Pages

Thursday, December 20, 2012

Tiada Hari Berlalu, Tanpa Rindu

Tinggal beberapa hari lagi sebelum 5 Januari 2012. Sampai nya ke tarikh tu, maka genaplah 5 bulan pemergian tok wan saya kembali kepada Nya. Al Fatihah. Cepatnya masa berlalu. Banyak nya perkara yang berlaku, perubahan demi perubahan. Sekejap sahaja, peristiwa pemergiannya seolah-olah berlalu pergi. Yang tinggal hanya kenangan, rumah yang penuh dengan memori. Rumah yang dah lama saya tak berkunjung pergi :( Hati nak, tapi kaki tak mampu melangkah. Masa tak mengizinkan. Komitmen satu persatu sepertinya jadi penghalang. Tapi walau tak bertemu jasad, wallahi.. demi Allah.. tiada hari yang berlalu tanpa saya mengingati arwah tok wan saya.. :( Dan air mata saya meluncur laju setiap kali, setiap kali fikiran menjengah ke situ, dan pada saat ini sekali pun. 

Eidulfitri 2011. Eidulfitri terakhir. 
Ramadhan tahun ni meninggalkan seribu satu kisah. Kisah yang menginsafi diri, kisah yang tak mungkin terpadam dari memori. Lama kami sekeluarga tak berkunjung ke rumah Tok Wan. Lagi-lagi saya yang yang berada di UMT. Kadang-kadang seminggu sekali, 2 minggu sekali. Bergantung. Tahun ni, pada tarikh tersebut. Allah bagi saya peluang untuk kali terakhirnya, berada disamping beliau. Sehingga ke saat ini, saya bersyukur, Allah gerakkan hati saya, kuatttt untuk pilih berpraktikum di Jabatan Veterinar Kuala Terengganu yang hanya 5 minit dari rumah Tok Wan saya. Sedangkan pada waktu tu, ramai sahabat yang ajak saya untuk praktikal di Kelantan, Cameron Highland dan lain-lain. Pada hari pertama saya berpraktikum, waktu makan tengahari saya berkunjung ke rumah tok wan. Saya ingat dengan jelas senyumannya, menyambut mesra kedatangan saya :'( :'( :'( Malah tiap-tiap hari lepas tu, tokwan saya menyambut kedatangan saya dgn senyuman, dengan makanan. Tiap kali saya datang mesti masak dan ajak makan. Pernah sekali saya bawa rakan se praktikum datang, tok wan saya bagi ajak makan tengahari, dan bagi buah untuk salah seorang dari kawan saya yang waktu tu mengidam nak makan huhuhu kenangan *air mata keluar laju >,<



Kadang-kadang, saya datang, even tak lapar pun saya makan, makan banyakkk sebab nak meraikan tokwan saya sebagaimana beliau meraikan saya. Jelas, sejelas-jelasnya scene tu dalam fikiran saya sewaktu saya rancak menaip saat ini. tak pernah saya lupa *Sebak. Malam nifsu syaaban, masih gagah beliau melangkah ke masjid feveret, Masjid Putih dgn tokki saya. Keesokannya, masih saya ingat beliau bercerita di tangga luar rumah, bagaimana meriahnya orang ramai di Masjid Putih pada malam tu. Hari hari berlalu. Hingga ke pertengahan Ramadhan, keadaan semakin tenat. Suatu hari saya datang, tok wan saya dihantar ke hospital akibat ketumbuhan di leher yang menekan, semakin menghalang pernafasan. *speechless. Risau. Begitulah beberapa hari kemudian, sepatutnya menjalani pembedahan, tapi tak dapat dijalankan, kerana keadaan tokwan yang terlalu lemah. Berdasarkan level oksigen, keadaan kepekatan darah, tekanan yang terlalu rendah dan sebagainya. Allahurabbi. Betapa payah, betapa keadaan waktu itu yang mendesak. Saya sendiri lupa bila kali terakhir tokwan saya dalam keadaan sedar. 

Hari-hari lain saya datang, keadaannya koma. Tak sedar. Sekadar berbaring lemah. Tak lama kemudian, tokki saya jatuh sakit. Jatuh sakit akibat lemah, dehidrasi. Makan minum di bulan puasa tak teratur oleh sebab tokwan saya masuk hospital. Air mata.. penuh air mata Ramadhan tahun ni. Mak saya sedih, selalu menangis. Mak sedara saya sedih pun selalu menangis dan menangis apatah lagi beliau orang yang paling rapat dgn tokwan dan tokki saya. Hingga ke 4 Ogos 2012. Keadaan tokwan saya diumumkan tenat, kritikal oleh doktor. Dan ahli keluarga terdekat diminta datang untuk melawat. Saya datang petang tu. Datang dan melihat keadaan tokwan saya yang sangat lemah. Dibahunya, terlihat wayar-wayar.. tak kurang dari 10 wayar yang berbelit-belit membantu pernafasan, pemakanan, saluran untuk air dan lain-lain. Di bahagian pinggang pun ada, banyak berselirat. Di bahagian muka, terdapat alat bantuan pernafasan, yang tak pernah saya tengok. Bukan hanya melitupi mulut dan hidung, tapi merangkumi hampir keseluruhan muka. Betapa tenat, betapa kritikal. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Saya baca Yassin dalam keadaan menangis dari awal sampai habis. Seperti yang pernah saya tulis dlm post sebelum ni, waktu tu semua scene-scene saya dgn tokwan sy seolah-olah replay over and over again, hingga menumpahkan air mata yang ditahan-tahan. Hinggakan mak saya yg lap air mata waktu tu *Sedih, nangis, malu kat roomate. 



5 Ogos 2012, tepat jam 1.25 petang Tok Wan saya selamat kembali. Waktu tu saya di rumah beliau, jaga tokki saya yang sakit. Dan saya dan sepupu, bersama mak sedara sy yang ada, memaklumkan kepada tokki saya yang tokwan dah tada waktu tu. Suasan hiba. Sedih sangat. Mungkin saya lemah dari segi emosi, cepat sedih. Mudahnya mengalirkan air mata, pergi ke dapur, saya teringat tokwan. Ke mana-mana di rumah tu, teringat tok wan. apatah lagi apabila sentuh baju, telekung atau apa saja yang pernah jadi milik arwah. Pilu rasa hati. Terdengar-dengar suara. Dan tokki saya, sangat lemah sejak dari situ. Dan kali terakhir saya melawat beliau, adalah pada Eidulfitri 2012. Kemudiannya, pengajian bermula dan saya tak sempat berkunjung ke sana. Masha Allah, self fish nya diri ini. Betapa saya nak. Kadang-kadang, saya lalu di situ dengan kawan-kawan, mata saya menuju ke sana. Lokasinya boleh nampak dari traffic ligght menuju ke kawasan Mydin Giant, berhampiran public library Kuala Terengganu. Saya pernah jaga tokwan saya, tokki saya, seolah-olah saya takkan tinggalkan mereka, tapi kini, saya tak sempat lapangkan sedikit masa pun utk pergi ke sana. Astaghfirullah. Hurm. *Sedih, sedih dan sedih! Betapa saya berharap. Semoga mereka baik-baik sahaja. Saya akan cari masa, curi masa, rompak masa, untuk berkunjung ke sana! No more excuses hoh! Paling penting, doakan mereka >,< Sometimes, saya terfikir, apakah nanti, sekiranya saya sebagai seorang anak, diuji dengan ibubapa yang sakit. Adakah saya, sepertimana sekarang, akan berterusan beralasan dgn komitmen, kesibukan, bla bla bla utk tak mengunjungi mereka, untuk tidak menjaga mereka. Allah...saya taknak jadi macam tu! nauzubillah, nauzubillah..  >,<

-----------------Tiada satu hari berlalu, tanpa rindu. Al Fatihah------------------

No comments: