Sunday, June 30, 2013

Resepi ketupat sotong Terengganu :)


Resepi ketupat sotong! hah ni diaa :) 

10-15 ekor sotong saiz sederhana
3 cawan beras pulut
Santan pekat (kurang lebih 2 cawan)
Santan cair (kurang lebih 2 cawan)
1 sudu kecil halba
Bawang merah (mayang)
Halia (potong nipis nipis)
Sedikit garam

Cara-cara:
1) Bersihkan sotong, buang bahagian dalam, dan pisahkan dengan kepala/janggut sotong (masukkan dalam kuah nanti)
2) Rendam beras pulut dalam santan cair untuk seketika, tambahkan sedikit garam.
3) Sumbatkan beras pulut tadi ke dalam sotong, cukup sekadar memenuhi setengah bahagian dalam sotong.
4) Kemaskan bukaan sotong dengan lidi, untuk mengelakkan beras pulut tadi terkeluar.
5) Masukkan santan pekat ke dalam periuk, bersama bawang, halba, halia dan garam.
6) Masukkan sotong tadi ke dalam periuk.
7) Tunggu sehingga kurang lebih 20 minit, pastikan pulut betul-betul masak dan kuah semakin pekat. 
8) Sedia dihidang! nyom nyom :D

No comments: