Pages

Sunday, September 30, 2012

Kawan Dunia Akhirat?

Assalamualaikum! Morning. Wah bestnya bangun awal, solat Subuh, baca Mathurat di keheningan pagi. Feel so good! Tak percaya? Cuba compare dengan waktu tertentu yang kita tak boleh buat, mulalah jadual tidor entah hape-hape, kehidupan sangat serabut, rasa macam serba tak kena, gelisah semacam dan sebagainya. So, selagi boleh, buat! Dan yang paling penting tunaikan kewajipan (Eh ke kewajiban? =.=) menunaikan solat subuh ! Jangan subuh gajah atau subuh dinasor. Hohoho  Cepatnya masa berlalu, zuzap zuzap dah Oktober, rasa baru semalam mendaftarkan diri ke semester baru dan hangkut barang-barang ke hostel B2 ni haaa. Tengah ambil mood lagi rasanya >,< hihi Datanglah segala mood rajin dan positif. Looking for you! Hihi [Merapu] OK! Pagi ni, nak ambil kesempatan untuk karang satu entry! Mentang-mentang kelas pukul 2, dan sekarang baru jam 8 pagi hikhik >.< Dah lama sebenarnya nak karang pasal ni, but then, tertangguh dan tertangguh yuhuu~


Tentang apa? Tentang kawan-kawan di sekeliling saya! :D Excited tak? Tak? Ok fine -.-‘’ hihi yang ingin saya emphasize ialah tentang kawan-kawan yang contra dengan jiwa saya, dalam erti kata lain, tidak sefikrah, malah ramai yang tak seagama pun. Huhu Bermula tahun satu bila saya menjejakkan kaki ke UMT, wah wah kenal dengan macam-macam jenis manusia. Very so true! Kadang-kadang susah kita nak nilai, and of kos, bukan kerja kita untuk menilai pun huhu Betullah, kadang2 diri terkeliru. Dalam Islam, bila kita bersahabat, pilih sahabat yang baik penting! Sangat setuju. I m looking deep into myself dan saya rasa saya sangat mudah dipengaruhi dan perlukan kekuatan dari org sekeliling sy dalam semua benda. Dan for sure, kepada Allah juga kita sandarkan segala urusan dunia akhirat kita :)



Atmosphere di USIM dan UMT sangat berbeza. Di USIM, saya dikelilingi sahabat2 yang saya boleh katakan 80% menutup aurat dengan sempurna (Bertudung labuh, sopan dan sejuuuuk mata memandang). Suasananya lain, soal pergaulan sangat terjaga, mungkin ‘mode’ environment itu secara automatic switch on apabila terzahirnya pemakaian yang sempurna. Susah dan almost imposible untuk melihat kapel berjalan di kafe-kafe, sekadar berbual berdua (Lelaki Perempuan), even diskusion sekali pun! Kalau ada pun, di fakulti, dan itu pun sangat lah ramai nya, sampai pintu fitnah itu tertutup serapat-rapat2 nya. Tade can! Hihi Mungkin ada kes terpencil je kot, yang berpasangan, and i believe itu memang final student dan meniti ke gerbang perkahwinan tak lama lagi #Husnuzon#  yuhuu~

That is USIM, bertahta di hatiku dulu kini dan selamanya :) Dan sekarang, saya dah ‘clash’ dengan USIM dan in relationship with UMT insha Allah setahun lagi (Not included planning to further my study here). Dan UMT, berbeza. Sangat berbeza. Suasananya lain, environment nya kadang-kadang menyesakkan dada hoho Tidak berniat untuk jd insan yang tidak bersyukur atau memburukkan, tapi sekadar coreten tentang realiti yang dihadapi oleh jiwa yang kerdil ini >,< Ditakdirkan Allah, di UMT ini saya dipertemukan dengan macam-macam orang. Dan saya sendiri berkawan dengan seorang non Muslim yang berbangsa Serani, beragama Kristian Katolik (Kuat jugak la, level ‘alim’). Kawan-kawan saya disini, ada yang kaki surau, yang non-kaki surau (biasa-biasa sahaja), suka tolong, ada yang suka kondem, yang free hair tapi dari sudut lain suka tolong orang, lemah lembut, yang suka merungut bila kerja, yang suka pass kerja dan.. ishhh banyak lah. Not to judge people, even me myself not really sure where i shud put myself in.


Perbezaan itu kadang-kadang terasa. Yes, saya rasa. Kadang-kadang saya takut kalau saya terlalu mengikut kawan-kawan, atau sy yang mendominasikan, yang mana sy yang mereka ikut (Dari segi akhlak yg dibawa, walaupun sy bukan baik sangat ehee). Semalam, lepas  balik dari kelas Penulisan dan Pengucapan Awam, sebelum tidur, saya fikir. Dan apa yang menyebabkan tercetusnya semua tu dlm fikiran saya ialah, dlm kelas tu kawan Serani sy tadi, ada geng yang sekepala dengan dia. Kelas-kelas sebelum ni, kurang. Mungkin saya, dia dan sorang lagi sahabat Muslim selalu jalan sekali, dan somehow si non-muslim ini no choice untuk mengikut style kami. Well, style baik-baik lah kot (Ye ke?) hihi Tapi bila dalam kelas semalam, sy seolah-olah see her true colour. Susah untuk describe, bila pada masa yang sama, tak nak nilai orang suka-suka hati. Huhu Tak tahu lah apa yang cuba disampaikan dalam esei panjang ni, sampai ke tidak kihkihkih

Stret to the point! Sebab ayat sangat berbelit-belit (-_-‘) The truth is, saya tidak selesa. Mingle around dgn orang yang kadang-kadang tak sefikrah, tak faham kita, atau simply buat2 tak faham kita. Tidak tenang bila dalam berkawan, ada something wrong di pandangan saya yg menjurus kepada kerendahan akhlak, huha huha sangat, gossiping, percakapan yg tiada manfaat dan lain-lain. Saya tak rasa sy baik sangat pun, Cuma ini personal view saya. Analoginya seperti, sangat berbeza rasa bila berada dalam Bulatan Gembira akan USRAH yang BEST, tenang, dan kelas yang hingaq bingaq, sampai pening kepala -.-‘ Bimbang jiwa yang rapuh, membawa bekal iman senipis kulit bawang ini jadi terikut dengan budaya yang tak sihat di sekeliling saya nih. Saya pun manusia biasa. Kadang-kadang terleka :( Betul lah Rasulullah s.a.w berpesan, pilih kawan elok2,  kerana tempiasnya akan kena kat kita. Dan pernah berkata seorang sahabat kepada saya, dalam bersahabat, it okay kalau kita nak kawan dengan sesiapa pun, baik atau kurang baik sebab mungkin dalam berkawan tu kita mampu tolong kwn yang kurang baik ni jadi baik dan yg baik, upgrade jadi laaaaagi baik. Tapi, if kita tak mampu memonopoli, kita yang dah kurang baik ni pula jadi kurang lagi baiknya, better back off >,<



Kalau pendapat kawan saya sorang lagi, (sebelum ni pernah story kat kawan) katanya jangan rapat sangat dengan orang yang kita trace ada potensi boleh memudharatkan kita. Tak kiralah kemudharatan dari segi apa pun. Dari segi suka pukul kita ke (Erk ada ke?), dari segi suka sangat mintak tolong yang tak patut-patut, dari segi psikologi, dari segi akhlak yang dia bawa jadi fitnah kat kita (Faham ke? Err) Dan lain-lain! Jauhkan awal-awal! Maybe tak jauhkan, kita boleh agak seberapa dekat kita boleh allow dia dengan kita. Kejamkah? Tak.. Biar orang tak suka, Allah suka. Kita buat sebab nak jaga diri, tak nak terikut-ikut dengan apa yang tak patut. Buang yang keruh ambil yang jernih! Haaaa kan? Kan? Yes, itu yang perlu saya buat. Tahu limit dalam persahabatan. Saya pun bukan baik sangat dan masih sedang cuba utk menjadi baik. Sedangkan Rasulullah saw banyak sangat pesan dalam hadith Baginda, dan tak kurang pula ayat Al Quran yang terangkan tentang kepentingan membina jaringan sahabat yang baik-baik, ni bermakna it is really necessary! Dan, last but not least penting juga untuk kita jadi kawan yang baik, we don’t know how people judge us. Well, hopefully they shall judge us good >.< Semoga saya pun jadi sahabat yang baik kepada kawan-kawan saya, yang  tolong mereka lagi dekat dgn Allah, bukan menjauhkan atau melekakan. Kawan dunia akhirat ye dak? >,< Mudah-mudahan masuk syorga sama-sama. Yeay!!

No comments: