Pages

Saturday, July 14, 2012

Solat Full Tapi Suka Gosip-gosipan?

Orang yang solat, belum tentu selamat dari dimasukkan ke neraka. Apatah lagi orang yang meninggalkan terus kewajiban solat fardhu 5 waktu dalam kehidupannya. Nauzubillah. Kerana apa mungkin orang-orang yang mengerjakan solat ini, dimasukkan ke neraka. Hurm. Banyak sebenarnya! Kerana dari solatnya, tapi diri terus bergelumang dengan dosa dari lidah, tangan dan perbuatan yang seangkatan dengannya. Adalah tidak pelik dan janggal sekiranya seorang yang tidak solat, tidak kenal hijab, tidak pernah menyentuh sejadah untuk bergosip-gosipan, malah ber'umpat-umpatan' sekali pun. Tapi jika seseorang itu, solatnya, masha Allah. Tidak ter'miss'! Dari luaran nya santun, lembut, chantek serta sayu hati melihat, tapi tapi tapi bila berbicara dengannya, aib orang lain yang meniti di bibir, menjadi topik perbualan. Hoh?? Rudiculous! Pengsan! :O But this is so true. It really happens. And it means, something wrong with his/her 'solat' then. Hurm.



So so so sempena mengingatkan diri sendiri dan romadhon yg kian terasa auranya, jOm kita  sama-sama muhasabah diri pasal kenapa tak boleh cakap tak elOk aka jahat ni HOHO. Especially  orang yang sOlat tapi tidak menjaga lidah dari ghibah ( umpat / menyebut perkara yang orang lain tak suka though it is true ), gossip, mengata, fitnah  dan yang seangkatan dengannya.Dan akibatnya? Gulp!! Sekali pun seseorang pernah ghibah sekali seumur hidupnya, bermacam akibat yg menantinya. For example : Amalan kebaikan yang tidak diterima, doa yang tidak dimakbulkan, hilang keberkatan dalam hidup, jiwa baginda Rasullah saw terasa sakit akibat ghibah, kemurkaan Allah, dan hilangnya kehormatan dan kepercayaan orang lain etc. Allahurabbi! Ada berani ka? Huish Nauzubillah!


Mudah mudahan kita termasuk dalam org yg memelihara lidahnya. Apa lagi, kita orang yg SOLAT (insha Allah till dead), ia sepatutnya menjadi pen'jaga' akhlak, yg jaga lidah, tangan serta perbuatan kita secara keseluruhannya. Kerana apa? Kerana SOLAT suppose to be yang jaga kita, bila kita jaga SOLAT! Intercorrelated to each other. Ya! Correcto! Hurm. Antara ayat-ayat chenta Nya dan sabda NAbi saw yang membicarakan perihal org yg tidak menjaga lidah, lisan dan natijah-natijah nya yg sumpah dasyat ialah --> 


: : : Wahai orang- orang beriman, Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian drpd sangkaan itu adalah dosa, & janganlah kamu mengintip dan mencari-cari keaiban orang lain, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihi. -Al Hujuraat ayat 12-


: : : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh & merendah-rendahkan puak lelaki yg lain. (Kerana) harus puak yg dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak (dari kaum perempuan) mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain.(Kerana) harus puak yg dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yg lain dan jangan pula kamu memanggil satu sama lain dgn gelaran yg buruk. Amatlah buruk sebutan nama yg fasik sesudah ia beriman.Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah org-org yg zalim. - Al Hujuraat Ayat 11-

: : : Ghibah itu, seksanya lebih dasyat daripada perbuatan zina. Lalu sahabat bertanya, mengapa begitu ya Rasulullah? Kerana contohnya lelaki yang berbuat zina, kemudian dia bertaubat & Allah terima (selesai urusannya), tetapi orang yang suka mengumpat tidak boleh diampuni secara lansung tanpa dimaafkan orang yang mengumpatnya
-Sabda Nabi Muhammad s.a.w-

: : : Sesiapa yg suka mengumpat, mencela dan membagkitkan amarah (mengadu domba) serta suka berlaku zalim terhadap orang yg bersih daripada aib. Maka nanti di hari kiamat mereka dihalau oleh Allah dengan bentuk muka anjing. -Sabda Nabi Muhammad saw-




Akhir kalam, semoga ini menjadi soft reminder buat diri sy terutamanya dan sape sape pon yang tersinggah ke sini. Mudah mudahan mendapat manfaat. Sungguh haih, ini semua peringatan & warning yg tidak sepatutnya kita ambil ringan. Suppose org2 yg beriman, akan ada rasa takut dlm diri dan paling baek lagi, apabila takut, anggota pun tidak membenarkan lagi. Hokay?? Memey, ad keadaan di mana Islam mengharuskan kita bercakap tentang keburukan orang lain, erm kalau tak silap sy, dengan syarat, apabila kita ungkapkan tntg itu, org yg memperdengarkannya akan terselamat dr kezaliman mahupun mudhorat.Sebagai warning gitu. Allahualam. Itu yg sy belajar dr ustaz ustazah time fom 3 dulu kalau tak silap. Yang penting kita choba minimizekan dan jaga lisan kita dr perkataan yg tak baek yep! Sbb setiap yg keluar yg keluar dr lidah ini, akan direkod, di'play' balik di akhirat nanti. Di'present' balik depan Allah nanti. Masha Allah. :'[ 


Dan satu lagi, bila kita buat tak baek aka cakap tak baek, sebenarnya akan tambah kan satu titik hitam di hati kita. Rasanya semua pernah dgr tntg analogi ini kan? Yes! Ini benaran dong. Dan boleh jadi, lama lama titik-titik akan jadi banyak dan menebal membentuk sarung yg tebal mcm guni kat hati kita & ini yg sebabkan resistant, tak boleh terima lagi hidayah Allah utk buat perkara baek :O Macam big bos Ustaz Azhar pernah sebut dari kitabnya 'Dosa yg memberat di hati seorang manusia menyebabkan ibadah yg sedikit menjadi tiada ringan baginya'. Hurm. Sama-sama muhasabah hokay? Insha Allah sama-sama jaga lidah dan lisan kita bermula saat ini, hari ini! :D

No comments: