Saturday, February 2, 2013

Pita bread :)

As salamualaikum! Subuh yang hening, tak tahu nak buat apa, jadi kita ber'belog' dulu. yuhuu Alhamdulillah for another beautiful day. Hari ni ganti puasa, hah! target nak habis awal tahun nih. Mesti boleh! huppp... (>,<)/  Hari ni hari terakhir heavenly at home, sebab insha Allah malam ni akan kembali ke UMT meneruskan perjuangan FYP. Esok nak jumpa penyelia sy, Dr. Amirrudin bin Ahmad. hoho setiap kali nak jumpa beliau, mesti ada satu perasaan tak tenang, takut. Last last, tade apa pun. huhu keh, yang penting.. hari ni prepare sebaik mungkin chaiyok3 you go girl! Beberapa hari lagi sebelum pembentangan bermula. haih. Sekarang, ramai kawan-kawan yang berhempas pulas ke lab tiap-tiap hari untuk dapatkan data yang paling chantek untuk dibentangkan nanti. Ada yang sampai seharian, sampai tengah malam, hui seram~ Rasa syukur sangat buat kerja lapangan, i really feel that i m into it, and another thing saya tak buat kerja lab yang sy memang kurang minat, walaupundeep inside saya minat projek-projek, eksperimen yang menghasilkan outcome yang outstanding! new discovery of sciences and all of that :D

This is what my FYP all about, mr. butterfly! 
Sebelum balik ke UMT, haa ambik peluang yang ada ni untuk buat projek kat dapur dulu.. hekhek (><) Semalam, saya akhirnya berjaya buat resepi yang saya memang dah lama nak buat, my very own home made pita bread. haa, kelas kau jahh~ Godek-godek resepi sebelum ni, modify mana yang patut, semalam saya berpeluang buat eksperimen nak hasilkan pita bread, base pizza frozen, dan pizza goreng. Pizza goreng, haa kedengaran pelik, tapi it wasnt that bad. cuma bila goreng, ia jadi kembung dan nak letak topping asyik jatuh hihi apapun, lulus~ hoorey! lulus dalam erti kata, possible to make, and it is edible. halalan toyyiban ;) then base pizza frozen. ho, ini mencabar. saya buat doh, dan shape kan. kemudian half cooke, transfer dalam 2 tupperware, satu dalam peti, satu luar peti.ha, yang dalam peti, satu jam kemudian roti dah mula kering dan nak mengeras. oh no! my roti, cepat-cepat selamatkan wei! Rugi rugi huk huk Kedua-duanya saya simpan, dan guna untuk esok hari. Conclusionnya, tak buleh letak dalam peti, sbb akan mengering dan mengeras huhu mungkin kena letak cover plastik kat dalam, dan add up some special ingredients. hurm *muka kerut kerut fikir




Another project, pita bread. Wah suka suka! :D Dengan gunakan adunan doh special gitu (konon), shape kan jadi bentuk pita bread half round, dan bakar half cook. Keesokan harinya, projek intinyaaa pula (~.~) Buat ala-ala koleslaw, kobis, mayonis, perisa, perahan limau nipis untuk hilangkan rasa.. err yek yek. hihi (tak ingat apa perkataan dy) Kemudian, bahagian daging, tumis bawang, masukkan rempah kari, air, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, lada putih, perisa.. tung tang tung tang.. tara..! done dan dah boleh sumbat-sumbat dalam roti pita. Eheh! sebelum tu, roti pita tadi disapu planta terlebih dahulu, dan panaskan atas pan dengan api kecik, untuk reheat dan lembutkan tekstur nya haa muka dah mula excited masa nih. Ching! *senyum sampai telinga :] 

Sumbat dan sumbat, dan antara yang paling suka, pita bread versi kecik hihi just nice dengan tapak tangan, dan boleh terus ngappp Nanti kalau buat lagi, nak buat versi kecik-kecik lah ;) sesuai untuk makan petang, dan untuk breakfast pun hokeh cik pah :3 keh, semua tentera dah mula nak berangkat ke sekolah, destinasi masing-masing, tinggalkan mr lonely forever alone kat rumah nih. huhu Jadual macam biasa, full time suri rumah mula bertugas! Pagi pagi ni selesaikan hal rumah tangga dulu sebelum fikir fyp huhu ada ciri-ciri isteri solehah di situ (erk!) off dulu~ jum dengar tanyalah ustaz sambil lipat toto dan selimut bertemankan hensem boy si ijoy yang merupakan seekor kucheng. semoga Allah memberi keberkatan dan kemudahan dlm segala urusan hari ini. amiin. Da!

No comments: