Pages

Tuesday, December 10, 2013

Lily Luscious! :D


As salamualaikum! hoho lamanya meninggalkan blog ni =,=' rasanya penuh dgn debu dan bersawang kot uhuhui tiba2 hari ni tergerak hati dan jari-jemari untuk tulis satu entry ni, tajuk dia...ha! Lily Luscious :) Al-kisah Lily Luscious ni, adalah satu kisah perjalanan yang sy taknak lupa sampai bila-bila. Kisah permulaan sy menceburkan diri dalam bisnes bakery. (^^)/ hoyeay! Alhamdulillah sekarang, dah masuk 5 bulan sy mula berbisnes, jual kek dan produk bakery yang lain lain. Permulaannya, sejak kat U lagi, minat bisnes, tak tahu dari mana datang minat tu -,-'  dan masa tu, second year kalau tak silap, di approach oleh seorang kawan, nama Faiz utk jadi ejen Krim Nur Syifa (sejenis obat krim sapuan). Minattt sangat2 (bukan krim tu, tapi utk jual-jual) huu. wah sangat bersungguh-sungguh waktu tu, sampai ada sekali, round2 taman perumahan semata-mata nak jual obat tu. huhu berjaya jual 3 pun dah jadi satu kejayaan yang besar, dan memberi satu kepuasan  :D 


Masa pengajian di UMT berlalu dgn pantasnya, dan sepanjang melibatkan diri dgn jual obat ni, sebenarnya memberi sedikit sebanyak pengetahuan tntg bisnes. Cara marketing, jual beli, dan promosi melalui media sosial etc. Kemudian, masuk tahun 2013, tahun terakhir di umt. Tanggal 20/10/2013, merupakan tarikh keramat, akhirnya saya bergelar graduan UMT, daripada kos Sarjana Muda Sains Biologi hoyeahhhhh (^^)/ 

Whoa. title graduan kan, tapi hakikatnya, bila keluar 70% duduk rumah, masih menunggu peluang pekerjaan, hantar resume etc. 20% pilih untuk sambung Master. dan 10% Alhamdulillah dapat kerja teruih, ad yg jadi RA (research assistant), ad yang jadi pembantu farmasi, kerja KFC, dll. tapala, atleast ad benda buatkan, ad sumber pendapatan. Ok, diri ini termasuk dalam peratus yang mana ya? huhu. nak dijadikan cerita, sy tamat pengajian secara rasminya dr UMT pada Jun 2013 (ingat lg masa tu, duk terkejor-kejor siapkan thesis isk), dan kemudiannya ditawarkan utk jadi pembantu makmal buat sementara waktu di salah satu makmal umt. Alhamdulillah walaupun sekejap, tapi itulah pekerjaan pertamaku, yang bergaji :D :D :D 

Gaji tu, saya simpan2. sehinggalah bulan Ramadhan. 1 Ramadhan, 4 Julai 2013 (kalau tak silap) adalah tarikh mula mulaaa sy jual2. hii tebalnya muka time tu takyah ckpla, naseb baik alam maya kan, terpaksa guna DP kartun waktu, sebab malu seh -_-'' Mula2, waktu tu allah temukan sy di facebook, dengan kakfiza. Kakfiza ni stokis Tepung Segera Kek coklat Tokwan delight, waktu tu beliau tgh cari2 ejen, katanya dgn modal RM100. jd masa tusgt free, sy pun terfikir, why not? sementara cari kerja, hantar resume, tak dpt jawapan kan huhuhu sy pun kontek kakfiza, arrange date utk jumpa, nahhhh sekotak tepung kek tokwan delight untuk dijual! masa ni terharu jugak la bila ingat2 balik, tahu x betapa susahnya nak jumpa kakfiza waktu tu. bukan sbb sibuk ke apa, tp tadak kenderaan, tadak sapa2. mak ayah sibuk kerja waktu tu. tp sy mcm, degil kan. nak jugak! huhu waktu tu mintak tlg sahabat kesayangan ku Nurul Fadhila Muda, naik motoo haa. semata-mata nak ambik tepung tu. masa balik tu kan, punya takut sbb bwk brg banyak kan, tepung berbekas2. naseb baik tada abg polis trafik, abg JPJ ka waktu tu =,='' balik, haa apaa lagi, bermula la promosi besar-besaran di FB. Belilah tepung ni.. best3! cenggitu haa.



Alhamdulillah, penerimaan yg sgt baik. kebetulan waktu tu bulan puasa, musim raya jd ramai org order utk bukak puasa, dan utk open house raya. Saya jua tepung kek, dan pada masa yang sama jual kek, belajar2 buat choc moist cake (sebelum tu tak pernah terfikir untuk belajar, apatah lagi buat dan jual! whoa). Masa nilah mula2 berjinak dgn mcm2 kek, kek redvelvet, kek coklat chese, kek pelangi dll. Malam raya, memang takdak feel raya pun T,T masa tu ad order kek 7 biji kek coklat untuk disiapkan whoa. Tuhan je tahu perasaan waktu tu. tapi bila semua kek sudah, tgk muka customer yang puas hati, wahhhh hati ini, tak boleh nak describe. gumbira dia lain... love it! :D :D Masa pun berlalu, berlalu, Alhamdulillah walaupun cuma jual tepung kek segera, dan kek coklat tp dgn izin Allah, permintaan org ramai tak putus-putus (^^)/ sahabat handai, saudara mara pun tak putus2 bagi sokongan :D 

Sampai bulan Ogos ke September, (dah lupa) huhu seorang sahabat nak join venture dgn sy, namanya Lina Wani. haaaa sahabat satu sekolah rendah, satu sekolah menengah dan satu U! its getting more n more interesting! ad partner. nahh, skrg, boleh bergerak ke satu tahap lagi. masa ni kami sama2 bersemangat, sama2 merancang. first waktu tukami try buat minikek. haa, i siap tido rumah wani untuk buat kek waktu tu. whoa. notbad, kami tak tidor satu malam n come out withhhh...minikek coklat, redvelvet dan pelangi! :D bila publish kat fb, wah, kawan2 beri feedback yang sgt postif, makin buat sy lagi bersemangaaaat (^^)/ haipppp. Sebenarnya wani pun waktu tu bercita2 utk berbisnes, dan disokong kuat oleh ahli keluarga. jd mmg berkobar2 lah buat itu, buat ini, untuk establish satu bisnes bakery secara serius. hoyeah!! Dari situ muncul lah nama 'Lily Luscious', gabungan nama sy, Khalida dan jgak Lina. haa ambik kat tgh je yg Li Li tu. huhu another important step, create own page kat FB iaitu page 'Lily Luscious' dan create our own logo. haipppppp (^^)/ semua ni, Alhamdulillah berlaku dengan izin Allah dalam sepanjang bulan Oktober 2013, dan pd masa yg sama sy jd guru ganti di SK Paloh. Jualan kek masa tu sedikit demi sedikit makin berkembang, kami mula pakai beberapa orang ejen untuk lebarkan sayap Lily Luscious ^^


Oleh sebab rumah kami lain2 kan, sampai satu peringkat, kami sepakat utk adakan satu tempat untuk mudahkan kami berdua duduk, dan buat sekali kek2. Keluarlah satu idea bernas, iaitu guna satu space kat dapur rumah tok Wani di Kg Tok Jiring. Dalam tu ad satu oven, ad mesin basuh (walaupun tadak kaitan huhu) ad sinki, dan satu sapur memasak, kiranya cukup kot utk buat kek semua. pernah beberapa kali bermalam disitu, betapa terpaksa byk berkorban demi Lily Luscious. kat situ lah kami berperang, main2 tepungbergosip (ehhh? :p). Alhamdulillah, masa nilah byk ilmu baru dapat drpd Wani ni.. yelah i pun bukan tahu sgt pasal buat kek, buat puding etc. cuma pandai gugel jah huhu dan masa ni jugak Allah bukakkan jalan, dapat peluang buka booth beberapa kali dan makin ramai yang berminat jd ejen, Alhamdulillah. syukur, sangat2 smooth semuanya sampai tak menang tangan waktu tu =,='


November 2013. Jodoh dengan wani tak panjang, akhirnya, perkara yang pernah sy terfikir akn jadi, jadi jugak. salah seorang dr kami dapat pekerjaan. wani dapat tawaran untuk jadi guru tusyen di rapid reader gongbadak. uhuuu. maka dengan itu, Wani pun sebulat hati tarik diri dr Lily Luscious. Harta2 pun dibahagikan sama adil, bahagian sy, bahagian dia. uhuuu. Tinggallah sy sorang2 meneruskan perjuangan Lily luscious ni T,T waktu tu saya buntu. buntu sangat2. kadang rasa sedih, lain rasanya bila ber'partner' dan berseorangan. to survive all alone, bisnes, is a really tough matter. bukannya mudah. Kalau sebelum ni sy deliver kek dgn wani (sbb dia berkereta sy dakk huhu), skrg, sy betul2 kena fikirkan cara utk bergerak kesan ke mari dlm berbisnes. tahu tahu jelah kan, bila buat kek. barang2, bahan buat kek, deliver kat ejen2. Allah. keliru, tak tahu mana arah tuju. masa tusy down sat. sbb sy tak tahu nak buat apa huhu sedih bukan sbb ditinggalkan, tapi,realizing that betapa susah nak survive dgn keadaan sy pd waktu tu. hmm. Hati ini bimbang, hati ini menanggung sedih :( 




Tapi alhamdulillah. Allah maha mendengar. Allah maha tahu isi hati hamba hambaNya :') ditakdirkan Allah, bulan November kan, mak sy cuti banyak hari. dalam seminggu ad 2 3 hari cuti. hah! jadi mak sy offer utk tlg deliver kek2 ni. hihihi suka suka sukaaa :D dan masa tu, sy jgak beranikan diri utk jual secara self pick-up dimana customer sendiri dtg rumah ambil kek. syukur, jadi rupanyaaa hihi. dan page Lily Luscious, sy tak pernah tinggalkan. sekurang-kurang sekali sehari, sy akan update. dan sekarang slow-slow sy buat experment dan perkenalkan produk baru. urgh, bukan senang. cuma satu sy pegang, jangannnn putus asaaa. kuattt! satu hari, mengenangkan satu demi satu kegagalan yang kita rasa hari ni, akan buatkan kita rasa puas, tersenyum lebar bila satu hari nanti kejayaan ada dalam gengaman kita. hoyeahhhh! semangat! pernah sekali sy korbankan sepapan telor, 2kg gandum (ke lebih? haha), satu bekas ovalette utk buat satu resepi basic kek ni kan. tapi tak jadi2 isk3. banyak kali cuba. down wooo uhuk3 jd sy study byk lagi, tanya pendapat org yang lebih arif, nahhh kali ke 6! terhasillah kek yang gebu lagi moist super yummy! Alhamdulillah syukurr! dan sehingga sekarang kek itu lah yg jd produk paling hot dlm byk2 kek lily luscious. yeayyy! suka suka ^^ inilah dia, kek Snowy cheese! yumm yumm




Lepas2 tu, Alhamdulillah Allah bukakkan pintu rezki banyakk lagi melalui order2, tempahan2 dan termasuklah order kek kahwen. yg ni satu, whoaaaa. bukan senang. ingat lagi, waktu buat satu kek kawen ni, tak jadi-jadi T,T tak tido malam waktu tu. kek yang pertama, jatuh gedebok atas lantai, terkorban gitu je :( yang kedua, hampir 2 jam, tak masak2 punnn! :C bila keluar oven, okeh, lembut siket je dr kerak nasik yang hangus =_=' nah, yg ketiga, ya Allah, rasa nak sujud syukur, kek akhirnya jadi isk3 *tangisan terharu. dan bila hantar kek tu kan, O my goodness its so lovely! Alhamdulillah *puji kek sendiri ehek3 dan pengantin pun ad msj, ckp sukkaa dgn ke tu hee yesh yesh (^^)/ minikek pun, skrg dah makin diterima dan masin disukai. kalau dulu skali hantar cuma belas2 bekas, kemudian naik 30-40 bekas. dan skrg rate utk satu hari, satu ejen order sehingga 85-100 bekas. fuuuuu. banyak banyak kan, semput nak buat uhuk3 kadang2 hampir 12jam duduk kat dapur siapkan kek2 ni. balik, rasa extremely penat, mengantuk T,T tup tup bila bangun, wahhhh rasa puas, rasa berjaya :D :D




Lepas ni, membuka lembaran baru 2014, insha Allah akan buat planning kemas2 lg utk Lily Luscious, utk lebarkan sayap dan kukuhkan strategi pemasaran.insha Allah sy dah aim dalam hati, sy nak teruskan bisnes ni. bukan mudah nak bertapaknak establish, jadi rasanya satu kerugian yang amat if i decided to quit. kan? walaupun macam-macam dugaan, penat lelah yang dilalui, tapaaaa. susah susah dulu, insha allah senang-senang kemudian. jangan putus asa. 'Lily Luscious' tetapku pertahankan, ocehhh (>_<) harapan saya, cita-cita sy, nak establish satu bisnes baker dan cater dalam satu dlm masa 3 tahun akan datang. nak betul2 fokus. yeah! (^^)/ no pain no gain. kisah ni, kisah mula-mula saya bermula ni, saya takkan lupakan, dan sy takkan lupa org yang yg sentiasa ada dgn sy bila sy mula2 bertatih, mengatur tapak dlm berbisnes ni, iaitu my beloved mom (pengkritik tetap masterchef, penjaga kualiti kek pun ya jugak) hihi, my daddd, my family, wani, fadhila (yg mula2 rempit sekali p ambik tepung kek), haaaaa kitty kitty kitty dan jgak beberapa sahabat kos biology yg tak putus berikan sokongan :D okay, kenapa mcm ayat2 last ni bajet mcm bru dapat anugerah Usahawan Muda 2013 ya? kikiki  (>,<) mungkin tanda mata pun dah layu, mamai kot. hokeh, saved! #LilyLuscious#