Pages

Saturday, October 20, 2012

Selesai sudaa presentation!

Wah, mata sangat mengantuk dengan angin sepoi2 bahasa ni. Hujan lagi. 2 2 roomates dah pegi kelas. sunyi sepi. Jurnal kata pergi, bantal kata mari. Haishhhh tak boleh, tak boleh. hewhew! Tahan mata daripada tidur please. Aip aip! Ok jum tulis sket, nak share cerita pasal apa yang berlaku semalam (20 Oktober 2012). One of the most important day in my very very final year. 


Alhamdulillah, lepas beberapa hari melalui hari-hari sukar utk persediaan pembentangan proposal, akhirnya tamatlah hari  yang scarry itu : 20 Oktober 2012 jam 9.55 pagi yuhuu happy! :) Itulah dia, pembentangan saranan Projek Ilmiah Tahun akhir (PITA). Minggu lepas dah settle satu pusingan, dan semalam merupakan pusingan kedua. Dan sepanjang tahun akhir nih, akan ad continuous presentation yang mana 2 lagi merupakan presentation untuk progression (2x kali kalau tak silap) dan last sekali, presentation utk outcome yang kita dapat. 

Haaa punyalah semangat prepare untuk present, minggu ni rasanya tak puas jumpa Dr. Amirrudin Ahmad supervisor kesayangan untuk minta pencerahan pasal proposal, tanya pasal presentation, baiki slide dan macam macam lagi. Haaa Siang malam mengadap jurnal, sampai kadang-kadang makin baca makin tak tahu huhu >.< Haih, sapa kata belajar tu satu proses yang cepat dan mudah, haa konfem tipu. It takes time, and another thing is : MOOD. hoho Semakin hari, semakin nebes menantikan hari presentation. Tak tahula apa yang ditakutkan sangat sebenarnya =.='' Takut tak dapat present dangan baik, takut ditembak, atau takut tergagap? Haa macam-macam persoalan yang timbul dlm kepala. ish :/



Hari ahad, isnin, rabu dan khamis streett jumpa Dr. Amir dan ada jugak plan nak jumpa co-supervisor Dr. Wahizatul Afzan Azmi, tapi masa tak mengizinkan. Phew! Alhamdulillah, Dr Amir banyak membantu. Sangat-sangat membantu. Style Dr. Amir, kita datang dangan softcopy, beliau pasang dalam laptop dan terus baiki sambil terangkan kesalahan-kesalahan dlm slide yg kita sediakan haa i like hihi :) Dan hari tu jumpa, banyak jugak lah dibaiki, long to short sentence, susunan slide, gambar dan macam-macam lagi. Hari khamis, dr amir adakan rehearsal khusus untuk student beliau sahaja. Punyalah banyak dugaan, plannya nak pergi dengan sorang kawan, tapi malam rehersal tu, kawan tak sihat pergi klinik. Hampir putus asa, then rasa sangat sayang dan rugi kalau tak pergi, usaha jugak minta tolong kwn yang lain tlg ambilkan sbb lab tu jauh skit, lokasinya di hujung bumi UMT huhu. Syukur, dalam basah kuyup kena hujan akhirnya sampai juga :D 



Ha, malam tu, sapa volunteer nak present just pergi depan dan present, Dr Amir komen apa2 yang patut contohnya grammar, slide, terms shud be used dan komen keseluruhan presentation utk persediaan present betul2 nanti. Mula-mula mcm malu sbb the only one student biological science and the rest is biodiversity student tapi ah, pergi ja! Nak belajar kan, muka kena tebal sket. uhuk3 Tetap rehearsal present walaupun tak ready sgt dan more to baca slide. Huu~ malunya dahla kak afny ada. Well, she is my supersenior dan seorang yang expert dlm my research iaitu butterfly. Haa hebat kan ;) Then, Dr amir betulkan tak banyak, sbb sebelum ni dah byk betulkan di pejabat beliau. Just a few small matters like map, oh my english etc.

Hari Jumaat 19 Oktober. Prepare dan practice. Alamak! masa banyak terlebih. Masa diberi cuma 7 minit pembentangan, dan 3 minit utk sesi soal jawab. Haish. Macam mana :( Bermula lah sesi mengedit slide, cut script dan even ada slide yg kena cut pun. Hurm. Then practice and keep practising. Waa tetap 12 minit :O Hurm nak buat macam mana, cakap dah maksimum speed sampai terbelit-belit. ish. Dipendekkan story, tibalah hari Sabtu. Seawal jam 7.50 pagi dah turun dan berjalan-jalan ke Fakulti Sains Teknologi. Tak lama lepas tu, panels pun sampai. Haaa dengarnya panel yg paling ditakuti dek kerana kehandalan shootingnya iaitu Dr. J akan berada di bilik pembentangan sy. Ya Allah, betapa sy berharap beliau tidak berada di bilik itu. Huhu iyalah, takut tak cukup kuat menerima serangan, dan sy sendiri tak pasti di level mana sy berada skrg. Sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :[ Hurm Takut dan nebes. But mengikut tips dr kawan, kalau nebes, just mingle around wif people, and it works walau nebes itu masih berbaki dlm diri bila melihat seorang demi sorang panel melangkah masuk, diikuti dgn my super senior, abg haris ke bilik itu. huhu

Ya!! Harus berani!!
Seorang-demi seorang present. Dan akhirnya sampailah turn sy, yang keempat. Melangkah penuh yakin. Berdoa. Memulakan pembentangan dengan yakin. Wah wah Alhamdulillah, berkat cakap sorang-sorang depan laptop, dan kemudahan yg Allah berikan, dapat present dgn ralat yg seminima mungkin. Ada jugakla shashul sket2, well its english kan >.< 'some particular species of butterflies speacialized on certain plant species' ya Allah, susahnya nak sebut phrase ni. 2 kali shashul, kena pause kejap, take a breath dan sambung present. huhu dan satu persatu point disampaikan, Alhamdulillah. its all finished and just nice in time! :D [walaupun sebelum ni practice tak sah kalau tak sampai 12 minit huhu] Syukur, syukur.. everything is okay..



Sesi soal jawab. hihi yang ni best. Soalan yang ditanya, tentang macam mana nak standardize kan sampling effort butterfly, dan macam mana sy akan pilih hari untuk sampling. Huwaa tak sangka soalan itu akan ditanya, sbb dalam fikiran sy panel akan tanya tentang statistik. huu saya pun jawab.. bla bla bla though sy sendiri 50% yakin jawapan sy tu betul hihi To be honest, saya main jawab je. Goreng goreng hik hik Dr. Faridah cuma senyum tengok sy. Senyum ada makna. Dan lepas tu Dr. Faridah cakap, 'Hurm bagus awak konfident, its a good thing awak konfiden, walaupun saya pun ragu-ragu dgn jawapan awak tu' Ehee semua sengih-sengih time tu =.='' Lepas tu, my supervisor mencelah 'Konfident kalau salah buat apa' (In joking way). hihi Hadoi la, so funny the ending part. Then waktu rehat, saja nak tegur Dr. Amir. Dr Amir cakap, Ha!! Tadi jawab salah! Simbah dgn air kang! (Nada gurau) ya Allah dia jerit, satu balkoni dengar. hikhik Hai Dr, Dr. Memang suka bebenor kacau student dia. Macam-macam lagi benda berlaku, just nice lepas sy present, blackout! Aiyoyo Alhamdulillah, sy dah lepas time tu. Phew! Kemudian ok balik. Lepas tu sy pergi tengok kwn2 present kejap, wah Dr. J duduk bilik lain rupanya. Naseb baik sungguh hari ini, syukur.. (Lap peluh) hihi Apapun, sangat seronok this scarry moment dah selesai walaupun mcm2 lencongan dilalui sblum sampai ke destinasi. huhu Kita merancang, Allah merancang, dan Allah juga sebaik-baik perancang. Alhamdulillah, saya mampu tersenyum at the end of the day :) Senyum! Tak perlu kata apa-apa! ^.^

No comments: