Pages

Sunday, October 28, 2012

Naskah Cintaku Untuk Siapa?

Erk As salamualaikum! :D Suka nya setelah 3 hari beraya sakan. Raya Eid Ul Adha. Makan dan makan lagi. Rasa macam dah naik 5 kilogram hikhik Makan bukan sebarang makan, makan daging, gulai daging, singgang daging, sup daging, kebab daging.. dan errk pengsan~ hihi Best sangat, dan tersangat lah best bila kegembiraan eid ul adha pula setelah berjaya hantar proposal yang dari awal semester pulun buat. Masha Allah, rasa macam tak caya, i did it! Dan sehari sebelum tu tak tidor. Ergrr (-_-') Denyut-denyut rasa kepala. Haish. Yang peliknya, sampai rumah petang khamis, all pain gone. Seeing parents happy faces, i m able to smile and laugh and feel happppy deep form heart! Yeay! I like holiday :D


Sebelum cuti, tak berapa lama sebelum tu, diadakan satu forum bertemakan chenta di surau al irfan. Ahli panelnya, Firdaus Jaafar (student), Ustaz Riswadi, dan Ustazah Rodhiah. Haa Ustazah Rodhiah! best nih! Terbanglah ke surau irfan malam itu. Tajuk diberi, 'Naskah Cintaku Untuk Siapa' Haa, ramai. Biasalah topik chenta, and yang ramai tu of koz muslimat. yang Muslimin kebanyakannya berada di teflon, wahh siap pasang big screen untuk tengok final match bola yg kebetulan sama timing dengan forum. huhu Alhamdulillah, forum sangat best, walau dah biasa dengar pasal chenta, apa nak buat bila jatuh chenta, istikarah chenta, dan yg seangkatan dengannya, tapi kupasan dr ahli panel sangat best. Especially Ustaz Riswadi (dahla hensem). Haa menurut beliau pernah terjadi di UMT, akibat chenta ni, ada 7 cubaan bubuh dir yang pernah berlaku di sini. Masha Allah, penangan chenta. Terkezzut rasanya, nauzubillah :/



End of forum. Ramai yang SMS inche moderator untuk bertanyakan soalan. Soalan yang macam-macam, funny pun ada, walaupun ada jugak yang terkena batang hidung. huk3 Antara yang buat hati saya terkesan, adalah bilamana Ustazah Rodhiah galakkan beberapa amalan untuk kita suburkan cinta yg sepatutnya ada dalam diri. Terang Ustazah, kata Imam Syafie, cinta yang diharuskan dalam Islam ada kategorinya. Macam ni haaa : Cinta hamba kepada TuhannyaCinta Rasulullah s.a.w, Cinta ibubapaCinta murid kepada gurunya, Cinta masyarakat kepada pemimpinCinta suami isteri, Cinta sesama sahabat fillah dan last! Cinta sesama umat Islam. Dan of kos, ini mengikut keutamaan kita sebagai jiwa yang bergelar hamba. So, langkah kita dalam mencari cinta Allah, nak melayakkan diri untuk dicintai Allah. Hurm. Tiba-tiba soalan itu yg menjengah di fikiran saya sewaktu moderator sibuk membelek-belek soalan yang dibaca kan. Kemudiannya cinta Rasul? Bagaimana itu. Ish. Cinta ibu bapa? Adakah selama ini saya anak yang baik? Dan begitulah seterus-seterusnya. Dalam keseronokan, keterujaan mendengar forum, satu demi persoalan timbul di fikiran dan ia nya meresahkan :(

Lalu di naskah catatan kecil saya yg pinky ini, saya tulis. Ke manakah hala tuju cinta saya? Selama ini apa yang saya kejar? Kepada apakah kecintaan saya ditumpahkan, dimana saya bersungguh-sungguh, all out untuk dapatkan 'itu'? Apakah 'itu'. Bak kata ustaz Riswadi, audience yang kumpul tengok bola malam ni, di teflon, di stadium adalah sebab kecintaan yang mendalam pada bola. Buat apa-apa saja untuk bola! Sanggup meredah lautan api barabgkali. Err. (-.-') Erm. Itu mereka. Saya macam mana? hurm. Kemudian, saya list satu persatu jawapannya. Apa yang saya suka dengar, lihat dan.. apa-apa saja.. Dan, jawapan nya.. jeng jeng jeng!


Sepertimana manusia, remaja-remaja seusia sy yg lain. Rupanya saya lemah. Kerana apa, kerana menyandarkan cinta pada perkara dunia. Betapa banyak masa, usia, tenaga, keutamaan dibagikan utk hal-hal dunia sahaja seperti.. student life, test, assigment, kuiz, presentation dan macam-macam lagi. Tipu kalau kata bukan cinta, masakan semua (termasuk sy huhu) sanggup tak tidur malam demi hasil assignment yg terbaik, kan? Lagi, kecintaan pada perkara hiburan. Senangnya tergoda tengok rancangan-rancangan tv, rancangan award, talkshow, drama air mata dan lain-lain. Sampaikan kalau nak g tandas pun sanggup tunggu. ha, bukan cinta? oh tipu tipu. huhu Em, apa lagi, utk makan-makan, utk kawan-kawan, utk yg seronak-seronak, itu lah yg kita cinta sebenarnya. Itu saya lah kot. huhu em realiti. Adakah salah? Tidak. Tapi tapi, ia akan jadi salah kalau tak di balance kan. Kalau ikut join sekali, kalau terlekat-lekat insur jahiliyyah dlm diri akibat terlalu suka, terlau 'chenta' >_< 



Sedih dgn kenyataan yg sy senaraikan. Tapi itu lah hakikat. Bagaimana nak balance kan? Balance kan dgn amalan-amalan yg ingatkan diri pd Allah, kembali kpd fitrah hamba. Cari ilmu. Hadiri majlis ilmu. Berkepit dgn surau Irfan. Kenal orang-orang kat sana, sahabat-sahabat yg boleh bg contoh akhlak yg baik. Supaya setidaknya diri terasa jugak jeles, dan nak jadi baik macam depa. ha, kan? Kikis sedikit demi sedikit perkara yg tak dtgkan manfaat. Mungkin tak secara mendadak, tapi.. cuba.. cuba..! hoh perlukan mujahadah. Tak salah utk cinta assignment, cinta test, cinta proposal, dah kira baik dari cinta yg bukan-bukan, cinta anak teruna org kan. ye dak? Tapi, once again, biar berpada-pada. Biar ada cinta juga utk Allah, biar ada keutamaan juga utk Allah. Ada cinta utk Rasulullah :'( Ada cinta utk agama, ada cinta utk akhirat sana. Hurm. tiba-tiba rasa sedih :( Allahurabbi, tetapkanlah hatiku yang rapuh ini pada jalan ketaatan pada Mu. Sesungguhnya, hamba Mu ini lemah, lemah selemahnya.

Saturday, October 20, 2012

Selesai sudaa presentation!

Wah, mata sangat mengantuk dengan angin sepoi2 bahasa ni. Hujan lagi. 2 2 roomates dah pegi kelas. sunyi sepi. Jurnal kata pergi, bantal kata mari. Haishhhh tak boleh, tak boleh. hewhew! Tahan mata daripada tidur please. Aip aip! Ok jum tulis sket, nak share cerita pasal apa yang berlaku semalam (20 Oktober 2012). One of the most important day in my very very final year. 


Alhamdulillah, lepas beberapa hari melalui hari-hari sukar utk persediaan pembentangan proposal, akhirnya tamatlah hari  yang scarry itu : 20 Oktober 2012 jam 9.55 pagi yuhuu happy! :) Itulah dia, pembentangan saranan Projek Ilmiah Tahun akhir (PITA). Minggu lepas dah settle satu pusingan, dan semalam merupakan pusingan kedua. Dan sepanjang tahun akhir nih, akan ad continuous presentation yang mana 2 lagi merupakan presentation untuk progression (2x kali kalau tak silap) dan last sekali, presentation utk outcome yang kita dapat. 

Haaa punyalah semangat prepare untuk present, minggu ni rasanya tak puas jumpa Dr. Amirrudin Ahmad supervisor kesayangan untuk minta pencerahan pasal proposal, tanya pasal presentation, baiki slide dan macam macam lagi. Haaa Siang malam mengadap jurnal, sampai kadang-kadang makin baca makin tak tahu huhu >.< Haih, sapa kata belajar tu satu proses yang cepat dan mudah, haa konfem tipu. It takes time, and another thing is : MOOD. hoho Semakin hari, semakin nebes menantikan hari presentation. Tak tahula apa yang ditakutkan sangat sebenarnya =.='' Takut tak dapat present dangan baik, takut ditembak, atau takut tergagap? Haa macam-macam persoalan yang timbul dlm kepala. ish :/



Hari ahad, isnin, rabu dan khamis streett jumpa Dr. Amir dan ada jugak plan nak jumpa co-supervisor Dr. Wahizatul Afzan Azmi, tapi masa tak mengizinkan. Phew! Alhamdulillah, Dr Amir banyak membantu. Sangat-sangat membantu. Style Dr. Amir, kita datang dangan softcopy, beliau pasang dalam laptop dan terus baiki sambil terangkan kesalahan-kesalahan dlm slide yg kita sediakan haa i like hihi :) Dan hari tu jumpa, banyak jugak lah dibaiki, long to short sentence, susunan slide, gambar dan macam-macam lagi. Hari khamis, dr amir adakan rehearsal khusus untuk student beliau sahaja. Punyalah banyak dugaan, plannya nak pergi dengan sorang kawan, tapi malam rehersal tu, kawan tak sihat pergi klinik. Hampir putus asa, then rasa sangat sayang dan rugi kalau tak pergi, usaha jugak minta tolong kwn yang lain tlg ambilkan sbb lab tu jauh skit, lokasinya di hujung bumi UMT huhu. Syukur, dalam basah kuyup kena hujan akhirnya sampai juga :D 



Ha, malam tu, sapa volunteer nak present just pergi depan dan present, Dr Amir komen apa2 yang patut contohnya grammar, slide, terms shud be used dan komen keseluruhan presentation utk persediaan present betul2 nanti. Mula-mula mcm malu sbb the only one student biological science and the rest is biodiversity student tapi ah, pergi ja! Nak belajar kan, muka kena tebal sket. uhuk3 Tetap rehearsal present walaupun tak ready sgt dan more to baca slide. Huu~ malunya dahla kak afny ada. Well, she is my supersenior dan seorang yang expert dlm my research iaitu butterfly. Haa hebat kan ;) Then, Dr amir betulkan tak banyak, sbb sebelum ni dah byk betulkan di pejabat beliau. Just a few small matters like map, oh my english etc.

Hari Jumaat 19 Oktober. Prepare dan practice. Alamak! masa banyak terlebih. Masa diberi cuma 7 minit pembentangan, dan 3 minit utk sesi soal jawab. Haish. Macam mana :( Bermula lah sesi mengedit slide, cut script dan even ada slide yg kena cut pun. Hurm. Then practice and keep practising. Waa tetap 12 minit :O Hurm nak buat macam mana, cakap dah maksimum speed sampai terbelit-belit. ish. Dipendekkan story, tibalah hari Sabtu. Seawal jam 7.50 pagi dah turun dan berjalan-jalan ke Fakulti Sains Teknologi. Tak lama lepas tu, panels pun sampai. Haaa dengarnya panel yg paling ditakuti dek kerana kehandalan shootingnya iaitu Dr. J akan berada di bilik pembentangan sy. Ya Allah, betapa sy berharap beliau tidak berada di bilik itu. Huhu iyalah, takut tak cukup kuat menerima serangan, dan sy sendiri tak pasti di level mana sy berada skrg. Sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :[ Hurm Takut dan nebes. But mengikut tips dr kawan, kalau nebes, just mingle around wif people, and it works walau nebes itu masih berbaki dlm diri bila melihat seorang demi sorang panel melangkah masuk, diikuti dgn my super senior, abg haris ke bilik itu. huhu

Ya!! Harus berani!!
Seorang-demi seorang present. Dan akhirnya sampailah turn sy, yang keempat. Melangkah penuh yakin. Berdoa. Memulakan pembentangan dengan yakin. Wah wah Alhamdulillah, berkat cakap sorang-sorang depan laptop, dan kemudahan yg Allah berikan, dapat present dgn ralat yg seminima mungkin. Ada jugakla shashul sket2, well its english kan >.< 'some particular species of butterflies speacialized on certain plant species' ya Allah, susahnya nak sebut phrase ni. 2 kali shashul, kena pause kejap, take a breath dan sambung present. huhu dan satu persatu point disampaikan, Alhamdulillah. its all finished and just nice in time! :D [walaupun sebelum ni practice tak sah kalau tak sampai 12 minit huhu] Syukur, syukur.. everything is okay..



Sesi soal jawab. hihi yang ni best. Soalan yang ditanya, tentang macam mana nak standardize kan sampling effort butterfly, dan macam mana sy akan pilih hari untuk sampling. Huwaa tak sangka soalan itu akan ditanya, sbb dalam fikiran sy panel akan tanya tentang statistik. huu saya pun jawab.. bla bla bla though sy sendiri 50% yakin jawapan sy tu betul hihi To be honest, saya main jawab je. Goreng goreng hik hik Dr. Faridah cuma senyum tengok sy. Senyum ada makna. Dan lepas tu Dr. Faridah cakap, 'Hurm bagus awak konfident, its a good thing awak konfiden, walaupun saya pun ragu-ragu dgn jawapan awak tu' Ehee semua sengih-sengih time tu =.='' Lepas tu, my supervisor mencelah 'Konfident kalau salah buat apa' (In joking way). hihi Hadoi la, so funny the ending part. Then waktu rehat, saja nak tegur Dr. Amir. Dr Amir cakap, Ha!! Tadi jawab salah! Simbah dgn air kang! (Nada gurau) ya Allah dia jerit, satu balkoni dengar. hikhik Hai Dr, Dr. Memang suka bebenor kacau student dia. Macam-macam lagi benda berlaku, just nice lepas sy present, blackout! Aiyoyo Alhamdulillah, sy dah lepas time tu. Phew! Kemudian ok balik. Lepas tu sy pergi tengok kwn2 present kejap, wah Dr. J duduk bilik lain rupanya. Naseb baik sungguh hari ini, syukur.. (Lap peluh) hihi Apapun, sangat seronok this scarry moment dah selesai walaupun mcm2 lencongan dilalui sblum sampai ke destinasi. huhu Kita merancang, Allah merancang, dan Allah juga sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, saya mampu tersenyum at the end of the day :) Senyum! Tak perlu kata apa-apa! ^.^

Sunday, October 14, 2012

Biar Mimpi Sekadar Mimpi

Sempat lagi update blog sebelum pergi kelas jam 9 malam whereby now is already 8.35 malam. huhu Nothing, cuma rasa terpanggil untuk menulis. 2 hari lepas sy termimpi. Mimpi hilang gigi. Bahasa kampongnya, 'rongok' Haaaa so what? Tahukah anda-anda mengikut tafsiran dari bijak pandai Islam dalam perihal ini kan, mimpi ini membawa maksud akan kehilangan orang yang terdekat, dalam erti kata, akan ada orang yg dekat dengan kita meninggal. Mula-mula, saya anggap macam, okay sekadar satu perkongsian, Kita pegang pun tape, memilih untuk tidak bersandarkan rujukan ini pun, never mind. Sekadar rujukan dan mungkin as reminder.Asalkan tak jejas aqidah dan kepercayaan. Erm jadi tade ape2. But the thing is, few months ago, it really happens. Dalam bulan 5 kalau tak silap, 2 3 kali saya mimpi hilang gigi, gigi dicabut dan yg sewaktu dengannya. Dan mimpi itu sangat real! Bila sy bangun, tercari2 gigi dgn lidah ni haa. Siap pergi depan cermin check. Sumpah scarry! Sapa tak sayang gigi oi *Ching! Senyum -Sambil tayang gigi- hihi ^.^

Dan dijadikan cerita, saya pernah cerita pasal itu kat kawan2. Yes, diorang bagitahu perkara yang sama. Petanda yang sama. I just listen. Hinggalah Ogos 2012. Saya mula rasa ada kebenaran. Tok Wan saya jatuh sakit. Saya ingat kata2 kawan sy, cuma saya tak khabarkan pd ahli keluarga yang lain. Simpan sorang-sorang dan harapnya semua akan OK. Lama-lama keadaan tok wan sy kritikal :( Dan tanggal 5 Ogos 2012 jam 1.25 petang, Tok Wan saya kembali ke rahmatullah (Al Fatihah). Mungkin benar, mimpi itu hadir sebagai satu petanda untuk kita lebih bersedia. Dan sekarang ada mimpi tu. 

Saya berdoa agar kali kedua ni, ia tidak hadir sebagai satu petanda. Sebab saya tak tahu sama ada saya cukup kuat atau tak. Kehilangan tok wan saya, i took sometime to heal the loss :'( Untill now, mudahnya air mata sy mengalir mengenang kembali saat2 last dengan tok wan. Dan yang paling sedih, bila mengenangkan kali terakhir bercakap-cakap dengan beliau. Dengan tokki saya. Sekarang dah lama tak singgah sana :( Hurm. Hati, kuatlah. Bertahanlah. Semoga Allah izinkan saya bersama dgn orang-orang yg sy sayang, org yg saya kasihi.. Biarlah mimpi, sekadar mimpi.. Ya Allah, jika mimpi ini sekali lagi hadir sebagai peringatan buat diri, maka aku redha. Seandainya ada yang meninggalkan ku, atau aku sendiri yang meninggalkan orang-orang sekelilingku, maka jemputlah kami dengan sebaik pengakhiran T.T Allahurabbi.. (Sedih rasa dalam hati) Hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dlm iman. (Terbayang wajah-wajah ibu, ayah, abang, adik2 yang ramai, sahabat-sahabat). Ya Allah, Izinkan kami bersama hingga ke syurga Mu.. Amin :') 

-Coretan dari hati yang sedang rindu Tok Wan (Al Fatihah)-

Friday, October 12, 2012

Terasa Jauh Dari Dia :(

Macam-macam perasaan ada di fikiran sekarang. Sedih ada, keliru, bimbang, takut dan macam-macam. Hidup tak tersusun, semuanya rasa kelam kabut. Hendak diaturm seolah-olah kalah pada kudrat, seakan-akan tiada daya upaya.. Allahurabbi :( Haaa saya rasa macam nak nangis :( Bertenang, bertenang, cool down. Jangan tension, jangan stress, jangan marah. *Paksa diri untuk senyum selebar-lebarnya! Ching!



Okay Khalida Kharudin bertenang-tenang.. fuhhhh tarik nafas.. Cuba tanya dengan diri sendiri apa yang tak okay ya.. Macam biasa, bila ada masalah gunakan teknik yang direka cipta sendiri iaitu 'Segi Tiga Terbalik' aka Kenalpasti masalah 'From General to Specific' Haaaa..  Segala keserabutan di kepala, leraikan satu-satu, macam segumpal benang, tarik satu-satu. Ok Ok. Phew~ hihi


Kenapa rasa sedih? takut?
Sebab proposal banyak lagi tak siap, sy dah buat, tapi selalu salah, kena baiki dan baiki lagi. Penat buat, sebab bila kita duduk, nak taip, perlukan attention yang tinggi, rujukan daripada berpuluh-puluh jurnal yg sebelum ini sangat asing bagi diri yang malas membaca ini. Saya tak tahu bila mampu siapkan. Method dah jumpa rujukan yang sesuai, literature riview masih sedang membaca dan belum mula secara rasminya lagi :( Kawan-kawan lain semua dah sampai level, err saya pun tak tahu diorang sampai mana. Tapi takut lah jugak, what if saya masih diperingkat depan-depan, diorang dah sampai expected outcome ke which i think.. erm.. imposibble kot.. hihi sebab everybody still sedang belajar untuk buat jurnal, taip proposal dan memahami teknik untuk digest project masing-masing. Dan proses belajar tu, sumpah, tak mudah, perlukan masa yang lama. Oh, kesabaran dan keikhlasan, jemput-jemputlah  berkunjung ke kediaman hati saya. Saya memerlukan anda =.=''



Kenapa rasa tak best? Serabut? Bad mood?
Sebab my life cycle is now tak normal. Rasa penat setiap masa. Kurang masa untuk refresh rohani. Kurang masa untuk rehat. Kurang masa untuk itu dan ini. Untuk prepare Usrah pun tak sempat >.< Ish. Jadual tido tak teratur. Tidur biasa jam 3-4 pagi, bangun plak lambat. Lepas subuh waaaaa tengokla, dengan bilik yang sangat gelap tu, kadang2 tak perasan dah pukul 10 pagi lebih. Erkk Anak dara oi, tidur siang berjam-jam, memang kena bantai la kalau duk kat rumah erkkk hik hik. Serius, tak suka keadaan ni, tapi tak tahu macam mana nak betulkan balik. Errr tak suka.. hurm (Muka jebek) Betul lah bak kata Akh Hilal Asyraf, permulaan hari yang baik, harus dengan permulaan Subuhnya. Bangun awal, solat Subuh, baca Al Quran, Mathurat. Masha Allah, ada semua ni, konfem, hari tu akan berlalu dengan sangat best! Superbest, sumpah tak tipu!



Yang menambahkan lagi stress -___-''
Something wrong dengan internet connection. Haaa sy tak boleh komen, like atau pun update status. Waaa :O saya ingatkan ini masalah kechil, tapi lama-kelamaan, oh sebenarnya saya sedar sy sedikit tertekan dengan 'itu' uhuk uhuk Ok fine. Susahnya hidup tanpa internet. isk isk Ok positifkan diri, its okay its okay. I am far better than this. Takkan sebab tak dapat komen, like pun nak kecoh kan. No problem at all. Say it!! hihi Kemudian, my sister Hanani ada kat rumah sebab beliau campak. huhu jd dapat MC terus balik ke kampung, nak jumpa, tapi.. minggu ni macam no weekend. Ada kelas ganti hari Jumaat, ada presentation FYP kawan-kawan hari Sabtu. Nak kena tengok jugak, as for my preparation =.='' Hurm. Apakan daya. Zzz, ok final decision. Budak ni nak balik jugak, n nak balik sabtu petang sampai ahad malam. Hoorey! Suka suka :D

How do i deal with my stress, with my self
Saya dah buat experiment ni berulang kali ke atas diri saya. Bila mana saya terasa stress, saya akan.. jeng jeng!

(1) Dengar lagu, either lagu Melayu, nasyid, English, Bollywood hikhik
(2) Dengar Alunan Al Quran Sheikh Mishary Al Afasy
(3) Baca buku kerohanian sekejap
(4) Pergi bilik kawan, kacau-kacau diorang
(5) Basuh baju (Sental habis!)
(6) Youtube Azhar Idrus, atau Ustaz Kazim
(7) Tulis blog, makin stress makin panjang >.<
(8) Tengok movie (Biasanya hindustan atau cartoon english movie)


Yang sebenar-benarnya.. Err.. (-.-'')
Apa pun yang saya buat untuk release my stress, kadang-kadang yang mengarut-ngarut tu, tak membawa kepada ketenangan pun. Serius! Kadang-kadang makin saya rasa, kosong -.-'' Kecuali, yang no 2, no 3, no 6.. Haaa dan, tahu tak. Punca stress itu, kadang-kadang sangat subjektif. Sometimes, well most of the times, saya akan stress bila lapar. Saya akan stress bila ada kawan yang kecilkan hati yang memang dah sensitif ni. Saya akan stress bila kerja saya tertangguh. Ataupun saya tertido pada masa yang sy tak boleh tido, dan saya dan janji pd bantal sy sy tak nak tidor masa tu -.-'' Hurm. Kalau bukan kerana sebab-sebab yang telah disebut ini, mungkin tak stress pun, tapi sy yang mencari alasan untuk stress, dan seterusnya tak buat kerja Hewhew~ Sejujurnya, diri saya, bukan orang lain, pd pendapat sy.. Deep in my heart.. Stress, tension dan tidak tenang 2 3 hari ini adalah kerana saya jauh dari Dia. Far away from Allah, dari kalimah chenta Allah T.T Isk isk Sedihnya :(



Jauh? Macam mana tu ya? Hmm.. Dalam sehari-hari saya mengatur kehidupan, saya rasa seolah-olah lupa meletakkan Allah sebagai keutamaan. Lupa untuk mengingat kekasih hati, Baginda Rasulullah s.a.w. Allahurabbi. Awak bayangkan, hari-hari, bangun, breakfast, hadap laptop, buat proposal, time kelas, pergi kelas, lapar beli makanan, jumpa pensyarah,balik, penat, tidor, bangun, hadap laptop lagi. Erghh teruknya. Dalam to-do-list sehari-hari tiada waktu yg saya peruntukkan utk beribadah secara khusus, utk ingat Allah, untuk buat amal bekalan akhirat, utk berselawat T.T Betapa saya pentingkan diri :( Kita harapkan pada Allah setiap masa, nak Allah permudahkan urusan kita tapi kita, dalam urusan dunia sehari-hari pun kita lupa pada Dia. Allahurabbi, serius, inilah punca stress itu. 



Bukan kerana FYP, bukan kerana esaimen yang menimbun-nimbun. Bukan sebab kawan-kawan buat dajal, tapi hakikatnya hablul mina Allah yang tak terjaga. Feel being apart from Him. Terasa jauh dari Dia :( Kenapa saya kata begitu? Dalam to-do-list kehidupan sehari-hari, tade pun kita tulis Ok, hari ni baca Quran sekurangnya 3 pages. Atau, ok hari ni selawat ke atas Nabi s.a.w sekurangnya 100x. Tiada. Kenapa ya kita sombong sangat dengan Allah :( Kehidupan sehari-hari saya sekarang berputar begitu, kadang-kadang bawa sy jauh dr Allah secara tak sedar. Betapa kurangnya masa kita dgn Dia, sedangkan masa kita utk urusan dunia, untuk FYP wah wah wah 23 jam 30 minit sehari kot. Hoh! Please please. Wake up. Betulkan balik keadaan nih! Ini sangat teruk yokay? Erghhhh~ Nah, satu lagi stress hoh :O Baiki balik hubungan dengan Allah. Baiki, hantar workshop, service, cuci-cuci, kasi sental or what so ever supaya kita dekat balik dengan Dia. Yang jauh, dekat-dekatkan. Yang dekat, nak laaaagi dekat! Imagine, kalau proposal, tapi kita buat dgn ingat Allah, niat ibadah kerana Allah, atur masa kita dgn niat akan ada masa kita dgn Allah, insha Allah. Allah akan aturkan segala-galanya dgn smoooooth jah :') 



2 hari lepas, saya tengok satu video di Youtube, tazkirah oleh Syeikh El Banna kalau tak silap. Beliau cerita, Allah tak perlukan solat kita, Allah tak perlukan kebajikan kita, amal kita! Tapi kitalah yang perlukan Allah. Satu hari allah bagi kita ingat Dia, jumpa Dia, tapi kita yang sombong. Bukan sekali, dua kali.. tapi 5 kali sehari! Dan kita, dengan peluang depan mata mcm tu, apa kita buat? Dalam solat kita berangan, aka day dreaming! 90% orang yang solat berangan-angan dlm solatnya, ingat benda lain, ingat urusan dunia. Betulkan fakta ini? Yes betul! Sepanjang hidup kita, boleh kira dgn jari solat yang betul-betul kita solat kan? Kalau dlm solat kita tak ingat Allah, apatah lagi di luar SOLAT?? Masha Allah. Headshot! Betol-betol kena atas hidung. Saya rasa sedih amat dengar kata-kata beliau. Benar, penghayatan kita dlm solat, dlm mengingati Tuhan adalah sangat tipis. Kita dikaburkan dgn benda lain. Kita bersungguh-sungguh utk suatu hal yg kita akan tinggalkan suatu hari nanti :( Hurm. Stop it. Baiki balik hubungan dgn Allah, luangkan masa seluas2 nya untuk Allah, dan Dia akan aturkan kehidupan kita sebaik mungkin!! 



Last but not least. Khalida Kharudin, wake up plis! Malaikat takkan tanya pasal proposal, pasal esaimen, tapi kita for sure akan ditanya pasal amalan, tak malukah kita akan hadapkan diri depan Allah dlm keadaan kotor dgn dosa, padahal Allah dah titipkan hidayah Islam dan Iman pd kita, Allah dah pilih kita untuk jadi org yg pegang agama nih. Astaghfirullah :( Hurm. So please make finish this take-home-assignment! Sila baiki hubungan anda dengan Allah. Full checklist ini : (1) Solat awal waktu + khusyu' + berjemaah (2) Baca Mathurat setiap pagi selepas Subuh (3) Baca Quran sekurang-kurang 3 pages sehari (4) Tuntut ilmu kerana Allah, jaga adab tuntut ilmu (5) Selawat ke atas Nabi saw (6) Sebarkan da'wah setiap hari melalui pelbagai medium; FB Blog Skype atau apa-apa (7) Study pasal ilmu agama setiap hari, walaupun sedikit. Pasal fardhu ain, fiqh, munakahat (ehem) atau apa sahaja (8) Message adik-adik Usrah! (9) Kontek parents, redho Allah terletak redho ibu bapa (10) Sebelum tidur, buat to-do-list, make sure ad sumthing contribute utk akhirat awak ok? dan muhasabah diri, mohon maghfirah utk dosa-dosa kita dah buat hari ni, maafkan kesalahan org lain dengan kita. Hoah! Susahnya 'esaimen' ni, phew! Peluh-peluh. Ok, for the sake of Allah. Insha Allah, usaha! Kuatkan hati! Hoyeay!!

Wednesday, October 10, 2012

Everything is fine, insha Allah :)


As salamualaikum semua :) Huwaa penatnya keep on doing reseach lagi dan lagi. Till the very end, tak tahu la sampai bila. Lucky thing, saya dapat turn untuk present Final Year Project (FYP) the next week, which is 2 minggu dari sekarang. Tak dapat bayangkan kawan-kawan yang akan present hujung minggu ni. Wah wah dengan tajuk-tajuk yang supergrand semuanya.. #Fuh!Peluh#  Dan sekarang saya masih bertatih-tatih untuk menyiapkan proposal yang memerlukan effort yang continuous ni. Exhausted, penat, bosan, haih, macam-macam perasaan ada sekarang. Still adapting myself being an independent final year student. 

Kadang-kadang tanya diri sendiri. Ya Allah, what happend to me. What happen to my entire life. Whoa. My life is now like, there s an empty bottle. Ada seekor semut di dalam, dan goncang-goncang sampai semut itu pening dan erk.. it dont even know what is happening, where it is and how that it get there at first place. Hurm. Ya, itu yang saya lalui sekarang. Ya Allah, kuatkanlah hati. Ching! Senyum! Senyum sorang-sorang depan laptop adalah sangat pelik, apabila anda seorang sahaja yang belum tidur, and its already.. 3.11 am in the morning of 11 October 2012 >,<


Saya tak tahu macam mana kehidupan saya sekarang dan ruang untuk rehatkan minda, jiwa, rohani, internal self sangat terhad :( Wah, saya rasa macam i just follow the route and then finally i ll get there soon and after. Yuhuu. Hopefull, i ll be fine. Tahu tak, jadual tidur saya, jadual makan, semua terbalik. Jadual solat je ikut jadual hihi Jadual tidur saya sekarang, bangun tidur, solat Subuh then tidur balik untill pukul berapa-berapa. Dan malamnya, jadi terbiasa tidur jam 2 atau 3 pagi. Which i very dislike huh! It cause your brain stuck, headpain, dan tak elok untuk kesihatan sebenarnya. Haiz, tapi saya tak tahu macam mana nak normalkan balik putaran tu =.='' Hurm dan sekarang pun, sebenarnya dah hampir pagi, tapi tak tido lagi. Hurm. What is happening to my life. Ya Allah :( Mudah-mudahan semua Ok. Semua baik-baik. Semuanya akan kembali normal. I am really worry deep in my heart now. Thaught i am not really sure what is it. That is why i wrote something over here. With hope that, things proliferating in my mind, i could split them out all. The anxiety, unspoken nervousness, unknown fear. Hurm. Allahu Allah. Please safe me, protect me in this whole journey :( Amin ya Robb! i do really hope a better tomorrow. Keep Allah in heart ida :') Have faith! Every single thing would be fine insha Allah!!