Pages

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Kehilangan, Hoh Saya Kena Kuat!


Uhuk3 Assalamualaikum semua! :D Lamanya x update blog. Rasanya dah bersawang dan dpenuhi seranggan serangga kot =.=' Huhu Last sekali update pun dah lupa bila. Tapi alhamdulillah, hari ni curik2 masa untuk membuat sedikit coretan walaupun sebenarnya tak tahu, konfius nak buat karangan pasal apa. Heh! Tajuk nya, Coretan Kisah Kehilangan. Hoho agak hanging disitu. Keliru sebenarnya -_- Untuk tempoh yang agak lama tak update blog, sebenarnya macam macam berlaku dlm hidup saya. Kisah gumbira, kisah duka. hoho. Insha Allah semua akan jadikan seorang yang better and much better for the upcoming dayyyys. Kisah tentang latihan industri yang bakal habis! Ngeh3 Berpraktikum, dan menjalani hari-hari terakhir disana. Ilmu dan pengalaman yang dikutip dari sana, insha Allah berguna pada masa akan datang. Macam-macam ilmu jugak sebenarnya dapat.

Dari Latihan Industri (LI) ni, saya dapat kenal dan lebih faham macam mana kehidupan orang bekerja, berumahtangga. Mengenali buah fikiran orang yang bekerjaya. Baik burok nya satu pekerjaan. every thing lah! Mata dan telinga menjadi saksi betapa sy menghargai experience yg dapat kat sini bersama 2 lagi rakan seperjuangan. Hinggalah 16 Ogos, hoorey hoorey1 Tamatlah latihan industri saya, tak perlu lagi menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya. Time to REST! Err tapi tapi, dah kena fikir pasal repot nya pula ergh =.=' Hiyyyark, lawan perasaan MALAS tuh! Fight fight fight!! Siap sedia dengan to do list, set due date. It always work untuk orang yang suka tangguh2 macam saya nih. huhu

Itu tentang latihan industri. Now i wud like to write a bit about my loss. First loss in close family as far as i remember. hurm. Tanggal 5 Ogos, yang juga merupakan hari kelahiran abang saya, menjadi tarikh yang saya takkan saya lupakan sepanjang hidup saya. I repeat, in my entire life, never. 5 Ogos merupakan tarikh saya kehilangan tok wan saya tercinta, tepat jam 1.25 petang. Ditakdirkan Allah, pada hari kejadian, sy sedang berpraktikum, dan oleh sebab lepas sesi taklimat trainee tak diberi tugas apa-apa melainkan mengadap laptop untuk cari resepi buka puasa huhu Jadi saya memberanikan diri untuk meminta kebenaran Ketua Unit Li saya untuk pulang. And yes, green light hihi. Kemudiannya, macam biasa sy jalan kaki balik rumah tok wan saya yg terletak 5 minit dari Jabatan veterinar tuh. Sewaktu sy sampai, tokki sy berehat. Hari tu beliau masih tak puasa disebabkan keadaan fizikal nya yang masih lemah, sehinggakan tak mampu berdiri lama sekali pun. Lepas saya uruskan tokki sy, sy pun rehat. Waktu tu pukul 1.00 petang lebih kurang. Tup tup terlelap. zZZ 
-____- 


Tiba-tiba, setengah jam kemudian, sy dikejutkan sepupu sy yang Tok Wan sy dah takda. Dah meninggal :'( Air mata otomatik tumpah waktu tuh. Rasa sangat hiba, sebak dan bercampur-campur. Semua orang yang ad dirumah waktu tu, menangis. Tokki sy  tengah tidur waktu tu. Jadi kami pun maklumkan pd beliau. Tiada perkataan yang dapat describe keadaan pada masa tu. Tapi apa yg berlaku sangat melemahkan emosi saya. Saya rasa sedih. Ya, memang kita kena redho. Tapi, sedih atas kehilangan, sedih atas melihat keadaan Tokki saya yg sedang sakit utk menerima berita tu, SEDIH yang.. sukar diatasi. Tak henti henti air mata keluar. Sampai rasa sakit kepala, rasa lemah seluruh tubuh nih. Dalam fikiran saya seolah-olah ada video player yang menampakkan kepada sy saat saat akhir sy dengan arwah. Scene-scene sy dengan Tok wan sy sejak sy kecik hingga last sekali sewaktu beliau masih sedar, di hospital. Kemudiannya, sy datang, Tok wan sy koma. Sekadar berbaring, hingga ke akhir hayatnya. 


Hurm :'( Sekuat mana pun kita, kita akan tersungkur jua memohon pada Allah utk kuatkan diri, hadapi semua ni dengan tenang. Diringkaskan cerita,  urusan jenazah selamat hingga ke liang lahad lepas waktu Asar. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Dan menurut ibu saya pun, Tok Wan sy pergi dengan selamat, tenang.. macam tidur jah.. Syukur.. Alhamdulillah :') Waktu semua pergi ke tanah perkuburan, cuma sy dan Tokki sy jah yang tak pergi. Sebab Tokki sy uzur, dan sy pula temankan Tokki sy. Waktu tu, Tokki sy cerita pasal Tok wan dan sy tengok air matanya mengalir waktu tu. Allahurabbi. Kasehnya beliau pada isteri tercinta. And me, by that time, cried my heart out :'( Saya jaga Tokki saya sehingga semuanya selesai. Malamnya, macam-macam ada dlm fikiran saya dan sy ambil sedikit masa utk tenangkan diri saya. Tak putus doakan kebaikan untuk Tok Wan saya disana. Janggal nya rasa, peliknya.. nanti saya dah tak jumpa Tok wan saya.. Rasa macam terdengar2 lagi suaranya, masa saya mula-mula praktikum, the first day, sihat lagi. Tapi, ap pon, ajal maut di tangan Tuhan :'( Semoga Allah kuatkan kami sekeluarga. Hurm. 


Sebenarnya ini merupakan kematian ahli keluarga yang dekat pertama bagi sy. Pertama kali terlibat dgn pengurusan jenazah, tengok orang solat jenazah utk org yang sy sayang, kiss dahi Tok Wan sy sebelum dibawa ke kubur(thing i shall never forgot).. dan bagi sy lesson yg sangat bermakna. One second after, tomorrow, soon or later, we shall die. Sangat menginsafkan. Dan tak tahulah bagaimana kesudahan kita. Yang dibawa ke sana nanti, cuma amal ibadah dan doa-doa anak yang soleh solehah. Allahurabbi, hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman. Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga lesson ini, saya ingat sampai bila-bila. Bukan sekadar sesuatu yang diratapi, menjengah ke hidup saya secara tiba2 dan bersifat sementara. Akhir kalam,  Kullu nafsin zaa iqotul maut (Sesungguhnya setiap yang hidup, akan merasai mati). Sama2 kita ingat tiap kali terlintas di fikiran nak buat sesuatu. Baek ke jahat ke. Ingat, yang kita semua akan mati, dan disoal bertubi-tubi di sana nanti. Hmm. Allahualam.

3 comments:

~cik fitriah~ said...

sebak baca.

moga rohnya aman dan bersama di kalangan orang-orang yang soleh..


*background music mnmbhkn lagi penjiwaan saya terhadap hasil tulisan kamu.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.