Pages

Friday, February 8, 2013

Take the lessons and move ahead!

As salamualaikum! 9 Februari 2013. Wah, sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam terdengar-dengar lagi  bunga api, mercun dan sebagainya untuk sambutan tahun baru 2013. Tup tup dah nak tahun baru cina. wuwu keh, hari ni, akhirnya ada masa, ada kekuatan dan ada kerajinan untuk menulis entry berkenaan presentation progression tempoh hari. huhu Sejak 3 feb, dah balik UMT untuk buat persediaan bagi presentation. Waktu tu, siapkan slide, study berkenaan data, baca jurnal balik, ulangkaji apa2 yang patut. Puas cuba mengatur temujanji dengan penyelia, namun kebetulan beliau sibuk dengan urusan lain. Terkapai-kapai, terkontang-kanting. Ingatkan cuma saya sorang yang mengalami nasib yang sama, rupanya beberapa rakan lain pun sama. Ada yang penyelia outstation dan memang tade sepanjang proses persediaan progression ni berlansung. huhu Jadi pandai-pandai lah kami survive dalam waktu yang genting nih. hoho *kesat peluh. Think positive, think different! kemong, go go girl!


Dengan rakan satu penyelia pun, Kak faz, puas mengatur hari, tapi selalu cancel date. Cuma pada hari selasa, Alhamdulillah dapat mengatur pertemuan dengan student Master yg sebelum ni memang banyak tolong, iaitu Kak afny. Dia tolong aturkan data, ajar cara guna software, dan check slide. Katanya banyak sangat yg saya letak dlm slide, dan patut kurangkan lagi. Untuk seketika, rasa lega. Terfikir nak jumpa co penyelia, tapi teragak-agak, tak tahu kenapa. Takut, malu (sbb sebelum ni jum 2 3 kali je), semua ada. Last-last, tade kekuatan nak pergi. Berdikari atas kaki sendiri waktu tu, dan tawakal *Phew~

Hari-hari berlalu. Hati tak tenang, saya sendiri tak tahu kenapa. Susah nak describe. Beberapa tak dapat tidur malam (ehek, tidur siang lah tu!) hui Mungkin sbb tak dapat jumpa penyelia, tak dapat jumpa kak faz dan beberapa sbb lain. hurm Malam akhir sebelum presentation, saya dimaklumkan oleh seorang sahabat,co sv sy akan hadir pada hari presentation untuk tengok presentation student co beliau. Allahurabbi. Rasa sesak dada tiba-tiba :[ saya tak dapat gambarkan perasaan, tapi saya dapat rasakan presentation sy nanti is not going to be good. saya dapat rasakan. it s a hunch, and there s always a hunch bedore any important days taking place in my entire life. Apa pun saya cuba positifkan diri. Positif positif! Sahabat saya tolong check slide, dan kami berbincang apa yg perlu ada, tak perlu ada sewaktu presentation. 



Malamnya, saya baiki lagi slide. Check logbook, tengok kalau-kalu ada apa-apa perlu tambah. fuhh, penat tapi cuba menggagahkan diri. Sekejappp jah, dan lepas tu, rehat puas-puas sebelum sampling hari isnin (11 feb) nanti huhu My mind, by that time, keep saying. Something aint good is going to happen. Saya sendiri tak tahu kenapa. Dan malam tu, tak boleh tidur. Penat saya berlatih, atur apa yg nak disebut, dengan nada, dengan prepare untuk soalan. haih, Allah sahaja yang ttahu betapa berat rasa waktu tu. Sekalipun rasa tak sedap hati menguasai diri, sy gagahkan diri, i had told myself, come on, u can do this, yes yes u can! hoh hours by hours, i just cant sleep tho that i mreally mentally tired. Jam 5 pagi, paksa diri untuk tidur, atleast 1 jam pun jadi lah. but then, fail. Jam 7 lebih mula bersiap, dan jam 8.15 pagi sampai ke destinasi. Kak faz org yang pertama ada dlm bilik tu. hui, feels scarry, nervous.. semua ada.. haih, semoga Allah permudahkan segalanya..


Scared and worry of being.. the one..
Seorang demi seorang present. Turn saya yang ke empat. As expected. It didnt start well. Presenter yang pertama, kedua ditanya bertubi-tubi, dengan soalan yang pada sy, pada kaca mata saya sebagai seorang pelajar, merangkak-rangkak jugak lah nak jawab. Saya yang duduk ni, terketar, makin lama makin saya kaku, saya rasa tade keyakinan lansung untuk pergi ke depan dan present. hurm. aundience makin ramai, ada yang presenter, ada yang sekadar datang beri sokongan, ada yang student master. Makin lah membuatkan saya rasa, dup dap dup dap makin lajuuuu. penyelia, co penyelia, dan panel lain betul-betul berada di belakang saya waktu tu. Nak pusing pun sy tak berani huihui Giliran kak faz, dia present satu persatu slide. saya mengangguk angguk, walau tak faham, tapi saya tahu perbuatan tu membantu kawan-kawan yang sedang present. bagi mereka rasa lebih konfiden, dan rasa kita memberi perhatian dgn apa yang dibentangkan (walaupun tak faham) hikhik dan waktu Question and Answer, phew.. peluh-peluh sampai basah baju! Aduh, banyak nya kena tembak (-.-') Bertubi-tubi soalan ditanya, berkaitan objektif, berkaitan attitude dgn co sv (as expected, which i fear and worry), berkaitan slide, itu salah, itu tak betul.. ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tuh. tak tergambar. Takut, bimbang, saya dah zero level of konfiden nak present waktu tu :( serius, tiada kekuatan. Saya rasa sedih, kasihan tengok kak faz, hanya mampu tertunduk, tak mampu nak pertahankan diri (yang sy rasa giliran saya pun akan buat benda yang sama bila menerima tembakan bertubi-tubi nanti)


Uhurm, i ve tried my best. i am sorry i didnt make it well
Giliran saya tiba, kaki terketar-ketar. Tak rasa lantai kot (ok, hiperbola). Saya rasa neves yang melampau, saya rasa tiada kekuatan lansung untuk present. Bila mula, mulut saya kering sangat-sangat, which is a sign a person is really in fear and nervous condition. Suara saya serak-serak, tak keluar :( oh my Allah.. ya Allah.. rasa sedih sangat waktu tuh :[ sebab saya tade kekuatan, tade keberanian sangat-sangat, zero level. sampai satu tahap, saya berhenti, sambung cakap, berhenti, dan cakap balik. Monotone, baca slide sampai habis and thats it. Dan itu, itu merupakan the worst performance of my presentation in UMT ever. Seriously, and i feel very bad :( Sesi soal jawab, seperti yang dijangkakan, menerima nasib lebih kurang sama denga rakan seperjuangan sy. co sv saya memang betul-betul kecewa dgn sikap kami yang sangat jarang jumpa beliau. Our bad, well its my bad. Itu yang paling beliau disappointed. 

Saya tak dapat jawab kenapa saya jarang jumpa beliau, saya cuba banyak kali, beliau sibuk. Kemudian pernah sekali saya datang untuk tunjuk data, malangnya saya datang pada waktu yang salah, beliau sibuk. Cuba dan cuba, tak pernah berjaya. Atau mungkin saya sendiri beralasan dengan diri sendiri sebenarnya. hurm nah, at least it s point where u know where your mistake is! kalau tak kena pukulan sekuat tu, mungkin tak sedor sedor lagi  woi huihui Kemudian, saya ditegur (atau mungkin lebih tepat disebut sebagai dimarahi, dihentam) tentang slide, objektif, data analysis, method dan lain-lain. Saya kaku, helpless dan tak mampu defend diri walaupun saya rasa ada jah soalan yang sy mampu defend diri, rather than dihentam, lagi dan lagiii *heart breaking .



Apapun ada juga soalan yang saya rasa, pelik ditanya. Contohnya, berkenaan apa yang telah di guide untuk buat di dalam slide, tapi bila saya buat, ditafsir lain, dan disalahkan. dan berkenaan sampling occasion, yang sebenarnya bukan sesuatu yang saya boleh manipulate. dan dan dan, saya rasa agak kecik hati sbb cara kami ditegur, seolah-olah memberi gambaran kami tak buat apa-apa, kami tak jumpa lansung para lecturer, sedangkan kami jumpa dan kami berusaha untuk jumpa. kami dah buat sekadar kami mampu. buah cempedak diluar pagar, kalau ..... tolong jolokkan, kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan (pantun plak dahh, dahla part tengah tak ingat) :p hurm tapelah, nak belajar perlu mujahadah kan? tu lah, malas lagi! adeh.. =[ hurm nak kena sungguh-sungguh, nak kena rajen. sbb tu Allah janjikan syurga bagi org yang syahid dlm jalan menuntu ilmu. Positif positif! Bersangka baik!! Boleh jadi faktor pagi (dimana semua org lapar), faktor jarang jumpa lecturers, faktor malas (baiklah saya mengaku) dan sebagainya menyebabkan kejadian hentaman itu terjadi (-.-) huppp terima dengan hati terbuka keh! but still, saya rasa sy punya 'kurang' siket dari kak faz kot, mungkin sbb terkemudian sikit. Bertahan selama hampir 20 minit, dan akhirnya, phuhhhhh selesai! Alhamdulillah, still alive hihi


i survive!!!
Lepas present, saya dan kak faz sembang-sembang. Memang lah, sedih rasa hati tak mampu dibendung, di tahan-tahan. Saya tengok kak faz sedih, jadi saya simpan dulu kesedihan saya. Saya dengar apa dia nak luahkan. hurm satu persatu, disebut dengan nada sebak. naseb baik tak nages dia, kalau nanges, panik plak tak tahu nak buat apa. huhu then kami balik sama-sama. Kak faz kata, lepas nih nak balik, nak lupakan semua walaupun susah nak lupa. Soal kena marah, kena tegur satu hal, dan satu hal yang lain, kak faz kata, nak bersihkan nama baik, maruah diri, bila kena marah gitu, op kos sedikit sebanyak beri impak pada imej kami hurm saya cuma cakap, tapelah, lepas ni kita usaha lagi. baiki mana yang patut. benda lepas, nak buat macam mana. balik, tido, dan lupakan semua. rehat-rehat dulu, balik cuti, sambung fyp dgn semangat baru!! o yeay! heh sembang punya sembang, lapar. huhu akhirnya kami berpisah lepas sampai asrama. Jumpa kawan-kawan, mira, cat, dan yg lain-lain yang sedang makan kuey teo. lapa wei. makan sekali lah huhu 



Lepas makan, semua sembang-sembang pasal kisah prizeng hari tuh. Ada yang ok, tak kurang yang menerima nasib yang sama dengan saya. Bila sampai bilik, baru cerita secara detail dengan sahabat terdekat. Apa yang berlaku hari ni. Tough day of all. Kawan-kawan bersimpati huhu Penat, penat sangat. Mentally and physically.Tertidor lepas tuh, lepas hampir lebih 24 jam tak tidur. Tak pergi pun pasar malam, seperti yang dirancang. Bangun-bangun, myra ajak makan my makanan feveret, roti tempayan. hiii (>,<) Tapi kan, bila saya bangun, saya ternampak-nampak flash back apa yang berlaku hari ni. ya Allah, it was.. really..bad :( saya rasa pening-pening, sakit kepala, teringat semua tuh. it is just, unbearable. Saya rasa sedih tiba-tiba. Baru saya tahu kak faz rasa mcm mana, mungkin masa dia sedih, sy cancel sedih sy. Tapi, infact, kesedihan yang ada dlm diri saya baru muncul waktu tu. Waktu sy sembang-sembang dgn myra, air mata sy otomatik keluar :'( oh no, hilang macho uhuk3 myra paham.. masa tu, i just cant hold my tears. saya tak rasa marah, geram ata apa-apa.. cuma sedih :( 



dan! my dad called just on time. mungkin nak tanya bila nak balik. Saya angkat. hello macam biasa. well how can u lie your very daddy. my first hello, ayah saya straight away tahu, dan dia tanya 'Selsema ke? ke sebab presentation' Apa lagi, huwaaaa menangis-nangis like a little girl lose her barbie doll erk (malunya) it just that, i cant hold it, you know, when u talk to parents, and u had went along a horrible day ever, just want to lay ur head on their shoulders, let them hear, that u can sobs your heart out. oh Allah, thats really best feeling ever. lega sangat. walaupun sedih lagi, tapi sebahagian besarnya, dah lepas :') Malam tu, kadang-kadang teringat. Kadang-kadang happy balik. Kawan-kawan ada yang mesej, yg pm dan bagi kata-kata semangat. Alhamdulillah, apa pun, yang berlaku, biarkan berlaku. Nothing to be ashamed, orang lain dah tak pikir pun. kita je yang overrr fikir kan? Rehat untuk beberapa hari, dan kutip kekuatan untuk another sampling occasions, onother new semester, new determination! fix the mistakes, kemong kemong! i m better than who i ever taught i was. miss khalida, take the lessons and move ahead!! hupp yeah ;D

No comments: