Wednesday, December 19, 2012

Sotong oh Sotong!

Wah hari ni secara rasminya merupakan hari terakhir semester ni! wuwu dan esok, dah tade kuliah :D cuma kena bersedia untuk presentation subjek Islam dan Alam Sekitar. phuff* Baiklah. hari ini hujan lebat, suasana basah-basah dan lembap. Berasa di bilik sangat sejuk dan mula membuatkan mata menjadi sangat mengantuk. Sedang scroll down page HOME di Facebook yang tiada apa-apa, terasa bosan dan zZZ >,< tiba-tiba pintu diketuk! hoh? Suspen* Rupa-rupanya Kak Limah datang pulangkan kunci basikal yg dipinjamnya tadi. hoho jadi, apakah signifikan daripada kisah ini. hewhew~ inilah permulaan kepada sesuatu yang osem hari ini! :D heyhey apakah itu? *Muka excited! Kak Limah cakap, bosan la, jom keluar jalan-jalan. Wahhh apa lagi kami pun plan nak keluar makan stong celup tepung di satu tempat best. Dekat warung Pok Nong! And indeed it is my very very feveret place. Kalau ada yang tanya saya, memang saya akan rekemen kat sini. Marvelous! :D

Jadi petangnya, lepas Asar, kami pun menyewa kereta dan kumpul ahli jemaah. huhu Yang ikut join sekali tak lain tak bukan, my dear coursemate, Farah (kembar saya), Sarah, Dayat, Muni dan Kak Limah. hihi Kami 6 orang bersempit-sempit, bersardin-sardin dalam kereta Kancil. Nasib baik semua saiz S hoho such a sweet short moment, yg bersempit-sempit tu lah nanti ingat sampai bila-bila bak kata Farah hihi >,< Jam 6 lebih, disebabkan jalan jem, cuaca pun jem (tak tahu ada kaetan ke tak), barulah kami sampai sana. And as expected, kedai penuh! Alhamdulillah, ada satu meja ngam-ngam untuk kami berenam yang tuan nya baru lepas bayar, kami pun..zupp! terus duduk dengan muka tak bersalah apabila melihat ada sekumpulan customer pun baru sampai uhuk3 





Wah, oleh sebab dah banyak pengalaman, saya pun terus ke kaunter 'udang dan sotong'. Jeng jeng! Kat sini sistem layan diri, jadi, sotong dan makanan-makanan lain ambil sendiri, tunjuk, tahu harga, makan dan bayar. Kami ambil 2 ekor sotong saiz besar (harga RM15), dan udang yang fresh dan juicy 12 ekor (RM2/3pieces). Haaa bestnya makan! Suka suka *Senyum mata sepet*. Sebelum makan, ops, ambik gambar dulu.. hihi simpan untuk kenangan. Semua happy dan makan dengan gumbira. Cuaca tak ok sangat, hujan lebat waktu tu, tapi Alhamdulillah port kami agak terlindung dari tempias hujan yang sedang menyerang warung pok nong hoho Sesi makan berlansung lebih kurang 40 minit dengan tambahan 2 lagi ekor sotong besar dan 3 ekor udang hiii Best3 :) Tak lama kemudian, bila hujan reda kami pun beransur balik. Total harga : RM55 Pok nong bagi diskaun jadi RM53. Ok la, sebab kami ramai, makan pun banyak, rasa macam nak meletup letup. Erk..huhu Alhamdulillah. Makanan best, dan memang feveret saya pun. jadi what else to say, price does not really a matter (cewah, ayat mcm banyak duit sangat) hihi dan apa yang paling best, makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. That is precious :) Kalau pergi warung pok nong sorang-sorang, order ABC, ambil sotong dan duduk di satu sudut kedai dengan muka kesunyian dan kesepian, err i rather sleep in my room with my turtle. huhu Syukur, dapat nikmati saat ni  selagi bergelar mahasiswi UMT. Bila dah grad nanti, entah bila lagi dapat suka-suka, makan-makan dgn kawan-kawan seperjuangan satu kos ni. *Termenung. Its okay! Insha Allah akan ada masa nanti ya :) Smile always! 

----------------------------------- Forever Love Sotong -------------------------------

No comments: