Pages

Friday, March 20, 2015

Costochondritis *koff koff

11.59pm 20 Mac 2015. Haha, keras lagi mataku sebab tido siang td kot. huhu. SMasa ni semua orang dlm rumah dh masuk sarang masing-masing, maka tinggal lah gua sorg. huu. Tengok tajuk ni, canggeh kan ;) hehe. Sebenarnya asal-asal ku buka blog ni untuk berbicara topik lain, tapi tiba-tiba datang ilham lain untuk menulis. Tapalah, tajuk tu tangguh dulu, yg tajuk 'Hari si dia datang rumah untuk pertama kalinya'. Ahaks. Nampak dak excitednya disituu. kehkeh. Okay, berbalik pada apa yang nak ditulis ni. (apa nih berbelit-belit, haha). Kesahnya, tentang 'Costochondritis'.


Sebenarnya, perkataan ni tak pernah pun wujud dalam kehidupanku, sehingga lah beberapa mggu yang lepas. Kalau tak silap, minggu ke 2 bulan Mac kot. Masa gua batuk-batuk, lepas baik dari demam kan, batuk tu still ada. Mungkin faktor cuaca, makan obat tak konsisten, kurang air, zat besi, kalsium dan segala mak nenek nutrisi kot dlm tubuh aku ni. Jadi lama-lama tu, mcm berterusan hingga ke minggu kedua. Tapi alhamdulillah, sewaktu aku menaip warkah berlagu pilu ni (eh tu tajuk lagu la haha) aku dah pun sehat, tekak ni dh tak batuk-batuk dh. Syukur, Alhamdulillah terima kaseh ya Allah. Tapi nak cerita lah kan, masa batuk-batuk tu, timbul satu lagi sakit yg lain padan tubuh aku yg keding bak cengkedis ni (bak kata ayahku huhu) Sakit di tulang rusuk sebelah kanan, betul-betul lokasinya dibawah sternum. Sternum ni istilah bio, medik yg merujuk kepada tulang dada. Punyaaaa lah sakit :((( sampai ada ketika hilang macho gua terkeluar air mata sebab tak tahan sakit. Sakitnya tuh disini weii! :O Paling tak tertahan bila batuk kuat, ataupun bersin. ya Allah sungguh paling super power sakitnyaa. Selama ku hidup, tak pernah lagi sakit senak gitu :( sampaikan bila aku bersin atau batuk, tangan otomatik pegang area sakit. mmg sampai terbongkok-bongkok kadang tu. Susah nak describe sakitnya, ya Allah Tuhan saja yg tahu perasaan waktu tu.

Aku pun jadi tertanya-tanya lah kan, apa kone den ni. Sakit apa sebenarnya ni. Macam pelik. Bimbang sebenarnya sbb takut melibatkan organ dalaman, sakit yg lebih serius ke, mana tahu kan. Benda dalam tak nampak, kalo lebam ke apa buleh juga describe sakit tu macam mana. Ada sampai satu tahap dh aku terpikir entah-entah aku hidap penyakit yg serius, berkait dgn jantung, paru-paru ke, ya Allah nauzubillah. Aku pun try la godek-godek laptop ni haa, tanya kat ncik Gugel pasal sakit kat bahagian tulang rusuk nih. Ouh, sebenarnya ramai jgak yg mengalami. kebanyakannya sebab buat kerja berat, penat, susulan terkehel orat, dan macam-macam lagi. Aku pun terus mencari dan mencari. Dan akhirnya pencarian aku menemukan aku kepada satu sindrom yang dinamakan Tietze syndrome aka costochondritis. Mungkin 2 isitilah merujuk kepada sakit yg sama, atau.. entah, aku pun tatau haha. 


Ringkasnya, dr pembacaan aku ke beberapa page, costochonritis ni adalah satu keadaan sakit dibahagian tulang rusuk kawasan dada (sebijik dengan apa yg aku alami), disebabkan inflammation of cartilage around the rib (hah! toddia terkeluaq dh omputih dia haha). Faktornya? banyak faktornya dan boleh berlaku pd semua peringkat usia. Boleh jadi disebabkan kemalangan, terkehel orat (orang kay el panggil senjoh orat), dan frequent heavy lifting. Hmm. Jadi dari situ aku mula recheck balik. Hooh, betul, sblm ni aku banyak angkat mak aku dr wheelchair, ke bilik air dan jga pergerakan yg lain-lain. Dari situ jgak, lagi ak sedar yang pergerakan masa bongkok, mula-mula nak angkat tu sangat lah menekan bahagian rusuk di dada tu. Jadi sekarang aku buleh imagine mcm mana orat ataupun cartilage (or whatever) jadi membengkak disebabkan banyak tekanan. Hmm. Tatau macam mana. Rasa sedihbersalah. Sebabnya, aku tanak pun letakkan sebab aku sakit ni sbb aku angkat mak aku. Sebab itu dah tanggungjawab aku :( Lama tu, sakit tu makin terasa, jd terpaksa bgtahu mak pasal ni :( perasaan pun tak sedap, iya la hati seorang mak ni sensitip bak gigi sensitip. Aku kalo keadaan sakit pun sensitif semacam je. huhu. Tanak la mak terasa hati bila bagitahu keadaanya macam tu. Hmm. Jadi lepas2 tu, tugas angkat mak, pergerakan bilik air byk dibantu oleh adik laki gua, Nazmi. Tak lama kemudian, adik perempuan gua sorang lagi Nani pun balik untuk cuti seminggu. Waktu nilah gua rehatkan tulang rusuk kejap, kami adik beradik gilir-gilir untuk tolong mak bergerak dalam rumah. Ada sekali pegi klinik 1 Malaysia, check, Dr. pun bagi konklusi yg sama aku gugel tu, cuma terkehel orat camtu, dia bagi obat urut yang panas tu, obat batuk, dan nasihatkan untuk kurangkan aktiviti berat. Siap tanya lak, mak awak tu besar mana? Lain kali suh adik laki je lah angkat, awk minum susu lebih skit sbb 'gemuk' sgt. huh kuajaqqq. haha

Alhamdulillah, makin hari aku pun slow slow sapu obat panas kasi lega, minum air, batuk dh kurang. Syukur sgt. Sbb sbelum ni aku penah jgak terfikir nak g klinik untuk check kahak (as suggested by Dr), katanya kot suspect TB. err. nauzubillah. Mak aku ckp TB ni lain, kes berat. sampai minggu minggu batuk, haaa itu baru la sakit TB aka batuk kering. apa pun skrg dh makin reda. cuma ad jgak terdetik kebimbangan dlm hati, skrg adik aku Nani dh balik ipg dia, tak lama lagi, adik yg Nazmi ni pun akan tinggalkan rumah sbb masuk Tesdec di Marang. Tinggallah diriku sorang-sorang jaga mak uhuu. Sebenarnya, aku bukan bimbang atau takut apa, aku takut aku tak mampu, aku tersakit lagi ka, aku penat ke, smpai kepenatan timbul di air muka, muka masam smpai mak aku terkecik hati kta, ya Allah ituuuulah yg paling aku takutkan sbnanya. Aku, spnjang jaga mak aku, siesli kalu termenung sorang2 aku rasa sgt diri aku berdosa ng mak aku, aku takut sgt2 kalu spnjang aku jaga mak aku, ak buat dia tersinggung, aku buat dia rasa sakit (tp dia tak habaq), ak terabaikan dia tanpa sedaq, dan macam-macam lagi. Hmm. istighfar banyak-banyak. Inilah dia kan, kdg2 kita diuji, tapi org yg kita sg lagi berat diuji, waktu nilah sbnanya kita pun diuji sama. Aku doa, selalu doa, depan Kaabah pun aku sebut, ya Allah jdkanlah aku anak yg mampu berbakti pd kedua org tua aku, ampunilah dosa mereka, jadikanlah aku ank yg baik. Jadi masa ni lah aku diuji dgn apa yg aku doakan tu. Sungguh, kdg2 aku lemah, aku tak mampu. Aku terpaksa ketepikan prioroti lain. Org lain sebok cari kerja, aku dh tak fikir dh semua tu. Tp tapalah, aku pun act selesa buat kek dan berbisnes. Hmm, moga-moga aku kuat utk jaga kedua org tuaku. Ampuni aku ya Allah kiranya aku bersalah pd mereka. Lindungilah mereka, jaga lah mereka didunia dan di akhirat. Haramkanlah api neraka ke atas mereka, berkat ihsan mereka menjaga kami, semenjak dr kechil. Aamin, ya rob.

Thursday, March 19, 2015

Fasa rehat di awal 2015 yuhuu

Terasa jari ingin menulis. Ugh. Lamanya tak menulis. Tapi lately, sejak 4-5 hari lepas sebenarnya hati ini 'menggeletak' (org Terengganu panggil) nak sngat menulis. 2015 baru sahaja memasuki fasanya tapi dah macam-macam jadi dalam hidup gua. Hukhuk. ya Allah ya ampun. sesungguhnya hati hamba Mu ini tak kuat, selemah-lemahnya. Kadan-kadang tak tahu rasa nak mengadu kat sapa. Benarlah, sebaik-baik pendengar adalah Dia. dia tak pernah berpaling. Dia pasti menjawab doa kita :')



Alhamdulillah, permulaan 2015 paling bermakna, aku dan juga kedua ibubapaku dapat pulang drpd mengerjakan ibadah umrah dengan baiknya. Syukur sangat-sangat. Dan kini dan hampir 3 bulan berlalu, aku tak nyempat-nyempat lagi nak buat satu entri khas kisah pasal p umrah. Koh koh koh. ==' inshaAllah akan datang. hikk. Pulangnya dari umrah, kami kemas-kemas barang, dan masih lagi melalui fasa rehat yang panjang. Ada sedara-mara yang mai menyyambut kedatangan kami dr airport, dan beberapa hari kemudiannya di rumah. Ohh, fefeeling orang Kayy El mcm dlm darama bersiri gituhh. hihi. Ada juga cerita-cerita dengan orang terdekat. Sebenarnya selagi tak sampai Mekah/Madinah, takkan tahu mcm mana uniknya, indahnya, osemnya pengalaman menjejakkan kaki kesana. InshaAllah, mudah-mudahan, setiap dari kita akan berpeluang sampai ke dua kota suci ni. Aamiin.

Beberapa minggu kemudiannya, aku dpt panggilan temuduga untuk kerja. Alhamdulillah, waktu tu syukur sgt (wait the ending of this 'kerja' story huhu). Dipermudahkan satu-satu, proses drpd pergi ke tempat intebiu, sambil ditemani sahabatku Sakinah, hinggalah ke proses nak dapat. Petang tu jugak, dapat makluman drpd manager yg aku diterima kerja. Perasaan waktu tu, yeaaahhhh! yabeda beduu. huhu. Aku diterima bekerja sbgai jurujual (je pun, huhu) di kiosk My Cake Story di Mydin Mall yg jaraknya cuma 5 minit dr rumahku. Dari situ lah kenal dgn Tirah, manager kiosk dan juga seorang lagi, Aina. Permulaan yang baik, kami sama-sama survey barang utk kiosk. Kerja, kerja punya kerja. Penat sehh. huhu

Diringkaskan cerita, lama-lama banyak hal yg jadi kat kiosk. Sorang demi sorang pekerja berenti. huhu. Pressure kerja, dan terlalu byk deman drpd pihak atasan. Aku pun malas komen byk, sbb mmg jodoh dengan MCS ni setakat tu je kot, jd lepas sebulan kerja aku dan teammate yg lain quit dr kerja dan meneruskan kehidupan masing-masing. woot woot. Aku, sambung berbisnes sambil jaga mak kat rumah. Sebenarnya dpt offer jd cekgu di SMK Ibrahim Fikri hingga Mei, tapi sbb proses utk quit kerja dr MCS makan masa, jd terlepas pulak offer tu. ==' huu. tadak rezeki tu gak. Aku pun skrg lebih selesa duduk rumah, buat kek dan teruskan urusan perniagaan mcm biasa. Aina pun sama. Cuma skrg masih menuntut baki gaji yg sepatutnya kami terima tempoh hari, jadi ada salah faham pulak. Nak tak nak, claim semula lah kan, penat lelah sblm ni haruslah berbaloi biarpun dipersoal itu dan ini oleh bosss (oh i mean ex-bosss) uhuhuhu

So, lepas nih. masih kabur-kabur. To-do-list, masih banyak yang belum selesai. huu. ahh, b the way ada satu kesah yang terskip plak, ihikk. Sebenarnya ada satu tarikh di permulaan 2015 ni yang sangat bermakna bg aku. ihikk (gedik selaluh haha) Tarikhnya ialah 21 Feb 2015, dimana ada seseorang mai datang umah ni, nak kenal-kenal aku, kenal-kenal mak ayah dan family aku. eheee (hati terus berbonga-bonga ahaks) Jadi nanti-nantilah aku buat satu entri khas yg special untuk part ni okeh. Sebenarnya sangat banyak mende yg bermain di fikiran aku skrg. Senak dibuatnya sbb terlebih pikiaq. huh. Bimbang pasal mak, pasal bisnes, kerja, duit (yg skrg nih geraknya laju mcm air), majlis kawen abg aku (entah kenapa aku lak over riso huu) bimbang pasal masa depan hubungan dengan dia (yg mmg aku harap akan berakhir dgn ikatan nikah) etc. Hmmm. Pening sgt. 2015 adalah tahun yang sangat mencabar dan kabur bagiku. ya Allah permudahkanlah, permudahkan lah. Kuatkanlah hamba Mu ini. Semoga tahun ini jadi tahun yang baik, penuh keberkatan bagiku. Permudahkan segala urusan. Aminnn. Nanti smbung entri baru, manyak lagi nak taip! haipp