Pages

Saturday, August 31, 2013

Welcome to Paloh =]

Setelah beberapa lama coti sakan dan cuma buat bisnes kecil-kecilan, akhirnya merasa dapat kerjaa! hii Alhamdulillah, percubaan hantar borang untuk jadi guru sandaran ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuahkan hasil. Lebih kurang seminggu sebelum raya, dapat panggilan daripada PPD dan maklumkan dapat tawaran utk jadi guru ganti di SK Paloh, sbb ad cekgu yang baru bersalin. hii Alhamdulillah syukur, lepas ni tadela pegang title penanam anggur yang tetap lagi =,=' sekurang kurangnya dah boleh senyum dan cakap, Alhamdulillah sekarang jadi cekgu hikk (padahal cekgu ganti je hurhur)


Haaa yang bestnya, dapat offer untuk jadi guru JQAF, yang secara tak lansungnya memberikan satu amanah, title yang agak berat iaitu jadi 'Ustazah' *ustazah instant dan temporary je pon -,-'. haih, ya Allah tak pernah sangka2. Mula-mula fikir, neves jugak, sbb tak pernah training untuk jadi seorang pendidik, tiba-tiba kena jadi ostazah, ajar budak-budak mengaji, ajar mengenai tauhid, aqidah etc which memg menuntut kesabaran, hikmah dan keikhlasan yang super duper high class gitu. yakk \(^,^)/

Dipendekkan cerita selepas prepare apa apa yang patut, urusan dokumen, persediaan mental dan fizikal akhirnya ting!! jadilah saya seorang yang bernama guru *feeling goood hihi. Tanggal 4 Ogos 2013 first time menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Paloh yang terletak di sekitar kawasan Manir, Teluk Pasu. SK Paloh ni tak besar sangat, pelajar kurang lebih 300 orang. Cekgu pula +-30. haaa neves nya mula mula masuk, tade kawan isk isk ye lah sebelum ni masuk sekolah ad geng, masuk U ada geng, akhirnya masuk dunia pekerjaan tada kawan, survive sorang sorang fuuu >,< Hari first Alhamdulillah kenal kenal cekgu, masuk kelas, semak silibus, studi apa nak kena buat. wah wah notbad ya, banyak dan berat rupanya tugas cekgu ni, ingatkan masuk kelas terus pegang kaporr, nahhh gitu gini, abis masa keluaq teruih. huihui kini ku mengerti, tak semudah ituu. terima kasih guru-guruku =,='


Rupa-rupanya bahagian pengajaran JQAF tahap satu dan PRA di SK Paloh ni agak berlainan dengan sekolah sekolah lain. satu kelas, untuk subjek Agama Islam dipegang oleh 3 org cekgu/ustazah. Jadi saya berkongsi dengan 2 orang lagi guru iaitu Ustazah Sholehah, Ustazah Sakinah dan ada satu kelas kongsi dengan Ustazah Zana. Semuanya super senior, saya sorang je sangat baruu dan sangat taktauapaapa huk =,=' Bila masuk time subjek PAI, budak-budak ostazah berkenaan otomatik akan bergerak ke tempat masing masing, ada harinya di surau, di bilik JQAF atau dalam kelas je. sebenarnya sampai sekarang (kurang lebih sebulan kemudian) masih lagi pening dengan sistem ni huihui sebab kadang kadang terfikir, cara pengajaran lain lain kan? jadi mcm mana silibus pembelajaran di'standard'kan. tapi mungkin jawapannya ada pada buku rancangan tahunan/silibus *yang ang malas nak studi tu kiki >,< jadi setakat ni, saya pun refer buku tu, dan sentiasa plan, okeh minggu ni, minggu ke 30 nak kena aja apa, latihan ap haaa. tapi apa pun tak dinafikan tak mudah wei, susahnya jadi pendidik, nak kena rancang cara pengajaran, dan nak kena tahan penatnya menghadapi karenah budak budak haiyooo *lap peluh kat dahi =,=''

Yang tu satu hal, satu lagi macam mana nak break ice dengan guru-guru SK Paloh ni -,-' kita ni bukan lah ramah sangat, malu jugak sebenarnya bila baru kenal, nak bergaul dengan golongan senior aka dewasa ni (-_-)' sebelum ni selalu huha huha dengan kawan sebaya, sembang dengan depa pun topik cicai gitu je. sekarang, masuk alam pekerjaan, nak kena kenal dan bergaul dgn a group of adult people, cekgu-cekgu plak tu. wahhh now i really need to get out of my safe zone, break off my shell hiyahhh (^o^)/ seboleh mungkin, tegur guru guru kat situ, yang penting senyummmm =D =D bila lepas raya, no longer Ramadhan selalunya cekgu cekgu kat situ akan brekfast around 9-10 a.m. imagine betapa pemalu, solehah dan sopan nya time tu, nak singgah kantin pun maluuu adeh! pangg! (-_-)'' tak tau ad apa dalam kepala mase tu, tapi tade kekuatan lansung nak pi kantin dan jointheclub guru guru yang duk sembang n brekfast tu, padahal patutnya time tu nak breaktheice ke, kenai kenai ke, buat buat ramah dgn family Paloh ni haiyyaaa -.-'


Sampai lah hari ke empat bertugas di SK Paloh, masih lagi tak masuk masuk ke zon kantin. padahal jalan 10 langkah je kot, teruih sampai, dan lokasi dia cumalah sebelah bilik guru *even dari tingkap i pun nampak strett (-_-)' i remember that day, ya Allah lapar sangat sangat errr. perot ni dah kluarkan macam macam bunyi yang extreme, kreukk kreukk =/ dari bilik guru tu, duk intai je, nak masuk ke tak nak ke tak, last last tak masukk aaa! tade kekuatan nak masuk erk! dlm kepala duk pikir, kalau masuk nak sembang ap dgn cekgu cekgu ni, kang senyap cakap sombong bla3 mcm2 monolog dalaman yang bermain di minda time tu. haihhhh. terok betul. time rehat, *haha nak gelak ingt ni. ad sekali lalu kat budak budak duk makan, ad sorg bwk kueh raya, jd dia bg seketui, ya Allah dlm ati ni mcm yahooo akhirnya! makanan! nak sebekas boleh ka? kiki hm gitulah hari tu berlalu, lapar seh (-_-)' last last, sakit perot, rasa mcm acidic. that moment msg kawan ni, 'peq lapar. sakit perot' sekali kawan tu kol, tak makan lagi ke? tunggu jap saya mai bwk makanan. err? tak sempat explain apa2 alih2 sampai delivery nasik bungkus dgn air teh limau ais kiki *dalam hati ada taman jap. maseh peqq :3

the next dayyy, ahah! akhirnya ada kekuatan untuk masuk kantin, tu pun kebetulan kak ana, cekgu yang jaga budak PRA, yang baik dgn saya sebelum ni ada kat dalam. wah wahhh masuk like a boss, penuh yakin,masa tu guru besar pun ada. dalam ati ni, notbadd, first day masuk kantin sembang dgn headmistress kiki :3 masuk tu, woo makanan sini not bad, banyak jugak pilihan, kalau ku tahuuu. siap tapaw utk makan tengahari ngee >.< masa tu cuma makan mi goreng, keropok dan order air milo panas. wahh lega cheq. baru la semangat masuk kelas! hii >,< since that day, hari hari kemudiannya mula selesa dengan guru guru kat sana. mula mula kan kenal2 ingat yang ni kerekk, yang ni sombong, padahal semua baik baik =] sehingga hari ni, dah rasa tak janggal lagi, dan rasa apart of the Paloh big family. hihi. apa lagi, dah banyak aktiviti, program yang buat sekali, cthnya sambutan hari raya kat sana, gotong royong, mesyuarat guru-guru *yang ni pun excited ka :p 


Budak budak pun ada yang dah ingat nama, antaranya aiman, hakim azizi, taufiq, balqia, izzah maisara, lili, fathir dan lain lain. seronoknya Allah izin dapat kenal mereka yang chomel chomel ni! :D sekarang baru faham, kenapa kawan kawan yang belajar ipg, akan happy dgn anak murid diorang, selalu uplod gmbar dengan cekgu etc, rupa rupanya, tuu la kegembiraan, kebahagiaan, ke'happi'an seorang yang bergelar guru =] memang besst pengalaman ni. Alhamdulillah. dah mula suka n jatoh chenta dengan SK Paloh ni :) sekarang masih berbaki sebulan setengah, insha Allah akan manfaatkan peluang ni sebaik mungkin. i always pray, the next, next dayy, i m gonna be a better ostazah. make it better, always. insha Allah! till then #lovepaloh#


Wednesday, August 21, 2013

Mission accomplished :)

As salamualaikum dan salam sejahtera! :] fuu lamanya x jenguk blog, rasanya lebih sebulan sebab last post bertarikh 14 July 2013 >,< akhirnya hari ni 22 Ogos 2013, dbaru ada kekuatan untuk mengatasi kemalasan menaip. dan tiba tiba hari ni rasa macam nak bercakp, dan bagi nasehat pd diri sendiri =,='' Lepas habis pengajian di UMT, rasanya macam macam benda baru yang menjengah dalam hidup saya. Ada yang suka, duka, pahit, masam, manis. yang pastinya Allah dah atur setiap suatu yang terjadi tu bersebab, berhikmah. there s a reason why *yeah, postif positf (^,^)/


Bermula dari bulan Jun lagi, diri disibukkan dengan mencari kerja, approach lecturers untuk postgraduated master project, fikir tentang itu dan ini. haihh, pening den =,='' sampailah akhirnya masuk ke bulan Ramadhan, saya tekad untuk isi ample time ni *instead of menganggur =,=' dengan memulakan bishnesh kecil-kecilan. Bisnes simple-simple, bermula dengan modal aka simpanan duit PTPTN yang berbaki masa semester akhir. Waktu tu mmg dah plan, kalau boleh dengan baki duit saku yang ada ni, nak jadikan modal bishnesh. Alhamdulillah :D dimana ada kemahuan, disinun ada jalan! Saya start jual tepung kek, kek coklat moist, kek redvelvet, puding, pemanis mulut/dessert etc :D Slow slow, dapat jugak menjana income roughly RM300-400 sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ni. Daaan, baru baru ni dipertengahan bulan Ramadhan, one of my bestie Lina Wani nak join venture dan bisnes makin rancak waktu tu. now we re doing delivery! (^,^)/ naahh pernah skali sampai nak sesat, area batu rakit semata mata nak hantar sekotak pizza err -,-' apapun, it was a great exprience :D atleast,dah berjaya accomplish one of my mission, iaitu memulakan bisnes sendiri (yang kecil ciput ni). insha Allah, memang nak libatkan diri secara serius dalam bidang ni, cuma tunggu masa yang sesuaii :D