Pages

Monday, July 1, 2013

Masih samar-samar hurm Allah, berikanlah aku petunjuk :(

As salamualaikum! :D genap 4 hari berada di rumah selepas tamatnya pengajian sebagai mahasiswi UMT (saying like a boss) hihi. duduk rumah, Alhamdulillah, best rasanya berada disisi famili. akhirnya dapat makanan mak masak, dapat tengok berita dengan ayah, dapat tolong adik buat kerja sekolah dan berebut rebut remote TV dengan my lil bro. huhu the time that i always missed sewaktu pengajian :] 


Dan waktu ni jugaklah, sebok menghupdate blog, gugel gugel resepi, berfacebooking (yang ni tak payah cakap la, dekat UMT pun duk online je hihi) scroll..scroll.. banyak jugak ya perkembangan dunia luar dalam yang baru tahu melalui FB. hurm. pasal apa yang berlaku di Syria, Messir, Myammar etc. dan dan, kisah kisah rakan seperjuanganku nun jauh disana, kini di negeri masing masing. ada yang dah kawen (kawan USIM), ada yang dah decide sambung MASTER di UMT, dapat lecturer bagus, ada yang pilih UiTM untuk sambung, tak kurang yang bekerja. yang tak online memang senyap sunyi gitu jah huhu. my lil friend myra, sekarang tolong mak sedara jaga kedai katanya, jarang jarang online. i miss her. huhu seroonok tahu perkembangan depa. yang tak seronok nya, bila tahu perkembangan orang lain, pikir diri sendiri, tak habis cerita jawabnya (-.-)'' aiyokk. 

Semuanya masih samar-samar. Aturan masa hadapanku. warna yang hendak dicorakkan, entah bagaimana. Nak sambung? dengan siapa? kajian apa? dimana? Nak kerja haaa kerja apakah? dimanakah? mak ayah okay kah. hurm. begitulah. fikir fikir, kadang kadang buat penat jah. penat (mungkin) sebab tak disusuli dengan tindakan sebenarnya. masih hanging di sana sini. Untuk MASTER, dah mula tawar hati. untuk kerja, umm umm belum pasti, mayyybe. walaupun peluangnya masih ku tercari cari. pheww~ 



Sekarang, persaingan extremely sengit. betul lah orang cakap, bila keluar dari alam belajar, yang pandai cari peluang, akan survive dengan jayanya di alam pekerjaan. huhu Sekarang, hanya mampu berdoa, gugel-gugel dan tanya pendapat yang lebih arif tntg perihal pekerjaan. terasa sangat 'jerebu' sekarang. tak nampak jalan. ya Allah, tenangkanlah hati ini, tunjukkanlah jalan yang terbaik. mudah-mudahan apapun keputusan yang diambil di kemudian hari, itu lah yang terbaik. Dah jam 1 pagi waktu Malaysia! masa untuk beradu. counting and counting, 9 days ahead to Ramadhan al mubarak :D 

No comments: