Pages

Friday, October 12, 2012

Terasa Jauh Dari Dia :(

Macam-macam perasaan ada di fikiran sekarang. Sedih ada, keliru, bimbang, takut dan macam-macam. Hidup tak tersusun, semuanya rasa kelam kabut. Hendak diaturm seolah-olah kalah pada kudrat, seakan-akan tiada daya upaya.. Allahurabbi :( Haaa saya rasa macam nak nangis :( Bertenang, bertenang, cool down. Jangan tension, jangan stress, jangan marah. *Paksa diri untuk senyum selebar-lebarnya! Ching!



Okay Khalida Kharudin bertenang-tenang.. fuhhhh tarik nafas.. Cuba tanya dengan diri sendiri apa yang tak okay ya.. Macam biasa, bila ada masalah gunakan teknik yang direka cipta sendiri iaitu 'Segi Tiga Terbalik' aka Kenalpasti masalah 'From General to Specific' Haaaa..  Segala keserabutan di kepala, leraikan satu-satu, macam segumpal benang, tarik satu-satu. Ok Ok. Phew~ hihi


Kenapa rasa sedih? takut?
Sebab proposal banyak lagi tak siap, sy dah buat, tapi selalu salah, kena baiki dan baiki lagi. Penat buat, sebab bila kita duduk, nak taip, perlukan attention yang tinggi, rujukan daripada berpuluh-puluh jurnal yg sebelum ini sangat asing bagi diri yang malas membaca ini. Saya tak tahu bila mampu siapkan. Method dah jumpa rujukan yang sesuai, literature riview masih sedang membaca dan belum mula secara rasminya lagi :( Kawan-kawan lain semua dah sampai level, err saya pun tak tahu diorang sampai mana. Tapi takut lah jugak, what if saya masih diperingkat depan-depan, diorang dah sampai expected outcome ke which i think.. erm.. imposibble kot.. hihi sebab everybody still sedang belajar untuk buat jurnal, taip proposal dan memahami teknik untuk digest project masing-masing. Dan proses belajar tu, sumpah, tak mudah, perlukan masa yang lama. Oh, kesabaran dan keikhlasan, jemput-jemputlah  berkunjung ke kediaman hati saya. Saya memerlukan anda =.=''



Kenapa rasa tak best? Serabut? Bad mood?
Sebab my life cycle is now tak normal. Rasa penat setiap masa. Kurang masa untuk refresh rohani. Kurang masa untuk rehat. Kurang masa untuk itu dan ini. Untuk prepare Usrah pun tak sempat >.< Ish. Jadual tido tak teratur. Tidur biasa jam 3-4 pagi, bangun plak lambat. Lepas subuh waaaaa tengokla, dengan bilik yang sangat gelap tu, kadang2 tak perasan dah pukul 10 pagi lebih. Erkk Anak dara oi, tidur siang berjam-jam, memang kena bantai la kalau duk kat rumah erkkk hik hik. Serius, tak suka keadaan ni, tapi tak tahu macam mana nak betulkan balik. Errr tak suka.. hurm (Muka jebek) Betul lah bak kata Akh Hilal Asyraf, permulaan hari yang baik, harus dengan permulaan Subuhnya. Bangun awal, solat Subuh, baca Al Quran, Mathurat. Masha Allah, ada semua ni, konfem, hari tu akan berlalu dengan sangat best! Superbest, sumpah tak tipu!



Yang menambahkan lagi stress -___-''
Something wrong dengan internet connection. Haaa sy tak boleh komen, like atau pun update status. Waaa :O saya ingatkan ini masalah kechil, tapi lama-kelamaan, oh sebenarnya saya sedar sy sedikit tertekan dengan 'itu' uhuk uhuk Ok fine. Susahnya hidup tanpa internet. isk isk Ok positifkan diri, its okay its okay. I am far better than this. Takkan sebab tak dapat komen, like pun nak kecoh kan. No problem at all. Say it!! hihi Kemudian, my sister Hanani ada kat rumah sebab beliau campak. huhu jd dapat MC terus balik ke kampung, nak jumpa, tapi.. minggu ni macam no weekend. Ada kelas ganti hari Jumaat, ada presentation FYP kawan-kawan hari Sabtu. Nak kena tengok jugak, as for my preparation =.='' Hurm. Apakan daya. Zzz, ok final decision. Budak ni nak balik jugak, n nak balik sabtu petang sampai ahad malam. Hoorey! Suka suka :D

How do i deal with my stress, with my self
Saya dah buat experiment ni berulang kali ke atas diri saya. Bila mana saya terasa stress, saya akan.. jeng jeng!

(1) Dengar lagu, either lagu Melayu, nasyid, English, Bollywood hikhik
(2) Dengar Alunan Al Quran Sheikh Mishary Al Afasy
(3) Baca buku kerohanian sekejap
(4) Pergi bilik kawan, kacau-kacau diorang
(5) Basuh baju (Sental habis!)
(6) Youtube Azhar Idrus, atau Ustaz Kazim
(7) Tulis blog, makin stress makin panjang >.<
(8) Tengok movie (Biasanya hindustan atau cartoon english movie)


Yang sebenar-benarnya.. Err.. (-.-'')
Apa pun yang saya buat untuk release my stress, kadang-kadang yang mengarut-ngarut tu, tak membawa kepada ketenangan pun. Serius! Kadang-kadang makin saya rasa, kosong -.-'' Kecuali, yang no 2, no 3, no 6.. Haaa dan, tahu tak. Punca stress itu, kadang-kadang sangat subjektif. Sometimes, well most of the times, saya akan stress bila lapar. Saya akan stress bila ada kawan yang kecilkan hati yang memang dah sensitif ni. Saya akan stress bila kerja saya tertangguh. Ataupun saya tertido pada masa yang sy tak boleh tido, dan saya dan janji pd bantal sy sy tak nak tidor masa tu -.-'' Hurm. Kalau bukan kerana sebab-sebab yang telah disebut ini, mungkin tak stress pun, tapi sy yang mencari alasan untuk stress, dan seterusnya tak buat kerja Hewhew~ Sejujurnya, diri saya, bukan orang lain, pd pendapat sy.. Deep in my heart.. Stress, tension dan tidak tenang 2 3 hari ini adalah kerana saya jauh dari Dia. Far away from Allah, dari kalimah chenta Allah T.T Isk isk Sedihnya :(



Jauh? Macam mana tu ya? Hmm.. Dalam sehari-hari saya mengatur kehidupan, saya rasa seolah-olah lupa meletakkan Allah sebagai keutamaan. Lupa untuk mengingat kekasih hati, Baginda Rasulullah s.a.w. Allahurabbi. Awak bayangkan, hari-hari, bangun, breakfast, hadap laptop, buat proposal, time kelas, pergi kelas, lapar beli makanan, jumpa pensyarah,balik, penat, tidor, bangun, hadap laptop lagi. Erghh teruknya. Dalam to-do-list sehari-hari tiada waktu yg saya peruntukkan utk beribadah secara khusus, utk ingat Allah, untuk buat amal bekalan akhirat, utk berselawat T.T Betapa saya pentingkan diri :( Kita harapkan pada Allah setiap masa, nak Allah permudahkan urusan kita tapi kita, dalam urusan dunia sehari-hari pun kita lupa pada Dia. Allahurabbi, serius, inilah punca stress itu. 



Bukan kerana FYP, bukan kerana esaimen yang menimbun-nimbun. Bukan sebab kawan-kawan buat dajal, tapi hakikatnya hablul mina Allah yang tak terjaga. Feel being apart from Him. Terasa jauh dari Dia :( Kenapa saya kata begitu? Dalam to-do-list kehidupan sehari-hari, tade pun kita tulis Ok, hari ni baca Quran sekurangnya 3 pages. Atau, ok hari ni selawat ke atas Nabi s.a.w sekurangnya 100x. Tiada. Kenapa ya kita sombong sangat dengan Allah :( Kehidupan sehari-hari saya sekarang berputar begitu, kadang-kadang bawa sy jauh dr Allah secara tak sedar. Betapa kurangnya masa kita dgn Dia, sedangkan masa kita utk urusan dunia, untuk FYP wah wah wah 23 jam 30 minit sehari kot. Hoh! Please please. Wake up. Betulkan balik keadaan nih! Ini sangat teruk yokay? Erghhhh~ Nah, satu lagi stress hoh :O Baiki balik hubungan dengan Allah. Baiki, hantar workshop, service, cuci-cuci, kasi sental or what so ever supaya kita dekat balik dengan Dia. Yang jauh, dekat-dekatkan. Yang dekat, nak laaaagi dekat! Imagine, kalau proposal, tapi kita buat dgn ingat Allah, niat ibadah kerana Allah, atur masa kita dgn niat akan ada masa kita dgn Allah, insha Allah. Allah akan aturkan segala-galanya dgn smoooooth jah :') 



2 hari lepas, saya tengok satu video di Youtube, tazkirah oleh Syeikh El Banna kalau tak silap. Beliau cerita, Allah tak perlukan solat kita, Allah tak perlukan kebajikan kita, amal kita! Tapi kitalah yang perlukan Allah. Satu hari allah bagi kita ingat Dia, jumpa Dia, tapi kita yang sombong. Bukan sekali, dua kali.. tapi 5 kali sehari! Dan kita, dengan peluang depan mata mcm tu, apa kita buat? Dalam solat kita berangan, aka day dreaming! 90% orang yang solat berangan-angan dlm solatnya, ingat benda lain, ingat urusan dunia. Betulkan fakta ini? Yes betul! Sepanjang hidup kita, boleh kira dgn jari solat yang betul-betul kita solat kan? Kalau dlm solat kita tak ingat Allah, apatah lagi di luar SOLAT?? Masha Allah. Headshot! Betol-betol kena atas hidung. Saya rasa sedih amat dengar kata-kata beliau. Benar, penghayatan kita dlm solat, dlm mengingati Tuhan adalah sangat tipis. Kita dikaburkan dgn benda lain. Kita bersungguh-sungguh utk suatu hal yg kita akan tinggalkan suatu hari nanti :( Hurm. Stop it. Baiki balik hubungan dgn Allah, luangkan masa seluas2 nya untuk Allah, dan Dia akan aturkan kehidupan kita sebaik mungkin!! 



Last but not least. Khalida Kharudin, wake up plis! Malaikat takkan tanya pasal proposal, pasal esaimen, tapi kita for sure akan ditanya pasal amalan, tak malukah kita akan hadapkan diri depan Allah dlm keadaan kotor dgn dosa, padahal Allah dah titipkan hidayah Islam dan Iman pd kita, Allah dah pilih kita untuk jadi org yg pegang agama nih. Astaghfirullah :( Hurm. So please make finish this take-home-assignment! Sila baiki hubungan anda dengan Allah. Full checklist ini : (1) Solat awal waktu + khusyu' + berjemaah (2) Baca Mathurat setiap pagi selepas Subuh (3) Baca Quran sekurang-kurang 3 pages sehari (4) Tuntut ilmu kerana Allah, jaga adab tuntut ilmu (5) Selawat ke atas Nabi saw (6) Sebarkan da'wah setiap hari melalui pelbagai medium; FB Blog Skype atau apa-apa (7) Study pasal ilmu agama setiap hari, walaupun sedikit. Pasal fardhu ain, fiqh, munakahat (ehem) atau apa sahaja (8) Message adik-adik Usrah! (9) Kontek parents, redho Allah terletak redho ibu bapa (10) Sebelum tidur, buat to-do-list, make sure ad sumthing contribute utk akhirat awak ok? dan muhasabah diri, mohon maghfirah utk dosa-dosa kita dah buat hari ni, maafkan kesalahan org lain dengan kita. Hoah! Susahnya 'esaimen' ni, phew! Peluh-peluh. Ok, for the sake of Allah. Insha Allah, usaha! Kuatkan hati! Hoyeay!!

No comments: