Pages

Thursday, July 26, 2012

Perihal Haid Muslimah

Whoa. Saya terjumpa satu artikel tentang haid yang sy rasa amat menarik, dan sangat membantu utk memberi pencerahan kepada Muslimat apatah lagi benda ni sangat berkait rapat dgn isu istihadhah dan ibadat. HOHO Sy copy paste dari satu web page, insha Allah semoga perkongsian ini berguna utk kita semua :D Yeay!



لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” 
(HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.


Adapun dilihat jika warna kuning & keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haidh (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tapi darah istihadhah. Ini keran atempoh paling lama bagi seorang wanita kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi wajib dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci wanita suci walaupun darah keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum hakam yang ditetapkan Syrak ke atas wanita istihadhah.


Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu 'Athiyah r.a (salah seorang wanita sahabat Nabi) ; Kami (yakni wanita sahabat-sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan kuning ketika suci sebagai satu tanda haid (HR Imam Bukhari & Abu daud). Kesimpulannya, warna kuning atau keruh hanya dianggap haid sekiranya dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan dianggap tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya. Wallahu a'lam.

Rujukan :
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.

No comments: