Pages

Saturday, July 14, 2012

Sayangku, Nazirah Naqilah :)


Alhamdulillah, hari ini bermula dengan sesuatu yang mengukir senyuman saya, mguntum rasa terharu dalam hati (Ohh bunga-bunga bahasa). Pagi tadi bangun utk solat subuh, waktu tu gelap lagi dalam jam 6.30 pagi. Dan sy pun siap-siapkan diri, untuk pergi menghadap diri pada Nya. Hampir mengangkat takbiratul Ihram, terdengar suara kechil di balik pintu, adik sy Naqilah Kharudin yg berusia 7 tahun 21 hari dengan basah kuyup (sebab wudhu') nak join solat subuh sekali! Masha Allah Tuhan jah tahu betapa hati sy gumbira dan bahagia. (Ohh). Sebenarnya sebab di sebalik kegembiraan itu adalah kerana beliau baru berjinak-jinak dgn telekung, sejadah dan rutin solat. So, its actually a great achievement! :D Yeay! Sedangkan utk seorang dewasa bangun subuh utk solat pun perlukan mujahadah yg tinggi, inikan seorang budak kechil. Alhamdulillah! 



As a sister, sememangnya sy mahukan adik-adik sy jadi 'orang'. Dalam erti kata, first thing first jd hamba Allah yg baek, seorang yg paham keperluan hidup beragama & menjadi orang yg m'praktikkan agama, tahu halal haram, wajib sunat, makruh dosa etc selain jd org yg berakhlak, berilmu seterusnya jd anak2, adik yg baek juga. Hoh! Dan menurut sy, usaha utk mencapai matlamat ini tbukan sahaja dipikul oleh mak ayah terchenta sahaja, tapi juga abang-abang, kakak-kakak yg sebenarnya jd role model di mata mereka sejak baby lagi HOHO Sy tak tahu kalau sy kakak yg baik atau tidak kepada adik-adik yg total nya 6 org, tp insha Allah, sy akan terus cuba dan cuba! Hoyeah! Antara yg paling  diutamakan sementara usia yg maseh hijo ni, soal-soal basic dlm agama, khususnya adik-adik perempuan sy. Tentang solat, sama-sama jaga, pelihara dan saling ingatkan. Dan tentang aurat pula, alhamdulillah, semakin mereka membesar, mereka dikelilingi environment yg menggalakkan mereka utk menutup aurat selain faktor hidayah dr Allah (first thing first) dan galakan yg bertubi-tubi dr kechil. Semoga kesedaran utk menjaga aurat itu, tersimpan kemas, kekal, dan sebati dgn jiwa mereka sampai besaw nanti! Insha Allah!

Pada peringkat permulaan utk melatih adik sy, Nazirah dan Naqilah utk konsisten solat, Allahu rabbi amat payah. Tuhan saja yg tahu, namun sy tabahkan hati. Berbagai jalan yg dichoba, dan sy pun pernah dgr bagaimana Wardina Safiyyah (artis) m'didik anak-anaknya solat di perngkat budak-budak. HOHO Terasa diri bagai seorang ibu. Insha Allah, ini akan jadi 'latihan' berguna di masa akan datang :p Ternyata, sememangnya tak mudah, ya you know kids =.='' Ergh. Pernah sekali, beliau sendiri pernah punish anak dy sbb tak solat. Merotan secara ringan, yg tidak mencederakan, tidak utk menyakitkan, it is by mean of love and for her daughter sake. Dan Alhamdulillah, the lesson, sgt beri kesan pd anak dy dan satu hari dy pernah solat sorang-sorang di surau bila Wardina secara tak sengaja dtg lewat to pick her up. HOHO sangat kagum! I wish i could be like her too in teaching, dan 'tarbiyyah' adik-adik sy utk jd org yg disiplin solat. Hoh! 

Dulu, sy pernah buat satu jadual utk adik sy 2 orang ni. Sebulan, dan hari-hari dengan box utk tick every time diorang solat. Unfortunately, tak berkesan. And they even fight for one another bila silap tick, tick org lain punya, bilangan tak balance etc =.=''' Ergh. Lama-kelamaan, sy tak buat dah. Mungkin lepas ni boleh stat balik utk boost diorang punya semangat, tapi buat masa sekarang, hold dulu! Cause i notice another effective way to teach them. OHOHO Bagaimana? Ajak diorang solat sekali whenever kita nak solat. Dan! Laaagilah baik utk kita juga utk latih diri solat di awal waktu ^.^ Ya! Ini sangat berkesan! Lagi-lagi kita solat ramai-ramai satu family. Setiap kali solat fardhu. Whoaa! Dalam pd tu, diorg secara lansung mendisiplinkan diri dan terbiasa. Bab faham, ikhlas, itu insha Allah, masa akan mengatasi semua itu. Yang penting, amal mendahului! Mudah mudahan, sampai besaw la diorang akn jd org yg SOLAT dan yang menyempurnakan solat!


Haa dan slow-slow dekatkan mereka dengan Al Quran. Masha Allah inilah antara tarbiyyah yg paling sukar sebenarnya. Untuk mentarbiyyah orang yg kita sayang, adik-adik kita. Hoah, sangat mencabar! Bayangkan, pd peringkat awal salah seorang adik sy pernah tanya sy, 'Macam mana kita tahu Al Quran itu dari Allah' 'Macam mana Al Quran dari zaman dulu boleh sampai kat kita sekarang'. Allahurabbi, panas rasanya darah sy time tuh, Allah saja yg tahu. Timbul rasa nak marah, utk seketika, sy lupa adik sy baru umur 8 tahun masa tu.Sy tak marah pun, tapi mungkin terkezut, tersentap, dgn dahi yg berpeluh-peluh mencari perkataan yg sesuai bg menjawab persoalan. Dan, last last sy cuba jwb seeloknya, berdasarkan ilmu yg chetek ini, dengan bahasa yg mudah. Moga-moga dy faham bethol bethol dan 'lekat' sampai bila-bila insha Allah. Hurm. 



Satu lagi cerita adik sy yang 2 orang ni, buat sy senyum sendiri. Semalam, sy ada menyebut pd adik sy Nazirah yang chantek (9 tahun) hari Jumaat sunat baca Surah Al Kahfi. Jadi dy pun belek-belek cari, tapi tak jumpa dan tak bagitahu sy pun waktu tu. Hinggalah pagi ni, tengok rancangan Tanyalah Ustaz, tentang perubatan Islam. Ustaz Sharnan ad menyebut tentang surah Al Kahfi. Dan adik sy, berkobar-kobar nak cari yg mana satu surah Al Kahfi. Sy pun tunjuk. Dan sementara tunggu Isya' tadi, sy terlihat adik sy membelek satu persatu muka surat tafsir Al Quran, dgn muka berkerut-kerut, cuba utk faham mungkin, barangkali surah Al Kahfi. Alhamdulillah :D Semoga adik-adik sy, dan sy sendiri, ibu bapa, istiqomah menjadi org yg dekat dengan Nya, bersungguh-sungguh dalam solat dan bacaan Al Quran nya. Serta terdidik akhlak berkat asuhan ayat-ayat daripada Nya. Amin ya Rob!

No comments: