Pages

Friday, July 6, 2012

Chantek Nya Jalan Tarbiyyah Aturan Allah!

Lagi kita sayang, lagi dekat, lagi rapat, yang itulah sangat payah untuk kita tegur kesalahannya, yang kita nak luruskan balik ke'bengkok'kan nya. Hohoho Itulah yg dinamakan tarbiyyah.Tapi apa pun, sy cuma menulis sekadar untuk perkongsian yang mana 'tersinggah' ke sini. HOHO Bermula dgn tarbiyyah diri, hingga ke tarbiyyah org lain. Mengajak diri dan orang lain ke arah kebaikan. Wohoho tiada istilah mudah. Malah cerita di sebalik tarbiyyah diri juga 'panjang'. Phew, tersangatlah panjangnya! Sedikit tentang diri saya, kalau sekarang anda tiada paper, assignment, baju-baju utk disidai, dan pinggan-pinggan utk dibasuh (0.0) Ini agak bosan, harap maklum. Hokay! >.<


Sy bukanlah seorang da'ei yang hebat, malah untuk memimpin diri sendiri pun masih terkial-kial. Sy masih perlukan orang lain sebagai tulang belakang sy, sahabat-sahabat seperjuangan sy. Walaubagaimana pun, selemah mana diri kita kewajiban utk berdakwah, amar ma'ruf nahi mungkar masih terpikul di bahu setiap yang bergelar Muslim, rite, rite? hoho Sepanjang perjalanan hidup sy,bermacam-macam ujian yg telah dilalui. Orang-orang yg sy kawan terdiri dari pelbagai kategori. Sejak dari sekolah, undeniable, sy nakal HOHO ( Percaya x?) dari situ sy pun kawan dgn yg nakal-nakal la jawabnya. Waktu tu, sy bersyukur, senakal-nakal sy, Allah masih jaga sy. Masih tersisa hidayah Allah dalam diri sy walaupun masa tu, karat-karat jahiliyyah, 'lagho' menebal dlm diri sy ( Krisis identiti agaknye ye :p). Bila ada kawan ajak ponteng dll sy tolak walaupun sy x larang apa yg diorang buat masa tu. Kawan pakai T shirt lengan pendek, seluar jeans, sy x buat. Sy x suka. Saya tak pernah suka semua tu. Subhanallah, hari ini, betapa sy bersyukur bahawa perasaan suka utk semua tu x pernah ada dalam diri sy ( Muka terharu Ohh ). 

Nakal nya sy sehingga dipanggil banyak kali oleh Chekgu Disiplin (Chekgu Salmi mase tuh hihi) Tapi apa pun cikgu tu la cg yang masih baik dgn sy sehingga skrg, pernah sekali raya tahun lepas ajak sy dan kwn2, beliau belanja nasik ayam. Dan x ubah ubah seperti 8 tahun sebelumnya, masih 'TONYOH' kepala kami. Errrk =,='' Dan bila sy singgah sekolah ren sy tu (SKTJ) chekgu-chekgu masih cam sy dan kenal sy sbb kenakalan sy tuh (Perlu ke bangga yg ni hewhew) Chekgu Rozita, bekas cikgu Math sy still remember very well yg sy pernah pecahkan satu kerusi kat kelas (Sbb kalah bola tampar dgn musuh tradisi) till today! Hik hik i just smile with reddish cheeks when she kept talking bout that. Dalam hati, Err, Cikgu udah-udah ler tu. Malu la! Aiyo! -____- Whoa! Tak sangka? Kagum? :O Huhu Tapi tapi. sy tetap belajar sungguh-sungguh masa tu, sy betul-betul minat! Especially english. Walaupun Teacher English sy, Teacher shamsiah sokmo marah sy sbb buat bising dlm kelas etc, tapi every week, sy akan buat essay english utk beliau tanda. Beliau tetap treat sy dengan baek banget! :] Syukur pd Allah. At last, Semua sy, geng2 'NAKAL' dapat 5A dan kami sama2 masuk sekolah yg sama lepas tu. Wee~~


Alhamdulillah mnginjak ke usia remaja, sy sambung pengajian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (wah wah! bangga habis la). Di sini sy dipertemukan dgn kawan-kawan yang menjadikan siapa sy pada hari ni (Walaupun bukan baek sangat hikhik). Even kawan-kawan yg sama nakal pun sambung kat situ. Dyb, Dieyla, Sarah dan lain2. hoho Masa di sekolah, tak sedhor sedhor diri lagi. Kadang-kadang x join sangat pom geng-geng surau, kumpulan-kumpulan yg baik-baik. HUHU But for sure, waktu tu sy suka ditarbiyyah, sy suka dengar perkara yg baik2, kwn2 buat kita rasa tenang. Banyakkkk sangat kenangan kat sekolah tu, dengan kawan-kawan, duduk dalam kelompok yang baik ( Erm ye kot hihi ) yang bila teringat balik, senyum sorang-sorang! Phewit :D 

Throo out life, i went another phase of life in USIM. Sekali lagi, Alhamdulillah dipertemukan dgn kelompok yang kebanyakkan nya ke arah agama. Bila sy perkatakan 'kelompok yg baik' disini, bermaksud sahabat-sahabat yg baik, ukhwah kerana Allah, bukan berkumpul kerana urusan dunia semata. Alhamdulillah, walau diri terasa kerdil, terasa x 'standard' tapi bersama diorg lah diri terasa kuat! Rasa macam sangat Positif banget! Mereka lah yg banyak membantu bukan sahaja dr segi pelajaran, to survive dan byk memberi dlm bab-bab agama, jd contoh yg baik utk sy ikut pd padangan sy. Persahabatan yg 'LILLAH'. Bethol bethol kerananya :D Tapi jodoh dengan USIM tak lama, cuma setahun, dan apa yg Allah aturkan menidakkan sy berada disitu. Malah Allah aturkan pula 'jodoh' sy dgn UMT yang tak pernah-pernah sy sangka. Sekarang sudah 2 tahun sy mengharungi pelbagai onak duri sepanjang berada di sini. Sepanjang sy berada di sini, rupanya inilah medan perjuangan sy. Berbekal kan iman yg senipis kulit bawang tuh (Biasa dgr, copy paste je hukhuk)

Di sini sy jumpa dengan macam-macam jenis orang. Duji dengan pelbagai ragam manusia. Ada yg baik, sederhana baik, kurang baik dan lain-lain (Dan sy x rasa pun sy dalam kategori baik HOHO). Sy banyak diuji dengan manusia yang ramai ni sehingga kadang-kadang tak termampu, sy menangis. Ya Allah ini suatu jalan tarbiyyah yg ternyata sukar, sedangkan sy seorang yg amat lemah. :'[ Ya, sy rasa sy menjadi seorang yg suka menangis sejak sy masuk UMT. Wah! Bagusla, air mata itu penawar kan HOHO Di sini sy ditemukan dgn kwn yg menganuti Kristian (yang boleh sy katakan 'kuat', 'alim') namanya Catherina, sy panggil dy Cat. Dia byk tanya pasal ISLAM basically, walaupun kdg2 sy tak tahu dia tanya sbb ingin tahu ataupun sekadar menguji. Walau ap pun, sy ttp usaha jwb sebaik mgkin dgn ilmu yg tak berapa nk tebal ni Huhu Dan bila sy tak tahu (No idea to make her well understood) sy terasa 'kalah'. Huh 

Lain dr tu, ramai yg sy kenal di UMT, mengajar sy erti sabar. Ada yg baik, tp kurangnya dr segi penghayatan agama, ad yg bagus dr segi penghayatan agama tp ia berkaitan amanah, fail =,='' Disini payahnya bila nk cari kwn2 yg betul bershabat dgn kita kerana Allah. Lagi-lagi bila sy terlibat dgn program, ini memberi peluang kpd sy untuk menilai (Walaupun sy sendiri x tahu mcm mana org lain menilai sy). Disini, seolah2, 'kawan' bila ada kepentingan. Ya, sesuatu yg sangat jelas. Kadang org yg rapat dgn sy pun, kadang-kadang tidak menyokong sy, sekadar mengkritik. Buat sy jadi sgt lemah. Yang terkurang soal aurat, tapi sangat lembut bicaranya. Yang mempergunakan utk kepentingan diri. Yang melemahkan. Yang baik, tp bila diajak menyertai yg berkaitan agama, hmm no no. Yang tak laksana amanah, dan main sejenis permainan yg dinamakan 'PASS PASS" walaupun 'alim' luarannya. Hurm. Itulah yg sy lalui disini. Itu yg byk sbbkan air mata sy banyak 'terkorban' HOHO waktu-waktu yg buat dada jd sempit tu, waktu tu la sy akn kontek kwn2 FILLAH sy. Merekalah kekuatan sy, merekalah yg mendengar semua yg sy luahkan :') Alhamdulillah, mungkin ini lah sbb Allah aturkan pertemuan sy dgn mereka terlebih dahulu sebelum sy dijodohkan dgn orang-orang yg 'menguji' sy disini. 


Apa yg paling utama, bila kesabaran diuji di jalan tarbiyyah ini, sy pujuk kembali hati dgn ayat-ayat chenta Nya =') 'Allah tidak akan menguji seseorang melainkan menurut kemampuannya'. Kembali pada agama itu perlu. Ya, kita diuji dgn pelbagai ujian dgn orang-orang, dgn musibah, dgn apa yg buat kita resah, menangis, kecewa utk kita kembali pd  YANG MAHA ESA, YANG MAHA MENYEMBUHKAN, YANG  MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. Kadang-kadang sy terfikir, masha Allah, hebatnya aturan Allah. Siapa sy pada hari ini adalah disebabkan tarbiyyah-tarbiyyah yg sebelum ini sy lalui, yg Allah 'susun' untuk sy. Walau hebat diuji, Allah lah yg menyembuhkan luka itu, dgn ayat-ayat Nya, dgn kaseh sygnya. Mungkin kita yg terlupa, kita yg terlalu sombong sebenarnya. Astaghfirullah. Sekarang, sy cuti smester. Tidak bertemulah dgn org-org di sana. Semoga ini menjadi tempoh rehat bg sy, untuk mengutip kembali kekuatan sy utk menghadapi cerita baru sekembalinya di sana nanti. Semoga sy kuat utk melalui jalan tarbiyyah ini, demi menjadi seorang pejuang agama yg benar-benar berjuang. Ya Allah, sabarkanlah hamba Mu ini.
"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

No comments: