Pages

Saturday, September 22, 2012

Allah itu dekat :)

Assalamualaikum :) sedang melayan bait lirik lagu Rapuh nyanyian Opick :') harunya hati huhu malam ni terasa penat seluruh jiwa raga, mentally dan physically.  Sesudah satu minggu kuliah yang memenatkan, berkunjung pula hujung minggu yang 'tak hujung minggu sangat'. Err huhu Jumaat lepas, selesai sudah presentation Li yang sangat nebes menantikan saat tiba harinya, dan sangat scarry marry pula bila ada junior yang tanya nak present pukul berapa, sebab nak datang tengok =.='' ya Allah, Tuhan je tahu perasaan masa tu >,< hish



Nak dijadikan cerita, minggu ni, masih carca marba. hihi iyalah, memikirkan perihal latihan industri dan FYP yang tak tahu bila habisnya ya, dan juga fikir beberapa perkara yg kena selesaikan one-by-one. Ya, Alhamdulillah, i did it :) Syukur, Allah permudahkan segala-galanya. Dari satu ke satu benda, all went smoothly. Saya nak jumpa lecture, saya nak ambil subjek untuk elektif, saya nak selesaikan borang PITA, nak buat itu, ini.. wahh syukur.. semua setel dalam minggu tu. Cuma yang nak dipikirkan, presentation Li yg bakal berlansung hari Jumaat petangnya #fuhhh peluh2# 


Akhirnya hari itu pun tiba. Hari bermula dengan.. fuh, tak tahu kenapa. Pening semacam, dan muntah-muntah. Mula rasa takut sebab takut efek presentation Li, dan kemudiannya ad jamuan reunion Majlis Kolej Kediaman unit Kerohanian (Unit saya lah tu! ^.^). Berat nak join, tapi sy gagahkan diri juga sbb nak jumpa exco kesayangan sy kak idah hihi last2 ter'join' jugak. Makan siap tambah lagi #ceit, mula mula jual mahal# hihi Kemudian, naseb baik pening2, loya beransur hilang dan waktu tu stress untuk present Li pula yg dtg bertubi2. haishh =,= Masih banyak yang perlu baiki dan saya tak tahu pun kalau sy dah bersedia ke tak :( Ish. SO slowly, i took sime times to fix it all, dan berlatih sebaik mungkin. Memaksa2 diri, kepala rasa sakit masa tu, mungkin sbb stress kot. Hanya kpd Allah segala urusan disandarkan.



Petangnya, dalam jam 2, sy pun pergi kelas utk present. Err takutnya. On the way, masih menghafal2 dan tetap rasa x ready. Ya Allah, gane ni. Sampai sana, kwn2 sedang present dan diserang bertubi oleh soalan ahli panel. Takutnya. Zuzap zuzap, pukul 4.35 petang sampailah turn sy. Fuhhh peluh-peluh. Dan kehadiran kos lain dan junior, mendebarkan lagi suasana. hoho and it ends! Syukur. Allah lancarkan lidah sy, tade sangkut, dan soalan dr ahli panel sy dapat jawab :) Mungkin sbb ptg tu dah petang kot, jd depa pun dah tade mood nak tanya banyak2. hihi Malamnya, rehat jah. Tak larat nak buat apa-apa sebab mentally n physically tortured dgn Li presentation =.='' Waktu tu, sy dpt info dr kwn2, ramai yg sedih sebab kena hentam teruk waktu present. Ada yg kena marah, komen negatif pasal slaid dan lain. Allahurabbi, betapa sy bersyukur, Allah pilih sy utk present di bilik tu, dan pilih panel itu utk judge sy. Kalau tak, mungkin sy pun lebam teruk kena bantai hihi Syukur :)




Keesokannya, hari kedua yg cuti tapi tak cuti :( hari taklimat fyp tntg penggunaan makmal dan cara pinjam barang. Oleh sbb sy buat field work, mungkin sbb tu kot sy rasa tak semangat dan malas #opss# err tak rajin maksud sy. Huhu Tapi pagi itu gagahkan kaki juga utk melangkah ke dewan inos yang terletak 4 kilometer kot dari asrama sy >.< Dari pagi, saaaaampailah tengahari, haa dengar taklimat dgn khusyuknya. Sebelah petang, sy stay dekat surau inos sbb fikir tak berbaloi utk balik ke asrama, sbb sesi petang mula pukul 2.30 petang. Tapi waktu tu sy sorang-sorang. Kesorangan di surau Inos sbb kwn2 smua balik asrama utk lunch. Ad yg dah tade utk sesi petang. Errr sangat menakutkan. Tak tahu kenapa, dlm fikiran sy, fikir yg ad pekerja lelaki indon sekitar kawasan tu :[ Walaupun mengantuk sgt masa tu, sy tak berani nak tidur sekejap. 15 minit berlalu, sy masih sendiri, dan berdoa, semoga Allah jaga sy, lindungi sy. Masa tu serius sy takot. Cuma mampu berdoa. Sehinggalah, jeng3! Tiba-tiba ad org ketuk pintu nak masuk Waktu tu sy kunci pintu surau, buat mcm surau tu yg sendiri punya kih3 Bila dgr suara perempuan, sy pun bukak. Wah 3 org pelajar Biodiversiti yg nak tumpang solat zohor waktu tu. Alhamdulillah!! Sekarang rasa takut dh kurang :D Barulah boleh lelapkan mata utk seketika. Krohh krohh hihi



Jam 2.30, taklimat tntang fieldtrip, itu pun tak byk part sy. Sekadar mendengar utk gain more knowledge. Ingat kan habis 4.30 ptg, tp lepas tu supervisor sy yg suppersaiyya plop yang nak jumpa semua student FYP dy. Isk Isk dalam hati sy waktu tu, ya Allah dah penat ni. Sabar, sabar. Nasib baik supervisor sy Dr. Amir, walaupun tegas, tp banyak tolong :D Dan akhirnya jam 5.30 lebih baru tamat. Sy keluar kelas, ingatkan terpaksa jalan sorang 4 kilometer ke asrama, tapi syukur! Ada seseorang tunggu saya utk jalan sama-sama balik (sebab dia pun tade kwn hihi). Namanya susu! Dan kami pun pulang bersama-sama, kalu bukan keranamu susu, mesti sy dah terpaksa jalan sorang-sorang dengan takut yg tak habis2, dan juga dgn muka yang jebek jebek huhu Akhirnya, sampai ke bilik hostel yang amat dirindui. Allahurabbi, letih yg amat itu ditukar ganti dgn rehat yg amat terasa. Ohh so heaven!




Malamnya, saya penat :O Lenguh segala anggota tubuh. Serius, dan sy amat terkilan sebab sy tak mampu nak gagahkan diri utk pergi ke bengkel akademik aka tazkirah yg disampaikan oleh salah seorang lecturer yg sy kagumi, Prof Khairul. Bukan calang-calang org beliau! Seorang yg sangat well known di Fakulti Sains dan Teknologi as a young professor, dan seorang yg sgt meng’ispirasikan’. Hurm, apakan daya mungkin tade rezki. Erm dan sy pun just duduk di bilik, rehat tanpa buat apa-apa yg menggunakan atau memerlukan tenaga. Hurm rasa teruk, sedangkan banyak perkara nak disetelkan. Haish Allahurabbi =.=’ Macam ni rupanya pelajar tahun akhir ya? Ya Allah, susah rasa nak aturkan hidup dan perkara yg kita nak utamakan.  Tugasannya bersusun, dan masa pula terhad Huh, cuba mempositifkan diri! Sokmo-sokmo positif, tapi last-last negative jugop hihi >,< Sukar, payah.. tapi tapi tapi.. Hurm, dalam kepayahan itu terselit kesenangan. Dan kesenangan itu datang dari Allah yg tak putus-putus kirim tenteranya untuk kita. Percaya tak? Haaa sebenarnya itulah point yg saya kupaskan macam kupas bawang dalam entry yg sy membebel panjang nih. hihi :D


Apapun kepayahan kita, Allah akan bukakan pintu jalan yg kadang - kadang kita tak sangka lansung. Pernah je kan? Tibe-tibe org belanja kita makan, tiba-tiba kawan dtg bilik bawak buah-buahan utk mkn, sedang kita takut sorang-sorang tiba2 ada org. Dan bila kita resah gelisah, tiba2 baca ayat Al Quran yg betul2 headshot kena kat kita. Pernah kan? Yes, itu lah peringatan, pertolongan dari Allah. Bila kita susah macam mana pun, yakin pada Dia. Percaya sepenuhnya kepada Allah.  Allah itu dekat, malah lebih dekat dari urat leher kita sama ada kita sedar atau tidak ^,^ Walaupun sy melalui saat getir, ya sy cuba pesan diri sy utk yakin pd Dia. Memang hari-hari yg sy lalui memenatkan, tapi yg memenatkan inilah yg buka hati saya utk nilai hikmah apa yg Allah dah tetapkan. Hmm Dan saya harap semoga hati saya terus kuat, terus yakin pada Allah. Janganlah lidah ini mengeluh, janganlah hati ini gelojoh, janganlah kesabaran ini roboh. Bersangka baik kepada Allah sentiasa. Chaiyok chaiyok Final Year Student!!!

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka entry kamu ni :)

Perancangan Manusia itu Usaha, Perancangan Allah itu Takdir'.. Yakinlah sususan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia2. Semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!
Assalamualaikum