Pages

Friday, July 13, 2012

Time Untuk Rehat! Hoyeay!

Phew, hari Jumaat yang indah ini rasanya terlalu banyak benda yg nak disetelkan. Rehat 20%, lain-lainnya, whoa full to-do-list! Selain drpd FYP yang tidak berkesudahan, slow-slow buat dengan independent nya, (plus syok sendiri hoho) hari ni jugak la Hari Kemas Rumah Sedunia, Hari Basuh Baju Sedunia & Hari Lipat Baju Sedunia etc =.='' Bermula pagi lagi, masha Allah non stop action! hoho sokay sokay, sabaq, tu semua exercise :] Senyum untuk memotivasikan diri hewhew Ya, kepenatan. Mencari ruang masa untuk rehatkan rohani dan jasmani. Hish tak boleh jadi nih. Hokay, lepas semua setel, I took a very nice rest Whoa~ (Muka bahagia) Duduk depan laptop kejap, terfikir utk buat satu entry, hoohoo last-last tak terbuat, sebab tak larat dan kekeringan idea =.='' 

Kemudian, terfikir nak buat satu lagi hobi, MASAK-MASAK! Ah ha! Dah lama tak masak! (Sebenarnya tak pandai pun, tp minat jah huhu) Belek-belek resepi dan terfikir nak buat Banana Cake! Hoho kebetulan lepas ayah balik dari masjib, bawak balik pisang hari ni. Wah apa lagi. Ini macam orang mengantuk di beri tilam Vonoo nih (Peribahasa yang di edit) hoho Haa diringkaskan cerita! Alhamdulillah jadilah kek tersebut dan ini gambarnya! :D Wee! Yippie! Walaupun pd sy agak manis dan tekstur agak tak naik sbb tambah baking powder sikit sgt (My mom said) syukurlah, percubaan pertama, uhurm not bad ^.^ all my brothers and sisters simply love it. :D 


Hoo hokay, hokay cerita pasal masak kek, jadi apa point yg cuba disampaikan? -__- Actually i also not so sure but.. huhu actually sy sedang merehatkan diri sy dari memikirkan benda-benda berat dlm fikiran sy. Tugas 'keibuan', tugas sebagai student, tugas sebagai seorang kakak, sebagai pencari redho Nya dan lain-lain. Ho, bila diri penat, apa kata kita rehatkan sekejap utk recharge balik energy dalaman dan luaran, supaya 'graf' kita yg sedang menurun naikkkk balik! ye dak? huhu Sebagai insan biasa, kita tak boleh lari dari penat, lunturnya semangat saat diuji lelah dan lain-lain. Besides that, sebenarnya 'serangan' yg kita terima bukan hanya dr sudut fizikal, tp juga mental. Saban hari kita berfikir, guna minda, asak jiwa kita untuk 'menerima' instead of cuma memberi dan lain-lain. Kan? Kan? Hoo, so rehat! Have rest! 

Dan Rasulullah saw pernah bg hint, bila kita buat amalan, sebaik-baiknya sedikit dan berterusan. Ini meliputi semua sebenarnya. Sedikit dan berterusan. Ya, kerana manusia itu sifatnya lemah, penat dan punya rasa takut akan perkara yg disekelilingnya. But op kos, it doesnt mean kita boleh bermalas-malas dan buat sesuatu dgn tak bersungguh-sungguh. Ergghh =,='' Bila sy penat, dan perlukan ruang utk rehatkan minda, sy masak! huhu its a good hobby, where we can do together, share the cookings, and share the happiness! :D Walaupun sebenarnya tak pandai masak pom :{ huhu Other than that, my hobby is, blogging! Like what i m doing rite now. Kerana sy melihat ia bukan sahaja ruang utk release stress secara positif, tapi juga sebagai medium da'wah. Da'wah itu Chenta rite? :D

Semalam, sy buka video2 Youtube & tengok video-video Osem Angel Pakai Gucci 2011. Whoa, what a great and noble effort he (Inche Gabbana) has done in spreading da'wah by mean of love. I simply love it! Dan bila tengok, kebanyakan maksud yg ingin disampaikan, keperluan Usrah fillah di mana ukhwah itu mendasari usaha tarbiyyah dan da'wah dan satu lagi yg sy rasa paling menarik : Jalan Da'wah itu, Sumpah Panjang! hoho so true. Cuma yang menjadi kekuatan,didikan mak ayah tersayang sejak kechil yg menjadi tulang belakang, chenta sahabat-sahabat fillah yg jadi role model,  iman dan keyakinan tak berbelah bahagi dalam diri, dan yg sy fokuskan dlm post ni, sedikit rehat dlm utk jasmani dan rohani. Semuanya sama penting, semuanya perlu! Kalau ter'miss' salah satu, bimbang, kita tak kuat. Dan kita akan mula tinggalkan amalan-amalan yg mendekatkan kita dgn Dia. Nauzubillah.

Bayangkan, utk kita istiqomah solat 5 waktu yg wajib sekali pun, kita dilatih sejak kechil kan? Time kita masih pakai pampers pun dah mula ikut-ikut mak ayah kita solat =.='' (Erk nakalnya) Kita buat dan buat hingga akhirnya, dtg satu kepercayaan dlm diri tntg hikmah solat. Lagi-lagi ditambah dgn seronok nya solat dgn kwn-kwn, berjemaah ramai ramai Hoho (kenangan time sekolah). Itulah yg buat kita kuat, berterusan mempraktikkan hingga ke hari ini (Dan sudah tentu, first thing first kita solat kerana perintah Allah) Untuk istiqomah baca Quran pun sama, kita buat sedikit demi sedikit. Bukannya secara mendadak, target dalam sebulan mampu khatam! Ohooo Kalau mampu baguslah, tapi pd padangan sy, lebih baik kita cuba utk istiqomah dulu. Kalau sebelum ini, sehari 5 mukasurat, stat azam baru, up skit jadi 10 page sehari ke. Insha Allah, kita akan mampu jd org yg berterusan dekat dgn Al Quran plus plus ada nya ijtihad yg kuat dlm diri. Hoh! 


Tidak sedikit yg cuba utk buat perubahan, berhijrah ke arah yg lebih baik, tp bila terlalu mendadak, dan menyingkirkan 'elemen' rehat dalam buat amalan, last last, kecundang, malas, bosan dan akhirnya tinggalkan azam yg berkobar-kobar sebelumnya. Nauzubillah. Hurm. Kenapa perlu pressure kan? Sesungguhnya Islam, syariat Islam itu mudah dan memudahkan. Islam tak larang kita jogging, exercise, have vacation berlibur dgn family menurut syarak, barbeque dgn kwn2, picnic di pantai etc kan? kan? Bila kita memilih utk ditarbiyyah, mentarbiyyah, berjubah, berkopiah, itu semua sebenarnya x jd halangan utk kita menikmati hidup sebagai seorang manusia juga yg butuh rehat, butuh kesenangan bersama teman2 juga, kan? :D Wah omong indonesi gitu :]


Sebab itu, sekarang seolah menjadi trend dakwah Islami itu disampaikan dlm santai-santai, suka-suka, stadium, futsal, tayangan video, maen gitar etc yang menarik minat golongan orang muda. Hoyeah! (Kebanyakan contoh yg sy lihat dr Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze,dll ) Style lah!:D Jadi, in a nutshell buddy, rehatkan hati, rehatkan diri!! Agar letih & lelah tidak menghampiri diri, lalu membunuh semangat tarbiyyah dan dakwah insani. Jadilah generasi Al Qurani dan contohi akhlak NAbi (saw). Mudah-mudahan, insha Allah kita semua terpilih menjadi insan yg Allah redhoi!

No comments: