Pages

Thursday, July 11, 2013

Kisah kek coklat! :D

As salamualaikum! Dah hampir seminggu rasanya tak jenguk blog. wuhuu jari jari semakin malas menaip walaupun pernah suatu ketika, di malam exam, rasa macam nak lompat lompat tulis blog! hoho sandiwara semuanya hik haa, Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, syukur Allah sampaikan kita semua ke bulan ramadhan sekali lagi. yesh yesh! :D

Hello semuaa, selamat berpuasa :D
Setakat ni, saya masih lagi bercuti cutian di rumah dengan senang hatinya, dan sambil sambil mengintai peluang sambung MASTER (lagi) huhu baru baru ni, seorang teman rapat nak tolong dapatkan saya satu projek, dan jadi RA (research assistant) sekali dengan bayaran RM1000 sebulan. 2 3 hari kemudian, saya dimaklumkan projek tersebut dapat kat kawan satu lagi huhu tapa lah, rezeki saya kat lain la tu (positif positif yeah!). 

Dan sebahagian dari rancangan saya juga ialah, saya berminat untuk sambung MASTER dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language), namun saya menerima satu emel yang kurang galakkan saya utk further dalam bidang ni. Menurut lecturer saya, saya perlu belajar sendiri teori teori berkaitan yang biasanya seorang pelajar undergraduate ambil masa 4 tahun untuk belajar. dan kemudiannya, oleh sebab saya asalnya background bio, bila saya keluar nanti, seolah-olah saya out of no where, neither here or there. dia tanya, 'is it okay for you', a question that more sounds like 'frankly speaking, no it is not okay for you' huhu so thats it, ada betulnya juga, Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan satu per satu. sekarang dah nampak skit hala tuju, cuma perlu kerja keras lagi! wulala~

Inilah dia, tepung kek coklat saya jual.. hii
Next, sambil mengintai-ngintai peluang MASTER, muncul pula peluang yang baruuu. yihaa, satu peluang yang saya memang impikan sebenarnya. Alhamdulillah :D peluang bishnesh! yes! i love it. muqadimahnya, saya terbaca di facebook, tokeh Tokwan's Delight (satu brand produk kek) nak cari ejen, dengan permulaan modal RM100, dan margin keuntungan 50%. wah, ini peluang bagus, saya pun duduk rumah tengok tv basuh kain kemas dapur jah. so, i asked myself, why not? yesh! i tried my luck and the tokeh was, okay you are in :D :D 

Bermula lah episod baru kehidupanku, setelah sekian lama tak berbisnes semenjak pasif dengan bisnes Krim Nur Syifa (sebab sibuk dengan FYP). Ahad lepas, 2 hari sebelum bermulanya ramadhan, ambik stok tepung kek dengan kak Fiza, dan Alhamdulillah ramai kawan-kawan support. mak support. yang paling kecut perut, my dad respon. hiii sebenarnya mydad kureng bila saya berbisnes, maybe for him its kinda embarassing when, you know, promoting your product, hoping for the people, strangers to buy your product. and some more, he want me to focus more on my master study instead of doing all this promoting, selling stuff. (eh apa hal speaking london ni wui!) Okeh, but then, slow slow i reveal that sekarang saya ambik tempahan utk buat kek, piza to my dad. dan syukur, dia macam okay. hihi dan, sebenarnya saya isteri dia (eh heh!) :P sebenarnya saya sangat suka dengan apa yang saya buat sekarang :D Jual tepung kek coklat, dan jual kek colat! hii cheq sukaa :D

Tempahan kek coklat yang diorder, sempena Ramadhan :D
Permulaan yang baik, ramai kenalan-kenalan yang support di facebook, dan saya mula arrange kertas kerja serta belanjawan untuk keseluruhan projek saya ni. kali ni saya sorang sorang, bukan dengan faiz lagi. walau apa pun, dia tetap sokong dan banyak tolong dari jauh in term of advice, bagi semangat etc (aduuu), kawan kawan lain pun sama, kitty, myra, lalaa hii yesh, they are indeed mybackbones :D hoh, banyak cabaran rupanya bisnes, yea of course, 'the beginning always the the hardest part'. haa done with that, baru tahu rupanya harga perlu letak banyak ni, banyak tu, termasuk kos bahan, tenaga, masa etc. promosi macam mana. dan paling penting, my objective, my aim: to provide provide delicious and good looking pizza and cakes for everyone's joy :D hari hari seterusnya Alhamdulillah dapat tempahan kek dan pizza, termasuk lah untuk hari raya. yeay! semoga lepas ni bertambah-tambah lagi rezki. orait, till then :D as salamualaikum, selamat berpuasa! :D


No comments: