Pages

Sunday, December 16, 2012

Cegah Maksiat Sebelum Menular Hiyyark!


Algae, hidupnya di permukaan air. Mulanya ia bercambah dari sedikit. Tompok-tompok kecil, bercantum membentuk gerombolan tumbuhan hijau yang makin mendominasi. Lama kelamaan, semakin lama ia menutupi segenap ruang di permukaan air. Hingga tak tersampai udara, dan menghalang hidupan yang lainnya untuk bernafas. Hingga akhirnya mereka kecundang, tewas akibat penangan Algae yang sedikit tidak memberi peluang. Begitu juga dengan maksiat. Bermula sedikit demi sedikit. Tak terjangka impaknya begitu melangkaui apa yang kita boleh fikirkan. Yang menggerakkan, yang memulakannya, mungkin dari hanya 2 orang. Merebak perlahan. Akhirnya menular seolah-olah satu virus yang sukar diubati. Hingga yang lain, tidak bersalah, berpayung sekali di satu destinasi. Sama-sama ingin menuntut ilmu, namun, ada segelintir terlanjur, melewati batas-batas yang tak seharusnya didekati. Bumi UMT, berkatnya barangkali terkikis. Yang lain turut menanggung implikasi. Melihat pemandangan yang diwarnai maksiat tidak bertepi. Tiada lagi sembunyi dan 'mereka' tidak berselindung lagi. Sedih meratapi satu pemandangan yang tidak diredhai Ilahi. Aduhai *Sigh~~


Ok sekian puisi saya pada malam ini hihi >.< Adaptasi dari kata-kata yang pernah saya jumpa di Facebook, sambung sikit suka hati hoho sebenarnya, semangat yang masih baru meruntun, segar bugar di jiwa lepas menyertai rondaan cegah maksiat bersama beberapa orang sahabat sejam yang lepas. Haa! dulu saya biasa sertai rondaan ni bersama Majlis Kolej Kediaman (MKK), lepas pencen, dah lama tak buat. Hinggalah tarikh keramat malam ni, sekali lagi turun padang apabila dijemput oleh seorang sahabat. Teruja, takut, semua ada! Dan dalam hati saya, yang menguatkan hati saya untuk turun ialah, nak tahu, bagaimana team kali ni laksanakan amanah yang, sumpah berat ni dan, nak tengok, macam mana ya keadaan pelajar UMT berbanding zaman saya dulu-dulu. huhu jadi tepat jam 12.05 malam, kumpul depan surau, dimulakan dgn bacaan doa dan kemudiannya Muslimin, Muslimat pecah 2 kumpulan. Kami round round kawasan asrama dan, memang ada yang 'kena'. 'Kena' time ber'derama' plak tu. (Errr). Nampak budak lagi, tapi hurm. Okok husnuluzon. Cuma saya terdengar si heroin tersedu-sedu menangis. Sory lah kacau daun ya, tapi dek, baik adek menangis ingat mak ayah kat kampung tu, hantar adek UMT ni untuk belajar. hurm. Dalam hati terdetik, masha Allah, bagaimana ya generasi adik-adik kita yang sedang primary school sekarang? Dan, generasi anak-anak kita nanti.. *Phew! Tak ter'imagine'


Baiklah. Mata dah mula kuyu, err panda eye~ Moral of the story. Saya gumbira dapat turun padang untuk join rondaan setelah sekian lama tinggal. Dan, bagi saya, usaha yang mungkin nampak kecil ni patutttttt diteruskan! dan di'extra'kan. How small it is, it is a moving effort. insha Allah, sedikit demi sedikit akan bagi impak yang besar. haaa kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi? Wahh, semangat! Hiyyyark! Hapuskan virus maksiat ni selagi mampu, anytime, anywhere! Tak kira melalui medium apa sekali pun. Well, adik-adik kita membesar, anak-anak kita in-the-making (err), lets do something to save them >,< Kenalpasti puncanya. Dari mata, telinga, lisan etc. Semoga kita semua akan terus terpelihara, dan mampu menjaga diri. Cegah maksiat, sesungguhnya mencegah yang mungkar, mangajak kepada kepada kebaikan itu wajib ke atas setiap Muslim. Ha, ingat tu! :) *Senyum sampai mata sepet. Akhir kata : Jangan biarkan CINTA berterusan difitnah. Cinta tidak se'kotor' itu. Alangkah indahnya cinta itu didasari wadah yang menuju ke jannah. Indahnya! Nak kawen~ (Opps) >.< Okbai!

------------------------ Tido, esok sekolah! As salamualaikum ---------------------

No comments: