Monday, December 17, 2012

Buku Best! Jom Baca!

As salamualaikum! Wah petang yang sangat mencabar. Cuacanya sangat best untuk tido.. Zzz Dari tadi saya tahan mata daripada tido, sebab tak elok anak dara tido lepas asar. Elakkan elakkan! Buat apa sahaja, tapi jangan tido >.< Hiyyaark! Nak ajak kawan pergi pantai, tade yang nak teman, nak ajak mira, semalam dah ajak. Hihi Kesian plak. Hurm tapelah, tulis blog. Walaupun kekeringan idea untuk mengarang apakah disini. Hewhew~ Ok, dapat satu idea! Saya nak ceritakan tentang beberapa buku yang say baca, dan semua buku ini adalah sangat highly recommended untuk baca, untuk jadikan hak milik sendiri. Yang penting, they are really worth to read. Best! :D 



Saya bukanlah seorang individu yang suka membaca, tapi suka beli buku especially yang ada cover yang menarik >,< (hihi) Pelikkan? Jadi jangan ajak saya ke pameran buku, book garden, book store, book cafe dan yang sewaktu dengannya. Buku-buku, malangnya susahnya saya nak khatam kecuali bila ada sahabat yang pinjamkan (no option, terpaksa baca cepat-cepat hoho) ataupun buku-buku yang berkisar topik yang saya suka >.< Lain-lain, kebanyakannya tersusun rapi tanpa dibaca, kalaupun dibaca, ditanda kemudiannya entah bila saya akan sentuh semula buku tersebut. Mungkin bila penuh diselaputi habuk tebal hoho Maafkan saya inche buku (-.-') Baiklah, ini antara buku yang saya baca, dan saya rasa tertarik untuk kongsikan pengisian buku-buku nih :

Ehsan Google!
Tangga pertama buku paling hot! Ini dia! Buku ni saya belum khatam sepenuhnya lagi, baru separuh kalau tak silap huhu tapi buku ni sangat bagus! Pendekatan yang dibawa oleh penulis sangat-sangat berkesan :D Pernah sekali satu bab, sangat menyentuh hati dan perasaan saya. Benar benar memberi rasa 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' Hoho Berbaloi-baloi beli buku ni, especially bila kita perlukan tarbiyah untuk jadi baik, goodie-goodie :) Buku ni seolah-olah memberikan satu satu jalan menuju ke arah itu. Relevan dan signifikan, tak terlalu berat, tak terlalu santai. I like! :D

Ini pun ehsan Google!
Taraa! Buku seterusnya adalah buku 'Beduk Diketuk' karya penulis yang fofular, bukan calang-calang, seorang penda'wah hebat iaitu Pahrol Mohd Juoi. Buku ini sangat menarik, dan saya kira bagus untuk dijadikan 'pocket book' bagi setiap daie. Kemas penerangannya, hujahnya kuat dan reliable. Saya suka sangat! Buku ni mengetengahkan isu-isu masyarakat di sekeliling kita, sekali gus memberi teguran halus kepada corak pemikiran tipikal sesetengah kelompok masyarakat yang perlu kita pandang serius. yeah! (walaupun baca tak habis lagi hihi) Dalam proses meng'khatam', tinggal beberapa bab lagi. Buku ni direkemen oleh ramai sahabat-sahabat saya, dan akhirnya saya berjaya grab dari seorang sahabat. Haaa pinjam lama plak tu, dan dekat 3 bulan saya kira hoho nak baca puas-puas dulu, sekian! :D


Jeng jeng jeng. Buku yang ketiga yang ingin direkemenkan, ialah buku  fofular ni, Sebelum Aku Bernikah. Wah wah. Tajuk kegemaran Muslimin Muslimat gitu huhu Buku ni mula fames dalam pertengahan tahun 2012. Ho, sambutan yang diterima sangat sangat baik termasuklah di Singapura dan Brunei. Waktu tu, makin saya tertanya-tanya apakah killing factor yang ada pada buku ni. hoho hingga, bestfriend saya dyb yang study di pandan indah pun ter'beli'. hoho kalau kawan saya beli, saya pun kena beli! (tade kaetan pun sebenarnya hihi). Ok fine, pengakuan ikhlas, memang saya nak >,< uhuk3

Di terengganu tak tahu mana nak beli, sehingga lah akhirnya saya diberitahu buku ni ada di book garden UMT. Oh alangkah indahnya. Suatu hari saya cari, dalam fikiran saya, nak cari buku 'Aku Terima Nikahnya' Erk! Padahal tajuk lain. wuwu Yes! Jumpa, buku tu elok jah diatur di satu sudut. Tanpa berfikir panjang, i grab you! hoho Seronok akhirnya dapat *Wah Senyum lebar sampai mata sepet. Lucunya, sampai sekarang (2 bulan kemudian), tak habis baca pun huhu excited je lebih. Tak sempat. Apapun, setakat beberapa chapter pertama yang saya baca, sangat best! Dan sangat sesuai dengan orang yang bakal bergraduat semester depan macam saya (Err apa point cuba disampaikan). Seronak membaca, hujah-hujah mengenai perkahwinan juga sangat konkrit. Seolah-olah saya jumpa jawapan yang saya cari. Wahh begitu rupanya nikah ya huhu Ok, tak nak komen lebih, just buy this book and you ll know :)



Ok, dah nak maghrib. I made it! Saya tak tido pun! Misi berjaya. hoorey! *Muka gumbira dan terharu. Phew~ Teringat kata-kata bijak pandai, siapa kita pada hari ini adalah bermula dengan apa yang kita baca. Begitu lah level pemikiran kita yang bakal dihasilkan melalui apa yang kita baca pada ketika ini. Jika elok, al hasilnya insha Allah berkualiti, bernas dan boleh diterima pakai. Begitu juga sebaliknya. Nak baca, pilih-pilih ya. Jom jadi ulat buku! :D

2 comments:

~cik fitriah~ said...

ya. saya pun ade buku itu :P


xsempat nak layan buku2 ni skrg daa.... uhukuhuk

khalida binti kharudin said...

Lepas exam baca dybbb, lening dok dang.. isk isk chaiyok3!