Pages

Monday, May 12, 2014

Murid-oh-murid!

Wahh hari hari berlalu dengan penuh dugaan dan cabaran :O Tapi Alhamdulillah bila dihitung-hitung, antara musibah dan nikmat yang dikurniakan.. nisbah kesulitan yang dilalui terlalu lah kecil rasanya, jadi bersyukur la sebanyak-banyaknyaa ^^ 

Hari ni adalah hari Isnin, 12 Mei 2014. Hari sekoloh macam biasa, pelajar-pelajar kesayangan ku masih lagi exam. nahhh, lusa exam payper Chemistry, mystudent kelas 5B request untuk buat kelas tambahan. haa turun ke SMK Padang Midin lagi lah awal pagi esok. tapa lah, cekgu tak kesah, asal anak murid cekgu dapat ilmu, prepare untuk exam satg ^^ *okay macam bajet baik je ayat tu. haha. Dan satu lagi termasuk dlm top to-do-list, nak siapkan kad hari guru. *ehhh awat cekgu yang buat kad hari guru? ==' Sebenarnya tiap tiap kelas kena buat satu kad hari guru, ada pertandingan kad hari guru paling kreatif. haaa gue terus bersemangat dong! dah lama rasanya tak buat hasil-hasil seni kreatif lagi inovatif nih. haaa 2 hari dah stay kat sekolah untuk buat kad dengan my student, aka murid-murid kelas Tingkatan 2 Fikri, kelas yang sy diamanahkan untuk pegang ni. Alhamdulillah dah hampir siap, tunggu last-last touch up skit, plannya lepas kelas tambahan esok, nak sambung buat skit lagi. haaaa mintak mintak laa menang, aamin. hihi. kalau tak menang pun, tapa la tadak rezki, anggap peluang buat kad sama-sama tu adalah satu precious moment untuk bersama eratkan silaturrahim antara murid2 gue dan guru kelas depa ni :)) Baru kenal dengan budak-budak ni: Wi'am, Ebby, Jannah, Adaa, dan ramai lagi :DD


Sepanjang jadi cekgu ni, dah mula kenal dengan murid-murid. Masing masing dengan ragam yang pelbagai. Ada yang suka karoke, yang suka tidor dalam kelas (masa cekgu stat ajar kat depan, hah! konfem tido dia!). Lagi, yang suka cakap-cakap dalam kelas, even cekgu ngajar pun, buat tak kesah *sigh (_ _)zz jenis yang buat cekgu macam geng, macam macam lah. haih budak budak. (~,~) Kadang -kadang konfius, nak buat garang ke, nak buat baik dengan diorang ni. Buat garang kan, depa jadi takut, nak belajar jadi macam kena paksa paksa. Buat baik, dalam satu kelas tu, tak semua nak belajar, jadi bila kita buat baik, haa siap ah. Naik toncang dia. Yang jadi mangsanya, yang nak belajardan cekgunya huhuh. At times, yes cekgu memang kena bertegas. Ada masa boleh layan, ada masa, hah! jangan harap. Masa belajar uoll kenal belajar okeh. Grrr. Geram plak ingat murid yang bising-bising waktu kelas, waktu yang out of control. Penat betul nak melayan heh. ==' Nak buat macam mana, budak budak 13-18 tahun kan, fizikal mental depa tu cergas, nak kena balance dengan kesediaan n kesungguhan belajar atau pun tak aje. Yang ok tu, haa insha Allah takkan bg beban kat cekgu. Depa pandai kontrol diri, have full respect kat cikgu, dan gunakan kecergasan diorang tu ke jalan yang betul, iaitu ke sekolah, untuk satu tujuan sahaja,  BELAJAR! (^^)/ yahh. gambatte! huhui Tapi yang kurang minat nak belajar, haaa kecergasan diorang lah yang buat cekgu cekgu ni pening. Masuk bilik guru je, mesti masing masing bercerita pasal kerenah murid masing-masing. -,-'


Tapi kadang tu, cerita cerita dari mulut cekgu ni semualah yang jadi hiburan dalam bilik guru tu hehe >.< Haritu, Ustza Zaki cerita ad budak Tingkatan 3, perempuan, nak lari dr rumah. Al kisahnya, siap tinggal note lagi mcm dlm drama-drama. Bunyinya, 'Jangan cari ambe, sehingga ambe umur 20 tahun'. Ok, klimaksnya bila Ustaz bgtau, paginya keluar rumah, petang tu dh balik. haha. mau tak gelak sakan cekgu-cekgu. kiki. Dan begitulah seterusnya, macam-macam kisah budak-budak nih. huhu. Penat seorang guru adalah muridnya, dan bahagia seorang guru juga adalah muridnya. Yes :) Dalam letih fikir, layan depan ni, kdg2 depa juga lah yang memberi senyuman kat kitaa :) Apa pun, paling penting, amanah yang diberikan terlunas, dan ada keberkatan disisi Nya insha Allah. beberapa hari lagi Hari Guru. Sekarang baru rasa aura, sense tu.. <3 tadi awal awal lagi ada pelajar wish and I was like.... berry berry touched! :') Andso happy to hear that :') taktahu lah kenapa huhu. Its a.. 'guru-murid bonding' <3 no one can understand, no one can describe. hii Terima kasih anak muridku :') *ehem takkan wish je. ahaha. err. Ok, dah nak magreb. tiba-tiba petang ni rasa nak membebel walaupun ketiadaan topik (==') till then. Jom solat maghreb dan ngaji yukk! :D


No comments: