Pages

Friday, February 8, 2013

Lazhania :)

As salamualaikum! Resepi lasagna atau sebutannya lazhania ;) resepi ni pun asalnya dirujuk di belog-belog yang famos amos, hoho rupa-rupanya untuk buat lazhania ni tak berapa complicated, cuma yang complicated bila nak cari bahan-bahan dan agak costly. unless, bila kita tahu trick untuk buat dia jadi kurang costly hihihi okeh, ini resepi yang saya telah modified, sesuai untuk chef amatur, yang baru nak belajar seperti yang sedang menulis ini hihi (>.<) simple lazhania here it is ;)

Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera 
(Direbus sekejap dengan garam dan minyak masak)
Daging burger Ramly (saya guna satu peket/7-8 keping)
Sos spageti (saya guna jenama Kimball, setengah botol)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum
Keju cheddar 250gram 
(1/3 untuk sos keju, selebihnya ditabur di atas lasagna)
500ml susu segar/susu cair dicampur dgn air
Garam secukup rasa



Cara-caranya :
1) Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan daging dan masak sebentar. Guna minya sedikit sahaja, bagi mengelakkan daging menjadi terlalu berminyak.
2) Masukkan sos cili dan sos spageti. Kacau.
3) Masukkan cendawan butang, jika suka boleh letakkan potongan carrot.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam, gula dan serbuk oregano. Biarkan suam, untuk elakkan lapisan lasagna menjadi terlalu lembik apabila diletakkan bersama.
5) Sediakan sos keju,dengan cairkan mentega bersama tepung. Kemudian masukkan susu dan diikuti dengan keju cheddar. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju diatas lapisan daging, kemudian susun lapisan lasagna yang telah direbus.
8) Susun lagi acuan daging sebagai lapisan ke 2, diikuti oleh sos keju. Dari resepi ini, boleh buat 2 lapisan dalam bekas yang agak besar, cukup untuk 7-8 orang makan.
9) Akhir sekali, di atas lapisan lasagna paling atas, taburkan keju cheddar sehingga penuh permukaan. Bakar sekejap di dalam oven, dengan suhu 190 selama 15-20 minit sehingga keju cair. urm, yom yom! hihi

Seronok dimasak beramai-ramai, ada keberkatan. Dan sedap dimakan panas-panas, dengan sos cili, beramai-ramai, dimulai dengan 'Allahummabaariklanaa..' ;) Selamat mencuba!

No comments: