Pages

Friday, February 10, 2017

TTC journey!

Assalamualaikum! if one ever terbukak blog yang dah ditinggalkan 2 tahun nih. miahaha! Its have been a while aku tak hupdate lansung blog nih. walaupun teringat sangat nak menaip tapi masa sangat sangat tak mengizinkan huh! Rindunyaaa nak menulis, where should I start where should I start! O_O

Huaa. rasanya check post lama baru duk update pasal belajar masak Alhamdulillah sekarang dah 10 bulan jadi bini orang heee. Alhamdulillah syukur dengan aturan yg Allah tetapkan utk aku. Dipertemukan dengan orang baik, keluarga baru yang baik. sekarang pun duduk rumah mertua Alhamdulillah ok ok ajer :) Tak banyak sangat berubah, well i am still a cake maker, jual kek, it just that now buat kek kat tempat khusus, satu tempat aku sewa khas untuk jadikan tempat operasi bisnes , so selesai masalah telor aku tak dicuri, tepung aku tade dh yang tak cukup or whatever haha. Alhamdulillah, walaupun bis naik turun, aku sentiasa usaha nak buat lagi baik, baik dan baikkk untuk survive daalam bidang yang aku minat nih.

Well tak berhajat panjang panjang untuk bercerita pasal tuh, just nk coretkan sedkit mengenai my very own TTC journey . Bila kawen otomatik semua orang espesially wife akn nakkkk baby kan. BABY BABY BABY kadang itu ajer yg main dalam kepala. haha taktahu lah kenapa. naluri seorang perempuan kot. So just nak coretkan sikit perjalanan TTC, untuk reference akan datang and whoever yang sedan TTC juga sekarang semoga Allah permudahkan untuk kita semua merasai nikmat hamil, melahirkan serta nikmat membesarkan seorang anak :) aamin aamin



April 2016

Sebulan selepas kawen, baru sedar ada something, which masalah 'perempuan perempuan' yang perlu di rawat, klinik-hospital-kolinik hospital and lasssst, dipendekkan cerita kena jalani satu minor operation on 12 April 2016  which the very same date my bestie pun masuk bilik operation untuk bersalin anak pertama beliau hee. so after this surgery, kena rehat dan dan undergo few appointment dgn gynae utk make sure everthing going back back to normal again. so yea, end of may, barulah mula misi untuk TTC! yeay!

May-Julai 2016 

Tada can sangat nak fokus TTC, haha. hasrat ada tapi tak fokus sangat. maybe one of the reason, nak kena ganti puasa, and pertengahan bulan Jun dah stat pose dah! haha. So disract skit timing kat situ, iyalah, bulan pose setahun sekali mesti la nak fokus betul ibadah waktu tu kan. so jalani hidup macam biasa biasa, just gugel gitu gitu aje pasal preggy, ttc and what so ever related to it. 

Ogos 2016 

Rasanya Ogos, baru semangat tu datang berkobar kobar balik nak preggy! ohhh yeayyy! so yes, macam biasa check tarikh last period, tarikh expected to subur, tarikh patut period etc. and guess what, bulan nih ter miss 4 hari period! waktu tu tarikh 28 Ogos kalau tak silap. jeng jeng jenggg! og aku tidak mampu menahan lagi hati membuak buak nak buat upt test, and last sekali tewas juga. HUH! aku singgah farmasi, beli upt, and tak dapat tunggu subuh esok pun utk test. Balik terus cari toilet! miahaha. dan masa ni lah, for the first time in my life, i saw the something yg sangat sangat sangat mengujakan hati ini. That '2 red lines pregnancy test' :') Allah, siesly perasaan tuh tak dapat digambarkan dengan kata kata. Hanya Allah tahu bertapa gumbiranya hati ini, and i felt like nak bagitahuuuu semuaaaa orang haha. Yes, org dalam rumah tahu, mak ayah. kebetulan hubby kat lain, ada kat selangor sbb ad majlis family. so i know kalau dia tahu dia la org paling super happy to know this news :') Plan nak buat surprise, tapi last2 dia tahu dlu dari adik dia. haha. and then masa tu tak tau nak buat apa sangat, buat buat macam biasa, sengih sorang sorang dalam 3-4 hari jugak, and alat upt yg test urin tu rasanya tak kurang 20 kali kot duk belek masa tu. padahal same je haha OMG while im writing this Allah je tahu mcm mana kuatnya perasaan utk nak melalui semua ni sekali lagi huhuhu




September 2016

Happy super happy! everyday i went through make me feel more and more excited than ever, know im one day closer to become a mother! I gugel every single thing about maternal, whats do and dont during pregnancy, download apps etc. i look at the baby everyday, as i use an apps that show how a baby look like in every phase. 1,2 minggu rasa sangat best knowing that theres a baby inside you :') masuk minggu ke 8 (bulan 2) yeah, masa ni mula melalui fasa sukar seorang ibu. muahaha. kebahagian yang dicoretkan tadi mula samar2 apabila alahan menjelma perlahan lahan dr hari ke hari huuu. everyday bangun rasa sangat weak, pening, dan memang tak mampu buat apa2. I remember theres one day, makan tak boleh , lalu dapur tak boleh, nak minum pun rasa nak keluar semula :( satu hari boleh sampai 5 kali muntah, dan paling banyak 12x, masa nih memang lemah sangat sangat badan. bertahan dan bertahan lagi. mujur ada Qari disisi sentiasa menemani. sampai masa dia drive pun selalu je, abg abg stopppp nk muntah :( huu and the next next week, pergi buat buku pink, beli minuman tambahan and keep gugeling utk cari cara utk atasi alahan. hukhuk

Oktober 2016 

I still remember baru je lepas tengok drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap, I entered toilet utk buang air, the suddenly I had my first bleeding :( :( :( mula mula sikit, but then banyak, macam nak kena pakai pad period tuh. huhu. I was panic, scared., nak nangis (mmg nangis dh, huhu). Pelik, bgtahu husband and dia pun panik nak ajak p klinik, tapi kot kot lah bleeding biasa. tapi dalam hati Tuhan je tahu apa rasa macam tuh. Memang tak sedap hati sangat dah. ak pun wasap kat grup kwn kwn perempuan, they gave supports, ad yg mmg ad pengalaman misscarriage, bgtau kena g klinik mlm tu jugak, ada yg macam rilek, maybe biasa2 etc. and last last, we decided singgah Klinik Intan the next morning. Dr scan, and mata aku terkebil kebil tengok skrin, aku tak nampak apa2 mcm yg sepatutnya ak nampak utk imej baby yg masa tu sepatutnya 12 weeks. Dr cakap, 'kantung ada, tapi baby tade ni Puan'. Allah, rasa mcm di carik carik hati waktu tu T,T I was like, wait what? baby tada? T,T mmg tak dpt tahan dh, dpan DR. pun lantak p lah, ak ternangis jgk waktu tu. huu. the she explained, baby maybe stop growing shingga mggu ke 8 sahaja as saiz kantung kat skrin smpai mggu 8 je. then skrg baru bleeding, kes mcm ni dipanggil missed abortion (kes gugur, yg body kita tak sedar pun, smpai lah dia bleeding sendiri) 


To be continued...

Saturday, April 18, 2015

Current obsession: Rempah ratus!

Ahaaa. disebabkan banyak sangat masa terluang di rumah kan, so aku lebih banyak habiskan masa dgn aktiviti surirumah sepenuh masa iaitu memasak, kemas rumah etc. Lately, terminat untuk mencuba resepi yang lebih kepada lauk pauk style kampung. Sebelum ni aku suka explore resepi ala ala western, mcm kek, pizza, cupcake, etc. Kali ni bila dh feeling suri rumah tu, terbiasa dgn lauk2. Well bila dah lauk, masakan kampung, ofkos tiada terpisah dengan rempah ratus basic aka spices! First time pegi ke mydin, semangat nak beli rempah bila tertengok resepi di blog aziekitchen resepi nasi arab kabsa. 

Ok, pergi mydin, ruangan rempah. Satu satu aku tilik. Tengok list, jintan manis, jintan putih, pelaga, ketumbar, cengkih, bunga cengkih, kayu manis masin semua ada bla3 haha. Apa bendaa nii. huu ==' Ok tengok satu satu kenal pasti yang ni mcm mana, yg tu mcm mana. Well semua benda dalam hidup mesti ad permulaan kan, termasuklah mengenali rempah ratus. heee. Beli yang oribukan ready blend. Lagi adventure kan. Balik rumah, tengok lagi. Oh jintan manis gini, jintan putih gitu. Walaupun namanya jintan putih, rupanya tidaklah seputih nama, ia sedikit kering dan kekuningan manakala jintan manis bentuk sama cuma hijau pudar skit. apapun biasanya kedua rempah ini digunakan serentak, pair  to each other. uhuu


Kebanyakan rempah, tak lari dalam ap2 masakan lauk lagi lagi yang kari, gulai, dan juga nasi. Dalam bulan April ni alhamdulillah hati tergerak dan berjaya hasilkan beberapa masakan berasaskan rempah ratus. Uiyyy seronok bak hang! Bila sekali buat jadi, adik-adik pun meraikan masakan tu dgn makan dengan semangatnya depan TV. ehee. Lagi lagi bila check periuk tu, dah licin. weee. Bila gitu,  hati lagilah membuak buak nak buat lagi dan lagi ^____^ Mulanya aku try buat nasi, lauk tak lagi. haha. Sebab ap? sbb masak nasi ni guna rice cooker. Sediakan bahan, campak2 masuk rice cooker, ting! daaa siap. Risiko untuk tidak menjadi tu kuranglah skit kan. ehee. Aku stat dgn nasi arab kabsa, mandy, nasi carrot, nasi tomato etc Bunyi mcm canggih kan, actually kebanyakan basic nasi ni, semua sama. Guna rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih), bawang besar, bawang putih, susu cair dan ad sedikit tambahan2 ikut jenis nasi. Contoh, nasi tomato, tambah sos tomato. Nasi arab, tambah rempah kabsa (gabungan rempah kering: ketumbar, pelaga, jintan manis, jintan putih, lada hitam,serbuk cili, serbuk kunyit, cengkih). Nampak panjang? komplikated? jangan risau. Bawa list ni pergi pasaraya, pasti excited nak beli satu-satu dan try buat, blend sendiri. Atau paling paling mainstream pun, beli rempah kabsa yang dh ready made (tp kurang mencabar lah kan?). Kalau rempah tu kita blend, sangai sendiri lain feel tu, rasa mcm pro chef jap walaupun hakikatnya baru amatur. ehehe. ok, nasi ayam pun sama, just guna air rebusan ayam+halia+bawang putih. Mula mula biasalah nak cuba tak berani, fon setia menemani dgn screenshot resepi2. Kdg2 laptop pun terbukak, aku pun berlari-lari mula2 duduk kat dapur, pastu tgk2 laptop. pastu g dapur balik. haha. begitulah sampai nasi pun siap ==' Tp bila dh kali kedua, ketiga buat haa inshaAllah lah tak payah dh buka laptop, fon suma. dh buleh agak2. yang penting, cuba dulu. Beranikan diri! hah

Teka ni apa? muehehe
Lauk-lauk pun sama. Mula-mula takut tak jadi apa suma kan. Tapi bila nasi dh jadi, otomatik rasa nak try buat lauk juga. Aku stat buat ayam grill utk nasi arabnasi carrot. then buat kari. tp yg ni aku tak puas hati sbb ayah aku ad. jadi bukan 100% air tgn gua lah kan. haha ngade betul nak conquer sorg2. Tapi basic dia pun sama. Bawang merah, putih, rempah 4 sekawan, daun kari, rempah kari+air (style ayh aku gaul dgn ayam biar sekejap), masuk dlm periuk dgn kentang. biar sekejap dlm pressure cooker. then masuk sedikit santan, air (banyak ke sikit yg ni pengalaman, masa akan ajar kta) lama2 kta sendiri boleh agak ikut selera tekak. then tomato, carrot ke tak kesah. biar smpai masak. Gulai pun sama, cuma tak letak kari, ganti dgn ciliboh @ cili kering blend. haaa. nampak kan. ni pun mula2 aku rajin2 tgk resepi tenet ja, bila praktikal, otomatik akn nmpak step tu mcm mana. ritu buat ayam masak merah. Aku tibai je. hahaha. mula2 bawang merah+putih+halia blend, tumis, cili boh dlm 2sb. masukkan ayam+serbuk kunyit+garam yg dh goreng. tp masa ni slack, aku silap goreng separuh masak ==' rupanya mak aku ckp kna goreng 100% masak, bila cmpur ke kuah merah tu, just goreng sekejap utk rata ja. urm, tak jadik ah :( frust jap. tp tapelaa lain kali boleh coba lagi. drpd tatau atleast dh tahu. dh tahu basic ayam masak merah, so boleh la agak kan mcm mana nak buat ddaging masak merah, sotong masak merah, ketam masak merah kan? haa tu lah penting nya try je buat. BUAT! masak ni cara belajar dia mmg mcm tu haa. Aku cakap pun bukan sbb perasan terer ke ap, tp itulah kebenarannya, aku pun still blaja. lama2 aku figure out yg blaja masak ni fun dan sgt release stress! so try lah ;) 




org kata anak dara bila dh nak kawen otomatik akan merajinkan diri utk masuk dapur. hahaa. gitulah kotnya. aku punya kes, sbb dh duduk rumah, jaga mak, nak tak nak, kena rajin-rajinkan diri. usia pun bukannya makin muda idok? uhuhu. So skrg, aku dh ada stok rempah ratus aku sendiri. yeayyyyyyyyyyy. Aku beli, susun siap2. bila nak guna, senang. nnt nak buat satu rempah kabsa khas, siap packing. senang, nak guna utk nasi arab, nasi ccarrot, taruk dlm kurma ayam/daging pun boleh. rempah 4 sekawan tu, beli siap2 buat bekalan just incase hati meledak nak buat ap2 kan. haa satu lg. contoh nak masak lauk ap, penting juga nak kena tahu pair lauk tu. contoh, gulai ayam, pair dgn ap? mestilah yg ringan skit, cth kailan ikan masin ke, ikan goreng ke. kalau pair dgn masak lemak sayur kacang pnjang mcm tak sesuai la kan? lain2, sup ayam, pair dgn ap? telur bungkus pun ok. haa gitulah, ilmu mcm ni tak dpt belajar kat lain. dlm buku tadak, intenet pun tadak. dia ada kat dapur jah. jd rajin2 kanlah duduk kat dapur, biasakan tgk mak ayah masak ap, dan pair kan dgn ap. haaa. kalu takut nak try masak. jgn risau. buat yg senang dulu. nasik goreng should do. just ingat step: (1) resepi, (2) cari bahan, (3) tibai je masak kot mana pun. hahaha! nak belajar masak lauk pauk, biasakan diri pergi ruangan rempah. kdg2 belakang peket rempah tu pun dh ad step-by-step cara buat. cuma folo. learning is always fun and full of adventure. saba la kalo sesekali tak jadi dan masuk tong tu aka tak habes/orang tak nak makan huhu ==' . semua orang akan melalu detik pahit tersebut. huihui okehh. selamat masuk dapur! bhahaha

Faveret: roti jalaaaa! yippie berjaya buat oyeah

Monday, April 6, 2015

Allah, kuatkan hati ini :(

Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiranku. Semakin hari, semakin penat berfikir. Makin diajukan soalan, makin jauh aku dari jawapan. Terlalu banyak benda dalam fikiran ku, seolah-olah berpusing. Kebiasaanya aku termenung, berfikir, aku pun istighfar banyak-banyak. Sebab persoalan persoalan ini datang kadang-kadang bisikan halus dr syaitonirrojim untuk buat hati resah, gundah gulana dan berputus asa. Apa yang aku fikir sebenarnya? hmm

Benda yang aku sgt riso. Ada macam something tak kena dgn hati aku sejak dr masa kat Mekkah haritu lagi. Sesuatu yang aku tak mampu ungkapkan dengan kata-kata. Sesuatu yang aku alami sendiri. Struggle yang aku tempuhi dalam diri. ya Allah, boleh katakan ujian inilah paling berat pernah aku lalui. Mungkin bila describe dalam bentuk perkataan pun, belum tentu orang akan faham dan mampu menilai. Okay, ceghitanya cenggini. Sewaktu di Mekkah, hati aku dibelenggu, seolah-olah terjerut dengan macam macam persoalan yang mai dalam hati. Aku tertanya-tanya kenapa, tapi jawapan yang paling tepat ialah, dek kerana iman yang lemah dan kerana aku yang tidak cukup ikhlas+redho lagi dengan Dia :( Apakah persoalan tersebut? Dalam hatiku timbul, 'Kenapa Allah uji begitu begini?' 'Kenapa kena tawaf?' 'Kenapa kena saei? Kenapa begitu, kenapa begini? Kenapa Allah tak tolong, kami datang nak beribadat. *ya Allah, bila aku tulis dalam bentuk perkataan ini pun, terasa sebak didada. Betapa lemahnya iman, padahal waktu tu aku dijemput ke sana! Aku dipermudahkan segala cara untuk sampai ke sana! Tapi bila diuji sedikit dengan ujian, dengan kepayahan, aku mula goyah. Daripada selaut pertolongan Allah, rahmah Allah mai menyirami dan memayungi perjalanan aku dan kedua ibu bapaku, oleh sebab setitis ujian yang Allah beri, aku mula mempersoal itu dan ini. Ahh! Lemah sungguh insan ini, cepat goyah hang nih!


Aku doa banyak-banyak semoga Allah tetapkan hati ini. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini pada jalan ketaatan pada Mu. Aku istighfar. Entah kenapa aku banyak lalui hari hari yang kurang menyenangkan. Hati jadi tak tenang. Aku banyak fikir. Boleh jadi sbb ad sumber rezki aku dr sumber haram? Nauzubillah. Aku ada hutang dgn orang? Aku terumpat orang? Terbuat sesuatu yg Allah tak redho? Allahurobbi, beratnya ujian ini. Ujian hati. Dan ubatnya juga hati. Hati yang perlu dibersihkan. Mungkin dalam tak sedar aku sebenarnya jauh, jauh dr Dia. Allah nak aku u-turn balik pada Dia. Nila semula diri. Aku teringat watak Fahri dlm ayat ayat chenta, movie dr Indonesia tuh. Dia baik, dia rasa diri dia baik, bila dia diuji, dia persoal Tuhan. Itulah manusia. Lemahnya. Makin aku fikir, makin jauh dr jawapan yg aku cari. Tapi semakin aku mendekati Tuhan. Semakin jelas apa sebenarnya yg aku cari. Takdir itu misteri. Mata manusia, mata hati manusia belum tentu mampu menilai. Cuma masa menentukan, barulah hikmah penantian itu terungkai. Allah, ampunilah hambaMu ini. Sungguh aku jahil, lemah, hina, penuh dengan dosa. Aku mohon perlindungan Mu dr sesuatu yg memudharatkan diriku dunia dan akhirat. Terbaca satu ayat drpd Surah Fussilat, suatu hari nnt segala anggota tubuh, hati serta kulit akan jadi saksi akan apa yg kita perbuat selama hidup di dunia. Nah kau setepek! Betul sentap, panggggg atas pipi! Iya. Kau perlu pada Tuhan, usah sombong! Hidup adalah ihsan dan rahmat dr Tuhan semata. Apabila diuji, sabarlah. Kembali pada Dia. Apabila diberi nikmat pun, kembali jua pada Dia. Allah tetapkanlah akuu pada jalan ini. Temukanlah aku dgn apa yg aku cari. Menarik tntg satu quote yg di catat oleh Yasmin Mogahed, 'There is always endless strogle between two wolves inside ourself. They are godd, and bad one. So who ll win? The one you feed'. Nice. Inilah yg aku cari. Aku mahu yg baik itu menang, jadi yg baik itulah yg kena selalu bagi 'makan'. Makanan rohani


Friday, April 3, 2015

Resepi cheesetart yang osem ;)

Resepinya adalah seperti berikut, haa tapi sebelum tu, nak bagitahu resepi ni bukan sendiri punya pun, cuma refer beberapa blog dan digubah-gubah ikut gerak hati sendiri. Yang tang croquant dgn nestum tu aku tambah sendiri, sebenarnya nak bagi texture shell lagi crunchy dan tahan dari lemau/liut bak kata orang Terengganu :)





Resepi shell cheesetart 
170gm marjerin
50gm gula icing
1 biji telur gred C (2 adunan guna 1 biji gred B)
290gm tepung 
1@2 sudu besar croquant (boleh adjust ikut suka)*
1@2 sudu besar nestum blend*

*Optional

Filling cheesetart
250gm cream cheese Tartura
1 biji telur gred B
50gm gula icing 
Fillilng kegemaran (bluberry, kiwi, strawberry etc)

Filling coklat

Secawan whip cream non-diary
Secawan coklat masakan potong kiub 
Sesudu besar marjerin
3 sudu susu cair
*Panaskan, biar sejuk dalam peti, sehingga boleh pipe