Pages

Thursday, July 19, 2012

Kisah Tok Wan..


Baru lagi rasanya bulan puasa tahun lepas, tup tup akhirnya bulan penuh barokah datang lagi! Yuhuu Insha Allah harapannya Ramadhan kali ini akan jadi Ramadhan yang jauh lagi baik dr tahun yg lepas2. HOHO Sepanjang minggu ini, letihnya, Tuhan saja yg tahu HOH Ditempatkan di unit ruminan besar, JPVKT, yang bahagian lembu, kerbau, kuda dan se'species' dgn nya. Pergi lawat Kemaman, Dungun etc. Sumpah penat! Sepanjang minggu ni, tido pukul 10 dan ke bawah hoho Selain daripada menerima ujian penat ini, sy juga diuji dengan satu lagi ujian berat buat diri yg lemah tp perasan kuat ini. Masa inilah betul-betul terasa lemah. Hurm :[ 

Hari Rabu sepatutnya tok wan sy (ibu kpd mak sy) dioperate, utk buang ketumbuhan kat tekak beliau (thyroid). Sebelum ni dah 5 kali cancel operate sbb menurut dr, benda tu kechil lg, x memudharatkan, keadaan patience tak sesuai, dr segi pressure darah, gula dlm darah etc. Hinggalah hari Rabu (18 Julai 2012)  sepatutnya di operate. Namun, sekali lagi dibatalkan. Pagi tu, kira-kira jam 8 pagi, sy ke hospital dgn mak sy. Untuk lawat tok wan, sebelum masuk bilik pembedahan. Bila sampai di katil tok wan yg berada di tingkat 2 dgn geng2 nya yang lain tu, sy terkezut tgk mak saudara sy (adik mak sy) Mak cik Mi yg menangis sambil membelakangi tok wan sy yg masa tu diperiksa oleh 2 org doktor, dan ad beberapa org nurse waktu tu. 

Wajah tok wan sy (kanan) dan tokki sy. Raya 2010
Sy ni tak boleh. Tgook org nangis, rasa nak join the club jugak. HOHO hurm i know something wrong here, walau pun sy bukannya gheti sgt bab2 medical, tp dr sedikit knowlegde biologi sy rasa boleh agak apa yg sedang berlaku nih. Hurm Waktu tu,rasa macam mula sebak kat dada sy, air mata nak nak keluar, masuk balik bila nampak mak sy cool skit berbanding MC Mi sy. Dari pemeriksaan, riak muka Dr Hussain yg merupakan big boss, seorang pakar bedah yg sepatut ny operate tok wan sy, mcm ad something yg tak kena. Tak tahu nak describe mcm mana :[ Dy sokmo geleng2 kepala. Dan lepas tu, dy terang satu persatu keadaan tok wan sy, Menurutnya, ketumbuhan yg ada di bahagian tekak tu, dah mula invade salur darah dan jugak paru-paru. Oleh sbb keadaan darah yg hypo, operation terpaksa dibatalkan lagi. 

Dan insha Allah Rabu ni (25 Julai 2012) akan betol2 di operate, sekiranya keadaan mengizinkan. Dr Hussain kata, sblum operate, sehari sebelum kena ambil iodine yg dilarutkan dlm susu, utk elak darah keluar byk masa operate. Dan bahan tu akn bantu, somehow akan kecutkan salur darah dan darah jd sedikit likat. Kalau tak silap la, sy faham mcm gitu gitu jah time tu sbb dlm fikiran sy, mcm2 masa tu. Emosi pun jd tak stabil bila berdepan dgn ahli keluarga , org yg kita syg, yg dekat dgn kita ; sakit. Sebelum ni, jarang sgt berdepan dgn situasi sebegini. Hurm. Dan Dr. hussain berkali-kali sebut, risiko nya tetap ada, tapi pihak mereka akn buat yg termampu utk meminimakan risiko yg ada. Risiko utk membuang ketumbuhan tu secara total dr tekak, salur darah dan paru-paru. Hati sy rasa tak sedap sejak dari tu. Seriusly, walaupun betapa sy choba mem'positif'kan diri. Hm diringkas ceghita, tok wan sy balik rumah petang dan dijadualkan utk datang balik hospital pd hari Isnin. 


Beberapa kwn sy yg tahu pasal ni, bg kata-kata semangat pd sy. Adik dan abang sy pun sy dah maklumkan. Mungkin diorang cool dan ok lagi sbb tak nampak apa yg sy nampak 2 3 hari ini. Wajah tok wan sy, mc mi sy yg menangis masa kat hospital tu. Kebiasaannya, lepas praktikal di pejabat veterinar, sy akan g rumah tok wan sy yg distance nya cuma 5 minit jalan kaki dari situ. Dari minggu pertama hingga sekarang sudah 4 minggu sy ber'praktikal' di JPVKT. Jadi sy nampak keadaan tok wan sy yg masih sihat, hingga sekarang. Wajah nya sedih, muram, monyok walau pun kdg2 sy ajak sembang2, beliau pun sekadar senyum tawar gtu. Senyum tak ikhlas pom. Iya la, orang sakit, mmg tak boleh fikir sgt. Terganggu dgn macam2 benda. Dan, sokmo batuk-batuk, menahan sakit di tekak yg sekarang ni membengkak, bila baring, mcm hampir sama level dgn dagu. Allahurabbi :{

Masa sy balik dr praktikal semalam,geng sebelah rumah nya datang lawat, dan ada jugak tok wan kata dia risau sapa nak hantar nanti ulang alik hospital. Jiran tu pun senyum jah, dy cakap insha Allah, anak-anak ada. Anak-anak akan tolong. Hurm Beliau pun senyum dan cakap, mujurla ad anak-anak, mc mi pun kata kalu merangkak pun boleh hantar lagi dgn nada sebak, & mata yg merah tahan nangis. Allah hai, sebak nya time tu. Nak nangis sgt2 dah, tapi buat2 cool lagi. Mak sy pun ada masa tu join the club utk bg kata kata semangat kat tok wan sy. Mudah-mudahan, tok wan sy akan sembuh dan dipanjangkan usia yg berkat dgn amal dan ibadahnya :[


Hurm semoga dengan kedatangan Ramadhan yg berkat ni, keadaan akan jd bertambah baek dan mcm dulu dulu. Sy, insha Allah sebagai cucu kesayangan akan sentiasa doakan tok wan sy, tokki sy sihat sokmo dgn umur yg penuh berkat. Siapa siapa tersinggah, terbaca post ini pon semoga sama-sama doakan. Sekrang giliran tok wan sy diuji sakit, kita pun tak tahu lagi bila. Boleh jadi Allah 'panggil' kita bila-bila masa. Hurm semoga Allah kuatkan dan jadikan sy, tok wan sy, org-org disekeliling sy, menjadi abid yg redho dgn qada dan qadar yg dah ditetapkan. Kadang-kadang time sy baca Quran, terlintas di fikiran betapa lamanya sy dgn tok wan sy, selama ini sy membesar dgn tok wan sy jugak walaupun bila dah besar ni, kurang bersama, Alhamdulillah tempoh 2 bulan praktikal ni, tiap2 lepas balik kerja, sy akn jumpa tok wan dan tokki sy. Dan masa tu jugak, soalan yg satu lagi muncul di fikiran sy, adakah Allah masih mengizinkan tok wan sy beraya bersama-sama anak-anak dan chucu chucu nya tahun nih? :[ :[ :[ dan suara sy pun jadi serak serak sebak menahan air mata dr jatuh. 

Ya Allah, permudahkanlah, selamatkan urusan yg bakal kami hadapi nanti. Tiada yg sukar, melainkan Kau menetapkannya sukar, dan tiada yg menjadi senang, melainkan Engkau memberi kemudahan. Serta, tiada penyakit yg hilang melainkan Engkau yang menyembuhkan. Maka sembuhkanlah ya Allah, sembuhkanlah apa yg dihadapi oleh tok wan ku ini. Lindungilah dia, sayangilah dia, berkatilah umurnya. Sembuhkanlah ya Allah, sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkau mendengar doa-doa hamba Mu dan megetahui kebaikan utk setiap dari mereka. Amin ya Allah :[

No comments: