Pages

Saturday, April 18, 2015

Current obsession: Rempah ratus!

Ahaaa. disebabkan banyak sangat masa terluang di rumah kan, so aku lebih banyak habiskan masa dgn aktiviti surirumah sepenuh masa iaitu memasak, kemas rumah etc. Lately, terminat untuk mencuba resepi yang lebih kepada lauk pauk style kampung. Sebelum ni aku suka explore resepi ala ala western, mcm kek, pizza, cupcake, etc. Kali ni bila dh feeling suri rumah tu, terbiasa dgn lauk2. Well bila dah lauk, masakan kampung, ofkos tiada terpisah dengan rempah ratus basic aka spices! First time pegi ke mydin, semangat nak beli rempah bila tertengok resepi di blog aziekitchen resepi nasi arab kabsa. 

Ok, pergi mydin, ruangan rempah. Satu satu aku tilik. Tengok list, jintan manis, jintan putih, pelaga, ketumbar, cengkih, bunga cengkih, kayu manis masin semua ada bla3 haha. Apa bendaa nii. huu ==' Ok tengok satu satu kenal pasti yang ni mcm mana, yg tu mcm mana. Well semua benda dalam hidup mesti ad permulaan kan, termasuklah mengenali rempah ratus. heee. Beli yang oribukan ready blend. Lagi adventure kan. Balik rumah, tengok lagi. Oh jintan manis gini, jintan putih gitu. Walaupun namanya jintan putih, rupanya tidaklah seputih nama, ia sedikit kering dan kekuningan manakala jintan manis bentuk sama cuma hijau pudar skit. apapun biasanya kedua rempah ini digunakan serentak, pair  to each other. uhuu


Kebanyakan rempah, tak lari dalam ap2 masakan lauk lagi lagi yang kari, gulai, dan juga nasi. Dalam bulan April ni alhamdulillah hati tergerak dan berjaya hasilkan beberapa masakan berasaskan rempah ratus. Uiyyy seronok bak hang! Bila sekali buat jadi, adik-adik pun meraikan masakan tu dgn makan dengan semangatnya depan TV. ehee. Lagi lagi bila check periuk tu, dah licin. weee. Bila gitu,  hati lagilah membuak buak nak buat lagi dan lagi ^____^ Mulanya aku try buat nasi, lauk tak lagi. haha. Sebab ap? sbb masak nasi ni guna rice cooker. Sediakan bahan, campak2 masuk rice cooker, ting! daaa siap. Risiko untuk tidak menjadi tu kuranglah skit kan. ehee. Aku stat dgn nasi arab kabsa, mandy, nasi carrot, nasi tomato etc Bunyi mcm canggih kan, actually kebanyakan basic nasi ni, semua sama. Guna rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih), bawang besar, bawang putih, susu cair dan ad sedikit tambahan2 ikut jenis nasi. Contoh, nasi tomato, tambah sos tomato. Nasi arab, tambah rempah kabsa (gabungan rempah kering: ketumbar, pelaga, jintan manis, jintan putih, lada hitam,serbuk cili, serbuk kunyit, cengkih). Nampak panjang? komplikated? jangan risau. Bawa list ni pergi pasaraya, pasti excited nak beli satu-satu dan try buat, blend sendiri. Atau paling paling mainstream pun, beli rempah kabsa yang dh ready made (tp kurang mencabar lah kan?). Kalau rempah tu kita blend, sangai sendiri lain feel tu, rasa mcm pro chef jap walaupun hakikatnya baru amatur. ehehe. ok, nasi ayam pun sama, just guna air rebusan ayam+halia+bawang putih. Mula mula biasalah nak cuba tak berani, fon setia menemani dgn screenshot resepi2. Kdg2 laptop pun terbukak, aku pun berlari-lari mula2 duduk kat dapur, pastu tgk2 laptop. pastu g dapur balik. haha. begitulah sampai nasi pun siap ==' Tp bila dh kali kedua, ketiga buat haa inshaAllah lah tak payah dh buka laptop, fon suma. dh buleh agak2. yang penting, cuba dulu. Beranikan diri! hah

Teka ni apa? muehehe
Lauk-lauk pun sama. Mula-mula takut tak jadi apa suma kan. Tapi bila nasi dh jadi, otomatik rasa nak try buat lauk juga. Aku stat buat ayam grill utk nasi arabnasi carrot. then buat kari. tp yg ni aku tak puas hati sbb ayah aku ad. jadi bukan 100% air tgn gua lah kan. haha ngade betul nak conquer sorg2. Tapi basic dia pun sama. Bawang merah, putih, rempah 4 sekawan, daun kari, rempah kari+air (style ayh aku gaul dgn ayam biar sekejap), masuk dlm periuk dgn kentang. biar sekejap dlm pressure cooker. then masuk sedikit santan, air (banyak ke sikit yg ni pengalaman, masa akan ajar kta) lama2 kta sendiri boleh agak ikut selera tekak. then tomato, carrot ke tak kesah. biar smpai masak. Gulai pun sama, cuma tak letak kari, ganti dgn ciliboh @ cili kering blend. haaa. nampak kan. ni pun mula2 aku rajin2 tgk resepi tenet ja, bila praktikal, otomatik akn nmpak step tu mcm mana. ritu buat ayam masak merah. Aku tibai je. hahaha. mula2 bawang merah+putih+halia blend, tumis, cili boh dlm 2sb. masukkan ayam+serbuk kunyit+garam yg dh goreng. tp masa ni slack, aku silap goreng separuh masak ==' rupanya mak aku ckp kna goreng 100% masak, bila cmpur ke kuah merah tu, just goreng sekejap utk rata ja. urm, tak jadik ah :( frust jap. tp tapelaa lain kali boleh coba lagi. drpd tatau atleast dh tahu. dh tahu basic ayam masak merah, so boleh la agak kan mcm mana nak buat ddaging masak merah, sotong masak merah, ketam masak merah kan? haa tu lah penting nya try je buat. BUAT! masak ni cara belajar dia mmg mcm tu haa. Aku cakap pun bukan sbb perasan terer ke ap, tp itulah kebenarannya, aku pun still blaja. lama2 aku figure out yg blaja masak ni fun dan sgt release stress! so try lah ;) 




org kata anak dara bila dh nak kawen otomatik akan merajinkan diri utk masuk dapur. hahaa. gitulah kotnya. aku punya kes, sbb dh duduk rumah, jaga mak, nak tak nak, kena rajin-rajinkan diri. usia pun bukannya makin muda idok? uhuhu. So skrg, aku dh ada stok rempah ratus aku sendiri. yeayyyyyyyyyyy. Aku beli, susun siap2. bila nak guna, senang. nnt nak buat satu rempah kabsa khas, siap packing. senang, nak guna utk nasi arab, nasi ccarrot, taruk dlm kurma ayam/daging pun boleh. rempah 4 sekawan tu, beli siap2 buat bekalan just incase hati meledak nak buat ap2 kan. haa satu lg. contoh nak masak lauk ap, penting juga nak kena tahu pair lauk tu. contoh, gulai ayam, pair dgn ap? mestilah yg ringan skit, cth kailan ikan masin ke, ikan goreng ke. kalau pair dgn masak lemak sayur kacang pnjang mcm tak sesuai la kan? lain2, sup ayam, pair dgn ap? telur bungkus pun ok. haa gitulah, ilmu mcm ni tak dpt belajar kat lain. dlm buku tadak, intenet pun tadak. dia ada kat dapur jah. jd rajin2 kanlah duduk kat dapur, biasakan tgk mak ayah masak ap, dan pair kan dgn ap. haaa. kalu takut nak try masak. jgn risau. buat yg senang dulu. nasik goreng should do. just ingat step: (1) resepi, (2) cari bahan, (3) tibai je masak kot mana pun. hahaha! nak belajar masak lauk pauk, biasakan diri pergi ruangan rempah. kdg2 belakang peket rempah tu pun dh ad step-by-step cara buat. cuma folo. learning is always fun and full of adventure. saba la kalo sesekali tak jadi dan masuk tong tu aka tak habes/orang tak nak makan huhu ==' . semua orang akan melalu detik pahit tersebut. huihui okehh. selamat masuk dapur! bhahaha

Faveret: roti jalaaaa! yippie berjaya buat oyeah

No comments: