Pages

Wednesday, July 25, 2012

I am NOT an Ignorant Muslim!


Sedang scroll scroll status friends di facebook sementara menanti waktu berbuka, terlihat satu link video tentang Muslim yang kini di henjak henjak dengan rakusnya di Syria. HOH biasanya takda kekuatan pun utk klik, tapi tadi sy buka video tu. Masha Allah. Astaghfirullah :( Video tu menunjukkan sebuah rumah di Syria, dimana mayat lelaki dewasa penuh dengan darah, bergelimpangan, dilonggokkan satu sudut di rumah tersebut. Ada yang ditembak di kepala, dan darah pun mula merebak di sekeliling tempat tu, ada yang jari nya patah, dan sy assume mereka ini diseksa terlebih dahulu. Sebab tu jarinya patah, lunyai. 

Ya Allah. Takot nya tengok. Seolah2 luput segala keserabutan sy pasal masalah-masalah tugasan sy, resah gelisah dlm hati sy bila tengok video tuh. Yang ada dalam fikiran sy, cuma sedih, kasihan, dan bersyukur hidup aman damai di sini. Allahurabbi, dasyat nya seksaan yg mereka terima. Sangat benci yang berapi-api kat Basyar Assad, puak shabiha (pengikut Basyar) dan sekutu-sekutunya. Pui! Jahat! Jahat! Semoga Allah balas kezaliman mereka sedasyat dasyatnya!! Sesungguhnya, memang, kitalah umat akhir zaman. Di mana umat Islam di hurung, di serbu umpama org yg lapar kebuluran serbu talam yang penuh makanan berdasarkan hadith Nabi saw. Tapi kita, posisi kita, tidur lena, dibuai mimpi indah yang tak berkesudahan hingga lupakan mereka yang berteriak, menangis, mengharapkan kita abg2, kakak2 mereka datang tolong mereka dlm apa jua bantuan sekalipun. Allahurabbi, ampunilah kami kerana hanya mampu melihat dan berdoa. Ampunilah andai kami terleka hingga terlupa dan tidak ambil tahu akan hal saudara2 kami di sana.



Sejak awal Jun lagi mula tersebar tentang berita umat Islam diseksa, disembelih oleh rejim Basyar Laknatullah yg Jahat tuh. Bukan sahaja lelaki, tapi jugak org tua, wanita dan kanak-kanak, malah bayi sekali pon!!! Ya Allah, apa jenis manusia mereka semua ni. Dari gambar-gambar, cerita-cerita, tak tergambar, ter'imaginasi' rasanya ap yg mereka hadapi di sana. Dah takda dah semua pointer ke, CGPA ke, menu berbuka ke, yang penting aqidah mereka selamat, Dan target mereka tak lain tak bukan, Syurga Allah!! HOH Tak macam kita disini, diuji dengan masalah kechik pun, dah mula melenting, macam seantaero dunia datang himpit kanan dan kiri (Hokay, terasa jugak skit). Mereka, pisau di leher, dan di tanya 'Allah atau Basyar?' Astaghfirullah. Kerdilnya kita berbanding mereka. Lemahnya, kechilnya jihad kita yg melawan nafsu sendiri ni berbanding jihad mereka nak selamatkan aqidah mereka :[ Mudah-mudahan mereka syahid di sisi Allah. Amin.

Hanya rintihan doa yang mampu dipanjatkan untuk mereka disana. Sekadar muhasabah diri sendiri, dan sesiapa tersinggah di sini, cukup cukup lah kita memikirkan masalah yg kadang kadang tu merugikan kita. Tentang perihal org lain, tntg baju tak up to date, tentang masalah masalah kecil yg apalah sgt, masalah jerawat, cintan cintun bagai. Petua cari jodoh. Putehkan kulit. Kata-kata chenta utk bakal zauj dan zaujah erk ( Cinta lah sangat ) Choyy! Dan tak kurang juga status-status di facebook yang mengadu sakit perot lah, anje tak angkat kol lah, ciri-ciri isteri solehah yg diidamkan dan.. err macam macam. Upload gambar yang konon nya baby face. Eerk. Apa semua ini? Apa sebenarnya yang kita mahu? Tak faham lah. Stop all this please. Semua ini kita buat, sedangkan umat Islam di Syria, di Rohingya, Palestine, Iraq, Somalia di henjak henjak, diseksa, lapar sepanjang masa, tapi kita butakan mata, pekakkan telinga. Astaghfirullah. Berdosanya kita dgn mereka kan??

Hm. Benar, kita tak mampu nak angkat senjata pergi ke sana dan join sekali perang. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil tahu. Setidak-tidaknya kita berdoa. Ingat mereka. Sedekahkan al fatihah, bacaan surah-surah kepada mereka. Kemong, we can do this. We are better than this. Jom berubah utk jadi Muslim yang lebih mengambil berat, menyayangi Muslim yang laen. Susah? Eh eh tak pun. Caranya, selitkan doa utk mereka setiap kali lepas solat fardhu, mahupun solat sunat. Anda sentiasa ber'facebook'? Ya sudah tentu! So, join group yg sentiasa update isu-isu semasa umat Islam seluruh dunia. Tentang Syria, Palestine, Rohingya etc dan op kos, pastikan dari sumber yang betul. 


 Tiap kali ada update atau gambar latest tntg mereka di sana, doakan. 

Doakan agar --->
Aqidah mereka terselamat. Mereka syahid (insha Allah) dlm iman
Mereka selamat di dunia dan di akhirat
Musuh-musuh Islam hancur! Sehancur hancurnya!
Kesatuan rejim Basyar Assad goyah dan terkubur!
Allah membalas kekejaman musuh Islam sedasyat-dasyat 
(atas hinaan mereka ke atas Islam)
Kemenangan menjadi milik Islam!!! Allahuakbar!

Walaupun sekarang menurut pengamatan sy, media di negara kita seolah-olah memutar belitkan fakta tentang ap yg berlaku di Syria sana. Err. Tapi, kita betul2 cari maklumat yg sahih okay? Dengan sumber-sumber yg bethol bethol boleh dipercayai. Dan sebarkan kpd sahabat2, adik2, family semua. Yuhuu sama-sama sebarkan doa secara tak lansung insha Allah. Dgn ini kita latih diri kita, jiwa, mindset menjadi insan yg lebih bersyukur dgn nikmat aman yg Allah bg kat kita sekarang ni :) Jom mulakan hari ini hokay? Jadikan Ramadhan yg barokah ini sebagai titik permulaan. Udah-udah ler jd org yg selfish, fikir diri sendiri jah. Dgn angan-angan nya, dengan sibuk memuja artis K pop nye. Pui!


Ergh! Stop stop! Jom jd a much better Muslim yg cintakan saudaranya, yg ambil tahu tntg saudara seagamanya, yg sentiasa doakan mereka :D Yeay! Tak rugi pun! Bila kita doakan orang, insha Allah malaikat2 kat atas sana tak putus putus catatkan kebaikan dan doakan yg baek-baek utk kita :) Emm. Kenapa ye mesti doa? Ambil tahu? Cause Muslims are brothers to one another! Ok? A reason yg bersandarkan hadith Nabi saw strong enough rite? >.< Orite, Set! Jom Berubah dari sekarang! Say no to an ignorant Muslim! I will never be an ignorant Muslim! ;]

No comments: