Pages

Tuesday, December 25, 2012

Study Week! O yeay :D


As salamualaikum. Tup tap tup tap sekajap nya rasa berlalu nya semester lima, dan tinggal seminngu lagu paper pertama, final exam officallynya akan bermula! wuwu hati, tak tahu rasa apa. Takut, gementar, nervous belum ada huhu hakikatnya, mode exam yang sebenarnya belum muncul-muncul lagi uhuk3 Bila nasihat orang lain, rasa senang jah, tapi bila nasihat diri sendiri, sumpah payah! huhu macam saya, sejujurnya belum start study. cuma go throo beberapa chapter, belum mula gear turbo lagi hoho~ Dan menariknya, saya kira kosmate seperjuangan saya juga sama. huhu ini berdasarkan kajian yang saya lakukan selama beberapa hari, scroll down di home facebook, melihat gerak geri mereka. 

Ada yang : 
1) Share gambar banjir dan gambar kapal yg di edit! hihi
2) share gambar makanan (-.-') terasanya hii
3) share gambar kucing (-.-')
4) share pasal nikah kawen (-.-')
5) share pasal syria, palestin, gaza (acceptable, isu ummah)
6) Sepahkan meja dgn buku, snap pic, uplod (-.-')
7) Update status tentang filem malam tu (-.-')
8) Diskusion online tntg assignment 40% psdb (perhaps) huhu



Dan macam-macam lagi update di facebook yang dapat dilihat. huhu Study week kali ni, tak tahu kenapa, seolah-olah menjadi zon yg terlalu selesa. Atau ia nya normal disebabkan pengaruh cuaca winter rain =.='' huhu sekarang, bumi terengganu menangis dgn lebatnya sehingga UMT dilanda banjir di beberapa kawasan. Sejuk sangat. Dan kebanyakan pelajar-pelajar menjalani perintah berkurung di bilik masing-masing, tak dapat keluar dan bergulung di dlm selimut agaknya huhu Saya sendiri pun berkurung di asrama jah. Cuma keluar beli makan, dan sesekali menjengah ke surau irfan join solat fardhu berjemaah. Then, sampai bilik, hadap laptop lagi, kawan dgn mr.turtle dan baca buku-buku yg sebelum ni tak terbaca. Nota-nota, hold on dulu hihi >,< Alahai khalida, nanti 2 hari lagi nak exam haa tahuuu la!


Tara! Pizza BBQ chicken :D
Bermulanya minggu study week, saya berkampung di rumah. hoorey! Bestnya, rehat-rehat, masak-masak, makan-makan huhu dapat buat pizza dgn adik-adik. Kali ni resepi baru, ala-ala BBQ chicken. So sedap and i am so happy :D lepas ni nak buat lagi *senyum mata sepet. Kemudiannya ahad, ada presentation islam dan alam sekitar. Alhamdulillah, cuaca tak ok, tapi Allah izinkan segala-galanya berjalan lancar :) Lepas tu, hari hari berlalu dgn assignment 40%. Membaca riview paper, jurnal berkenaan microalgae. Due date 31 Disember 2012. Insha Allah, sehingga sekarang, 2.30 pagi 26 Disember masih tinggal 10%, dan perlu kemaskini bahagian reference. Mudah-mudahan, semua dipermudahkan dan selamat dihantar, malah hasilnya hasil yg berkat, terbaikkk! hoho Ameen (^.^) Jadi esok, slow slow dah boleh rancang sebenar-benar perjalanan study week. Nah, baru bermula semangat, demam, selsema exam! hoho Rancang, tulis tarikh, jam, tempoh masa utk setiap subjek. Dan! riview balik apa yg perlu difokuskan! Cari note note penting dan final past year. Keep reminding myself. Semester nih, please do very very best dan skor DEKAN! Kemong, you can do it! Jangan malas Khalida Kharudin >,< Ingat mak ayah awak, Kharudin bin Muda dan Maslaini binti Mohd Ariffin. Mereka nak awak sukses, nak awak excel. Hokay? Chaiyok3! you go girl hohoho *Muka excited dgn semangat baru!

------------------Off to sleep, bangun awal, solat subuh awal!-------------------

Thursday, December 20, 2012

Tiada Hari Berlalu, Tanpa Rindu

Tinggal beberapa hari lagi sebelum 5 Januari 2012. Sampai nya ke tarikh tu, maka genaplah 5 bulan pemergian tok wan saya kembali kepada Nya. Al Fatihah. Cepatnya masa berlalu. Banyak nya perkara yang berlaku, perubahan demi perubahan. Sekejap sahaja, peristiwa pemergiannya seolah-olah berlalu pergi. Yang tinggal hanya kenangan, rumah yang penuh dengan memori. Rumah yang dah lama saya tak berkunjung pergi :( Hati nak, tapi kaki tak mampu melangkah. Masa tak mengizinkan. Komitmen satu persatu sepertinya jadi penghalang. Tapi walau tak bertemu jasad, wallahi.. demi Allah.. tiada hari yang berlalu tanpa saya mengingati arwah tok wan saya.. :( Dan air mata saya meluncur laju setiap kali, setiap kali fikiran menjengah ke situ, dan pada saat ini sekali pun. 

Eidulfitri 2011. Eidulfitri terakhir. 
Ramadhan tahun ni meninggalkan seribu satu kisah. Kisah yang menginsafi diri, kisah yang tak mungkin terpadam dari memori. Lama kami sekeluarga tak berkunjung ke rumah Tok Wan. Lagi-lagi saya yang yang berada di UMT. Kadang-kadang seminggu sekali, 2 minggu sekali. Bergantung. Tahun ni, pada tarikh tersebut. Allah bagi saya peluang untuk kali terakhirnya, berada disamping beliau. Sehingga ke saat ini, saya bersyukur, Allah gerakkan hati saya, kuatttt untuk pilih berpraktikum di Jabatan Veterinar Kuala Terengganu yang hanya 5 minit dari rumah Tok Wan saya. Sedangkan pada waktu tu, ramai sahabat yang ajak saya untuk praktikal di Kelantan, Cameron Highland dan lain-lain. Pada hari pertama saya berpraktikum, waktu makan tengahari saya berkunjung ke rumah tok wan. Saya ingat dengan jelas senyumannya, menyambut mesra kedatangan saya :'( :'( :'( Malah tiap-tiap hari lepas tu, tokwan saya menyambut kedatangan saya dgn senyuman, dengan makanan. Tiap kali saya datang mesti masak dan ajak makan. Pernah sekali saya bawa rakan se praktikum datang, tok wan saya bagi ajak makan tengahari, dan bagi buah untuk salah seorang dari kawan saya yang waktu tu mengidam nak makan huhuhu kenangan *air mata keluar laju >,<



Kadang-kadang, saya datang, even tak lapar pun saya makan, makan banyakkk sebab nak meraikan tokwan saya sebagaimana beliau meraikan saya. Jelas, sejelas-jelasnya scene tu dalam fikiran saya sewaktu saya rancak menaip saat ini. tak pernah saya lupa *Sebak. Malam nifsu syaaban, masih gagah beliau melangkah ke masjid feveret, Masjid Putih dgn tokki saya. Keesokannya, masih saya ingat beliau bercerita di tangga luar rumah, bagaimana meriahnya orang ramai di Masjid Putih pada malam tu. Hari hari berlalu. Hingga ke pertengahan Ramadhan, keadaan semakin tenat. Suatu hari saya datang, tok wan saya dihantar ke hospital akibat ketumbuhan di leher yang menekan, semakin menghalang pernafasan. *speechless. Risau. Begitulah beberapa hari kemudian, sepatutnya menjalani pembedahan, tapi tak dapat dijalankan, kerana keadaan tokwan yang terlalu lemah. Berdasarkan level oksigen, keadaan kepekatan darah, tekanan yang terlalu rendah dan sebagainya. Allahurabbi. Betapa payah, betapa keadaan waktu itu yang mendesak. Saya sendiri lupa bila kali terakhir tokwan saya dalam keadaan sedar. 

Hari-hari lain saya datang, keadaannya koma. Tak sedar. Sekadar berbaring lemah. Tak lama kemudian, tokki saya jatuh sakit. Jatuh sakit akibat lemah, dehidrasi. Makan minum di bulan puasa tak teratur oleh sebab tokwan saya masuk hospital. Air mata.. penuh air mata Ramadhan tahun ni. Mak saya sedih, selalu menangis. Mak sedara saya sedih pun selalu menangis dan menangis apatah lagi beliau orang yang paling rapat dgn tokwan dan tokki saya. Hingga ke 4 Ogos 2012. Keadaan tokwan saya diumumkan tenat, kritikal oleh doktor. Dan ahli keluarga terdekat diminta datang untuk melawat. Saya datang petang tu. Datang dan melihat keadaan tokwan saya yang sangat lemah. Dibahunya, terlihat wayar-wayar.. tak kurang dari 10 wayar yang berbelit-belit membantu pernafasan, pemakanan, saluran untuk air dan lain-lain. Di bahagian pinggang pun ada, banyak berselirat. Di bahagian muka, terdapat alat bantuan pernafasan, yang tak pernah saya tengok. Bukan hanya melitupi mulut dan hidung, tapi merangkumi hampir keseluruhan muka. Betapa tenat, betapa kritikal. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Saya baca Yassin dalam keadaan menangis dari awal sampai habis. Seperti yang pernah saya tulis dlm post sebelum ni, waktu tu semua scene-scene saya dgn tokwan sy seolah-olah replay over and over again, hingga menumpahkan air mata yang ditahan-tahan. Hinggakan mak saya yg lap air mata waktu tu *Sedih, nangis, malu kat roomate. 



5 Ogos 2012, tepat jam 1.25 petang Tok Wan saya selamat kembali. Waktu tu saya di rumah beliau, jaga tokki saya yang sakit. Dan saya dan sepupu, bersama mak sedara sy yang ada, memaklumkan kepada tokki saya yang tokwan dah tada waktu tu. Suasan hiba. Sedih sangat. Mungkin saya lemah dari segi emosi, cepat sedih. Mudahnya mengalirkan air mata, pergi ke dapur, saya teringat tokwan. Ke mana-mana di rumah tu, teringat tok wan. apatah lagi apabila sentuh baju, telekung atau apa saja yang pernah jadi milik arwah. Pilu rasa hati. Terdengar-dengar suara. Dan tokki saya, sangat lemah sejak dari situ. Dan kali terakhir saya melawat beliau, adalah pada Eidulfitri 2012. Kemudiannya, pengajian bermula dan saya tak sempat berkunjung ke sana. Masha Allah, self fish nya diri ini. Betapa saya nak. Kadang-kadang, saya lalu di situ dengan kawan-kawan, mata saya menuju ke sana. Lokasinya boleh nampak dari traffic ligght menuju ke kawasan Mydin Giant, berhampiran public library Kuala Terengganu. Saya pernah jaga tokwan saya, tokki saya, seolah-olah saya takkan tinggalkan mereka, tapi kini, saya tak sempat lapangkan sedikit masa pun utk pergi ke sana. Astaghfirullah. Hurm. *Sedih, sedih dan sedih! Betapa saya berharap. Semoga mereka baik-baik sahaja. Saya akan cari masa, curi masa, rompak masa, untuk berkunjung ke sana! No more excuses hoh! Paling penting, doakan mereka >,< Sometimes, saya terfikir, apakah nanti, sekiranya saya sebagai seorang anak, diuji dengan ibubapa yang sakit. Adakah saya, sepertimana sekarang, akan berterusan beralasan dgn komitmen, kesibukan, bla bla bla utk tak mengunjungi mereka, untuk tidak menjaga mereka. Allah...saya taknak jadi macam tu! nauzubillah, nauzubillah..  >,<

-----------------Tiada satu hari berlalu, tanpa rindu. Al Fatihah------------------

Wednesday, December 19, 2012

Sotong oh Sotong!

Wah hari ni secara rasminya merupakan hari terakhir semester ni! wuwu dan esok, dah tade kuliah :D cuma kena bersedia untuk presentation subjek Islam dan Alam Sekitar. phuff* Baiklah. hari ini hujan lebat, suasana basah-basah dan lembap. Berasa di bilik sangat sejuk dan mula membuatkan mata menjadi sangat mengantuk. Sedang scroll down page HOME di Facebook yang tiada apa-apa, terasa bosan dan zZZ >,< tiba-tiba pintu diketuk! hoh? Suspen* Rupa-rupanya Kak Limah datang pulangkan kunci basikal yg dipinjamnya tadi. hoho jadi, apakah signifikan daripada kisah ini. hewhew~ inilah permulaan kepada sesuatu yang osem hari ini! :D heyhey apakah itu? *Muka excited! Kak Limah cakap, bosan la, jom keluar jalan-jalan. Wahhh apa lagi kami pun plan nak keluar makan stong celup tepung di satu tempat best. Dekat warung Pok Nong! And indeed it is my very very feveret place. Kalau ada yang tanya saya, memang saya akan rekemen kat sini. Marvelous! :D

Jadi petangnya, lepas Asar, kami pun menyewa kereta dan kumpul ahli jemaah. huhu Yang ikut join sekali tak lain tak bukan, my dear coursemate, Farah (kembar saya), Sarah, Dayat, Muni dan Kak Limah. hihi Kami 6 orang bersempit-sempit, bersardin-sardin dalam kereta Kancil. Nasib baik semua saiz S hoho such a sweet short moment, yg bersempit-sempit tu lah nanti ingat sampai bila-bila bak kata Farah hihi >,< Jam 6 lebih, disebabkan jalan jem, cuaca pun jem (tak tahu ada kaetan ke tak), barulah kami sampai sana. And as expected, kedai penuh! Alhamdulillah, ada satu meja ngam-ngam untuk kami berenam yang tuan nya baru lepas bayar, kami pun..zupp! terus duduk dengan muka tak bersalah apabila melihat ada sekumpulan customer pun baru sampai uhuk3 





Wah, oleh sebab dah banyak pengalaman, saya pun terus ke kaunter 'udang dan sotong'. Jeng jeng! Kat sini sistem layan diri, jadi, sotong dan makanan-makanan lain ambil sendiri, tunjuk, tahu harga, makan dan bayar. Kami ambil 2 ekor sotong saiz besar (harga RM15), dan udang yang fresh dan juicy 12 ekor (RM2/3pieces). Haaa bestnya makan! Suka suka *Senyum mata sepet*. Sebelum makan, ops, ambik gambar dulu.. hihi simpan untuk kenangan. Semua happy dan makan dengan gumbira. Cuaca tak ok sangat, hujan lebat waktu tu, tapi Alhamdulillah port kami agak terlindung dari tempias hujan yang sedang menyerang warung pok nong hoho Sesi makan berlansung lebih kurang 40 minit dengan tambahan 2 lagi ekor sotong besar dan 3 ekor udang hiii Best3 :) Tak lama kemudian, bila hujan reda kami pun beransur balik. Total harga : RM55 Pok nong bagi diskaun jadi RM53. Ok la, sebab kami ramai, makan pun banyak, rasa macam nak meletup letup. Erk..huhu Alhamdulillah. Makanan best, dan memang feveret saya pun. jadi what else to say, price does not really a matter (cewah, ayat mcm banyak duit sangat) hihi dan apa yang paling best, makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. That is precious :) Kalau pergi warung pok nong sorang-sorang, order ABC, ambil sotong dan duduk di satu sudut kedai dengan muka kesunyian dan kesepian, err i rather sleep in my room with my turtle. huhu Syukur, dapat nikmati saat ni  selagi bergelar mahasiswi UMT. Bila dah grad nanti, entah bila lagi dapat suka-suka, makan-makan dgn kawan-kawan seperjuangan satu kos ni. *Termenung. Its okay! Insha Allah akan ada masa nanti ya :) Smile always! 

----------------------------------- Forever Love Sotong -------------------------------

Monday, December 17, 2012

Buku Best! Jom Baca!

As salamualaikum! Wah petang yang sangat mencabar. Cuacanya sangat best untuk tido.. Zzz Dari tadi saya tahan mata daripada tido, sebab tak elok anak dara tido lepas asar. Elakkan elakkan! Buat apa sahaja, tapi jangan tido >.< Hiyyaark! Nak ajak kawan pergi pantai, tade yang nak teman, nak ajak mira, semalam dah ajak. Hihi Kesian plak. Hurm tapelah, tulis blog. Walaupun kekeringan idea untuk mengarang apakah disini. Hewhew~ Ok, dapat satu idea! Saya nak ceritakan tentang beberapa buku yang say baca, dan semua buku ini adalah sangat highly recommended untuk baca, untuk jadikan hak milik sendiri. Yang penting, they are really worth to read. Best! :D 



Saya bukanlah seorang individu yang suka membaca, tapi suka beli buku especially yang ada cover yang menarik >,< (hihi) Pelikkan? Jadi jangan ajak saya ke pameran buku, book garden, book store, book cafe dan yang sewaktu dengannya. Buku-buku, malangnya susahnya saya nak khatam kecuali bila ada sahabat yang pinjamkan (no option, terpaksa baca cepat-cepat hoho) ataupun buku-buku yang berkisar topik yang saya suka >.< Lain-lain, kebanyakannya tersusun rapi tanpa dibaca, kalaupun dibaca, ditanda kemudiannya entah bila saya akan sentuh semula buku tersebut. Mungkin bila penuh diselaputi habuk tebal hoho Maafkan saya inche buku (-.-') Baiklah, ini antara buku yang saya baca, dan saya rasa tertarik untuk kongsikan pengisian buku-buku nih :

Ehsan Google!
Tangga pertama buku paling hot! Ini dia! Buku ni saya belum khatam sepenuhnya lagi, baru separuh kalau tak silap huhu tapi buku ni sangat bagus! Pendekatan yang dibawa oleh penulis sangat-sangat berkesan :D Pernah sekali satu bab, sangat menyentuh hati dan perasaan saya. Benar benar memberi rasa 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' Hoho Berbaloi-baloi beli buku ni, especially bila kita perlukan tarbiyah untuk jadi baik, goodie-goodie :) Buku ni seolah-olah memberikan satu satu jalan menuju ke arah itu. Relevan dan signifikan, tak terlalu berat, tak terlalu santai. I like! :D

Ini pun ehsan Google!
Taraa! Buku seterusnya adalah buku 'Beduk Diketuk' karya penulis yang fofular, bukan calang-calang, seorang penda'wah hebat iaitu Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat menarik, dan saya kira bagus untuk dijadikan 'pocket book' bagi setiap daie. Kemas penerangannya, hujahnya kuat dan reliable. Saya suka sangat! Buku ni mengetengahkan isu-isu masyarakat di sekeliling kita, sekali gus memberi teguran halus kepada corak pemikiran tipikal sesetengah kelompok masyarakat yang perlu kita pandang serius. yeah! (walaupun baca tak habis lagi hihi) Dalam proses meng'khatam', tinggal beberapa bab lagi. Buku ni direkemen oleh ramai sahabat-sahabat saya, dan akhirnya saya berjaya grab dari seorang sahabat. Haaa pinjam lama plak tu, dan dekat 3 bulan saya kira hoho nak baca puas-puas dulu, sekian! :D


Jeng jeng jeng. Buku yang ketiga yang ingin direkemenkan, ialah buku  fofular ni, Sebelum Aku Bernikah. Wah wah. Tajuk kegemaran Muslimin Muslimat gitu huhu Buku ni mula fames dalam pertengahan tahun 2012. Ho, sambutan yang diterima sangat sangat baik termasuklah di Singapura dan Brunei. Waktu tu, makin saya tertanya-tanya apakah killing factor yang ada pada buku ni. hoho hingga, bestfriend saya dyb yang study di pandan indah pun ter'beli'. hoho kalau kawan saya beli, saya pun kena beli! (tade kaetan pun sebenarnya hihi). Ok fine, pengakuan ikhlas, memang saya nak >,< uhuk3

Di terengganu tak tahu mana nak beli, sehingga lah akhirnya saya diberitahu buku ni ada di book garden UMT. Oh alangkah indahnya. Suatu hari saya cari, dalam fikiran saya, nak cari buku 'Aku Terima Nikahnya' Erk! Padahal tajuk lain. wuwu Yes! Jumpa, buku tu elok jah diatur di satu sudut. Tanpa berfikir panjang, i grab you! hoho Seronok akhirnya dapat *Wah Senyum lebar sampai mata sepet. Lucunya, sampai sekarang (2 bulan kemudian), tak habis baca pun huhu excited je lebih. Tak sempat. Apapun, setakat beberapa chapter pertama yang saya baca, sangat best! Dan sangat sesuai dengan orang yang bakal bergraduat semester depan macam saya (Err apa point cuba disampaikan). Seronak membaca, hujah-hujah mengenai perkahwinan juga sangat konkrit. Seolah-olah saya jumpa jawapan yang saya cari. Wahh begitu rupanya nikah ya huhu Ok, tak nak komen lebih, just buy this book and you ll know :)



Ok, dah nak maghrib. I made it! Saya tak tido pun! Misi berjaya. hoorey! *Muka gumbira dan terharu. Phew~ Teringat kata-kata bijak pandai, siapa kita pada hari ini adalah bermula dengan apa yang kita baca. Begitu lah level pemikiran kita yang bakal dihasilkan melalui apa yang kita baca pada ketika ini. Jika elok, al hasilnya insha Allah berkualiti, bernas dan boleh diterima pakai. Begitu juga sebaliknya. Nak baca, pilih-pilih ya. Jom jadi ulat buku! :D

Sunday, December 16, 2012

Cegah Maksiat Sebelum Menular Hiyyark!


Algae, hidupnya di permukaan air. Mulanya ia bercambah dari sedikit. Tompok-tompok kecil, bercantum membentuk gerombolan tumbuhan hijau yang makin mendominasi. Lama kelamaan, semakin lama ia menutupi segenap ruang di permukaan air. Hingga tak tersampai udara, dan menghalang hidupan yang lainnya untuk bernafas. Hingga akhirnya mereka kecundang, tewas akibat penangan Algae yang sedikit tidak memberi peluang. Begitu juga dengan maksiat. Bermula sedikit demi sedikit. Tak terjangka impaknya begitu melangkaui apa yang kita boleh fikirkan. Yang menggerakkan, yang memulakannya, mungkin dari hanya 2 orang. Merebak perlahan. Akhirnya menular seolah-olah satu virus yang sukar diubati. Hingga yang lain, tidak bersalah, berpayung sekali di satu destinasi. Sama-sama ingin menuntut ilmu, namun, ada segelintir terlanjur, melewati batas-batas yang tak seharusnya didekati. Bumi UMT, berkatnya barangkali terkikis. Yang lain turut menanggung implikasi. Melihat pemandangan yang diwarnai maksiat tidak bertepi. Tiada lagi sembunyi dan 'mereka' tidak berselindung lagi. Sedih meratapi satu pemandangan yang tidak diredhai Ilahi. Aduhai *Sigh~~


Ok sekian puisi saya pada malam ini hihi >.< Adaptasi dari kata-kata yang pernah saya jumpa di Facebook, sambung sikit suka hati hoho sebenarnya, semangat yang masih baru meruntun, segar bugar di jiwa lepas menyertai rondaan cegah maksiat bersama beberapa orang sahabat sejam yang lepas. Haa! dulu saya biasa sertai rondaan ni bersama Majlis Kolej Kediaman (MKK), lepas pencen, dah lama tak buat. Hinggalah tarikh keramat malam ni, sekali lagi turun padang apabila dijemput oleh seorang sahabat. Teruja, takut, semua ada! Dan dalam hati saya, yang menguatkan hati saya untuk turun ialah, nak tahu, bagaimana team kali ni laksanakan amanah yang, sumpah berat ni dan, nak tengok, macam mana ya keadaan pelajar UMT berbanding zaman saya dulu-dulu. huhu jadi tepat jam 12.05 malam, kumpul depan surau, dimulakan dgn bacaan doa dan kemudiannya Muslimin, Muslimat pecah 2 kumpulan. Kami round round kawasan asrama dan, memang ada yang 'kena'. 'Kena' time ber'derama' plak tu. (Errr). Nampak budak lagi, tapi hurm. Okok husnuluzon. Cuma saya terdengar si heroin tersedu-sedu menangis. Sory lah kacau daun ya, tapi dek, baik adek menangis ingat mak ayah kat kampung tu, hantar adek UMT ni untuk belajar. hurm. Dalam hati terdetik, masha Allah, bagaimana ya generasi adik-adik kita yang sedang primary school sekarang? Dan, generasi anak-anak kita nanti.. *Phew! Tak ter'imagine'


Baiklah. Mata dah mula kuyu, err panda eye~ Moral of the story. Saya gumbira dapat turun padang untuk join rondaan setelah sekian lama tinggal. Dan, bagi saya, usaha yang mungkin nampak kecil ni patutttttt diteruskan! dan di'extra'kan. How small it is, it is a moving effort. insha Allah, sedikit demi sedikit akan bagi impak yang besar. haaa kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? Wahh, semangat! Hiyyyark! Hapuskan virus maksiat ni selagi mampu, anytime, anywhere! Tak kira melalui medium apa sekali pun. Well, adik-adik kita membesar, anak-anak kita in-the-making (err), lets do something to save them >,< Kenalpasti puncanya. Dari mata, telinga, lisan etc. Semoga kita semua akan terus terpelihara, dan mampu menjaga diri. Cegah maksiat, sesungguhnya mencegah yang mungkar, mangajak kepada kepada kebaikan itu wajib ke atas setiap Muslim. Ha, ingat tu! :) *Senyum sampai mata sepet. Akhir kata : Jangan biarkan CINTA berterusan difitnah. Cinta tidak se'kotor' itu. Alangkah indahnya cinta itu didasari wadah yang menuju ke jannah. Indahnya! Nak kawen~ (Opps) >.< Okbai!

------------------------ Tido, esok sekolah! As salamualaikum ---------------------

Liqo' Nisa Edisi Exam :)


Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan mengunjungi majlis ilmu mingguan, khusus untuk Muslimah di UMT, iaitu Liqo' Nisa. Tajuk yang difokuskan ialah, persediaan untuk menghadapi exam. Yang mengendalikan, Kak 'A' (sebenarnya nak cover sbb tak ingat hihi) adalah seorang yang saya rasa sangat familiar di UMT. Dari pengalaman hijrah, yang diceritakan wah wah saya kagum! Dan betul, sebenarnya saya pun meneliti perjalanan hijrah kehidupan beliau. Bukanlah saya 'stalk' dia, err (peliknya). Cuma dari sem  1, 2, 3, 4 sehinggalah sekarang.. saya nampak perubahannya sedikit demi sedikit. Saya terperasan kelompok-kelompok sahabatnya yang dahulu nya lain, sekarang lain. Whoa~ *Muka kagum* Saya pun nak jadi budak baik! >.<

Baiklah baiklah. Antara tips yang dikongsikan, betulkan niat. Niat belajar kerana Allah. Untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat Islam, dan niat untuk menyumbang sesuatu kepada Ummat kita, sekalipun dalam bidang yang berlainan. Dan ada juga tips nak jadi baik, selain dari sekadar berkongsi tips mengenai exam, hoho yang paling berjaya mengetuk hati saya, pilih kawan yang mengingatkan kita soal agama. Gulp! *Peluh besar! Dari situ saya terfikir, saya dari kelompok yang mana, saya bersahabat dgn siapa, dgn siapa sy bersahabat, mampukah saya menjadi dominasi dan membawa mereka ke arah kebaikan, atau saya yang diheret-heret ke lembah kejahilan. Astaghfirullah :/ Hurm. *Termenung, tengok matahari terbenam kat dekstop komputer.

Kemudiannya, berbalik kepada tips exam. Rajin-rajinkanlah usaha untuk tanya senior seniorita, minta pendapat diorg, kongsi tips dan sebagainya. Dannnnn! Jangan kedekut ilmu apabila ditanya. Amalkan berbincang, kita tak tahu kadang-kadang yang kawan kita tanya itulah sebenarnya ilham dari Allah! Ha, dan lepas usaha, doa, yang tinggal.. tawakal :) Kuatkan pergantungan kepada Allah satu-satunya. Waktu gawat seperti ni, dan waktu lain juga hakikatnya, hanya Allah lah sandaran kita, penolong kita. Kawan-kawan nak tolong pun dah tak ramai sebenarnya, masing2 dgn dunia masing2, buku masing2, panadol masing-masing. Hanya kepada Allah lah kita berharap. Yang penting, belum terlewat untuk usaha! untuk pulun, untuk study. Kita dah berjuang satu semester, inilah medan tempur kita! hiyyarkk! >o< Kalau virus malas, mengantuk datang menyerang, tips yang paling berkesan, imagine wajah mak ayah~~ yuhhuu well it really works. cakap dalam hati, mom and dad, i shall make you happy lillah! 

-------------------------Off to the beach! As salamualaikum!-----------------------

Saturday, December 15, 2012

Inna Maal Usri Yusra :)

As salamualaikum! Hari ni hari sabtu, insha Allah esok ahad, hari sekolah. Baru petang tadi saya datang check in di hostel UMT setelah ber holiday di hotel Kampung Padang Air. hihi Lega, lepas rindu dapat berjumpa dengan family kesayangan :) Alhamdulillah lepas selesai semua tugasan-tugasan, presentation, poster dan sebagainya, rasa tenang dapat kembali ke pangkuan keluarga. Hoorey! Dan hadiah untuk adik-adik, mr.kura-kura dan mr.guppie, dah selamat sampai ke tuan masing-masing. Diorang teruja, gumbira dah hargai hadiah-hadiah tu.. haa and i am really happy for that *senyum lebar*



[Kisah minggu ini] Masha Allah, sebelum boleh rasa kegembiraan ini, saya melalui satu minggu yang ternyata tough *kesat peluh* hoh Minggu tema 'sakit' huhu Bermula pada hari ahad, (yang sebenarnya dah ada tanda-tanda sebelum tu) mengalami sakit belakang. Sakit belakang, yang lebih tepat nya disebut sebagai urat bahagian belakang, yang disyaki sebab salah tido. Jauh sekali sebab bersukan, joging dan lain-lain memandangkan saya seorang yang pasif dan jarang bersukan huhu Tapi sakit ni kuat, tak boleh describe. Rasa lain, mencucuk-cucuk, kadang-kadang tak boleh gerak, baring atau sandar suka-suka hati. Kena sangat berhati-hati *phew. Dalam masa terdekat pula, kena buat impromto speech, dan saya merupakan salah seorang daripada 3 org wakil kumpulan Cherry Bee. Ohhh sangat tak bersedia, mental dan fizikal. Saya tak mampu berusaha, hanya mampu tawakal. Hari ahad, saya sakit, tapi paksa diri pergi kelas utk buat speech. Sampai sana, coobaan~ Kelas dibatalkan. Err. Jauh di sudut hati, sememangnya saya bersyukur. Memandangkan pada waktu tu, saya tahu saya takkan boleh buat yang terbaik *Senyum nampak gigi geraham*

Hari isnin, saya gagahkan kaki yang longlai ini ke Pusat Kesihatan UMT. Untuk dapatkan rawatan. Walaupun saya rasa boleh baik sendiri, tapi oleh sbb dalam masa terdekat ada beberapa benda yang penting (test,speech,presentation etc), saya tak berani ambik risiko hoho Dan melalui pemeriksaan, Dr. bagi ubat tahan sakit, krim sapu untuk urut (my mom gonna love this), dan vitamin B complex. Petang itu, melalui hari-hari dengan riangnya, sehinggalah maghrib. Saya mengalami 'diarrhea' yang berpanjangan sehingga ke tengah malamnya *Muka sedih* isk isk. Cuma ingat Allah, rasul, mak ayah waktu tu. Badan rasa panas, lemah, dehydrated dan helpless. Allahu Allah :( Hati semakin risau bila muncul dalam fikiran tugasan-tugasan, speech yang belum selesai, dan sebagainya. Astaghfirullah, mohon Allah permudahkan segala urusan. Saat tu, saya tak mampu berbuat apa-apa. Bila bagitahu mak ayah, ayah nak datang ambik, hati jadi sedih, terharu. Tapi pada masa yang sama tak dapat balik, sbb masih banyak benda perlu diselesaikan. *Sigh. Tawakaltu ala Allah. Cuma pada Allah aku sandarkan segala urusan. 



Selasa, seawal 5 pagi, perut meragam lagi :O haa, masuk toilet untuk kali ke yang tak terkira bilangannya. Dalam hati mula rasa takut, dan bimbang, kenapa ya tiba-tiba jadi macam ni. hurm. Jam 1 petang, saya tak pergi kelas. Saya tak larat, entahlah mungkin saya beralasan dengan diri sendiri, tapi memang tak mampu gagahkan diri waktu tu. Dan petangnya, hiyyyark! Paksa paksa! Pergi juga ke kelas 2 jam. dan, nasib baik, dengan izin Allah, waktu saya terasa kuat nak pergi kelas, memang ada 'something'. Kuiz! Erk! Kalau saya tak datang, haish, zero jawabnya, memandangkan pensyarah subjek tu sangat particular pasal kehadiran, lagi-lagi tanpa surat. hurm. malam tu, sekali lagi. hiyyark hiyarkk! paksa diri berjalan kaki ke kelas, dan akhirnya! berjaya selesaikan impromto speech. dalam tak sihat tu, datang satu kekuatan untuk pergi depan, dan, here we go! do the speech, sampaikan ucapan impromto sebaik yang mungkin. hoh! yakin, usaha, pandang depan, let go everything, tawakal >.< guess what? ketiga-tiga wakil cherry bee berjaya mengaut full mark untuk setiap seorang. Yippie! Walau dalam keadaan helpless, rasa terubat sikit dgn kseronakan mendapat kegumbiraan ni.. syukur, alhamdulillah :)


Hari Rabu, hari test Technology DNA Recombinant (TDR). Scarry. Semua takut. Paginya, mr.diarrhea datang lagi! haaa ya Allah.. sabar sabar.. perasaan takut masa tu, hanya Tuhan yang tahu. Bimbang, tak boleh study, rasa sakit masa test, dan lain-lain. Memang tawakal jah waktu tuh. Dan masa saya melangkah ke kelas, serius, tak rasa fully prepare pun :[ hanya prepare celup-celup, disebabkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, ataupun memang saya yang menjadikan tu alasan utk tak berapa nak study huhu Ditakdirkan Allah, waktu test, alhamdulillah, mr.diarrhea tak singgah (hihi), dan saya rasa tenang jawab. Alhamdulillah, beberapa perkataan yang Allah ketuk pintu hati saya untuk cari, belek, itulah yang muncul. Dan ada beberapa soalan yang saya tak pasti, bila kawan-kawan bincang, ter'kena'. hihi Syukur, walaupun tak tahula al hasil keseluruhan nya bagaimana. huhu itulah, janji Allah yang mengatakan, inna maal usri yusra (bersama kesulitan da kemudahan) *Senyum sampai mata sepet. Dalam sakit-sakit, Allah permudahkan banyak urusan saya satu demi satu, dan itu, dalam cara yang saya tak sangka-sangka. Allah hantar orang-orang yang ada disekeliling saya untuk tolong, Allah ilhamkan pada saya benda-benda penting yang keluar exam, walaupun hakikatnya saya tak habis study pon honestly hiii *Muka malu merah padam* Dan, banyak lagi. Alhamdulillah. Moral of story, bila Allah uji dgn sakit, think positif,kuatkan diri, dan anggap itu semua kafarah dosa-dosa lama. Bersangka baik pada Allah, dan waktu sakit ni sebenarnya waktu kita makin kuatkan pergantungan kita pada Dia. Have faith in Him. always and always.*Smile!

-----------------------------Till then,assalamualaikum!------------------------------

Thursday, December 13, 2012

Cinta Kura-kura


Sepertimana yang dijanjikan, saya beli kura-kura untuk adik-adik saya, Khalis, Nazirah, dan Naqilah. Comel kan? Dan yang 'daddy' tu, dalam gambar, kura-kura saya :) Gembira dapat happy kan orang tersayang. Dan, tak lupa, untuk adik sorang lagi, Nazmi. Saya belikan untuk dia, Mr. Guppie. Harap-harap dia suka, well sebenarnya tak rancang. Tiba-tiba rasa yang saya patut beli something untuk dia juga :) Yang lain, dah besar, tak kisah la hihi 

Sekarang pukul 2.58 pagi waktu Malaysia. Dan saya masih lagi tak tido. Panda eye, go away. Err. Hurm. Baru lepas menonton filem 'Istanbul Aku Datang'. Kecewa. Ceritanya, urm. Tidak bersandarkan kepada agama lansung. Tak ubah seperti filem barat yang mewarnakan, mencorakkan cinta dengan maksiat. Kasihan 'CINTA' kerana difitnah. Dan, beberapa part, saya rasa malu. Malu mendengar dialog yang diucapkan oleh pelakon-pelakon. Hurm . What so ever. Kurang arif mengkritik filem. Tapi, yang pastinya. Saya tak suka filem tersebut. First time, dan last time tengok. Right click, delete. 

----------------------Till then, assalamualaikum!----------------------