Pages

Monday, July 30, 2012

Kisah Tokki..

Tokki sy (kiri)
Seminggu selepas Tok Wan sy dimasukkan ke hospital, keluarga sy diuji lagi dgn satu lagi berita, iaitu Tokki sy (Suami Tok Wan, Ayah kpd ibu sy) yang mengalami kebuluran, dehidrasi dan demam panas. Jumaat lepas, 27 Julai 2012 ayah sy menerima panggilan dr mak sedara sy tntg berita tuh. Hoah! Sy terkezut! Masha Allah. Kesiannya tokki sy. Bila mana Tok Wan sy masuk hospital, makan minum tokki sy secara tak lansung terjejas dan sebabkan kurang makan. Lagi-lagi bulan puasa, utk sahur, mungkin tak sahur hari tu & sebab tu, petangnya tokki sy pitam, separa sedar,dlm keadaan lemah, dan tak mampu bangun. Tuhan jah tahu perasaan sy masa tuh. Tak sangka Ramadhan tahun ni akan jadi begini. Allahurabbi, sesungguhnya Dia jua sebaek baek perancang. Dan sy pula, praktikal di Jabatan Veterinar yg hanya 5 minit dr rumah Tokki & Tok Wan sy, sekurang-kurangnya, sy boleh jenguk-jengukkan, dan tolong mak sedara sy jagakan Tokki sy.

Malam sabtu, kami sekeluarga ke rumah tokki sy. Masha Allah, melangkah ke ruang bilik tokki sy, tumpah terus air mata yg ditahan-tahan nih :'[ Sedih sangat melihat keadaan tokki sy yg terbaring lemah. Dia senyum masa kami sampai, macam masa sihat sebelum ni, menyambut kedatangan chucu-chucunya dtg. Tapi sebentar cuma. Kemudiannya dia masam balik, mcm tak cukup kuat utk teruskan tersenyum dan bercakap :[  Ayah sy check keadaan tokki sy, dan mak sy pula sapu towel basah utk sejukkan badannya. Hurm. sy tak pernah tgk dia lemah mcm tu dan itulah buat sy terasa sgt sedih bila dlm fikiran sy, membayangkan scene scene sewaktu beliau sihat, dan sembang-sembang dgn sy :[ Hanya Allah tahu perasaan sy masa tuh. Mak sy pom menangis, bila tgk keadaan tokki sy. Dia tahu, tokki sy tak sihat susulan dr tok wan sy yg terlantar di hospital dah hampir 2 minggu. Jadi beliau agak stress (mungkin) & banyak berfikir.


Dipendekkan cerita, adik2 mak sy yg juga merangkap pak sedara sy pun sampai dan tolong apa yg patut. Waktu tu kami tunggu kedatangan ambulance yg dijangka sampai jam 10 malam. Dan akhirnya, sampai. Khabarnya driver van tak sedar ad emergency sbb solat tarawih =.='' Ok, fine, dimaafkan. Jadi semua pun beramai ramai tolong pindahkan Tokki sy dr bilik ke pengusung, yg dah laik dgn cadar utk mudahkan pergerakan. Ayah sy dukung tokki sy dan dibantu pak sedara yg laen. Semasa Tokki sy di bawa ke ambulance dan lalu depan kami kami semua. Macam.. :'{ Sedih amat masa tuh. Tumpah dan tumpah lagi. Dan Mak sedara sy, MC Mi pun menangis. Tangisan yg sangat ikhlas dr hati seorang anak yg terlalu kaseh kat ayahnya. Dan sebelum ni, mmg MC Mi lah yg berkorban tahap super saiyaa utk jaga tokwan di hospital dan skrg, tokki dirumah. Allahurabbi. Scene yg sangatttt memberi kesan kepada hati sy, hingga hari ini, hingga saat ini. Alhamdulillah, malam tu, Tokki sy diberi rawatan sebagai patience yg demam dan diberi cecair isotonik utk stabilkan balik keadaan body yg sebelumnya dehidrasi. Hurm. Semoga Allah sembuhkan tokki & tokwan sy dan mereka ini ceria balik, macam dulu-dulu. Amin!


Ramadhan ini, ternyata antara yg paling sukar. Penuh dgn mehnah ujian yg tak pernah sy sangka menjengah ke hidup sy. Sekalipun bukan mak ayah sy, tapi tokki dan tokwan sy adalah org yg rapat dgn sy. Yang sy sayang lebih kurang sama level dgn mak ayah sy :'{ Mereka adalah org yang rapat dengan sy, adik-beradik sy sejak kecil. Mungkin sbb semua tinggal di terengganu, jadi faktor jarak tak pernah jadi pemisah antara kami. Alhamdulillah, tak pernah ad scene cucu balik setahun sekali mcm drama TV3 setiap kali malam raya HOH! Sesekalu bila jadi macam ni, sy pun terpikir, sebagai cucu apa sy boleh buat, apa sy boleh sumbangkan? Dan sy rasa sedih bila persoalan ini menemui jalan buntu, no answer bila sy sendiri yg dihimpit latihan industri, tugasan susulan yg tak berkesudahan, kadang2 tak sempat pergi hospital lawat tokwan sy, dan tokki sy di rumah. Kali ini, ya, drama TV3, macam cucu yg dtg kejap-kejap jah jenguk atuk nenek yg sakit, bila mana free yg sekejap dr kerja-kerja ={ Astaghfirullahal a'zim. Hurm. 

Ini Tokki dan Tokwan sy, macam manalah nanti kalau suatu hari nanti sy diuji sepertimana ibu sy diuji sekarang. Ya Allah semoga sy jadi anak yg sentiasa bersedia utk berkhidmat, menjaga mak ayah sy juga bila sy besar nanti. Dalam ramai-ramai mak, pak sedara sy, ternyata MC Mi sy yang paling sy kagumi :') Sejak tokwan sy masuk hospital, MC Mi (adik kpd mak sy) yang paling setia siang malam ke hospital utk lawat & jaga keperluan Tokwan dy kat sana. Sekarang, keadaan Tok Wan sy pun lemah. Dengan gastrik dan ketumbuhan di tekak yg masih tak di operate. Hurm. Dari mula-mula masuk, MC Mi almost tiap2 hari datang, dan take turn dgn mak sy utk jaga Tok Wan. Bila Tokki sy sakit sejak Jumaat lepas, MC Mi juga yg jaga tokki, kalau sempat, singgah ke hospital utk lawat Tok Wan. Dan td, menurut MC Mi sy, Tok Wan mcm kecil hati sbb MC Mi tak dtg semalam, yg sebenarnya MC Mi jaga Tokki sy (Tok Wan tak tahu Tokki sakit, sbb nak elak stress) :( Serius, saya kagum!!


Besar pengorbanan MC Mi. Dari sy kecik, MC Mi mmg baek dgn sy. Dan sy berharap sy akan jd anak yg berbakti kat mak ayah mcm dia jugak in future! Berbanding adik2 mak sy yg lain, MC Mi sederhana jah, tak kerja tinggi2 dan tiggal jauh mcm org laen. Tapi, pengorbanan MC Mi lah yg paling tahap super saiyaa! Available all time dan prihatin dgn keadaan Tokki & Tok Wan sy. Hanya Allah lah yg boleh membalas segala jasa pengorbanan beliau :] Allah tu maha adil kan, kita tak berjaya kerja pangkat besar pon, kereta besar pun, rumah tak 3-4 tingkat pon, insha Allah Allah angkat darjat kita dgn jadi anak yang baek! Redho Allah redho ibu bapa kan? Tak siapa tahu mcm mana keadaan kita pd hari esok hari. End of story, kata-kata mak sy masa on the way balik tadi yg sentappp HOHO "Betullah org kata, mak boleh jaga anak berapa puluh pun, tapi, anak yg berpuluh-puluh, belum tentu boleh jaga mak sorang" >.< Renung2 kan, semoga tersentap! Huuhuu

No comments: