Pages

Saturday, June 30, 2012

PELIHARA IKHTILAT, HINDARI FITNAH!

Credit to BADAM, IPG DaTo Rahim Razali
Sesungguhnya, seorang Muslimah yang baik itu tidak memandang dan tidak dipandang. Ikhtilatnya terjaga. Akhlaknya terpelihara. Lisannya hanya menutur yang perlu disampaikan, namanya diangkat mulia. Meski petah berhujah mempertahankan yang hak, harga diri tidak sesekali diijak-injak. Ya Allah, itulah matlamat yang sedang cuba utk saya capai. Semoga Allah memperkuatkan hati dan diri ini. Pernah sekali, terbaca di status Facebook seorang rakan, adalah menjadi satu keaiban seorang Muslimah menjadi bahan fitnah, apatah lagi fitnah ke atas lelaki yang soleh. Masha Allah, kata-kata yang sangat sampai ke hati. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa, jika sebelum ini pernah tergelincir dalam soal ikhtilat. Jika sebelum ini pernah 'terfitnah' tanpa sedar. Jika sebelum ini, syaitan mengaburi mata sehingga sehingga yang salah nampak benar, yang haram nampak halal. Alangkah pedih azabnya nanti, Nauzubillah! Dan sangat benarlah kata-kata  'Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan sebahagian daripada mereka. Dan aku sangat membenci pelaku maksiat, walaupun sebenarnya aku sebahagian daripada mereka'. Terlalu banyak silap sebelum ini, mujurlah Allah mengetuk pintu hati, agar mata ini mampu terlihat yang baik dan buruk, hati pula mampu menilai yang mana halal dan haram. Semoga Allah beri kekuatan untuk istiqomah dalam soal memelihara hati, menjaga ikhtilat serta menghindarkan diri dari perkara zina dan maksiat.

JOM sama sama jaga HATI!
INSHA ALLAH!
SAYA BERAZAM MAHU JADI MUSLIMAH SOLEHAH 
YANG MENJAGA IKHTILAT (PERGAULAN),
YANG MEMELIHARA AKHLAK,YANG MENJAGA TUTUR KATA,
YANG MENJAGA PANDANGAN, YANG MENUTUP AURAT,
YANG TIDAK MENJADI FITNAH , YANG BENAR2 MENJAGA KELAKUAN! :D
SEMOGA ALLAH MENGUATKAN HATI 
DALAM MENCAPAI AZAM INI. AMIN!

1 comment:

bintusolehah_91 said...

salam, sy mohon share ye topik awak ni.. syukran sis, barakallahufik