Pages

Thursday, May 8, 2014

Exam exam exam! hoho

Masuk minggu pertama bulan Mei 2014, musim exam menjelma. Itulah di sekolahku, SMK Padang Midin :3 Pelajar fom 5 dah mula stat exam, diikuti dengan pelajar fom 4, fom 1 2 3. hah, masa ni sebenarnya juga masa 'rehat' bagi cekgu selepas beberapa minggu penat memerah keringat untuk mengajor budop budop ni huhu. Harap-harapnya berkat penat cekgu-cekgu, anak anak sekalian boleh jawab exam dengan cemerlang gemilang dan terbilang ye wewee :3


Pagi exam yang pertama, okay tengok jadual skit, kelas 5B. ahh kelas budop baik. rilek skit hihi jalan jalan sengih sengih kat orang sekelililng akhirnya sampai lah didepan pintu. dengan muka konfiden, melangkah masuk. student pun tanyaaik cekgu dop bawak payyyper exam ke? aaaa ==' okay. mana kertas exam! :O :O kurang 5 minit lagi exam dah nak mula uhuu. cari cari merentasi blok blok akhirnya jumpa. rupanya duk elok tersusun rapi di bilik cetak tunggu orang mai 'pinang' dia. ==' lepas berkejaran ke kelas 5B semula, aaa lega akhirnya selamat bagi payyper, akhirnya depa mula menjawab dengan bahagianya. fuhhh. lega lega. masa berlalu perlahan. mata mulai redup. (_ _)zz err ingatkan best jaga exam, tapi bosan juga ya. sunyi sangat kelas. kuperhati satu satu wajah. ada yang masih meniti dibibirnya bait doa. ada yang kelihatannya muka konfiden, mungkin soalan spot kena kot :3 ada yang stat jawab terus lentok, mungkin terlebih tidor semalam ==' huhu macam-macam ragam. 

Ok, next kelas. kali ni Alhamdulillah tak berlaku kesilapan sebelumnya, payyper exam ambik awal2 lagi dan terus masuk ke kelas utk stat exam lepas lepas rehat. OK, ini mungkin sedikit mencabar. Lepas rehat. Waktu klimaks pelajar pelajar SMK Padang Midin berkeliaran di kawasan sekolah, menyanyi girang, ke sana ke sini tanpa arah tujuan ==' Yang penatnya cekgu depa ni laaa. Masuk kelas, separuh kelas masih ada kat luar. Ada yang tidur, yang bergosip. Ehhhh helouollstanak exam ka? haiya ==' Kalau ditanya sepatah, haaa siap. memang kenalaa, kadang-kadang pelajar yang dalam kategori agak nakal ni buat cekgu cekgu macam geng dia jaa. boleh gurau senda, boleh usik, boleh buat maen-maen. dalam hati ni. erghhh nak je kena hempuk budak ni. haha, adakah semua cekgu berfikiran begini? ==' masa berlalu, exama pun bermula. ok, tadi angpa happy happy naa. stat exam janahhh muka sedih semua. kiki ada yang muka berkerut, muka sedih monyok, menjeling jeling manja kat kawan sebelah, haaaa paling parah yang tidoq sampai mengangaa! :O okay, memang pecah rekod. masa sekolah dulu, mmg susah nak jumpa scene tidor waktu exam, tapi kat sekolah ni, espesli yang nakal-nakal skit, haa time ni depa duk baik punya tidoo. kumpul tenaga kot, nak kembali cergas bila habis exam -,-' 

Lepas exam, orang hantar payyper, diorang pun hantar.Tapi yang sedihnya, mereka mereka ni hantar kertas jawapan kosong.. ==' KOSONG. Seriusly? Yes seriusly. Mula mula memang terkejut. tapi bila dah hampir seminggu exam ni, boleh baca dh trend student kat sini. Benda tu dah jadi kebiasaan. Ya Allah, bayangkan hantar kertas kosong. Markahnya nant, pun telor ayam lah jawabnya ==' perasaan mak ayah mereka ni macam mana? Hmmm. Sedihnya :( Sedih, tak tahu kenapa. Mungkin sense sebagai seorang guru? Entah. Baru baru ni dalam mesuarat, ada sebut tentang hal ni. PElajar yang tidor, masa exam, letak kat luar meja diorg. Biar exam kat luar kelas, kalau nak tidor biar semua org orang tengok. huhuu. Ingatkan main main jah


Esoknya, haha Memang betul! >.< Ada pelajar tu memang monyok, masam sgt muka sbb dia sorang je duk exam kat luar. Perasaan ni, mula mula rasa geli hati sgt (sbb muka budak tu klaka). huihui Tapi lama lama.. terfikir, kalau skrg ni cekgu pun singkirkan dia, macam mana lah nanti masa depan dia. Adakah dia akan terus disingkirkan. walhal ketidakbolehan untuk jawab peperiksaan tu, boleh jadi sebab sebab luaran yang lain, bukan pelajar tu sendiri. hmm. berfikir sendiri. Cekgu nak buat apa lagi, untuk awak semua? :( Cekgu tak mampu tolong, melainkan awak tolong diri awak sendiri. Hmmm. *termenung kira bintang dilangit. Coretan kali ni, tatau la tujuan apa. tapi rasa nak menulis pasal ni. pasal anak anak muridku. huhuu. Yang kelas depan tuokaylah. Yang kelas belakang skit (maaf ckp), hmm. Selalu terfikir, nant macam mana lah depa ni. Ada yang memilih untuk begitu, terus mundur. Ada yang baik, tapi dari segi pelajarannya sedikit ketinggalan. Dari segi nak membantu, yang cekgu mampu hanya sekadar kata-kata, nasihat, dan dorongan. Hmm. Maafkan cekgu :( *teringat beberapa wajah pelajar. Cekgu sentiasa doakan awak semua berjaya dunia akhirat ya. insha Allah, Allah akan bantu mereka yang berusaha, berjihad dijalan ilmu :)

----------------------------- G.A.M.B.A.T.T.E! (^^)/-----------------------------

No comments: