Pages

Sunday, December 16, 2012

Liqo' Nisa Edisi Exam :)


Alhamdulillah, baru-baru ni berkesempatan mengunjungi majlis ilmu mingguan, khusus untuk Muslimah di UMT, iaitu Liqo' Nisa. Tajuk yang difokuskan ialah, persediaan untuk menghadapi exam. Yang mengendalikan, Kak 'A' (sebenarnya nak cover sbb tak ingat hihi) adalah seorang yang saya rasa sangat familiar di UMT. Dari pengalaman hijrah, yang diceritakan wah wah saya kagum! Dan betul, sebenarnya saya pun meneliti perjalanan hijrah kehidupan beliau. Bukanlah saya 'stalk' dia, err (peliknya). Cuma dari sem  1, 2, 3, 4 sehinggalah sekarang.. saya nampak perubahannya sedikit demi sedikit. Saya terperasan kelompok-kelompok sahabatnya yang dahulu nya lain, sekarang lain. Whoa~ *Muka kagum* Saya pun nak jadi budak baik! >.<

Baiklah baiklah. Antara tips yang dikongsikan, betulkan niat. Niat belajar kerana Allah. Untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat Islam, dan niat untuk menyumbang sesuatu kepada Ummat kita, sekalipun dalam bidang yang berlainan. Dan ada juga tips nak jadi baik, selain dari sekadar berkongsi tips mengenai exam, hoho yang paling berjaya mengetuk hati saya, pilih kawan yang mengingatkan kita soal agama. Gulp! *Peluh besar! Dari situ saya terfikir, saya dari kelompok yang mana, saya bersahabat dgn siapa, dgn siapa sy bersahabat, mampukah saya menjadi dominasi dan membawa mereka ke arah kebaikan, atau saya yang diheret-heret ke lembah kejahilan. Astaghfirullah :/ Hurm. *Termenung, tengok matahari terbenam kat dekstop komputer.

Kemudiannya, berbalik kepada tips exam. Rajin-rajinkanlah usaha untuk tanya senior seniorita, minta pendapat diorg, kongsi tips dan sebagainya. Dannnnn! Jangan kedekut ilmu apabila ditanya. Amalkan berbincang, kita tak tahu kadang-kadang yang kawan kita tanya itulah sebenarnya ilham dari Allah! Ha, dan lepas usaha, doa, yang tinggal.. tawakal :) Kuatkan pergantungan kepada Allah satu-satunya. Waktu gawat seperti ni, dan waktu lain juga hakikatnya, hanya Allah lah sandaran kita, penolong kita. Kawan-kawan nak tolong pun dah tak ramai sebenarnya, masing2 dgn dunia masing2, buku masing2, panadol masing-masing. Hanya kepada Allah lah kita berharap. Yang penting, belum terlewat untuk usaha! untuk pulun, untuk study. Kita dah berjuang satu semester, inilah medan tempur kita! hiyyarkk! >o< Kalau virus malas, mengantuk datang menyerang, tips yang paling berkesan, imagine wajah mak ayah~~ yuhhuu well it really works. cakap dalam hati, mom and dad, i shall make you happy lillah! 

-------------------------Off to the beach! As salamualaikum!-----------------------

No comments: