Pages

Thursday, July 26, 2012

Coretan Ramadhan

Alhamdulillah dah 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433H Yeay!! Walaupun puasa sy tak full pun setakat 7 hari ni  (Op kos disebabkan keuzuran yg diharuskan okay, bukan ponteng) Hoho Semoga Ramadhan kali ini jadi lebih baek daripada yang tahun lepas!! Yuhuu~ itulah semangat berkobar-kobar yang kita semua aim lagi-lagi lepas dengar lagu Man Bai. alah yang ni, Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna.. Oh Sayu hati bila dengar =') Ok, azam yg bagus, good! Tapi setakat ini, adakah kita berjaya buktikan yg puasa kita kali ni lagi baek dari puasa yg lepas?! HOHO Tak mahu komen orang laen. Tapi sy, jawapan sy, puasa sy tahun ini, setakat hari ini.. Err Kurang memuaskan, to be honest, sy rasa graf yg sangat menurun atau sekadar mendatar utk hari-hari tertentu. Fuuuu :O


Kenapa sy kata mcm tu? Hurm. Begini, tahun 2012 ni merupakan tahun pertama sy berpuasa sebagai wanita bekerjaya Ohh >,< Persis pegawai yang masuk office seawal 8 pagi, sehingga 5 petang! Walaupun kadang2 balik awal huhu Paginya, sahur 5 pagi dan terus tak tidur, hold sehingga pergi kerja. Ergh. Hanya Tuhan yg tahu mata sy mengantuk amat. Err Bila mengantuk mula lah kerja tak fokus dan rasa pening-pening. HOH Dan bila balik sy mula kemas-kemas rumah, siap-siapkan meja, pinggan, makanan utk berbuka, baju-baju yg mana perlu basuh, kena lipat. Wahhh ala-ala ibu mithali plus isteri solehah gitu. Ameen :] hihi Malamnya pula, sy tarawikh dgn adik-adik. Setakat ini belum join ayah g tarawikh kat masjid kampung, sbb temankan mak kat rumah yang sedang 'bercuti' HOHO Selesai suma, sy pun mengadap laptop, online, sambil sambil buat catatan e log, kerja, survey jurnal utk FYP (Erk betul ke buat semua ni woot woot) whoa! kepenatan! tido zZZ seawal 11 malam :( 


Sebab apa sy maksudkan prestasi Ramadhan kali ni menurun? Sebab sy tak mampu adapt lagi dengan berpuasa, sebagai seorang yg bekerjaya. Sumpah! Penat! Kadang-kadang sy dah tak mampu buat ibadat extra. Pengsan. Ergh! Time siang, balik dari praktikal, kadang lepas solat asar, kemas-kemas, sy tertidooo zZZ  Tahu tak sebenarnya sangat lah tak elok tidor lepas asar? Ia akan sbbkan badan kita panas, malas, tak stabil, sakit kepala, dan dr sudut lainnya pula, biasanya gadis sunti, jin akan gigit di bahagian tertentu :O Allahualam sy pernah dgr satu tazkirah dr seorang ustaz. Ha, berani lg tido petang? Huh Dan kemudiannya, sy jadi malas, dan tak larat. Oh no! Macam mana ni.Ishh. Aim utk baca Quran sekurang-kurangnya 3 pages sehari pun tak tercapai, pernah sekali sy termiss utk baca :'( Ok, kalau anda mengalami ini semua, ya, graf prestasi Ramadhan anda sedang menurun seperti saya! Choyyy


Bila sy duduk sorang-sorang sy fikir. Syukur Alhamdulillah jugak sebab sy praktikal sekarang. Jadi sy dapat rasa pengalaman ni. Pengalaman yg satu hari nanti insha Allah sy akan alami yg real punya...! Setidak-tidaknya sy dapat bersedia dr sudut mental dan fizikal HOHO orite, jd nak buat apa sekarang? Untuk up kan balik graf tersebut. HO. Mari lihat apa yg boleh reduce dulu. First Kurangkan tido zZZ tidur cuma tengahari, Qailullah, kalau mengantuk time lain mcm mana? Ok tengok movie, tulis post di Blog, Facebooking, cari resepi shud be enough. Kurangkan bercakap yg tak berfaedah, bila orang ajak, just senyum and beredar, takot2 kita pulak yg jd tukang ajak erkk Nauzubillah. Kurangkan hiburan yg tak bermanfaat, banyakkan cari web page pasal ilmu agama, usul fiqh, hadith, haa!!! Biografi, kesah hidup Nabi saw! That wud interesting, ya lo, bila balik UMT, mungkin dah tade masa kan. 


OK next, elakkan bermalas malasan dan golek-golek semata tanpa buat apa-apa dan buang masa. Gulp! Banyakkan, sedekah, zikir, selawat ke atas Nabi saw. Setiap hari, aim 3 target yang kita nak capai hari tu, supaya kita tak malas and cenderung untuk buang masa. HOHO Curik masa utk recite Al quran dan maknanya. Yang paling efisien rancang sebelum tidur, tiap2 hari ap yg kita nak buat hari esoknya! HOH Whoa banyaknya azam baru berkobar-kobar harap harap menjadi kenyatan lah ye. Huhu Dan apa lagi? Hurm banyakkan tolong mak ayah untuk buat kerja-kerja rumah to fill the empty time. Ho, kalau penat, mengantuk, lapar, buat perkara yg minimize penggunaan tenaga. Contohnya, tolong adik buat schoolwork, baca buku, basuh baju pakai washing machine, bersih bilik, tengok TV Al Hijrah, masak utk adek yg tak puasa, cari peluang utk sedekah dll HOHO Hopefully berjaya, really hope that i can change these all. Nampak kecik, hakikatnya, merugikan =.='' Kadang2 sedih bila kita sedar tapi tak mampu buat apa-apa. Hurm. Sokay, kita usaha ye, positif positif :D Semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik, jauhhh lebih baik daripada yg sebelumnya. Hooreyy!

No comments: