masa di USIM, banyak kali saya menangis, banyak kali rasa stresssss, rasa macam nak marah sangat, sedih sgt dan macam2 lagi. Semua benda saya rasa. Macam mana kena marah, macam mana deal dgn situasi tegang, mcm mana bila berdepan dgn orang yang omong kosong, kerja zero, mcm mana nak stand dgn our point dan mcm2 lagi. Yes, bila pegang amanah semua ni kita lalui dan inilah yg me'mature' kan diri sy walaupun tak mature sangat pon hihi



Then, by the time, Allah aturkan jodoh sy dengan UMT walaupun tak pernah ada dlm rancangan hidup saya. And yet, Allah always had a best plan for us all :) Syukur, sy belajar mcm2 kat sini. Dan Alhamdulillah, bidang sy, kursus Biologi merupakan bidang yg sy seronok untuk terokai. I like! Hihi Dan! kat sini pun sekali lagi sy memikul satu amanah. Again, secara tak sengaja yg mana kwn yg ajak sy interview. One day, sy dtg bilik kwn untuk pinjam barang, kemudiannya beliau yg bernama Dik Tin itu mengajak sy utk join interview Majlis Kolej Kediaman (MKK). Zupzapzupzap mase pun berlalu, and i was chosen di bwh Unit Kerohanian dan Pembagunan Sahsiah. Wahhhh inilah sebenar-benarnya ujian. Phew, no words can describe, cuma hati yang mampu menahan perit dan lelah. O ceyy ayatnya. kihkihkih Ternyata, apa yg sy lalui di USIM, cuma 1/10 dari apa yg sy lalui di UMT spnjang bergelar MKK =.=' Kalau dulu menangis, yang ni menaaaangis teresak-esak dgn lagu hindustan lagi hihi kalu dulu luka kecil, yang ni mmg injury kena operate terus. hihi 



But serius, banyak benda sy belajar. Dari mula2 masuk hinggalah habis satu tahun memegang amanah yg berat bertan-tan tersebut Erghh :[ From zero, tak tahu apa-apa, sy belajar semua bab, dari tulis menulis surat, kertas kerja, deal dgn orang atas, present kertas kerja depan org-org bengis, berhujah dgn org2 yg suka mencantas idea pelajar, belajar untuk kerja beramai2 dan mcm2 lagi. Dalam MKK kami mengendalikan semua yg berkait dgn asrama, dr segi pengurusan, keselamatan, program2 dan yg seangkatan dgnya. Dari sini, kalau bab out of technical, sy belajar utk sabar dgn orang. Yes! Macam2 org yg sy jumpa, yang ishhhh kalau bukan kerana sabar dan imanku, sudah lama penumbuk ku singgah di muka mu #Oh mode ganas sekejap ya# hihi Hurm. Macam mana nak kata, sewaktu mengendalikan program, kita akan tahu siapa yg betul komited, dan siapa yg tak. Kita boleh kenal, org yg mmg betul2 ikhlas, buat kerana terpaksa, kerana nama, dan tak kurang yang buat tak buat kerja but then, status di Facebook menampakkan ooohhh saya buat semuanya.. #Eee yek yek#



> OK fine < Hurm, diringkaskan story. Cuma Allah tempat rintihan hati saya tertumpah waktu tu sbb, saya rasa tersangatlah.. ish.. perit.. makan dalam.. sedih.. dan macam-macam. Mungkin tu perkara biasa bila kita pgg amanah, but then me myself, ohhh tidak kuat. Walaubagaimanapun, i m not saying sy bagus sgt dlm bekerja, masa tu pun tak boleh lari dr buat silap, sedangkan kita pun sangat2 mentah dlm dunia berorganisasi. Apapun, dr situ sy pun mengenali lemahnya diri ini, byk nya khilaf tanpa disedari. Syukur, ramai kwn2 yg tolong, bg semangat, dan akhirnya sekarang secara rasmi nya bergelar mantan MKK. Hihi Ok Ok jadi stret to the point. Apa sebenarnya berlaku hari ini. Hoh! Di pagi yang hening tadi, saya menerima panggilan dr seorang lecture iaitu  Dr Andrew, yang nak jumpa sy di ofis dan suaranya sangat urgent. Hurm i keep wondering why, hinggalah sampai di fakulti, sy dimaklumkan oleh seorang sahabat (Yang juga menerima panggilan drpd Dr Andrew) , yang sebenarnya panggilan itu untuk tanya sama ada setuju utk tidak utk dinamakan sebagai calon MPP bagi musim mengundi tak lama lagi.



Haish, ya Allah. Tidak untuk kali ini. Untuk pegang satu tanggungjawab dan amanah yg terlalu besar itu, oh sangat kerdil diri ini rasanya. Tidak mampu, dan tidak layak sekali pun. Keputusan sy --> TIDAK, dan sy tak jumpa pun Dr. Andrew lepas itu. Menurut assumption sy, mungkin Dr. Andrew akan cari calon lain yang jauuuuh lebih berkredibiliti utk memimpin fakulti. Hurm yes! Berjaya buat keputusan yang bijak! :D Sangat tenang dan sangat happy dgn keputusan ini, kerana menurut sy, saya tahu kekuatan dan kelemahan diri saya, sangat2 arif akan kemampuan jiwa yg kerdil ini. Oh mana mungkin mampu mengendong amanah sebesar Dewan Sultan Mizan itu. huhu Jika saya mampu, sy akan grab, tapi.. utk kali ini.. hewhew kabhi nehi >,< Lagipun skrg, sy juga memegang amanah selaku naib presiden Alumni SMKATJ Batch 2002-2008. Jadi, somehow.. hmmph.. not this time.. >,< neither MKK nor MPP.. Saya perlu fokus belajar, dan saya nak fokus belajar sahaja utk semester akhir ini. Hoah, chaiyok3!! Focus, and score well insha Allah, may Allah make ease for everything. Kerana jalan menuntut ilmu ini, adalah amanah untuk diriku, untuk ibu bapaku, utk ummatku. Dan pasti tidak mungkin ku persia siakan ohhh >,<

Monday, September 17, 2012

Coretan Hari Carca Marba


Hehe Hari-hari yang carca marba untuk 2 3 minggu pertama permulaan semester ni. Hoh, its okay, normal =.='' Hoah, sedang berhempas pulas menyiapkan repot Li. Ya allah, peliknya rasa untuk repot Li ni, semakin dibuat, semakin rasa tak siap. Rasa macam ada yang nak ditambah-tambah lagi. Erghh contohnya malam ni, ingat nak tambah gambar jah, tengok tengok rasa macam ada jah nak selit2 lagi.. ish sampai bila nak siap ni. err. Presentation, tadi tengok jadual.. Insha Allah Jumaat ni jadual pukul 4 petang. Ha, dub dab dub dab. Berdebarnya rasa hati ini Hoho Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Regarding my elective, rasanya we almost there.hihi Syukur, try2 dapat jugak mendaftar secara rasmi untuk subjek Islam dan Alam Sekitar. Rindu nya nak belajar Subjek keagamaan Serius! Selepas sekian lama di sogok2 dengan ilmu sains, ilmu2 barat, haaa inilah masanya! Dan kemungkinan nya subjek Marine Natural Product akan disingkirkan nanti disebabkan clash, tengoklah insha Allah kalau ad subjek 2 jam kredit boleh fill ke, minat juga nak ambil. Sebagai bekap plan bagi semester akan datang yg khabarnya ter amat lah bizi dengan thesis nya. Hewhew. Begitu ya rupanya bila dah bergelar Final Year Student. Selalu macam, independent, semua keputusan bergantung atas diri kita sendiri. 

Rasa macam nak Tutti Frutti di saat ini
#Gambar ehsan Googlesebab tak pernah pergi hehe#
Hoh, hokay. Nak ambil masa cooling down myself. Presentation Li Jumaat ni, and i havent do my slide yet. Tapi rasanya tade masalah kot, once dah berjaya kan siap repot. Most likely transfer sahaja. Well, hopefully! #Muka Takot# Hihi Dan kemudiannya baki repot yang tak habis2 tu Err. =.='' Hurm. Buat setakat mampu. Dan my proposal, i am thinking to meet my supervisor yang supper saiya tu this week, tapi, hurm it seems to be a really hectic week. Ya Allah penatnya rasa.. rasa itu penat.. Hilangkanlah lelah ini ya Allah :[ Sesungguhnya hati ini sangat rindu pada pantai, ditemani sahabat-sahabat sambil minum coconut shake. Oh what a heaven! Hihi Semoga sampai saat itu nanti. Sekarang jadual tidor pun dah terbalik. Errkk. Tidor jam 2 pagi, dan pagi-pagi mata terasa sangat berat.. haish.. Kena ubah balik ni. Tak boleh! Tak boleh! Huh This week i aim to setel all yang perlu di setelkan. No more carca marba. Err. Harap-harapnya everything is goin to be so fine. Because i am tired. and i m tired of keep telling myself that i am super strong when i m actually pretending not to become weak. Could i feel weak as weak as i ever want. Can? Ok Thank you >,< #We all plan, Allah did plan, and yet Allah always has the best plan# Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusanku dunia akhirat, bagi hari-hari mendatang. Ameen. 

Saturday, September 15, 2012

Kini Saya Pelajar Final Year!

Assalamualaikum! Yuhuu lamanya tak update blog. huhu tak tahu kenapa, tapi feel untuk menulis karangan UPSR yang panjang-panjang tak tahu hilang ke mana hoho sehinggalah hari ini, nak tulis ke tanak.. hurm, tulis jugak lah huhu Alhamdulillah, meniti hari-hari yg sibuk, menyiapkan proposal Final Year Project, repot Li, persediaan mental fizikal dan material utk balik ke U.. akhirnya.. fuhh lega amat! And here we come, UMT cita warisan. hihi Ha, tanak masuk bab U lagi. Wait wait. Sebelum tu nak sentuh juga satu program Alumni sekolah sy, Alumni Sementojie Batch 2004-2008 baru-baru ni, yang diadakan pd tarikh 25 Ogos 2012. Alhamdulillah, sangat2 berjaya lepas 2 bulan berhempas pulas, gaduh sakan utk jayakan prog yg diberi nama BBQ RAYA BATCH SMKATJ 08 nih.. yuhuu! Utk prog ni, sy bertindak selaku Ex-Officio prog aka pemantau dan dibantu oleh AJK2 yg mantop2. Haa, Syukur, prog berjaya dengan jayanya! Share skit gambar2 hihi




Sesungguhnya, prog ini sememangnya osem dan sy rasa tersangat lah happy sbb dapat jumpa lagi sahabat2 satu sekolah dulu yippie!! :D Itu semggu sebelum pulang ke UMT. Then, ada post motem utk bubar sket jawatankuasa alumni disebabkan partner sy, inche presiden syafiq yg akn smbung pelajaran ke messir. Jd, lepas ni, sy selaku naib presiden akn bekerjasama dgn sahabat sorg lagi utk menerajui kepimpinan alumni, iaitu inche Faiz Shukor. Insha Allah, segala-galanya dipermudahkan, lagipon budak2 alumni senang je nak jage. Semua dah besa2, bukan budak fom3 lagi hik3 

Masa terus berjalan dan akhirnya, 9 sept..tamatlah secara rasminya cuti yang tak macam cuti pun.. sebab ad praktikum, dan siap jadi wanita berkerjaya lagi uhuk3 Bermulalah semester baru, yang juga merupakan tahun akhir bagi saya, sebagai seorang mahasiswi jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Terengganu. Wah bangga gitu >,< Macam tak percaya, zup zap zup zap, sekejaaaap sangat masa berlalu meninggalkan kita dgn 1001 memori. Macam2 dah lalui di UMT, kisah suka duka, kisah, malu nak citer, kisah pahit manis, masin semua ada. Dan semua tu tertulis dalam diari perjalanan hidupku yang akhirnya, bakal menemui titik noktah jua


Ha! Jadi, pelajar tahun akhir huh?? Apa nak buat ya. Hurm. Masuk U terus rasa macam pening2, perlukan minyak cap kapak dan macam-macam lagi uhuu Masuk2 berbekalkan 2 tugas yang masih berbaki, er tak berbaki jugak sebenarnya.. banyyyyak hokay? zZZ iaitu proposal FYP dan repot Li. ha, nak buat, tapi ya Allah.. tertangguh dan tertangguh.. hurm apa nak jadi dgn Khalida ya. huh! Perasaan malas dan suka bertangguh2 kerja sememangnya sukar diatasi lebih2 lagi bila waktu cuti plus raya! huhu Tapi apa pun Alhamdulillah, hasil kerja keras, paksa2 diri yg malas nih, berjaya siapkan FYP dan Li repot, approximately 70%. Dan yg pasti, tak perfect dan perlukan pembetulan yg banyak lagi sy kira, iyalah buat sorang2 kat rumah, syok sendiri lah katakan hihi 


Minggu pertama di UMT agak lah huru hara ya. Untuk kemaskini jam kredit, setel pasal subjek elektif yg sampai skrg tak berkesudahan. heww~ Kemudiannya, my first meeting dgn supervisor sy, Dr. Amirrudin bin Ahmad. Haa, sangat scarry. Dan akhirnya! fuh Alhamdulillah. Khabar angin mengatakan Dr Amir cerewet, garang.. haa tidak tepat.. Dia banyak tolong.. bila sampai, Dr Amir terus nak tgk proposal, dan sy pun terketar2 hulur proposal yang tak berapa nak proposal tu. hihi Dia tengok2, belek2.. kemudiannya explen, apa yang kena baiki lagi lepas ni. Sama mcm my 2 other friends. huhu Alhamdulillah. Dan lepas nih, banyak lagi to-do-list yg kena selesaikan regarding my proposal. Cuba menenangkan diri, walaupun hati mula resah geli-gelisah menanti hari mendatang. Dlm kepla dah mula atur tarikh2, apa yg nak kena buat, perkara2 yg perlu diselesaikan, dan macam2 lagi. So do my Li repot. Semakin rasa banyak yg dah siap, semakin rasa tak complete, rasa mcm salah. Serba tak kena. Hurm Allahurabbi. Kenapa ya hati tak tenang? >,<

Banyak-banyak zikir bila hati tak tenang ya Khalida Kharudin?
Apapun saya bersyukur, sebab.. berbanding apa yg sy hadapi skrg ada di kalangan kwn saya yg laaaagi disaster. Hurm. Ada yg tak siap lagi, ada yg baru nak stat, ad yg laptop rosak dan tak dapat buat (Walaupun, pd sy itu cuma excuses yang merapu disebabkan skrg byk alternatif lain yg membolehkan proposal disiapkan dlm masa skejap, apatah lagi beliau tidak berpraktikum). Hurm cuma itulah, skrg rasa agak penat bila push diri utk buat dan terus buat. At one point, rasa nak stop, tarik nafas dannnn fuhhh.. merehatkan diri ^.^ Alangkah bestnya! Ya, perlukan rehat yg sekejap untuk diri. Rehat dari berfikir, rehat dari kebimbangan, rehat dari bebanan yang menghempap-hempap. Huh! Esok, insha Allah saya akan baiki sikit lagi repot Li, dan mulakan utk betulkan proposal FYP plak. Erghhh. Ok. Jangan panik! Phew~ Buat sekadar mampu, jangan tension-tension. Dan! Listkan di dlm to-do-list apa yg mampu kita betul2 buat hari tu jah. Ok? Op kos kita akan upset bila tak dapat full fill to do list, tapi kita kena tahu limit diri kita. Insha Allah, ada masa. Masa kita yg aturkan.. Phew, nasihatkan diri sendiri paling susah rupanya ya? hihi em, harap2 nya hari esok berlalu dgn baik, hopefully. Ya Allah, permudahkanlah. Saya akan usaha seboleh mungkin. Saya tak nak jadi orang yg rugi. Semester baru, semangat baru! Hoyeay! Dekan ya semester ni? insha Allah! :D