Pages

Saturday, January 10, 2015

Catatan 2014 yang aku tanak lupa!

Bismillahirrohmanirohim, Alhamdulillah masuk hari ke 10 tahun 2015. Cepatnya masa berlalu! Perasaan ni, rasa macam tade perasaan bila masuk ke tahun baru. Rasa macamentah. Kosong. Tapi bila termenung, duduk luar rumah, hirup nescafe, cicah biskut Hupseng (over lak description), tak terkira betapa banyaknya benda yang Allah aturkan, dan hadiahkan pada aku. Sedih, marah, sakit hati, penat jerih yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ini tak lain tak bukan menjadikan siapa diri aku pada hari ini. Dan begitulah kehidupan, serta bagaiman ia berlalu. Sampai akhirnya kita akan dikembalikan kepada Allah dan dipersoalkan tentang amalan di dunia. Hm. Allahurobbi. Kerdilnya diri ini. Sebelum aku lupa peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2014, hah, harini ambil sedikit masa untuk membebel kat sini, catat apa yang patut. Hee. Supaya satu hari, bila aku bosan tengah jaga anak ke kan (Ehhh? huihui) aku mampu tersenyum mengimbau semula apa yang pernah aku lalui, apa pengajaran kehidupan yang aku kecapi. Haaa! Nampak semangatnya disitu, siap dengan tanda ikut bulan-bulan lagi ;)

Januari
Nothing much yang berlaku pada permulaan tahun ni. Cuma pada masa ni, termeterailah satu perjanjian antara saya dengan ex-kosmate masa UMT iaitu F, untuk join venture perniagaan kek dengan aku. Oleh sebab pernah belajar sekali, dan aku tahu dia ada minat dan background bisnes, jadi aku tade masalah (waktu tu, huhu) untuk terima dia. Kami banyak berbincang strategi pemasaran sama-sama dan kebetulan dia ada kiosk ayam gunting, jadi masa tuh kami fokuskan jualan minikek di kiosk tersebut. Akhir bulan Januari, Alhamdulillah rezeki lebih, kami beli satu peti sejuk saiz kecik, dan letak rumah sewa beliau. Untuk mudahkan penyimpanan minikek. Masa ni, aku pun masih banyak nak belajar. Kek, resepi, dekorasi kek masih jadi sesuatu yang baru bagi aku. Mak ayah masa ni kurang prefer aku berbisnes, iyalah kurang keluar rumah kan. Masa ni pengankutan banyak F yang tolong sebab dia dah berkereta, aku, masa tu baru bertatih memandu, penakut betui huhuh


Hasil jari -jemari masih keras. hehe.

Februari
Bisnes masih berjalan macam biasa. Semakin stabil, Alhamdulillah. Ini je yang aku fokuskan pada waktu ni, dan target aku betul-betul pada apa yang aku minatkan ni. Waktu tu semua tolak tepi, faktor luaran dan hape-hape sekalipun. Contohnya, orang-orang luar yang duk soksek tanya 'Ehh, dh grad dok mitok khije lagi ke?' Uhuhuh. Persoalan yang sama berulang kali diajukan. Aku sabar, kadang-kadang tu aku buat rilek jawab, 'Oh Alhamdulillah buat bisnes kek online sekarang' Fuh, tak sangka aku ada keberanian tu walaupun kadang-kadang depan sedara parents aku. huuu. Dan sebenarnya respon depa OK jah ;) Waktu ni, parents pun ad luahkan, minta kalau buleh carilah kerja kan. Dalam hatiku berbelah bagi. Aku pun slow-slow lah klik mudah.com cari kerja, walaupun hati, aduhai rasanya kesungguhan tu 10% pun tak sampai. Huhu. Hujung februari, Alhamdulillah ada rezeki lebih, dapat beli oven satu lagi ; Pensonic warna hitam yang lebih besaw. yuhuu. Tu pun sebab oven lama ni menunjukkan simptom dah nak rosak (padahal sampai sekarang ok lagi, aku je ngengade mase tu kot kiki)


Kenangan konvo 2013
Mac
Bisnes makin OK, Alhamdulillah :) Aku masa ni terus belajar dan belajar improve produk-produk. Cari resepibelajar dari Utube etc. Masa ni makin kenal dengan baker-baker seluruh Terengganu juga. Uih, rasa macam kerdil sangat diri ni. Ramai baker-baker ni otai-otai yang jauh berpengalaman, yang dah ada kedai pun ramai. Aku ni.. huhuh baru bertatih. Tapi bila difikir-fikir, itulah sebenarnya yang jadi pembakar semangat! If they can do it, why not me? Hah! ;) Ada sekali tu siap jumpa merangkap paksedare Ayohde lagi (ingat-ingat lupa ni bulan 3 ke 4, hehe), dengan partner bisnes untuk menuntut ilmu, macam-macam ilmu dapat. dan yang penting semangat tuh! Semangat orang yang bisnes-minded nih lain macam, makin kita tadah, makin kita tagih nak dengar. Sebab yang disampaikan tu semua input yang bermanfaat, ternyata kalau nak berkecimpung dalam bisnes, the key is bukan hanya passion+semangat, tapi kegigihan dalam cari ilmu dan praktik! Yes!


Hasil kelas deco dengan Fa Cakes dari Kelantan :)
April
Ahh, here come April. Rentak kehidupanku mula berubah. Beberapa hari masuk ke bulan April, aku yang selama ini berada di zon selesa berterusan buat kek, buat itu ini yang aku suka, hah, kini rasakan! Ayahku dengan selamber bawa balik sepucuk surat tawaran untuk jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih  (GSTT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Nahh, hamekau. Dalam hati berbelah bagi masa tuh. Tuhan je tahu perasaan. Rasa sedih, give-up semua ada. Its like, kita cuba mencapai sesuatu tetapi disekat. Ya Allah, astaghfirullah alzim. Terduduk seketika waktu tu. Ada sesekali aku menangis. Aku pun tatau kenapa huhu. Teruk sangat ke jadi cikgu? Padahal 2 bulan setengah je. Aku pun ambil masa sekejap. Tenangkan fikiran. Ya Allah. timbul satu rasa dalam hati aku waktu tu, selama ni aku ke yang pentingkan diri sendiri? aku tak fikir perasaan mak ayah aku? aku buat je apa yang aku suka sedangkan mak ayah aku memendam rasa. uish, sebak rase waktu tu. Iya, rasa itu Allah yang hadirkan dalam hati aku. Kalau tak, entah sampai bila aku ni jadi anak yang pentingkan diri :( Okeh. masa pun berlalu, aku lapangkan dada terima tawaran tu. Gembiranya mak ayah aku, Tuhan je tahu. macam nak dapat menantu pun ade (uikkks, haha). Aku tenang je, istighfar banyak-banyak. Aku doa, Allah permudahkan perjalananku, mudahkan aku untuk pikul amanah ni. Alhamdulillah, aku rasa semuanya lancar. Aku jadi guru sandaran untuk subjek Math, dan Bi. Dan dan, jumpa dengan sorang geng, cekgu ganti jugak iaitu Cikgu Mardiah. Barulah semangat sket, happy bila ad geng makan kat kantin sama-sama. Hehe. Masa ni pergi balik mak ayah gilir hantar, balik pun sama. Tup tup ayah aku buat keputusan nak belikan kereta untuk aku. Say whatttttttt O,O Betapa cepat Allah balas, sekali kita pilih redho mak ayah berbanding kehendak diri, Allah bagi cash terus! nampak ha nampak? Allah.. Tuhan je tahu. Aku ni mengidam kereta dekat setahun, sampai termimpi-mimpi! Dan akhirnya Allah takdirkan Myvi Ozzy Oren ni jadi milik aku (habis bayar nanti ah baru jadi full hak milik, kui3). Selamat sampai di perkarangan rumahku pada 22 April 2014, sehingga kini jadi kesayanganku. Sayang amatsebab ada banyak sentimental value. inshaAllah aku setia dengan TBN4710 ni sampai bila-bila. Weee.

Mei
Nah dugaan lain yang mendatang. Dalam masa sebulan Alhamdulillah aku boleh adapt dengan suasana, schedule sekolah tu. Pada suatu hari, Penolong Kanan sekolah tu, Cg. Zakaria panggil aku masuk pejabat. Tok tok, dalam hati dub dab dub dab. Rasa macam somthing, unexpected. And yes, it was. Aku kena tukar subjek dengan Cg. Mardiah, disebabkan beliau major Math dan ditugaskan untuk ganti cekgu kimia yang waktu tu tengah bersalin. Nak dijadikan cerita, kelas yang dia dapat kelas fom 5 pulak tu, yang akan ambik SPM dalam masa beberapa bulan lagi. Jadi bermula bulan Mei, aku ambik alih tempat dia sebagai cg kimia dan math fom4/5, dan cg mardiah ambil tempat aku sbgai cg math dan bi fom1/2. Arghhh! Tak sanggup! huwaaa. Nak menangis rasanya T,T hati rasa berdebar-debar weh. Kimia? Ya Allah dah berkarat-karat rasanya. Math boleh tahan lagi, paling tak pun belek semula buku hadek aku. Tapi Kimia? Oh maiii *pengsan. Dengan tersedu-sedu, ku gagahi juga hati ini. Ku belek-belek semula nota lama yang ada bawah katil, belakang almari walaupun dah ad bau ala2 oldbooks, tiup keluar debu kot *kofkof. Terlihat lah term2 alkane, alkene, carboxylic acid, hydrochlorice, ester, mole bagai. Errkk yak! Macam mana laa, ya Allah. Boleh je aku masuk, bagi latihan, toktek toktek main henfon, habis masa, 'okeh semua bangun!'. Tapi tapi, sekarang ni title cekgu tuh bukan sekadar title. Tapi amanah! T,T Susah kot mana, aku mesti buat, lunaskan! Kalau pun aku gagal, inshaAllah Allah tengok usaha aku. Allah nilai, daan bagi keberkatan utk gaji aku terima tu. Hmm. Dipendekkan kan cerita, hari-hari yang aku lalui, aim aku, budak-budak ni kena faham yang ni, yang tu macam mana. Latihan ni, latihan tu kena buat. Kelas ni kurang fokus, apa kena buat. Kelas ni bising, macam mana nak handle bla3. Dan begitulah hari2 ku berlalu sebagai cekgu. Best jugak dapat kenai budak-budak ni. Nama pelajar pun, kadang2 depa lagi dewasa dan lagi berwawasan. Penah sekali (padahal banyak kali, haha) depa plak betulkan ap aku hajow. adehh. nak buat mcm mana cg dh lama tinggal subjek kimia ni murid-muridku huhu. =,=' 


Kenangan dengan geng 5 Bestari :)
Jun
Terus jadi cekgu (kali ni ganti cekgu lain, tapi disekolah yang sama), dan banyak terlibat dengan event sekolah secara tak lansung. Masa ni jugak baru kenal dengan Cekgu Nazira, yang jadi cekgu ganti untuk subjek Sejarah. Masa ni banyak berkepit dengan dia. huhu. Kadang-kadang ada masalah ke apa, masalah mengajar, budak-budak, even masalah chenta pun banyak borak dengan dia. kui3. Masa ni jugalah kalau tak silap, kami melalui bulan Romadhon bersama-sama. Haaaa dalam pertengahan bulan Jun sampai lagi geng 3-4 orang. 2 orang cekgu praktikal, Cg. Sya dengan Cg. Azma. 2 orang lagi cg permanent, iaitu Cg. Nor dengan Cg. Siva. Bila ada geng, rasa lagi seronok bekerja. Suasana tuh jadi dah tak akward. Iyelah mula-mula dulu nak makan kantin pun 2-3 kali silau tu pun kalau ad port =,=' Nak p perhimpunan pun buat muka tebal jah menempel ditepi-tepi kerusi lebih tu. huuuu. Hah, lupa. masa ni, (sebenarnya stat bulan 5 lagi kot) bisnes dah mula terumbang-ambing. Partner yang dulunya sehaluan, sekarang dah mula kona-kona. Masing-masing sebok, kebetulan F ni pun ada bisnes sendiri, dengan Master lagi, jadi susah nak cope dengan tugas, aku pun, walaupun tak tinggal ambil tempahan kek semua, pressure tu dah mula menekan. Komunikasi pun dah mula tak serasi antara kami, ade je masalah, ade je yang tak kena. Tugas masing-masing gitu gini, tak boleh nak cope. Disebabkan tekanan masaserta proriti lain. Mula-mula Ok, tapi lama-lama, Allah, aku rase lemah, huh. Begitulah. Bila dah mula retak tu kan, macam-macam hal. Aku cuba, cuba dan cuba bertahan. Lagi-lagi bila terlibat dengan jualan gerai, kena banyakkan stok, urus bahan lagi. Fuhh. Penatnya, Tuhan je tahu perasaan masa tu. Hmm. 






Julai-Ogos-September
Tak banyak benda berlaku, aku masih berada disekolah yang sama sehingga penghujung Ogos 2014. Lama-lama, makin serasi dengan cekgu-cekgu n pelajar-pelajar kat sana. Murid yang still berhubung, jadi geng-geng aku sampai sekarang ialah budak-budak 5B. kikik. Sampai sekarang kami sentiasa up-to-date hal masing2 melalui wasap dan facebook. Kat sekolah pun banyak pengalaman dapat, kerja dalam satu team, merasa duduk dalam mesyuarat guru-guru (mengantuk amat uhuk3) dan sambutan hari raya dengan murid-murid. time ni selfie habis. kui3. Hari belajar bukan main monyok budak-budak ni, time hari yang ad event, tak blajar, hah! tudddia keluar diri sebenar masing2. kui3. (cekgu pun sama sebenarnye). Haaa dalam seminggu habis kontrak di SMK Padang Midin, dapat satu lagi tawaran di SMK Bukit Guntong. Kali ni jadi Ostazah mengajar tingkatan 3 yang kebetulan 3 minggu lagi nak hambik exam PT3 waktu tu =,=' Kalau dulu aku rasa mengajar di SMKPM mencabar, di sekolah yg satu lagi lagi-lagi-lagiiilah mencabar. wuhuu. mungkin dari segi suasana, persekitaran dan pelajar-pelajarnya kot. 

Oktober
Masih lagi jadi cekgu dan pembuat kek. Aku decide untuk teruskan seorang diri. Aku cuba slow talk, dan ajak bis partner aku bincang beberapa kali, namun sepi. macam-macam perasaan aku rasa waktu tu. tapi aku gagahkan diri juga. ini impian aku, aku takkan mengalah disebabkan orang lain. Banyak yang belum selesai antara aku dan dia, tp bila dia memilih untuk berdiam diri, aku pun jadi give-up. Give-up untuk melayan karenah manusia yang pelbagai. huhu. tapa, inshaAllah Allah akan selesaikan. Aku pegang, Allah maha adil, bila Dia ambik sesuatu, inshaAllah pasti Dia ganti dengan yang lebih baik. Ini adalah sesuatu..sesuatu yang sangat bagi pengajaran, hikmah bagi aku. Aku pun dah delete 'memory' kejadian ni dari hidup aku. Yang lepas biarlah, yang penting kita teruskan hidup. Omputih kata, 'falls seven times, stand up eight times!'. Yeahh. No, im not going to stop, i ll move on!

Masa pun berlalu dan berlalu. Masa ni ak dikejutkan dengan berita yang salah seorang murid kesayangan masuk hospital, dan disahkan mghidap kanser. Allahuakbar. Sungguh tak sangka. Namanya Ziyad. Antara yang paling aku rapat, yang paling aku banyak bercerita. Biasa melalui wasap, last dia adu sakit dada, muntah-muntah. Aku ingatkan sakit biasa, sakut budak-budak lah kan, gastrik ke. Lama tu dia senyapmesejwhatsap tak reply. Sampai terdetik dalam hati, ke dia betul-betul sakit? masuk hospital? Last-last wasap kawan dia Isyraf, kawan dia pun bagitahu Ziyad masuk hospital T,T aku ingt lagi ada satu time, sebak, sedih mai dalam hati bila teringatkan dia. Masa ni, aku kenal dengan cg. Farah. kat dialah ak sentiasa bercerita, makan sama-sama. sampai hal ziyad ni dia pun tahu. Dalam seminggu, 2 macam2 berita dengar pasal Ziyad ni. akhirnya tahulah dari kakak, mak dia yang Ziyad sakit kanser, ad ketumbuhan dijantung, exam SPM pun kena tangguh. Allahurobbi, besarnya dugaan dia. Waktu tu, aku macam, tak kira! aku nak redah jugak p hospital! Yakk. Dan akhirnya Allah izin aku sampai ke hospital untuk jumpa dia, sehari sebelum dia dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut. Sehingga ke hari ni, rawatan kimo Ziyad masih berlanjutan, namun begitu Alhamdulillah dia sehat, happy macam geng-geng dia yang lain jgak ^,^ Lain-lain, ibuku pula menunjukkan tanda-tanda kurang sehat yang aku sendiri pada waktu tu tak tahu apa puncanya :(

November
Awal November, habis kontrak jadi guru di SMK Bukit Guntong. Perfect sungguh timing Allah jadikan sesuatu. Bila aku dah jadi penanam anggur balik ni kan, Allah uji keluargaku, dengan kejadian ibuku sakit. Aku masih ingat lagi, aku hantar mak aku ke tempat kerja, sejam kemudian dapat panggilan yang mak aku tak larat dah, minta aku mai ambik semula. ya Allah tuhan je tahu perasaan waktu tuh. Menggigil, takut, sebaksedih semua pakej all-in-one. Aku sampai sana terus peluk mak aku, mak aku sedih waktu tu, dia dah tak larat, nak jalan, bangun pun lemah T,T ya Allah. on de way aku p tu mau tak sebaldi aku nanges :( hmm. esoknyaaku, mak ayah aku p hospital dan mak aku warded. tak lama pun sehari semalam, lepas macam-macam pakar duk mai check gitu gini. Depa sahkan mak aku ni strok, ada darah beku dalam kepala yang sebabkan darah tak sampai, jd part yang affected, akan sebabkan sebahagian anggota (waktu tu kaki, tangan kanan) untuk jadi kebas dan tak boleh berfungsi dengan baik sepenuhnya. Disebabkan kejadian ni, ayah aku terbuka hati untuk ajak aku sekali p umrah pada bulan 12, untuk jaga mak aku kat sana nanti. Allahuakbar, inilah yang dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka.. Lepas mak aku balik dari hospital, kami pun try macam-macam sebagai ikhtiar untuk sekurangnya ringankan sikit keadaan mak aku yang waktu tu sangat lemah anggota badan (wpun untuk bergerak, berjalan). Pada masa yang sama, ayah aku atur satu-satu persediaan untuk kami 3 beranak p umrah. Dengan hal baju, persiapan obat, wheelchair mak aku, buat tahlil dan macam-macam lagi.


Selesai tawaf, sebelum melaksanakan ibadah sa'ei :)
Disember
Bulan yang dinanti akhirnya berkunjung tiba. Bulan untuk memenuhi jemputan yang paling mulia, jemputan ke Baitullah :) Hari demi hari berlalu. Yang datang rumah waktu tu makin ramai, sampai malam kadang-kadang tu. Sebabnya, ramai yang sedia maklum mak aku kurang sehat sekarang, dan tak kurang yang datang untuk datang ziarah sebelum kami berangkat ke tanah suci Mekah. Ada sekali ayah aku adakan tahlil, jemput orang kampung, Alhamdulillah berjalan lancar dan rasa lagi semangat bila orang lain pun turut mendoakan. Waktu tu, aku pun makin suspen bila tengok keadaan mak aku, ada hari, makin lemah, ada hari mak aku kuat semangat untuk berlatih jalan. Selebihnya, pergerakan banyak bergantung pada wheelchair. Macam-macam aku search kat incik Google untuk cari penawar, ikhtiar sakit mak aku ni tapi tak banyak sangat membantu. Bila penyakit darah tinggi, pakej dengan kencing manis sampai tahap tinggi, tahap strok, dah dikira serius sebenarnya. Apapun, kita berserah diri pada Allah taala, kalau Allah takdirkan sembuh, tadak sapa buleh halangkan kan? dengan izinNya inshaAllah tiada yang mustahil! Usaha+doa+tawakal! Hari makin dekat, makin banyak kami anak beranak berdoa, solat hajat untuk dipermudah urusan perjalanan ibadah kami nanti. Sungguh kami berharap ya Allah :( hati aku macam-macam fikir waktu tu. Allahurobbi. takleh nak ungkap dengan kata-kata rasanya, betapa takutnya, bimbangnya, gelisahnya. hmm. Hingga akhirnya selepas ujian demi ujian, sampailah kami ke Madinah dan Mekkah pada 22hb Disember 2014 sehingga 2 Januari 2015. Allahuakbar! Alhamdulillah ya Allah! :') Lega, gembira apabila dengan rasminya aku, dan mak ayah aku selesai mengerjakan umrah, serta melalui perjalanan ibadah ini dengan jayanya. Syukur1000x ya Allah :') insha Allah aku cerita panjang lebar story umrah aku nanti kat entri lain. a lottttttt more to be shared! :D :D :D 


Alhamdulillah, Allah izinkan kami sampai disini :)

begitulah pengakhiran tahun 2014 yang begitu bermakna buat diriku. moga ini menjadi titik tolak untuk aku ubah diri aku jadi lebih baik, jadi lebih dekat dengan Allah mudah-mudahan. Aminnn ya rob. Terima kasihm syukur tak terhingga ya Allah untuk semua yang Kau bagi. Sesungguh aku hamba yang penuh noda dan dosa, tapi selama ini Kau jaga aku, kau lindungi aku, Kau makbulkan segala yang aku pinta. Allah... :( :( :( ampunilah aku, jadikanlah aku hamba yang Kau pelihara, yang Kau jaga. Ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku, keluargaku. Lindungilah kami daripada azab kubur, fitnah dunia akhirat serta api neraka, tetapkanlah hati kami dengan iman dan ketaatan pada Mu ya Allah. aaamin ya robbal alamin.. 

No comments: