Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiranku. Semakin hari, semakin penat berfikir. Makin diajukan soalan, makin jauh aku dari jawapan. Terlalu banyak benda dalam fikiran ku, seolah-olah berpusing. Kebiasaanya aku termenung, berfikir, aku pun istighfar banyak-banyak. Sebab persoalan persoalan ini datang kadang-kadang bisikan halus dr syaitonirrojim untuk buat hati resah, gundah gulana dan berputus asa. Apa yang aku fikir sebenarnya hmm 
Benda sgt riso dalam diri ceghitanya cenggini Ahh 
Aku doa banyak-banyak semoga Allah tetapkan hati ini. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada jalan ketaatan pada Mu.Aku  istighfar . Entah kenapa aku banyak lalui hari hari yang kurang menyenangkan. Hati jadi tak tenang. Aku  banyak  fikir . Boleh jadi sbb ad sumber rezki aku dr sumber haram? Nauzubillah . Aku ada hutang dgn orang? Aku  terumpat  orang ? Terbuat sesuatu yg Allah tak redho? Allahurobbi, beratnya ujian ini. Ujian  hati . Dan ubatnya juga hati. Hati  yang perlu dibersihkan. Mungkin dalam tak sedar aku sebenarnya jauh, jauh dr Dia. Allah nak  aku  u-turn  balik  pada  Dia . Nila semula  diri . Aku teringat watak Fahri dlm ayat ayat chenta, movie dr  Indonesia tuh. Dia baik, dia rasa diri dia baik, bila dia diuji, dia persoal Tuhan. Itulah  manusia. Lemahnya . Makin aku fikir, makin jauh dr jawapan yg aku cari. Tapi semakin aku mendekati Tuhan. Semakin jelas apa sebenarnya yg aku cari. Takdir  itu  misteri . Mata manusia, mata hati manusia belum tentu mampu menilai. Cuma masa menentukan, barulah hikmah penantian itu terungkai. Allah, ampunilah hambaMu ini. Sungguh aku jahil, lemah, hina, penuh dengan dosa. Aku mohon perlindungan Mu dr sesuatu yg memudharatkan diriku dunia dan akhirat. Terbaca satu ayat drpd Surah Fussilat, suatu hari nnt segala anggota tubuh, hati serta kulit akan jadi saksi akan apa yg kita perbuat selama hidup di dunia. Nah  kau  setepek ! Betul sentap, panggggg atas pipi! Iya . Kau perlu pada Tuhan, usah sombong! Hidup adalah ihsan dan rahmat dr Tuhan semata. Apabila  diuji , sabarlah . Kembali  pada  Dia . Apabila diberi nikmat pun, kembali jua pada Dia. Allah tetapkanlah akuu pada jalan ini. Temukanlah aku dgn apa yg aku cari. Menarik  tntg  satu  quote yg  di  catat  oleh Yasmin Mogahed, 'There is  always endless strogle  between two wolves inside ourself. They are godd , and bad one . So who ll  win? The one you feed'. Nice. Inilah yg aku cari. Aku mahu yg baik itu menang, jadi yg baik itulah yg kena selalu bagi 'makan'. Makanan  rohani . 
Aku doa banyak-banyak semoga Allah tetapkan hati ini. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada jalan ketaatan pada Mu.
 

 
 
No comments:
Post a Comment