Pages

Sunday, October 28, 2012

Naskah Cintaku Untuk Siapa?

Erk As salamualaikum! :D Suka nya setelah 3 hari beraya sakan. Raya Eid Ul Adha. Makan dan makan lagi. Rasa macam dah naik 5 kilogram hikhik Makan bukan sebarang makan, makan daging, gulai daging, singgang daging, sup daging, kebab daging.. dan errk pengsan~ hihi Best sangat, dan tersangat lah best bila kegembiraan eid ul adha pula setelah berjaya hantar proposal yang dari awal semester pulun buat. Masha Allah, rasa macam tak caya, i did it! Dan sehari sebelum tu tak tidor. Ergrr (-_-') Denyut-denyut rasa kepala. Haish. Yang peliknya, sampai rumah petang khamis, all pain gone. Seeing parents happy faces, i m able to smile and laugh and feel happppy deep form heart! Yeay! I like holiday :D


Sebelum cuti, tak berapa lama sebelum tu, diadakan satu forum bertemakan chenta di surau al irfan. Ahli panelnya, Firdaus Jaafar (student), Ustaz Riswadi, dan Ustazah Rodhiah. Haa Ustazah Rodhiah! best nih! Terbanglah ke surau irfan malam itu. Tajuk diberi, 'Naskah Cintaku Untuk Siapa' Haa, ramai. Biasalah topik chenta, and yang ramai tu of koz muslimat. yang Muslimin kebanyakannya berada di teflon, wahh siap pasang big screen untuk tengok final match bola yg kebetulan sama timing dengan forum. huhu Alhamdulillah, forum sangat best, walau dah biasa dengar pasal chenta, apa nak buat bila jatuh chenta, istikarah chenta, dan yg seangkatan dengannya, tapi kupasan dr ahli panel sangat best. Especially Ustaz Riswadi (dahla hensem). Haa menurut beliau pernah terjadi di UMT, akibat chenta ni, ada 7 cubaan bubuh dir yang pernah berlaku di sini. Masha Allah, penangan chenta. Terkezzut rasanya, nauzubillah :/



End of forum. Ramai yang SMS inche moderator untuk bertanyakan soalan. Soalan yang macam-macam, funny pun ada, walaupun ada jugak yang terkena batang hidung. huk3 Antara yang buat hati saya terkesan, adalah bilamana Ustazah Rodhiah galakkan beberapa amalan untuk kita suburkan cinta yg sepatutnya ada dalam diri. Terang Ustazah, kata Imam Syafie, cinta yang diharuskan dalam Islam ada kategorinya. Macam ni haaa : Cinta hamba kepada TuhannyaCinta Rasulullah s.a.w, Cinta ibubapaCinta murid kepada gurunya, Cinta masyarakat kepada pemimpinCinta suami isteri, Cinta sesama sahabat fillah dan last! Cinta sesama umat Islam. Dan of kos, ini mengikut keutamaan kita sebagai jiwa yang bergelar hamba. So, langkah kita dalam mencari cinta Allah, nak melayakkan diri untuk dicintai Allah. Hurm. Tiba-tiba soalan itu yg menjengah di fikiran saya sewaktu moderator sibuk membelek-belek soalan yang dibaca kan. Kemudiannya cinta Rasul? Bagaimana itu. Ish. Cinta ibu bapa? Adakah selama ini saya anak yang baik? Dan begitulah seterus-seterusnya. Dalam keseronokan, keterujaan mendengar forum, satu demi persoalan timbul di fikiran dan ia nya meresahkan :(

Lalu di naskah catatan kecil saya yg pinky ini, saya tulis. Ke manakah hala tuju cinta saya? Selama ini apa yang saya kejar? Kepada apakah kecintaan saya ditumpahkan, dimana saya bersungguh-sungguh, all out untuk dapatkan 'itu'? Apakah 'itu'. Bak kata ustaz Riswadi, audience yang kumpul tengok bola malam ni, di teflon, di stadium adalah sebab kecintaan yang mendalam pada bola. Buat apa-apa saja untuk bola! Sanggup meredah lautan api barabgkali. Err. (-.-') Erm. Itu mereka. Saya macam mana? hurm. Kemudian, saya list satu persatu jawapannya. Apa yang saya suka dengar, lihat dan.. apa-apa saja.. Dan, jawapan nya.. jeng jeng jeng!


Sepertimana manusia, remaja-remaja seusia sy yg lain. Rupanya saya lemah. Kerana apa, kerana menyandarkan cinta pada perkara dunia. Betapa banyak masa, usia, tenaga, keutamaan dibagikan utk hal-hal dunia sahaja seperti.. student life, test, assigment, kuiz, presentation dan macam-macam lagi. Tipu kalau kata bukan cinta, masakan semua (termasuk sy huhu) sanggup tak tidur malam demi hasil assignment yg terbaik, kan? Lagi, kecintaan pada perkara hiburan. Senangnya tergoda tengok rancangan-rancangan tv, rancangan award, talkshow, drama air mata dan lain-lain. Sampaikan kalau nak g tandas pun sanggup tunggu. ha, bukan cinta? oh tipu tipu. huhu Em, apa lagi, utk makan-makan, utk kawan-kawan, utk yg seronak-seronak, itu lah yg kita cinta sebenarnya. Itu saya lah kot. huhu em realiti. Adakah salah? Tidak. Tapi tapi, ia akan jadi salah kalau tak di balance kan. Kalau ikut join sekali, kalau terlekat-lekat insur jahiliyyah dlm diri akibat terlalu suka, terlau 'chenta' >_< 



Sedih dgn kenyataan yg sy senaraikan. Tapi itu lah hakikat. Bagaimana nak balance kan? Balance kan dgn amalan-amalan yg ingatkan diri pd Allah, kembali kpd fitrah hamba. Cari ilmu. Hadiri majlis ilmu. Berkepit dgn surau Irfan. Kenal orang-orang kat sana, sahabat-sahabat yg boleh bg contoh akhlak yg baik. Supaya setidaknya diri terasa jugak jeles, dan nak jadi baik macam depa. ha, kan? Kikis sedikit demi sedikit perkara yg tak dtgkan manfaat. Mungkin tak secara mendadak, tapi.. cuba.. cuba..! hoh perlukan mujahadah. Tak salah utk cinta assignment, cinta test, cinta proposal, dah kira baik dari cinta yg bukan-bukan, cinta anak teruna org kan. ye dak? Tapi, once again, biar berpada-pada. Biar ada cinta juga utk Allah, biar ada keutamaan juga utk Allah. Ada cinta utk Rasulullah :'( Ada cinta utk agama, ada cinta utk akhirat sana. Hurm. tiba-tiba rasa sedih :( Allahurabbi, tetapkanlah hatiku yang rapuh ini pada jalan ketaatan pada Mu. Sesungguhnya, hamba Mu ini lemah, lemah selemahnya.

No comments: