Friday, July 5, 2013

Impian yang tersimpan saya :D


Antara impian yang tersimpan saya ialah:

1) nak redha Allah, masuk syorga insha Allah aamin!
2) nak berbakti untuk mak ayah sehingga nafas yang terakhir
3) nak kawen dengan suami soleh, dapat anak soleh/solehah insha Allah
4) nak tunaikan rukun Islam ke 5, tunaikan haji di Mekah insha Allah
(kalau boleh nak sponsor mak ayah sekali hihi)
5) Nak sambung belajar, bekerja dalam bidang yang diminati 
(paling penting, dapat beri manfaat untuk orang lain)
6) Nak berdakwah melalui penulisan! 
7) Nak jadi chef yang super hebat (di rumah) untuk ncik suami, dan buat ncik suami bahagia (oo ceh)
8) Nak bukak bisnes! Bisnes piza, kek dan kookies hihi 
(minat bahagian ni walaupun tak terer & masih lagi peringkat belajar)
9) Sertai kerja kerja conservation dan charity 
(dengan sumber rezeki yang baik, insha Allah) 
10) Nak buat something mengenai isu Muslim di Syria, Palestin, Iraq dll. 
(Something yang memberi kesan signifikan untuk kesedaran masyarakat hoh!)


Coretan dikala tengah malam, sunyi sepi ditemani bunyi cengkerik. Termenung memikirkan masa hadapan. ya Allah, hanya Kau yang mengetahui apa yang tersedia untukku di masa hadapan, kuatkanlah aku, yakinkanlah aku. Kurniakanlah aku petunjuk Mu, condongkanlah hatiku kepada pilihan yang baik untukku, masa depan ku, keluargaku, dunia akhiratku. aamin

No comments: