Friday, February 1, 2013

Progression!

As salamualaikum! Wah, dah lebih sebulan tinggalkan inche belog nih huhu lepas study week, Alhamdulillah exam berlalu dengan jayanya, tanpa sebarang musibah, syukur. Cuma sekarang, tawakal! Berkat usaha, berkat doa insha Allah.. dekan.. ehee (nak nak!) 


Lepas exam, macam-macam plan nak buat. Nak makan steambot, nak bbq, nak shopping, nak jalan-jalan kay el, nak pergi masjid wahh penuh list! Tapi tup tup lepas merdeka pada tanggal 15 januari 2013, zzZ kroh kroh tak tahu nak buat apa. huhu hari pertama lepas exam, 16 januari, seharian duduk di bilik asrama, tak buat apa-apa, cuma tengok movie. ha! nak sangat kan, tengok sampai 2 movie pun dah rasa pening-pening, erk, tak terimagine macam mana orang yang suka marathon movie ya. Baik lah pergi masjid, dengar majlis ilmu. Lagi best, hati pun rasa tenangggg jah! :D Dan alhamdulillah, tak ingat tarikh bila, sempat berkunjung ke Masjid Putih, di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, dan dengar tazkirah drpd al fadhil Ustaz Mustapha Kamal Hamzah. Rupa-rupanya fames ustaz nih! Pernah masuk Tanyalah Ustaz di tb 9. wo, cayalah! :D

Tak lama lepas tu, maulidurasul ada satu lagi majlis Malam Chenta Rasul di Masjid Putih. Plan punyalah plan, last last, tak jadi.. sebab tade transpot, tak tau nak pergi dengan sapa. haih, itulah, ad lesen drive takut sangat nak drive (-.-') Kang rugi terlepas peluang keemasan gini huhu hope i wud have better luck next time untuk hadir majlis2 ilmu yang berkat seperti ni. Amiin. Hari-hari cuti berlalu cepat sangat! Dan saya berpeluang spend manyak manyak masa dengan famili terchenta. Masak-masak, kemas rumah, bestt! Biarlah orang kata tak keluar rumah kan, (ad kawan tu selalu pereli saya sebab tak suka keluar rumah) selagi kita gumbira, i didnt see why not, home where the love is rite? :D Lagipun bila kat rumah lagi selamat sebenarnya, selamat pandangan, selamat lisan insha Allah. Bila jarang-jarang outing, yang jarang-jarang tu lah kita akan appreciate kan? Rasa sangat 'wow' dapat bersama kawan-kawan, ukhti-ukhti, dan famili (^,^)/



Cuti ni Alhamdulillah berpeluang masuk dapur, haaa, apa lagi bersilat tung tang hikhik Saya ambik peluang nih untuk belajar macam-macam resepi. Donat, pizza, mi sizzling, homade roti pita poket dan lain-lain. Seronok dapat belajar masak. Dan lain-lain, dapat peluang masak lauk pauk, well yang ni lagi wajib sebenarnya, kata nak kawen (-.-') huhu heavenly at home for almost 2 weeks, sekarang tibalah masanya untuk fokus pada fyp pula ya. Pada 6 dan 7 feb 2013 akan ada presentation progression bagi projek masing-masing. Dan syukur, pada hari ini, saat laju jari jmari menaip post ni, slide dah 80% siap, cuma ada sedikit data nak dikemaskan, kira-kira dan nak tunjuk slide kat Dr. Amir nex week untuk sebarang correction. haih, agak susah nak bergerak sendiri, semua mate ad kenderaan sendiri nak gerak, pakat ramai-ramai jumpa Dr. dan sebagainya, cuma saya sedikit ketinggalan. Naik basikal sorang sorang menyelusuri jalan biawak dengan membawa segunung harapan, sekalung doa dan.. err ok, ini hiperbola. umph! Its okay, thats what make me much much more independent, more special, much stronger! hoho Siapkan slide chantek-chantek, minta pandangan Dr, apa lagi perlu perbetulkan. stay strong, you go girl!

Donat ku~

Pizza ku~
Tinggal beberapa hari lagi. Semoga diri kuat, semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan keberkatan. Amiin. Sekarang balik rumah kejap huhu 3 hari berada di UMT, rasa lain. Macam ada yang tak kena. 2 hari tak dapat tidur malam, mungkin tak biasa tumpang bilik orang, mungkin perasaan je rasa tak sedap. Apa pun, berada di sana pada waktu cuti, tak best. hihi oh jujurnya. Alhamdulillah rumah 15 minit jah dari asrama umt. Rasa nak balik, koling-koling (>,<) Keh, now fokus dengan kerja. FYP! few days to go. chaiyok chaiyok! :O

No comments: