Pages

Saturday, December 15, 2012

Inna Maal Usri Yusra :)

As salamualaikum! Hari ni hari sabtu, insha Allah esok ahad, hari sekolah. Baru petang tadi saya datang check in di hostel UMT setelah ber holiday di hotel Kampung Padang Air. hihi Lega, lepas rindu dapat berjumpa dengan family kesayangan :) Alhamdulillah lepas selesai semua tugasan-tugasan, presentation, poster dan sebagainya, rasa tenang dapat kembali ke pangkuan keluarga. Hoorey! Dan hadiah untuk adik-adik, mr.kura-kura dan mr.guppie, dah selamat sampai ke tuan masing-masing. Diorang teruja, gumbira dah hargai hadiah-hadiah tu.. haa and i am really happy for that *senyum lebar*



[Kisah minggu ini] Masha Allah, sebelum boleh rasa kegembiraan ini, saya melalui satu minggu yang ternyata tough *kesat peluh* hoh Minggu tema 'sakit' huhu Bermula pada hari ahad, (yang sebenarnya dah ada tanda-tanda sebelum tu) mengalami sakit belakang. Sakit belakang, yang lebih tepat nya disebut sebagai urat bahagian belakang, yang disyaki sebab salah tido. Jauh sekali sebab bersukan, joging dan lain-lain memandangkan saya seorang yang pasif dan jarang bersukan huhu Tapi sakit ni kuat, tak boleh describe. Rasa lain, mencucuk-cucuk, kadang-kadang tak boleh gerak, baring atau sandar suka-suka hati. Kena sangat berhati-hati *phew. Dalam masa terdekat pula, kena buat impromto speech, dan saya merupakan salah seorang daripada 3 org wakil kumpulan Cherry Bee. Ohhh sangat tak bersedia, mental dan fizikal. Saya tak mampu berusaha, hanya mampu tawakal. Hari ahad, saya sakit, tapi paksa diri pergi kelas utk buat speech. Sampai sana, coobaan~ Kelas dibatalkan. Err. Jauh di sudut hati, sememangnya saya bersyukur. Memandangkan pada waktu tu, saya tahu saya takkan boleh buat yang terbaik *Senyum nampak gigi geraham*

Hari isnin, saya gagahkan kaki yang longlai ini ke Pusat Kesihatan UMT. Untuk dapatkan rawatan. Walaupun saya rasa boleh baik sendiri, tapi oleh sbb dalam masa terdekat ada beberapa benda yang penting (test,speech,presentation etc), saya tak berani ambik risiko hoho Dan melalui pemeriksaan, Dr. bagi ubat tahan sakit, krim sapu untuk urut (my mom gonna love this), dan vitamin B complex. Petang itu, melalui hari-hari dengan riangnya, sehinggalah maghrib. Saya mengalami 'diarrhea' yang berpanjangan sehingga ke tengah malamnya *Muka sedih* isk isk. Cuma ingat Allah, rasul, mak ayah waktu tu. Badan rasa panas, lemah, dehydrated dan helpless. Allahu Allah :( Hati semakin risau bila muncul dalam fikiran tugasan-tugasan, speech yang belum selesai, dan sebagainya. Astaghfirullah, mohon Allah permudahkan segala urusan. Saat tu, saya tak mampu berbuat apa-apa. Bila bagitahu mak ayah, ayah nak datang ambik, hati jadi sedih, terharu. Tapi pada masa yang sama tak dapat balik, sbb masih banyak benda perlu diselesaikan. *Sigh. Tawakaltu ala Allah. Cuma pada Allah aku sandarkan segala urusan. 



Selasa, seawal 5 pagi, perut meragam lagi :O haa, masuk toilet untuk kali ke yang tak terkira bilangannya. Dalam hati mula rasa takut, dan bimbang, kenapa ya tiba-tiba jadi macam ni. hurm. Jam 1 petang, saya tak pergi kelas. Saya tak larat, entahlah mungkin saya beralasan dengan diri sendiri, tapi memang tak mampu gagahkan diri waktu tu. Dan petangnya, hiyyyark! Paksa paksa! Pergi juga ke kelas 2 jam. dan, nasib baik, dengan izin Allah, waktu saya terasa kuat nak pergi kelas, memang ada 'something'. Kuiz! Erk! Kalau saya tak datang, haish, zero jawabnya, memandangkan pensyarah subjek tu sangat particular pasal kehadiran, lagi-lagi tanpa surat. hurm. malam tu, sekali lagi. hiyyark hiyarkk! paksa diri berjalan kaki ke kelas, dan akhirnya! berjaya selesaikan impromto speech. dalam tak sihat tu, datang satu kekuatan untuk pergi depan, dan, here we go! do the speech, sampaikan ucapan impromto sebaik yang mungkin. hoh! yakin, usaha, pandang depan, let go everything, tawakal >.< guess what? ketiga-tiga wakil cherry bee berjaya mengaut full mark untuk setiap seorang. Yippie! Walau dalam keadaan helpless, rasa terubat sikit dgn kseronakan mendapat kegumbiraan ni.. syukur, alhamdulillah :)


Hari Rabu, hari test Technology DNA Recombinant (TDR). Scarry. Semua takut. Paginya, mr.diarrhea datang lagi! haaa ya Allah.. sabar sabar.. perasaan takut masa tu, hanya Tuhan yang tahu. Bimbang, tak boleh study, rasa sakit masa test, dan lain-lain. Memang tawakal jah waktu tuh. Dan masa saya melangkah ke kelas, serius, tak rasa fully prepare pun :[ hanya prepare celup-celup, disebabkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, ataupun memang saya yang menjadikan tu alasan utk tak berapa nak study huhu Ditakdirkan Allah, waktu test, alhamdulillah, mr.diarrhea tak singgah (hihi), dan saya rasa tenang jawab. Alhamdulillah, beberapa perkataan yang Allah ketuk pintu hati saya untuk cari, belek, itulah yang muncul. Dan ada beberapa soalan yang saya tak pasti, bila kawan-kawan bincang, ter'kena'. hihi Syukur, walaupun tak tahula al hasil keseluruhan nya bagaimana. huhu itulah, janji Allah yang mengatakan, inna maal usri yusra (bersama kesulitan da kemudahan) *Senyum sampai mata sepet. Dalam sakit-sakit, Allah permudahkan banyak urusan saya satu demi satu, dan itu, dalam cara yang saya tak sangka-sangka. Allah hantar orang-orang yang ada disekeliling saya untuk tolong, Allah ilhamkan pada saya benda-benda penting yang keluar exam, walaupun hakikatnya saya tak habis study pon honestly hiii *Muka malu merah padam* Dan, banyak lagi. Alhamdulillah. Moral of story, bila Allah uji dgn sakit, think positif,kuatkan diri, dan anggap itu semua kafarah dosa-dosa lama. Bersangka baik pada Allah, dan waktu sakit ni sebenarnya waktu kita makin kuatkan pergantungan kita pada Dia. Have faith in Him. always and always.*Smile!

-----------------------------Till then,assalamualaikum!------------------------------

No comments: