Pages

Sunday, July 8, 2012

Renew, Topup & Upgrade!

Ohoho sekarang waktu asar, tersangat lah kuat godaan untuk tidur..zZzZ Hoah.. Penat! lagi-ladi sejak menjadi wanita berkerjaya nih hoho balik rumah terus rasa macam nak... bing!! zZ -__- hoah. Kepenatan. Sekarang baru 'konon-konon' bekerja, tak tahulah nanti kalau betul2 memasuki alam pekerjaan.. wah wah pengsan Err =.='' Dan !! Alam perkahwinan plus alam keibuan. Ehem Ehem. *KOffing


Tumbuk kad (Punchcard) dalam pukul 5.00 petang, terr terr..drive pergi Sabasun, beli alat-masak, husband teringin nak makan mihun sup, balik-balik, tengok ruang tamu penuh crayon anak-anak, siap-siap, solat, baca Quran, pengisian kerohanian bersama anak-anak dan suami. Masak-masak. Kemas rumah. Iron baju selama 2 jam untuk anak-anak, suami, sendiri punya. HOH! Adakah ini gambaran masa depan yang bakal sy lalui 4-5 tahun akan datang?? Waaa :O Oh tidak mampu berimaginasi! Erkk buk! Pengsan. hoh Positif-positif, insha Allah banyak pahala tersimpan untuk seorang isteri dan seorang ibu. Perngorbanan seorang ibu tiada penghujungnya.. Ohh (Muka bahagia) ~.~ 

Err..? Nak tulis pasal apa ni? Out of topic. huhuhu Ok u-turn balik HOHO Bangun dr mimpi yang indah Hewhew~ Topik asal. Ho, hari ni, masuk minggu ke 3 sudaa! Sepanjang hari ini, Alhamdulillah, banyak perkara baru belajar. To treat cats mostly Huhu berbanding minggu lepas, kurang skit 'patient' hari ni. Dan ruang masa-masa yg tak terisi tu sy isi dengan baca buku yang tak pernah-pernah habis baca sejak beli HOHO rasa dah macam hampir setahun beli -huk huk- Buku 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan'. Best! Itulah perkataan paling sesuai utk describe buku tersebut Wee~ Sangat mengispirasikan! Buat sy lagi berkobar-kobar nak renew, topup dan upgrade amalan sedia ada. Dan paling penting utk delete, erase, amalan-amalan, tabiat-tabiat yang tak sepatutnya ada dalam diri yang mengaku Muslim Mukmin ini

HOHO Amalan-amalan wajib yang kita laksanakan tiap-tiap hari, tiada seorang pun boleh kata yg amalan nya konfhem-konfhem Allah terima! Kan? Kan? Boleh jadi amalan-amalan tu semua tercemar dgn riak, perasaan tidak ikhlas, bermalas malasan utk buat, buat bila ada org pandang, dah pass, tp sbb suka judge org lain, umpat org laen, etc, 'burn', hangus begitu sahaja amalan-amalan tersebut, umpama kayu-kayu, daun kering yang dijilat api dengan rakusnya Huh! Nauzubillah. So, no wonder, kita digalakkan lagi utk topup balik, kemaskan balik dgn amalan-amalan sunat. Yeah! Memang. dalam diri kita ada rasa malas, tidak rasa ada keperluan kdg-kdg tu utk berbuat yg SUNAT ni kan? (Hadoi, terkena batang idung sendiri jugak! Errr) 

Hurm mungkin salah satu sebabnya, mindset kita diajar dr kita tadika, kemas, tadiska, sekolah rendah, menengah dan yg seangkatan dgn nya oleh ustaz ustazah kita time tu. Flashback 12 tahun yg lepas. Ustaz Ustazah kata, Yang wajib itu.. BUAT DAPAT PAHALA, TINGGAL DOSA! (Murid-murid sambung ramai-ramai) DOSA? BUAT DOSA, TINGGAL DAPAT PAHALA (Lagi sekali beramai-ramai dgn riangnya). SUNAT? Err (Murid nakal diam sbb tak pasti) Ok, biar ustaz/ustazah bgtahu. SUNAT, kalau buat dapat PAHALA, tak buat TAK APA, TAK DOSAHoyeah, i loike lah (Kata sebahagian murid-murid). HOHO Dan hakikatnya, sehingga lah sekarang mindset anak-anak kita masih begitu. Sy lihat adik-adik sy yang ramai ini membesar dgn mindset yg begitu. Jadi kesannya? Tidak ternampak dan tertonjol kepentingan yg sunat-sunat ini. Padahal, begitu besow fungsinya dlm menampung yg terlobang, mengisi yg terkurang, serta menyempurnakan yg ter'slack' dimana-mana khususnya ibadah wajib. Dan op kos menjadi added value utk bekalan kita di padang masyar nanti. Apa lagi, kita-kita bukannya punya bekalan yg banyak utk 'present' nanti. Hurm.

Pernah sekali, dengar ustaz kazim elias tazkirah di Youtube, yg ramadhan kalau tak silap. Beliau kata, SUNAT itu, kalau BUAT dapat PAHALA, tak buat RUGI woo (yg belakang, tambahan sendiri sebagai taukid/penguat). Haaa, ini baru bethol! Baru tepat! Ya, sepatutnya dari zaman kita-kita kecil lagi, 20 tahun lepas dah keluar ayat ni! Tapi tapa, belum terlambat~ Kitalah pula yg menggalas tanggungjawab sebagai ustaz/ustazah untuk terangkan kat adik-adik, keluarga, jiran tetangga, ahli-ahli usrah kita, serta suami & anak-anak kita lepas ni.Ehem Ya, siapa lagi kalau bukan kita. Mungkin ramai yg anggap ringan, tp kalau bukan sekarang diberatkan, takut yang berat pun akan diringan-ringankan. (Err paham ke ni huhu) Iyalah, bilamana yg sunat dipandang remeh cnthnya, contoh solat sunat rawatib, lama kelamaan rasa 'perlu' dlm diri utk disiplinkan diri, solat awal pun semakin terhakis. Lama-lama, tertinggal terus solat fardhu, al maklumlah CEO syarikat karpet harimau bintang termaju (Contoh ja, nauzubillah jd kat abg2, adik2 kita). Nampak kan? Begitulah hal nya dgn amalan sunat lain seperti baca Al Quran, puasa sunat, sedekah etc


Jadi jadi? Point ingin disampaikan? Hokay. Ayuhlah kita sama-sama renew, topup dan upgrade amalan-amalan kita sebelum ni. Mungkin banyak terkurang, terlopong, terlubang sana-sini tanpa kita sedar. Sedhor-sedhor lah diri, iman kita naik turun. Sekejap sangattt lah rajin ibadahnya, kadang-kadang graf tu boleh turung mendadak tanpa kita sedar dlm arus globalisasi era moden pada masa kini hoho ayat karangan BM PMR  Sy ingatkan diri sy jugak diri sy disini, hidup kita sebenarnya terlalu singkat utk naik turun graf tersebut.. Tak sempat! 

Sesekali masih ada sisa hidayah berbaki dlm diri ayuhlah kita, UPGRADE amalan-amalan wajib, tingkatkan kualiti dan prestasi! Contoh, solat fadhu. Okay, rekod bagus, no missing. Gooood! Ha, apa kata solat awal waktu setiap kali atau laagi afdhal, target pd diri, utk solat BERJEMAAH setiap kali? Solat dgn kawan2 ditempat kerja, solat dgn adik2. Mungkin? Hurm. =) Give it a try and keep it consisten! Then RENEW amalan-amalan sunat. Yang mana tak pernah buat, BUAT! Sikit-sikit ya. Bimbang tidak termampu utk istiqomah! Contoh, Solat sunat tahajud. Wah, ini berat kan? org yg benar-benar mujahadah sahaja mampu buat. tp tak mustahil kan? Lets aim for it, maybe once in a month, slow-slow.. :D Dan akhir sekali TOPUP! bila sudah mampu istoqomah, whoa, kita boleh terus topup dgn amalan-amalan sampingan yg lain pula! Wah zaman alam maya skrg, ramai yg kongsi tntg amalan2 sunat, perkara-perkara baek. Ha, contoh amalan baca surah Kahfi setiap malam Jumaat. Hoo Ada ke? Ya! ada mak cik oi! Baru tahu.. jadi slow slow kita praktikkan ilmu baru tuh!


HOHO Semangat nih cik kak , jangan rancak kat blog aje sudah ler =,='' (Pesan utk diri sendiri) Bimbang, takot, murka Allah nanti. Sesungguhnya Allah sgt benci org yg bercakap, mengajak tntg perkara yg dia tak buat. Gulp!! Insha Allah, apa yg sy tulis, semoga jd peringatan buat diri sy terlebih dahulu sebelum sampai kpd org lain. Dan harap nya, tiap apa yg sy ajak, sy titipkan di sini, semampunya sy yang buat dulu. Because 'to talk' is cheap and nothing, but to do thing, is a thing and no longer cheap. Mudah-mudahan. Amin ya Rob!

No comments: