Pages

Monday, May 5, 2014

Cekgu Khalida :3

As salamualaikum. Akhirnya kembali menulis blog selepas last post pada Oktober/November 2013. Err 8 bulan kemudian? ==' Sebenarnya rasa nak menulis tu sentiasa membara dalam diri, adaaa ja benda nak tulis. Apa yang berlaku hari-hari, apa yang buat sedih, marah meletop! (kebabommm) dan macam macam lagi. Rasa nak sangat coretkan disini, so that one day, bila saya baca sekali lagi, saya tahu, all this while I ve been so strong :') Allah dah uji saya macam-macam, perjalanan yang macam mana dah saya lalui, but now I survived! yeay I did it! :D :D :D Dan bila baca semula apa yang pernah saya lalui, perasaan meletup-letup dalam diri tu, its become one of the funny thing yang menggeletek hati sebenarnya ==' Buat diri terfikir semula, errr aku macam tu ke? Bila marah, bila bad mood, bila tak rasional o_O Nak nak tulis, tapi mood tak mai mai ==' Hari ni pun, sebab kebetulan tertidor awal jam 8:30 malam, tup tup terbangun semula, semua dah tidoo (_ _)zZ



Wokeh. What happen to me recently. One few big things took place in my life was, being a teacher! Again! :D Selepas jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GST? GSTT :P) di SK Paloh buat kali pertama kalinya, sekarang jadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Padan Midin (SMKPM). Sekolah yang tak pernah terlintas di fikiran untuk jejak kali, tiba2 ditakdirkan untuk menjejakkan kaki ke sana. And it was my dad old school :) First time mai pun dengan ayah, and the next day, kami p kedai kereta. ihiikkkk. (Okay tak payah gedik sangat) ==' Selepas sekian lama, akhirnya mydaddy tergerak hati untuk bawak saya ke kedai kereta. Dekat setahun rasanya dok bodek2 tapi mydaddy tak layan pun :( sebab ap.. sebab considering saya belum lagi ada pekerjaan tetap, cuma buat bisnes kecil-kecilan sahaja..jadi macam tak kuat untuk bayar kereta bulan2 (I suppose) huhuh. Tapi apapun at time, I realize, yang Allah tetapkan itu yang terbaik. Sesuatu tu, kalau ditakdirkan jadi milik kita, cepat atau lambat pasti akan jadi milik kita :) And yes, akhirnya Myvi SE Ozzy 1.3 menjadi milikku (err tak jugak, bayar bulan bulan selama 9 tahun dulu wokeh haha) =='

One thing yang saya sedar bila jadi cikgu ni ialah, betapa selama ni saya pentingkan diri :( sebab apa statement gini? sebab I just realize how my parents gumbira sakan bila saya menerima lamaran untuk jadi cikgu. I mean, saya tak sedar, mymommy daddy betul2.. nak saya kerja, keluar rumah dan buat sesuatu. Bila saya duduk rumah, bisnes kek, bagi depa saya sedang 'membajai kebun anggur' aka menganggur uhuk3 well you know, parents sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak. And yes, depa betul2 seronok, gumbira atlast saya berlembut untuk terima. Sebelum ni, saya selalu cakap, takmo lagi, nak fokus bisnes dulu bla3. Entah kenapa, at one point, I just realize something is just not right. Allah gerakkan hati, 'daaa cuba kali ni jangan selfish sangat, fikir mak ayah, kalau mak ayah dop redho, berkat pun tadop dalam apa2 yang kita buat'. Dan pada masa tu juga, saya terbaca satu baris ayat dalam buku 'Bawa Hatimu kepada Tuhan' (beli tahun 2013, sapa sekarang dok khatam ag urghh), baris ayat biasa, tapi sentapnya luar biasa 'Redho Allah, bergantung pada redho ibubapa'. ada beberapa lagi ayat, tapi mcm panjang and macam malas nok tulis hihi >..< ap pun, sy rasa waktu tu baru sy betul betul ambil serius. Then sy fikir, apa salahnya korbankan atau secara tepatnya, tangguhkan dulu cita-cita untuk happiness mak ayah <3 <3 <3 And yes, saya buat keputusan yang tepat, pada masa yang tepat. My mom, dad really happy. And I can say, tak pernah saya tengok my parents happy that way, macam happyy menerima berita akan terima menantu.. eheh? >..<



Aaa, dan masa tu jugak, saya sedar, bila kita ketepikan kepentingan kita untuk mak ayah, berkorban sesuatu untuk mereka, Allah gantikan dengan sesuatu yang sangat priceless <3 Keberkatan, kemudahaan dalam urusan lainnya. Pada saat sy terima jadi cikgu SMK Padang Midin, saya tahu bukan senang, payah. dan lama plop tu (9 April-6 Julai 2014) ==' Namun ku gagahijua.Kalipertama sy jejak kaki ke sana, macam macam benda sy bimbangkan, sy fikir. Tapi Alhamdulillah, satu demi satu dipermudahkan :') Everyday I pray dan betulkan niat, yang setiap hari sy ke sekolah, mudah mudahan sy mampu ajar dengan baik, semoga sampai ilmu kat anak-anak murid. Tak kesah kena korban tenaga, masa sekalipun. Mudah mudahan gaji yang diterima tu berkat.. insha Allah.. Diringkaskan cerita, datang pula cabaran baru selepas 2 minggu masuk ke sekolah tu. Saya ditugaskan untuk ganti guru subjek Kimia/Math form 4/5 >..< Minggu seterusnya berlalu dengan, urm, pening pakej sekali dengan sakit kepala mungkin ==' Fikir macam mana nak galas tanggungjawab dan amanah yang berat ni :( aaa, disaat sy dapat berita jadi cg kimia/math ni, adalah saat yang sama mybaby mylove myvi ozzy sampai ke perkarangan rumah ku <3 <3 Mungkin Allah takdirkan hari yang sama, untuk up skit semangat kot. hehe >.<

Hari hari berlalu, hinggalah hari ini 6 Mei. Cepat jaa masa berlalu. Hampir sebulan sudaa bergelar guru. Walaupun sekadar guru ganti. Tapi perlahan lahan mula jatuh chenta dengan kerja ni :) Mengajar tu best, yang kurang best kerja admin (contohnya meng'kacip' kertas exam, tulis rekod pengajaran hari2 etc) huhu. Dan pada masa yang sama, saya rasa dh mula adapt dgn persekitaran form 4/5 ni. Its like, seeing myself 5 years backward. Rasa dekat dengan jiwa mereka, rasa macam tahu pengajaran yang macam mana yang preferred by them (err ke perasan ni) kiki. Oppss, awas! Teacher is teacher! Takboleh bagi can noo. Profesional. Jangan terlebih jadi kawan  dgn anak-anak murid, nant depa selesa, kurang hormat+hilang sense nak belajar. naahhh, pesan sahabat guru. insha Allah.. masih banyak kena belajar ni. hmm. Khalida, kuat ya. see, sampai sekarang still survie walaupun macam-macam surprise menerjah mai kot mana sekali pun. Allah, kuatkanlah hati insan kerdil ini, supaya aku mampu bertahan, biar diuji payah, biar didatangi ujian sebesar gunung Kinabalu sekalipun. Permudahkanlah, berkatilah perjalanan hidupku. Janganlah dibiar aku sendiri :( Aamin. Okeng masa untuk tidor, gosok baju, esok sekoloh tu Cekgu Khalida :3

No comments: