Pages

Thursday, March 19, 2015

Fasa rehat di awal 2015 yuhuu

Terasa jari ingin menulis. Ugh. Lamanya tak menulis. Tapi lately, sejak 4-5 hari lepas sebenarnya hati ini 'menggeletak' (org Terengganu panggil) nak sngat menulis. 2015 baru sahaja memasuki fasanya tapi dah macam-macam jadi dalam hidup gua. Hukhuk. ya Allah ya ampun. sesungguhnya hati hamba Mu ini tak kuat, selemah-lemahnya. Kadan-kadang tak tahu rasa nak mengadu kat sapa. Benarlah, sebaik-baik pendengar adalah Dia. dia tak pernah berpaling. Dia pasti menjawab doa kita :')



Alhamdulillah, permulaan 2015 paling bermakna, aku dan juga kedua ibubapaku dapat pulang drpd mengerjakan ibadah umrah dengan baiknya. Syukur sangat-sangat. Dan kini dan hampir 3 bulan berlalu, aku tak nyempat-nyempat lagi nak buat satu entri khas kisah pasal p umrah. Koh koh koh. ==' inshaAllah akan datang. hikk. Pulangnya dari umrah, kami kemas-kemas barang, dan masih lagi melalui fasa rehat yang panjang. Ada sedara-mara yang mai menyyambut kedatangan kami dr airport, dan beberapa hari kemudiannya di rumah. Ohh, fefeeling orang Kayy El mcm dlm darama bersiri gituhh. hihi. Ada juga cerita-cerita dengan orang terdekat. Sebenarnya selagi tak sampai Mekah/Madinah, takkan tahu mcm mana uniknya, indahnya, osemnya pengalaman menjejakkan kaki kesana. InshaAllah, mudah-mudahan, setiap dari kita akan berpeluang sampai ke dua kota suci ni. Aamiin.

Beberapa minggu kemudiannya, aku dpt panggilan temuduga untuk kerja. Alhamdulillah, waktu tu syukur sgt (wait the ending of this 'kerja' story huhu). Dipermudahkan satu-satu, proses drpd pergi ke tempat intebiu, sambil ditemani sahabatku Sakinah, hinggalah ke proses nak dapat. Petang tu jugak, dapat makluman drpd manager yg aku diterima kerja. Perasaan waktu tu, yeaaahhhh! yabeda beduu. huhu. Aku diterima bekerja sbgai jurujual (je pun, huhu) di kiosk My Cake Story di Mydin Mall yg jaraknya cuma 5 minit dr rumahku. Dari situ lah kenal dgn Tirah, manager kiosk dan juga seorang lagi, Aina. Permulaan yang baik, kami sama-sama survey barang utk kiosk. Kerja, kerja punya kerja. Penat sehh. huhu

Diringkaskan cerita, lama-lama banyak hal yg jadi kat kiosk. Sorang demi sorang pekerja berenti. huhu. Pressure kerja, dan terlalu byk deman drpd pihak atasan. Aku pun malas komen byk, sbb mmg jodoh dengan MCS ni setakat tu je kot, jd lepas sebulan kerja aku dan teammate yg lain quit dr kerja dan meneruskan kehidupan masing-masing. woot woot. Aku, sambung berbisnes sambil jaga mak kat rumah. Sebenarnya dpt offer jd cekgu di SMK Ibrahim Fikri hingga Mei, tapi sbb proses utk quit kerja dr MCS makan masa, jd terlepas pulak offer tu. ==' huu. tadak rezeki tu gak. Aku pun skrg lebih selesa duduk rumah, buat kek dan teruskan urusan perniagaan mcm biasa. Aina pun sama. Cuma skrg masih menuntut baki gaji yg sepatutnya kami terima tempoh hari, jadi ada salah faham pulak. Nak tak nak, claim semula lah kan, penat lelah sblm ni haruslah berbaloi biarpun dipersoal itu dan ini oleh bosss (oh i mean ex-bosss) uhuhuhu

So, lepas nih. masih kabur-kabur. To-do-list, masih banyak yang belum selesai. huu. ahh, b the way ada satu kesah yang terskip plak, ihikk. Sebenarnya ada satu tarikh di permulaan 2015 ni yang sangat bermakna bg aku. ihikk (gedik selaluh haha) Tarikhnya ialah 21 Feb 2015, dimana ada seseorang mai datang umah ni, nak kenal-kenal aku, kenal-kenal mak ayah dan family aku. eheee (hati terus berbonga-bonga ahaks) Jadi nanti-nantilah aku buat satu entri khas yg special untuk part ni okeh. Sebenarnya sangat banyak mende yg bermain di fikiran aku skrg. Senak dibuatnya sbb terlebih pikiaq. huh. Bimbang pasal mak, pasal bisnes, kerja, duit (yg skrg nih geraknya laju mcm air), majlis kawen abg aku (entah kenapa aku lak over riso huu) bimbang pasal masa depan hubungan dengan dia (yg mmg aku harap akan berakhir dgn ikatan nikah) etc. Hmmm. Pening sgt. 2015 adalah tahun yang sangat mencabar dan kabur bagiku. ya Allah permudahkanlah, permudahkan lah. Kuatkanlah hamba Mu ini. Semoga tahun ini jadi tahun yang baik, penuh keberkatan bagiku. Permudahkan segala urusan. Aminnn. Nanti smbung entri baru, manyak lagi nak taip! haipp


No comments: